Khamis, 25 Ogos 2011

Perubatan Islam ( Dzikir vs Saka )

Bismillaah . Kakak ini sedang menjalani rawatan untuk membuang saka yang terdapat pada dirinya maka lihatlah bagaimana keberkatan dzikrullaah dapat menanggani segala masalah gangguan gangguan daripada saka yang dihadapinya dengan izin Allah Ta'ala . Dan ketahuilah bahawasanya sesuatu yang tidak dapat dilihat itu bahawa ianya tiada !!!

SIRI 2

SIRI 3

SIRI 4
SIRI 5

SIRI 6

SIRI 7

SIRI 8

SIRI 9

SIRI 10

Khianat Bomoh

Bismillaah . Saksikanlah bagaimana siksanya hamba Allah ini untuk dipulihkan setelah dikhianati oleh beberapa orang bomoh termasuk bomoh cina . Semoga selepas melihat video ini sama sama kita jauhkanlah diri dan keluarga kita daripada meminta pertolongan bomoh yang menggunakan khidmat 'jin' untuk menyelesaikan masalah .

Dzikir vs Pengasih Bomoh Iban

Bismillaah . Pelajar ini telah dikhianati oleh kekasihnya sendiri yang menggunakan ilmu pengasih daripada seorang bomoh Iban supaya ianya sentiasa disayangi oleh pelajar ini dan tidak meninggalkannya . Maka berhati hatilah bila berkawan dengan seseorang serta jangan ditinggalkan segala suruhan Allah Ta'ala supaya kita sentiasa dijaga oleh Allah Ta'ala dari segala kejahatan makhluq makhluq yang derhaka kepada Allah Ta'ala .

Perjanjian Syaithan

Bismillaah . Pakcik ini telah tertipu dengan menyangkakan apabila mengadakan hubungan dengan syaithan maka syaithan akan dapat menolongnya apabila ia menghadapi kesukaran . Maka saksikanlah bagaimana kesombongannya dan kelemahan syaithan menolongnya dalam menghadapi keberkatan dzikrullaah !!!

Keberkatan Adzan

Perubatan Islam Badan Ukhwah Darul Iman ( Budilosong ) . Lihatlah keberkatan adzan dalam menanggani gangguan jin yang memasuki ke dalam tubuh perempuan ini !!!

Dzikir vs Sihir Mona

Perempuan ini telah dikhianati oleh salah seorang kawannya yang menggunakan bomoh yang pernah menjadi murid Mona Fandey dan alhamdulillaah kini ia telah selamat dipulihkan dengan izin Allah Ta'ala .

Qunut ( Perkata )


Doa Iftitah ( Perkata )