Jumaat, 24 Jun 2011

Jenazah ( Kasyful Litsam / Furuul Masaail / Sabiilal Muhtadin )


( Bermula ) Jenazah itu nama bagi mayat yang dalam tanggungan . Dan kata setengah : nama bagi tanggungan yang ada di dalamnya mayat .

( Bermula ) Sunat bagi tiap-tiap yang ‘aqil baligh menyebut-nyebut akan mati dengan lidahnya dan dengan hatinya kerana yang demikian itu terlebih membawa kepada mengerjakan yang disuruh Allah Ta‘ala dan menjauhi dari pada segala laranganNya dan mengurangi akan yang banyak daripada angan -angan dan ingin akan harta dunia dan perhiasannya dan menambahi akan yang sedikit daripada amal dan ‘ibadat akan Allah Ta‘ala .

( Furu’ ) Hendaklah mensedia bagi mati oleh tiap-tiap mukallaf dengan taubat, ertinya wajib atasnya jika ia ketahui ada atasnya dosa . Dan sunat jika tiada diketahui bahawasanya dosa itu atasnya .

Maka erti taubat itu ; sengaja meninggalkan dosa yang ia kerjanya dan menyesal ia akan perbuatan itu dan memutuskan hatinya tiada ia hendak kembali kepadanya sekali-kali dan dikembali segala hak-hak orang yang telah dizaliminya yang ia kuasa atas barang sedapat-dapat .

Dan jika dosa itu meninggalkan beberapa fardhu sembahyang atau dilupakan  Al Quran yang sudah dihafaznya dahulu, maka wajiblah ia masyghulkan dengan mengqadhakan dia dan menghafazkan dia melainkan zaman yang tiada dapat tiada seperti makan dan tidur dan qadha hajat dan umpamanya . Maka jika adalah baginya beberapa sembahyang yang luput yang amat banyak maka memadalah pada taubatnya itu bercita-cita atasnya serta ia kerjakan seboleh-bolehnya, ya’ni hendaklah diputuskan jazamnya pada hati hendak meng qadhakan dia serta dikerjakan dia dan hendaklah ia minta halalkan dia kepada empunyanya jika ia khianat akan hak orang dan dikembalikan segala hak-hak orang yang dizaliminya jikalau boleh .

Bersalahan jika ia takut memberi mudharat yang terlebih lagi pula seperti ia zina dengan perempuan, maka tiada jalan lagi boleh ia minta halal pada walinya atau kepada suaminya selama belum sampai kepada imam { pemerintah } kerana ditakuti mencariknya akan kemaluan mereka itu, maka memadalah pada taubatnya menyesal banyak serta ia putus akan cita-cita daripadanya tiada ia hendak mengerjakan dia sekali-kali .

( Furu’ ) Sunat membanyak-banyak menyebutkan akan mati dengan hatinya dan dengan lidahnya melainkan penuntut ilmu dan seumpamanya orang yang mengarang kitab, maka ia tiada sunat menyebutkan dia kerana bahawasanya memutuskan pekerjaannya dan tiada lagi ia mencita-cita hendak menuntut ilmu dan mengarang kitab istimewa pula kitab yang besar-besar, maka putus cita-cita daripadanya . 

( Masalah ) Sunat berubat dan tiada wajib, maka tiada boleh kita qiyaskan orang yang sangat lapar wajib memakan bangkai sebab takut mati dengan laparnya dan wajib ia melalukan makanan yang terlekat di dalam lehernya dan jikalau dengan arak sekalipun jika tiada diperoleh dengan yang lainnya, maka beza antara keduanya itu sebab tiada kita dapat tentukan baik daripada berubat

Bersalahan pada memakan bangkai oleh yang sangat lapar dan yang melalukan barang yang terlekat di dalam leher dengan arak diberatkan selamatnya . Dan harus kita berpegang kepada kata thabib yang kafir jika tiada memberi cedera pada ‘ibadat .

( Dan sunat ) Mendatangkan orang yang sakit yang Islam jikalau sakit mata sekalipun dan yang berseteru dengan dia dan yang tiada dikenalnya akan dia  dan yang sekampung dengan dia .
   
( Dan demikian lagi ) Yang kafir ada ia sekampungnya atau kerabatnya atau khadamnya atau diharap Islamnya dan jika tiada seperti demikian, maka tiadalah sunat mendatangi dia, hanya harus jua dengan tiada makruh .

( Dan ) Makruh mendatangi yang jadi kesakitan orang yang sakit sebab didatangi akan dia . Dan tiada sunat mendatangi akan mempunyai bida‘ah yang mungkar dan yang fasiq dan yang zhalim dengan mengambil cukai sama Islam atau lainnya melainkan jika ada ia kerabatnya atau sekampungnya atau yang diharap akan taubatnya sebab didatangi akan dia .

( Dan sunat ) Bahawa adalah mendatangi itu berselang-selang hari melainkan jika ada ia kerabatnya atau shahabatnya yang jinak orang yang sakit itu dengan dia, atau mengambil berkat ia dengan dia atau dukacita yang sakit itu dengan tiada melihat dia pada tiap-tiap hari . Dan makruh melamakan duduknya melainkan jika diketahuinya akan gemar yang sakit pada lama duduknya .

( Dan sunat ) Mintakan doa akan yang sakit dengan ‘afiat jika diharapnya akan hidupnya dan hendaklah ada doanya itu :
              
Ertinya  :  Aku  meminta  kepada  Allah  Yang  Maha  Pemurah 

Tuhan  yang  mempunyai  ‘Arasy  Yang  Agung 

akan  menyembuhkan  engkau .
tujuh kali .

( Dan sunat ) Membaiki hati orang yang sakit daripada keluh kesah kesakitan .

( Dan ) Jika tiada diharap akan hidupnya, maka hendaklah disuruhkannya akan dia dengan taubat daripada segala dosa dan washiat dan membaiki i’tiqadnya akan Allah Ta‘ala dan diperingatnya akan dia pada yang demikian itu dengan menyebutkan segala hal orang yang shaleh-shaleh pada hal yang demikian itu .

Dan ditambahi pengajar dan nasihat akan dia dan dipinta daripada nya doa dan dipesaninya akan isi rumah yang sakit dan khadamnya dengan mengasihani dia dan jangan diberi sakit hatinya dan disuruh
nya mereka itu dengan menanggung susah dia dan sabar atasnya .

( Dan sunat ) Hendaklah disuruhnya akan yang sakit itu menghiasi diri dengan memakai bau-bauan seperti pada hari Juma‘at dan membaca Al Quran dan menyebut dzikrullah, ceritera segala mereka yang shaleh-shaleh dan segala hal ahwal mereka itu tatkala mati kerana disunatkan bagi orang yang sakit  sekelian yang demikian itu .

( Furu’ ) Setengah yang dituntut baginya iaitu membaca shurah Al Ikhlas seratus kali kerana riwayat pada hadits :

‘ Barang siapa membaca hingga akhir shurahnya

seratus kali pada sakitnya, mati ia dengan dia,
nescaya tiada dipicik atasnya kuburnya

dan diampunkan daripada disempit kuburnya

dan ditanggung akan dia oleh Malaikat

hingga di lalu atas Shirat ’ .

( Dan demikian lagi ) Sunat bagi orang yang sakit memesani isi rumahnya dengan sabar atas kematiannya dan membaiki perangai dan menjauhi berbantah pada segala pekerjaan dunia .
  
( Dan demikian lagi ) Sunat bagi yang sakit meminta maaf dan meminta redha kepada segala mereka yang ta'alluq dengan dia .

( Dan sunat ) Bahawa hendaklah yang sakit itu membaiki zhannya akan Allah Ta‘ala seperti dizhankannya dan diharapnya bahawa Allah Ta‘ala mengampuni dia dan menganugerahi rahmat akan dia maka, hendaklah dilebihkannya harap nya akan ampun Allah Ta‘ala dan rahmatnya daripada takutnya akan murkanya  dan siksanya . Inilah perintah pada orang yang sakit .

( Adapun ) Orang yang sihat badan, maka yang terutama baginya hendaklah bersamaan harapnya dan takutnya selama tiada ghaalib atasnya penyakit putus asa daripada rahmat Allah atau sentosa daripada murka Allah dan siksaNya . Jika ghaalib atasnya putus asa daripadanya maka terutama baginya melebihkan harap daripada takut  Dan jika ghaalib atasnya sentosa daripada murka Allah dan siksaNya, maka terutama baginya melebihkan takut daripada harap .

( Dan sunat ) Bagi yang sakit itu sabar atas kesakitan dan meninggalkan keluh kesah dan masam muka daripada penyakit itu . Dan makruh baginya mengadukan hal penyakitnya pada orang lain jika dengan redha akan qadha΄  Allah Ta‘ala . Dan jika tiada demikian itu, maka iaitu haram . Dan terkadang membawa yang demikian itu kepada kufur, tetapi jika ditanya akan dia oleh thabib atau shahabatnya daripada hal penyakitnya, maka dikhabarkannya akan dia daripada hal penyakitnya dengan sebenarnya, tiada atas rupa keluh kesah, maka iaitu tiada mengapa . Dan terutama bagi yang sakit itu bahawa jangan ia mengatakan aduh, hanya hendaklah dikatanya ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ atau ﭐﷲ ﺴﺒﺤﺎﻥ atau barang sebagainya .

( Masalah ) Berubat itu afdhal bagi orang yang adalah pada sembuhnya itu memberi manfaat bagi orang Muslimin atau yang takut atas dirinya daripda picik hatinya sebab berlambat sembuhnya . Dan jika tiada seperti demikian itu maka meninggalkan dia itu terlebih baik
  
Dan makruh bagi seseorang mencita-cita mati sebab kedatangan mudharat pada  dirinya lagi tiada takut ia akan fitnah pada agamanya  Dan jika tiada tertahan dirinya daripada mencita-cita mati, maka hendaklah dibacanya :

Ertinya  :  Ya Allah, hidupkanlah  aku  kalau  hidup  itu

mendatangkan  kebaikan  kepadaku  dan  matikanlah  aku

 kalau  mati  itu  mendatangkan  kebaikan  kepadaku  .

( Dan sunat ) Yang sakit itu berubat tetapi makruh mengagahi dia atau memaki   atau atas makan dan minum .

﴾ Syahdan ﴿ Apabila hadirlah segala tanda mati pada seseorang, maka sunat bahawa ditalqinkan akan dia dengan kalimah Syahadah ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ dan jika ada ia kanak-kanak yang mumaiyyiz sekalipun .

Dan tiada sunat menambahi dengan ﭐﷲ ﺭﺴﻭﻝ ﻤﺤﻤﺩ . Dan jangan dikata baginya ; kata olehmu ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ, supaya tiada disakiti ia dengan yang demikian itu, hanya disebutkan di hadapannya kalimah ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ sekali jua atau dikatanya ;  dzikrullah itu memberi berkat, supaya ingat ia akan dia dan supaya disebutnya akan kalimah itu .

Janganlah diulangi talqin atasnya hingga berkata-kata ia, maka apabila berkata ia dengan perkataan yang lain daripada kalimah Syahadah, maka hendaklah diulang talqin itu sekali jua supaya ada kesudahan perkataannya di dalam dunia kalimah ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ kerana tersebut di dalam hadits yang shahih : 

Ertinya :   ‘ Barang siapa ada kesudahan katanya di dalam dunia

      ﭐﷲ ﺇﻻ ﺇﻠٰﻪ ﻻ  nescaya masuklah ia ke dalam Syurga ’ .

( Bermula ) Yang terafdhal bahawa adalah yang mentalqinkan itu, yang lain daripada warisnya dan seterunya dan yang dengki dengan dia, jika ada hadir yang lain . Dan jika tiada hadir yang lain, maka yang mentalqinkan dia yang terlebih kasih sayang daripada warisnya

( Masalah ) Wajib ditalkinkan dua kalimah Syahadah bagi orang yang kafir yang diharap akan Islamnya iaitu diajarkan mengucap dan diberi ketahui akan maknanya jika kafir itu bangsa ‘Ajami . Dan jika tiada diharap akan Islamnya, sunat ditalqinkan dia jua .

Dan sunat talqin akan kanak-kanak yang ada tamyiznya kerana faedah supaya dapat fadhilat baginya masuk ke Syurga serta orang yang terdahulu . Bersalahan pada kuburnya, tiada dituntut talqin kerana tiada soal pada kuburnya . Kata qiil ; sunat talqin jua .

Maka apabila sudah ditalqinkan, maka sunat rebahkan atas lambung nya yang kanan serta dihadapkan muka ke Kiblat seperti kelakuan menghantarkan dia di dalam liang lahad . Dan jika sukar yang demikian itu, maka rebahkan atas lambungnya yang kiri . 

Dan jika sukar pula, maka ditelentangkan akan dia dan dihadapkan mukanya dan kedua tapak kakinya ke Kiblat dan ditinggikan kepala nya sedikit dengan bantal dan barang sebagainya supaya berhadap mukanya ke Kiblat .

Dan sunat dibacakan akan dia shurah Yasin kerana tersebut di dalam hadits yang shahih sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

‘ Bacakan oleh kamu akan segala mereka yang hampir mati

daripada kamu shurah Yasin ’ .

Dan tersebut pada setengah riwayat hadits yang lain, sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

‘ Tiada jua  daripada orang yang sakit yang dibacakan shurah Yasin

melainkan lepaslah  ia daripada dahaga ketika mati dan pada ketika

 dimasukkan ke dalam kubur ’ .

( Furu’ ) Sunat baca pada orang yang hampir mati itu shurah Yasin dan shurah Ar Ra’d dan jika boleh dihimpun keduanya itu iaitu terlebih . Dan jika tiada dapat hendak himpun keduanya itu seperti ia sangat hampir hendak matinya, maka hendaklah didahulukan membaca shurah Yasin kerana sah hadits seperti yang disebutkan pada hadits :

‘ Tiada daripada orang yang sakit dibacakan  atasnya

Yasin melainkan mati puas dahaga

dan masuk di dalam kubur puas  dahaga ’ .

Dan riwayat yang lain :

‘ Barang siapa membaca Yasin padahal ia takut  diamankan dia,

atau lapar dikenyangkan dia, atau dahaga diberi minum akan  dia,

atau ia bertelanjang diberi pakai akan dia,

atau sakit disembuhkan dia ’ .

Dan sunat hingga tamam shurahnya dan pada shurah Ar Ra’d itu datang pada hadits bahawasanya ia dimudahkan keluar rohnya .

( Dan ) Sunat menitikkan air pada mulut orang yang hampir mati jika tiada ada tanda yang menunjukkan atas sangat dahaganya . Dan jika ada tanda yang demikian itu, maka iaitu wajib kerana dahaga ketika nazak terlalu keras .

Dan lagi, sanya dikata orang bahawasanya syaithan datang ia membawa dengan air pada perasaan dan berkata ia kepadanya kepadanya ; kata olehmu ; ﺃﻧﺎ  ﻵ ﺇلٰه ﺇلا { tiada Tuhan melainkan aku } hingga aku beri minum akan dikau, maka jika berkata yang demikian itu mati ia atas yang lain daripada agama Islam . Demikianlah disebut oleh Syeikh Ibnu Hajar sebab hendak kita titik air padanya supaya tiada ia tamak akan air syaithan itu .

﴾ Syahdan ﴿ Apabila mati ia, maka sunat dipejamkan kedua matanya dan sunat membaca tatkala memejamkan mata itu :

﴾  ﺴﻟﻡ ﻭ   ﻋﻟﻴﻪ   ﭐﷲ   ﺻﻟﻰ   ﭐﷲ  ﺭﺴﻭﻞ   ﻤﻟﺔ   ﻋﻟﻰ  ﻭ  ﭐﷲ  ﺑﺴﻡ  ﴿

BiS  MiL  Laa  hi  MiL  La  Ti  Ra  Suu  LiL  Laa  hi

 SHaL  LaL  Laa  hu  ‘A  Lai  hi  Wa  SaL  LaaM .

Dan diikat kedua rahangnya serta kepalanya dengan pengikat yang lebar kerana memelihara akan mulutnya daripada masuk binatang yang melata daripada keji pada pemandangan orang dan dilembutkan segala perlipatannya, maka digenggamkan jarinya kepada tapak tangannya dan dilentik-lentik tangannya ke bahunya dan dilentik-lentik betisnya ke pahanya dan dilentik-lentik pahanya ke perutnya, kemudian maka dibujurkan kedua tangannya dan dihunjurkan kedua kakinya supaya mudah memandikan dan mengafan dia . 

Dan hendaklah melembutkan itu kemudian daripada keluar roh kerana ada pada badannya pada ketika itu hangat daripada bekas roh, maka apabila segera dilembutkan pada ketika itu, nescaya jadi lembutlah perlipatan anggotanya dan jika lambat, sukarlah melembutkan dia tetapi jika dapat melembutkan dia dengan diurut dengan minyak umpamanya, maka tiada mengapa .

Dan ditanggalkan segala pakaiannya yang dipakainya tatkala mati dan ditutup sekelian badannya dengan kain yang ringan, maka disusupkan satu puncanya di bawah kepala dan satu puncanya di bawah kakinya  .

Dan ditindih perutnya dengan suatu yang berat daripada besi seperti pedang atau cermin dan jika tiada diperoleh yang demikian itu, maka tanah yang basah dan jika tiada, maka barang yang mudah . Dan sekurang-kurangnya beratnya penindih itu kira-kira dua puluh mitsqal supaya tiada kembung perutnya . Dan jangan ditindih dengan mashhaf, maka dihantarkan mayat itu di atas katil dan seumpamanya dengan tiada hamparan di bawahnya serta dihadapkan ke Kiblat.

( Dan sunat ) Yang mengerjakan segala perintah yang tersebut itu keluarganya yang terlebih kasih sayang hatinya daripada mereka itu, laki-laki sama laki-laki dan perempuan sama perempuan, tetapi suami terlebih utama mengerjakan isterinya daripada yang lain .

( Dan demikian lagi ) Isteri terutama mengerjakan suaminya daripada yang lainnya . Dan hendaklah dipintakan doa baginya tatkala mengerjakan segala perintah yang tersebut itu .

( Dan ) Hendaklah disegerakan membayar hutangnya dan diluluskan segala washiatnya pada ketika itu jua jika mudah . Dan jika tiada, maka hendaklah wali nya memintakan halal kepada yang menghutangi dia atau dipindahkannya hutang si mayat atas dirinya supaya lepas dzimmahnya daripada keberatan hutang kerana tersebut di dalam hadits bahawasanya roh orang mu΄min adalah terpenjara ia daripada tempatnya yang mulia sebab hutangnya hingga dibayarkan hutangnya .

( Masalah ) Jikalau diperanakkan dua anak berkembar lagi berlekat-lekat antara keduanya dan mati salah seorang daripada keduanya, maka bahawasanya ditilik, jika dapat diceraikan daripada yang hidupnya dengan ketiadaan memberi mudharat bagi yang hidupnya, wajib diceraikan dan dimandikan dan dikerjakan seperti orang lain .

Dan jika tiada dapat diceraikan, maka wajiblah dikerjakan dengan yang mati itu apa yang dapatnya daripada memandikan dan dikafankan dan sembahyangkan dan haram ditanamnya kerana tiada dapat diceraikan antaranya . Dan sanya dinanti gugurnya, maka jika gugur, wajib ditanamkan demikian suku itu . Demikianlah dikerjakan tiap-tiap gugurnya dan jika tiada mati keduanya .

Maka jika adalah salah seorang laki-laki dan seorang perempuan, maka jika dapat diceraikan, maka yang zhahir wajib dicerai akan dia, maka jika tiada dapat, hendaklah dikerjakan barang sedapatnya dan dipeliharakan pada laki-laki pada menghadapkan Kiblat . 

( Dan sunat ) Memberitahukan segala manusia akan kematian seseorang tetapi jangan kerana bermegah dan riya΄, hanya supaya banyak yang menyembahyangkan dia jua .

‘Aqabah Taubat ( Kitab Minhajul ‘Abidin ) siri 1


Bermula ‘aqabah yang kedua dan iaitu ‘aqabah al-Taubah .

Kemudian wajib atasmu hai orang yang menuntut ‘ibadah, telah memberi taufiq Allah Ta‘ala akan kami dan akan kamu dengan taubat . Dan kerana yang demikian itu dua perkara :

Pertama :

Supaya hasil bagimu taufiq bagi tha‘at . Maka bahawasanya celaka dosa itu mempusakai hirmaan, yakni menegah tha‘at dan mengiringi khidzlaan, tiada kuasa mengerjakan dia . Dan bahawasanya tambatan dosa menegahkan daripada berjalan kepada tha‘at bagi Allah dan bersegera kepada khidmat akan dia . Dan bahawasanya berat dosa itu menegahkan ringan di dalam kebajikan dan rajin kepada tha‘at .

Dan bahawasanya yang mengekalkan atas dosa itu setengah daripada barang yang menghitam hati . Maka di dapatnya akan dia di dalam kelam dan keras hati, tiada iklas dan jernih dan tiada lazat dan tiada manis dan tiada dikasihan akan dia Allah Ta‘ala . Maka menghela taulannya kepada kufur dan celaka . Maka hai ‘ujub, betapa diberi taufiq bagi tha‘at orang yang di dalam kelam dan keras hati dan betapa menyeru ia kepada kebajikan dan khidmat orang yang iaitu mengekalkan atas ma’shiat dan benci dan betapa menghampirkan bagi munajat bagi orang yang berlumur dengan luat-luat dan najis . Maka tersebut di dalam hadith daripada Shadiq al Mashduq Rasulullaah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bahawasanya bersabda :

﴾    ﻓﻴﻪ   ﻤﻥ  ﻴﺨﺭﺝ   ﻤﺎ  ﻧﺘﻥ   ﻋﻟﻰ  ﺍﻟﻤﻜﺎﻥ  ﺘﻧﺢّ  ﺍﻟﻌﺑﺪ   ﻜﺫﺏ  ﺇﺫﺍ     ﴿

‘ Apabila berdusta hamba, pergilah dua Malaikat daripada hamba itu

daripada busuk barang yang keluar dari mulutnya ’ .

Maka betapa patut lidah ini menyebut dzikrullah, maka sebenar-benarnya tiada hampir didapat orang yang mengekali atas ‘ishyaan itu taufiq dan tiada ringan segala anggotanya bagi ‘ibadat . Dan jika didapatnya setengah ketika, maka kekeruhan tiada manusia serta dan tiada jernih . Dan yang demikian itu dengan sebab kelam dosanya dan meninggalkan taubat . Dan sunguhnya telah benar orang yang berkata apabila tiada kuasa berdiri malam dan puasa siang hari, maka bahawasanya ketahui olehmu engkau itu tertambat, sanya telah menambatkan dikau oleh dosa engkau, maka inilah .

Dan kedua daripada dua perkara itu :

Sungguhnya melazimkan taubat supaya diterima daripadamu ‘ibadatmu, maka bahawasanya empunya hutang, tiada diterima akan hadiahnya . Dan yang demikian itu bahawasanya taubat daripada ma‘aashi dan redha akan empunya khushum, ya’ni lawanmu itu lazim dan kebanyakkan ‘ibadat yang engkau menyahajakan dia itu sunat . Maka betapa diterima olehmu tabarra’mu, ya’ni amal yang sunat dan hutang atas tunai tiada engkau bayar akan dia atau betapa engkau tinggal keadaannya yang halal dan yang mubah dan engkau mengekali mengerjakan atas yang ditegas dan haram dan betapa engkau munajat dan engkau menyeru dan memuji atasnya dan iaitu atasnya marah . Maka inilah zahir kelakuan orang yang ‘ashi yang mengekali atas ma’shiat .

Bermula Allah Ta‘ala tempat kami minta tolong, maka jika engkau kata : Maka apa makna taubat nashuha dan hadnya dan yang sayugianya bagi hamba bahawa ia mengerjakan hingga keluar ia daripada dosa sekaliannya ? Maka kami berkata : Adapun taubat, maka bahawasanya perjalanan dari perjalanan hati dan iaitu kata ‘Ulama΄ : dilepaskan hati daripada segala dosa, ya’ni tiada melepaskan pada hati hendak mengerjakan dosa .

Kata Mu‘allif Radhiyallaahu ‘anhu, kata Syeikh kami iaitu Iman al Haramain : Pada had taubat bahawasanya ia meninggalkan dengan ikhtiar akan dosa yang seumpamanya daripadanya pada manzilahnya, ya’ni tempatnya tiada pada rupanya kerana membesar bagi Allah dan memeliharakan daripada murkaNya, maka baginya tiba-tiba empat syaratnya :

Pertama : Meninggalkan akan dosa itu dengan ikhtiarnya dan iaitu bahawa ditetapkan hatinya dan disucikan dia pada citanya atas bahawa tiada ia hendak kembali kepada dosa itu sekali-kali . Adapun jika meninggalkan dosa dan citanya atas bahawa terkadang ia kembali kepadanya dan tiada ia memutuskan atas yang demikian itu, tetapi barang kali kembali bahawasanya terkadang jatuh baginya kembali pula, maka bahawasanya ia menengah daripada dosanya, maka tiada sah taubat daripadanya, ya’ni tiada dinamakan orang taubat .

Kedua : Bahawa taubat daripada dosanya telah terdahulu daripadanya umpamanya kerana jikalau tiada mendahulu daripadanya umpamanya sekali-kali, nescaya adalah orang memeliharakan bukan dinamakan orang taaib .

Tiadakah engkau lihat bahawasanya sah dikatakan bahawasanya Nabi ‘alaihissalam adalah ia muttaqiy, ya’ni memeliharakan daripada kufur dan tiada sah dikatakan bahawasanya adalah ia taaib daripada kufur, kerana tiada mendahulu daripadanya ‘alaihish shalaatu was salam kufur sekaliannya . Dan bahawasanya ‘Umar bin al Khaththtab Radhiyallaahu ‘anhu adalah ia taaib daripada kufur kerana bahawasanya telah mendahulu daripadanya yang demikian itu .

Dan ketiga : Bahawasanya dosa yang dahulu ada ia seumpama barang yang ia meninggalkan dengan ikhtiarnya pada manzilahnya, ya’ni pada darjatnya dan pada tempatnya, tiada pada rupanya .

Tiadakah engkau lihat bahawasanya syeikh tua yang lemah yang telah mendahulu daripadanya zina dan memutuskan jalan apabila berkehendak bahawa taubat daripada yang demikian itu dapat akan dia taubat, tiada mustahil atasnya kerana belum lagi tertutup daripadanya pintu taubat . Tiada dapat ia meninggalkan dengan kehendaknya akan zina dan memutuskan jalan kerana ia tiada kuasa sekarang atas mengerjakan yang demikian itu . Maka tiada kuasa atas meninggalkan dengan ikhtiarnya, maka tiada patut dishifatkan dia dengan bahawasanya yang meninggalkan baginya dan yang menegahkan dia daripadanya kerana ia lemah dan tiada kuasa lagi, tetapi ia kuasa atas barang yang iaitu seumpamanya zina dan memutuskan jalan pada tempatnya dan darjatnya seperti menuduh orang akan zina dan dusta dan mengumpat dan mengadu-ngadu kerana sekelian itu ma‘aashi .

Dan jika ada ia berlebih kurang pada dosanya pada hak adami pada tiap-tiap satu dengan kadarnya tetapi sekeliannya ini ma‘aashi yang furu‘iyyah, ya’ni bukan asal dan menepati satu jua dan iaitu di bawah ma’shiat bid‘ah dan bid‘ah itu di bawah ma’shiat kufur . Maka kerana yang demikian itulah sah daripadanya taubat daripada zina dan memutuskan jalan dan sekelian barang yang telah terdahulu daripada segala dosanya yang iaitu ia sudah lemah daripada umpamanya pada harinya dan pada ketikanya pada rupanya .

Dan keempat : Bahawa ada ia meninggalkan dosanya sekehendaknya dengan ikhtiarnya kerana membesarkan bagi Allah ‘Azza wa Jalla dan kerana memeliharakan daripada murkaNya dan pada siksaNya semata-mata bukan kerana takut bagi dunianya atau kerana takut gugur daripada manusia atau dituntut dipuji atau berkehendak sebutan pada orang banyak atau dhaif pada dirinya atau papa atau yang lain daripada yang demikian itu .

Maka inilah syarat taubat dan rukunnya, maka apabila hasillah dan sempurnalah baginya, maka iaitulah taubat sebenarnya lagi shadiq ia pada taubatnya . 

Khamis, 23 Jun 2011

Tanggung Jawab Suami Muhimmah 15


Sabda Nabi s.a.w ; ‘Tiada mendapati akan Allah oleh seseorang dengan dosa yang terlebih besar daripada dosa yang jahil segala isi rumahnya ’, maka wajiblah atas suami mengajar ia akan isterinya akan i’tiqad Ahli Sunnah Wal Jama‘ah daripada segala yang wajib bagi Allah Ta‘ala dan mustahil atasNya dan harus padaNya dan wajib pula menyatakan segala ‘aqidatul iman .

Dan demikian lagi, wajib atas suami mengajar hukum sembahyang dan barang sebagainya daripada segala yang halal dan yang haram seperti meninggalkan mengumpat-ngumpat dan mengadu-ngadu dan memeliharakan segala najis dan segala hukum membasuh najis .

Demikian lagi wajib atas suami itu bahawa belajar akan bicara haidh dan nifas dan hukum dan wajib pula ia mengajar yang demikian itu akan isteri dan wajib pula mengajar bagi mandi janaabah dan mandi haidh dan nifas dan wilaadah .

Dan setengah daripada yang wajib atas suaminya mengajar ia akan isterinya itu apabila putus darah haidh dahulu daripada waktu Maghrib sekira-kira lulus takbiiratul ihram, maka wajib ia menqadha΄kan sembahyang Zhuhur dan ‘Ashar itu . Dan manakala putus darah haidh itu dahulu daripada waktu Shubuh sekira-kira lulus takbiiratul ihram, maka wajiblah atasnya qadha΄ sembahyang Maghrib dan ‘Isya΄ .

Dan apabila mengajar oleh suaminya dengan segala hukum yang tersebut itu, maka tiadalah harus bagi isteri itu keluar kerana belajar yang demikian itu . Jika tiada ia mengajar akan yang demikian itu, maka haruslah bagi isteri itu keluar tetapi wajib pula keluarnya, maka haramlah atas suaminya menegahkan dia dan tiada harus bagi perempuan itu keluar kerana belajar ilmu yang terlebih dari pada fardhu ‘ain melainkan dengan izin suaminya .

Kebinasaan Suami Di Akhirat Muhimmah 13 / 14




Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Asma’, anak Saiyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu ‘anhuma :

Bahawa sesungguhnya ia berkata :

Telah mengkahwin akan daku oleh Zubair, padahal tiada baginya di dalam bumi ini daripada harta, dan tiada memiliki ia akan sahaya, dan tiada memiliki suatu yang lain daripada satu kudanya, dan satu untanya yang menjiruskan kebunnya, maka adalah aku memberi makan dia, dan aku mencukup akan dia belanjanya dan memeliharakan akan dia, dan aku menambah biji kurma makanan bagi untanya . Dan lagi aku memberi makan akan dia, dan memberi minum air akan dia, dan aku menjahit timba kulit, dan aku menggiling akan tepung gandum dan syair, dan aku perbuat akan dia roti, dan adalah aku memindahkan biji kurma, padahal aku junjung di atas kepalaku daripada perjalanan dua tsuluts farsakh jauhnya hingga menyuruh akan daku oleh bapaku, Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyaallaahu ‘anhu dengan satu khadam perempuan, berkhidmat akan daku, maka memadai akan daku dan memeliharakan ia akan daku, maka seolah-olahnya memerdekakan ia akan daku daripada berkhidmat itu,



Maka

adalah sebaik-baik perempuan itu adalah cita-citanya itu membaikkan dirinya
dan memeliharakan badannya dan mengerjakan pekerjaan yang di dalam rumahnya, serta sembahyang fardhu yang lima waktu, dan puasa pada bulan Ramadhan, dan memeliharakan  ia akan farajnya, dan mengikut bagi suruh, dan tegah suaminya, nescaya masuklah perempuan itu ke dalam Syurga Tuhannya .



INI suatu tanbih pada menyatakan kebinasaan atas lelaki yang mempunyai isterinya sebab berkahwin .

Maka iaitu beberapa perkara ( setengah daripadanya ) bahawa tiada mudah memberi belanja isterinya itu daripada harta yang halal padahal wajib atasnya itu memberi nafqah, maka adalah berkahwin itu sebab yang meluaskan di dalam menuntut makanan yang haram, istimewa pula pada zaman sekarang ini, maka adalah dalamnya itu membinasakan dirinya dan membinasakan ahlinya . Adapun segala orang yang bujang, ghaalib ia sejahtera daripada demikian itu .  

Dan tersebut di dalam hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bahawa sungguhnya seorang hamba Allah diperhentikan ia pada dekat neraca pada hari Qiyaamah dan adalah baginya daripada beberapa kebajikan seumpama bukit yang besar, kemudian maka ditanya akan dia daripada memeliharakan ahlinya dan daripada hartanya dan daripada dirinya dengan memeliharakan mereka itu dan ditanya daripada hartanya daripada mana ia mengusahakan akan dia danpada apa membelanjakan akan dia hingga habis segala amalnya yang kebajikan .

Dan dituntut balas bagi kejahatannya itu dan tiada tinggal baginya satu kebajikan jua pun, menyeru oleh Malaikat, ya’ni berteriak ia dihadapan orang yang banyak dengan katanya :

‘ Inilah orang yang memakan akan segala

amal kebajikannya itu

oleh segala ahlinya di dalam dunia

dan terkaya ia pada hari ini

dengan segala amalnya ’ .

Dan diriwayatkan oleh setengah ‘Ulama΄ bahawa sungguhnya pertama-tama yang bergantung dengan seorang lelaki pada hari Qiyaamah itu iaitu ahlinya dan anaknya, maka memberhentikan mereka itu akan dia antara hadapan Allah Ta‘ala, maka berkata oleh segala ahlinya :

Hai Tuhanku !!!

Ambil olehMu bagi kami dengan hak kami daripada lelaki ini,

maka bahawa sungguhnya ia

tiada mengajari akan kami akan suatu hukum

yang kami jahil akan dia

dan lagi adalah ia

memberi makan akan kami

daripada harta yang haram,

padahal kami tiada mengetahui akan dia .

Maka ketika itu membalas Allah Ta‘ala bagi mereka itu daripadanya dengan siksa yang amat sangat .

Kisah Anak Saiyyidina Abu Bakar Muhimmah siri 13


Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Asma’, anak Saiyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu ‘anhuma :

Bahawa sesungguhnya ia berkata :

Telah mengkahwin akan daku oleh Zubair,

padahal tiada baginya

di dalam bumi ini daripada harta,

dan tiada memiliki ia akan sahaya,

dan tiada memiliki suatu yang lain daripada satu kudanya,

dan satu untanya yang menjiruskan kebunnya,

maka adalah aku memberi makan dia,

dan aku mencukup akan dia belanjanya

dan memeliharakan akan dia,

dan aku menambah biji kurma makanan bagi untanya .

Dan lagi aku memberi makan akan dia,

dan memberi minum air akan dia,

dan aku menjahit timba kulit,

dan aku menggiling akan tepung gandum dan syair,

dan aku perbuat akan dia roti,

dan adalah aku memindahkan biji kurma,

padahal aku junjung di atas kepalaku

daripada perjalanan dua tsuluts farsakh jauhnya

hingga menyuruh akan daku oleh bapaku,

Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyaallaahu ‘anhu

dengan satu khadam perempuan,

berkhidmat akan daku,

maka memadai akan daku

dan memeliharakan ia akan daku,

maka seolah-olahnya memerdekakan ia akan daku

daripada berkhidmat itu,

Maka

adalah sebaik-baik perempuan itu adalah

cita-citanya itu membaikkan dirinya

dan memeliharakan badannya

dan mengerjakan pekerjaan yang di dalam rumahnya,

serta sembahyang fardhu yang lima waktu,

dan puasa pada bulan Ramadhan,

dan memeliharakan  ia akan farajnya,

dan mengikut bagi suruh,

dan tegah suaminya,

nescaya masuklah perempuan itu

 ke dalam Syurga Tuhannya .