Rabu, 6 Julai 2011

Memeliharakan Faraj ( Penawar Bagi Hati ) siri 5

Fasal yang kelima pada menyatakan faraj .

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat iaitu mengadakan anak dengan dia .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

                 ﺍﻟﻘﻴﺎﻤﻪ   ﻴﻮﻡ   ﺍﻻﻤﻡ   ﺑﻛﻡ   ﻤﺑﺎﻩ   ﻓﺈﻧّ   ﺘﻧﺎﺴﻟﻮﺍ   ﺘﻧﺎﻜﺤﻭﺍ
Ertinya : ‘ Berkahwin oleh kamu, nescaya kamu mendapat anak-anak, maka bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala ummat pada hari Qiyaamah ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺠﺎﺭﻴﺔ   ﺼﺪﻗﺔ   ﺛﻼﺚ   ﻤﻥ   ﺍﻻّ  ﻋﻤﻟﻪ    ﺍﻧﻘﻄﻊ   ﺁﺪﻡ   ﺍﺑﻥ  ﻤﺎﺖ   ﺇﺫﺍ

ﻠﻪ  ﻴﺪﻋﻭ   ﺻﺎﻠﺢ   ﻮﻮﻠﺪ   ﺑﻪ  ﻴﻧﺗﻔﻊ   ﻋﻠﻡ  
Ertinya : ‘ Apabila mati manusia, nescaya putus oleh amalnya melainkan daripadanya tiga perkara : Pertama waqaf, dan kedua ilmu yang diambil manfaat dengan dia, dan ketiga anak yang beriman yang mendoa baginya ’ .
( Diriwayatkan oleh Muslim )

Berkata Ibnu Hajar Rahimahullaahu Ta‘ala : Ditulis baginya seumpama segala amal yang baik yang mengerjakan dia oleh anaknya, tiada segala amalnya yang jahat-jahat . Demikian lagi, menjadikan Allah Ta‘ala bagi engkau akan faraj kerana kegunaan dunia, iaitu bersedap-sedap dengan jima’ dan bersuka-suka dengan sekalian anak yang dapat dengan jima’ itu, yang bermula mereka itu sebesar-besar segala perhiasan dunia kerana firman Allah Ta‘ala :

…. ۖ   ٱﻠﺪّﻧﻴﺎ   ٱﻠﺤﻴٰﻭﺓ    ﺯﻴﻧﺔ   ﻮٱﻠﺑﻧﻭﻦ   ٱﻠﻤﺎﻝ
Ertinya : “ Bermula harta benda dan sekalian anak itu perhiasan hidup dunia… ” .
( Shurah Al Kahfi : Ayat 46 )

Dan firmanNya :

ﻮٱﻠﺑﻧﻴﻦ   ٱﻠﻧّﺴﺂﺀ   ﻤﻦ   ٱﻠﺷﻬﻮٰﺖ   ﺤﺏّ   ﻠﻠﻧّﺎﺱ   ﺯﻴﻦ
Ertinya : “ Dihiasi bagi manusia akan kasih akan segala keinginan daripada perempuan dan anak-anak…”.
( Shurah Ali Imran : Ayat14 )

Bermula mensyukurkan ini anggota memelihara daripada yang diharamkan, seperti zina dan liwath dan mengeluarkan air mani lain daripada tangan isterinya dan jarinya .

Dan memeliharanya daripada yang syubhah, seperti jima’ pada nikah yang bathil, jika taqlid ia akan yang berkata dengan sah nikah itu dan jika tiada, nescaya adalah ia haram, bukan syubhah .

Telah berfirman Allah Ta‘ala ketika memuji orang yang mendapat kemenangan :

  ٥ ﴿  ﺤٰﻔﻅﻮﻦ   ﻠﻔﺮﻮﺠﻬﻡ   ﻫﻡ  ﻮٱﻠّﺬﻴﻦ
Ertinya : “ Dan sekalian yang memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu ( kecuali atas sekalian isteri dan sahaya mereka itu yang perempuan ) ” .
( Shurah Al Mu΄minun : Ayat 5 )

Maka bahawasanya mereka itu tiada dicela, dan ketahui olehmu bahawasanya tiada sempurna memelihara faraj melainkan dengan memelihara mata daripada melihat perempuan yang haram dilihat, dan memelihara hati daripada memikirkan rupa yang elok dan memelihara perut daripada memakan yang syubhat dan daripada bersangatan kenyang kerana yang demikian itu menyeru kepada zina yang adalah ia sebesar-besar segala dosa besar dengan jima’ ‘Ulama΄ kemudian daripada kufur dan membunuh orang .

Telah berfirman Allah Ta‘ala :

ٱﷲ  ﺤﺭّﻡ   ٱﻟﺘﻰ   ٱﻟﻧﻔﺱ   ﻴﻘﺘﻟﻭﻥ   ﻭﻻ  ﺀﺍﺧﺭ  ﺇﻟٰﻬﺎ   ﭐﷲ  ﻤﻊ   ﻴﺪﻋﻭﻦ     ﻮٱﻠّﺬﻴﻦ

ﻠﻪ  ﻴﻀٰﻌﻑ   ٦٨   ﺃﺜﺎﻤﺎ  ﻴﻠﻕ   ﺬٰﻠﻚ   ﻴﻔﻌﻞ   ﻤﻥ     ۚ ﻴﺯﻧﻭﻥ   ﻭﻻ   ﺑﭑﻟﺤﻖّ  ﺇﻻّ

ﺀﺍﻤن    ﺘﺎﺏ  ﻤن  إﻻّ   ٦٩  ﻤﻬﺎﻧﺎ  ے ﻓﻴﻪ   ﻭﻴﺧﻠﺪ   ﭐﻠﻘﻴٰﻤﺔ   ﻴﻭﻡ  ﭐﻠﻌﺬﺍﺏ

Ertinya : “ Dan mereka yang tiada meng‘ibadatkan mereka itu serta Allah Ta‘ala akan Tuhan yang lain yang tiada membunuh mereka itu akan nyawa yang mengharamkan Allah Ta‘ala akan membunuhnya melainkan dengan sebenar-benar dan tiada berzina mereka itu dan barang siapa mengerjakan akan yang demikian itu, nescaya berjumpa ia akan siksa ( atau akan telaga di dalam api Neraka Jahanam ) . Digandakan baginya akan siksa pada hari kiamat dan berkekalan ia padanya dihinakan ia melainkan mereka yang bertaubat
( Shurah Al Furqan : Ayat 68-70 )

Dan firmanNya :

     ٣٢ ﴿  ﺴﺑﻴﻼ   ﺴﺂﺀ    ﻓٰﺤﺷﺔ   ﻜﺎﻦ  ٫ ﺇﻧّ   ۖ  ﭐﻟﺯّﻧﻰ  ﺘﻘﺭﺑﻮﺍ    

Ertinya : “ Dan janganlah menghampiri kamu akan zina, kerana bahawasanya zina itu adalah ia maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan ( ertinya, sejahat-jahat pekerjaan ) ”.
( Al Isra΄ : 32 )

Dan diceritakan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas‘ud Radhiyallaahu ‘anhuma, berkata ia : Bertanya aku akan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : Apa dosa yang lebih besar di sisi Allah Ta‘ala ?

Bersabda ia :
Bahawasanya engkau jadikan bagi Allah Ta‘ala akan yang menyengutui, dan ia jua menjadikan akan dikau ’ .

Bersembah aku : Bahawasanya demikian itu sesungguhnya dosa yang sangat besar . Bersembah aku : Kemudian apa ?

Bersabda ia :
Bahawa engkau bunuh anak engkau kerana takut engkau bahawa makan ia serta engkau ’.

Bersembah aku : Kemudian apa ?

Bersabda ia :
Bahawa engkau berzina akan perempuan orang yang hampir dengan rumah engkau ’ .

Wallaahu a’lam .

Memeliharakan perut ( Penawar Bagi Hati ) siri 4

Fasal yang keempat pada menyatakan perut

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan ia bagi engkau akan perut kerana beberapa faedah yang bangsa agama dan beberapa faedah bangsa dunia 

Adapun faedahnya yang bangsa agama, maka memberi oleh perut itu akan segala badan akan bantuan daripada yang berubah di dalamnya daripada makanan pada darah dan kepada air mani yang dengan dia mendapat anak dan berkekalan oleh manusia . Maka dengan sejahtera segala anggota perut ( seperti jantung dan limpa dan paru-paru dan perut besar ) sejahtera yang tinggal daripada segala badan segala penyakit yang menegah daripada menunaikan segala ‘ibadat dengan sempurna .

Dan adapun faedahnya yang bangsa dunia, maka menyempurnakan kesedapan segala makanan dan minuman dan jima’ kerana ketiga-tiganya itu adalah ia pada ketika sihat perut .

Dan bermula mensyukurkan nikmat perut ini memeliharanya daripada makanan yang haram dan yang syubhat, ertinya : yang tiada diyakinkan akan halalnya dan tiada diyakinkan akan haramnya, dan memeliharanya daripada bersangatan kenyang, maka hendaklah bersunguh-sungguh engkau memelihara perut itu daripada haram dan yang syubhat kerana tiga perkara :

1 : Kerana takut daripada siksa api Neraka . Telah berfirman Allah Ta‘ala :

               ﻓﻰ   ﻴﺄﻜﻟﻮﻥ   ﺇﻧّﻤﺎ   ﻅﻟﻤﺎ   ٱﻟﻴﺘٰﻤﻰٰ   ﺃﻤﻮٰﻞ  ﻴﺄﻜﻟﻮﻦ   ٱﻟّﺫﻴﻦ  ﺇﻦّ

                     ١٠ ﴿   ﺴﻌﻴﺭﺍ   ﻮﺴﻴﺼﻠﻮﻦ   ۖ  ﻧﺎﺭﺍ   ﺑﻁﻮﻧﻬﻡ
Ertinya : “ Bahawasanya sekelian mereka yang makan mereka itu harta anak yatim kerana zalim, hanyasanya makan mereka itu di dalam perut mereka itu akan sebab bagi api Neraka selagi akan masuk mereka itu ke dalam api Neraka yang bernyala-nyala ” .
( Shurah An-Nisaa΄ : Ayat10 )

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

   ﺤﺭﺍﻡ   ﻤﻦ    ﻧﺑﺖ   ﻟﺤﻡ    ﺍﻟﺠﻧّ    ﻴﺪﺧﻝ     ﴿
Ertinya : ‘ Tiada masuk ke dalam Syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang haram ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﺑﻪ  ﺍﻮﻟﻰ   ﻓﺎﻟﻧّﺎﺭ   ﺴﺤﺖ   ﻤﻦ   ﻧﺑﺖ   ﻟﺤﻡ   ﻜﻝّ  ﴿
Ertinya : ‘ Tiap-tiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api Neraka itu lebih utama dengan dia ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﻋﺭﺿﻪ     ﻟﺪﻴﻧﻪ   ﺍﺴﺗﺑﺭﺃ   ﻓﻘﺪ   ﺍﻟﺸّﺑﻬﺎﺖ   ﺍﺗّﻘﻰ   ﻓﻤﻦ  ﴿  
Ertinya : ‘ Maka barang siapa memelihara dirinya daripada segala yang syubhah, maka sungguhnya telah menuntut bersih ia akan agamanya dan dirinya ’ .
Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan,
Nu’man bin Basyir Radhiyallaahu ‘anhu .

2 : Bahawasanya yang makan akan makanan yang haram dan yang syubhah itu tiada diberi petunjuk akan dia kepada ‘ibadat, kerana tiada patut bagi mengerjakan ‘ibadat itu melainkan yang suci daripada segala kekotoran, sama ada kotoran yang dapat dilihat dengan mata, seperti hadats kecil dan hadats besar dan makan yang haram dan yang syubhah .

3 : Bahawasanya yang memakan akan makanan yang haram dan yang syubhah itu ditegahkan akan dia daripada mengerjakan kebajikan, dan jika mengerjakan ia akan dia, nescaya tiada diterima daripadanya dan tiada ada baginya melainkan penat jua .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
                     
                     ﺍﻟﺳّﻬﺭ   ّ ﺇﻻ   ﻗﻴﺎﻤﻪ   ﻤﻦ   ﻟﻪ   ﻟﻴﺱ   ﻗﺎﺌﻢ   ﻤﻦ   ﻜﻢ
                         
       ﻭﺍﻟﻅّﻤﺄ    ﺍﻟﺟﻭﻉ   ّ ﺇﻻ    ﺼﻴﺎﻤﻪ   ﻤﻦ   ﻟﻪ   ﻟﻴﺱ  ﺼﺎﺌﻡ   ﻤﻦ   ﻛﻡ   
Ertinya : ‘ Beberapa banyak daripada yang sembahyang malam tiada ada baginya daripada sembahyang melainkan berjaga dan beberapa banyak daripada yang puasa tiada ada baginya daripada puasa melainkan lapar dan dahaga ’ .

Diceritakan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallaahu ‘anhuma :

ﺤﺭﺍﻢ   ﺠﻮﻓﻪ   ﻓﻲ   ﺍﻤﺭﻯﺀ   ﺻﻼﺓ   ٱﷲ   ﻴﻘﺑﻞ 
Ertinya : ‘ Tiada menerima Allah Ta‘ala akan sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya yang haram ’ .

Adapun bersangatan kenyang, maka hanyasanya dituntut daripada menjauhkannya kerana beberapa perkara :

a.     Kerana bahawasanya banyak makan itu sebab bagi hati keras .

b.     Bahawasanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada yang sia-sia dan pada kejahatan .

c.     Ada membanyakkan makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan .

d.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi sedikit ‘ibadat kerana bahawasanya manusia itu apabila membanyakkan ia akan makan, nescaya berat badannya dan mengantuk matanya .

e.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ‘ibadat .

f.       Bahawasanya pada membanyakkan makan itu ditakuti jatuh kepada yang haram dan yang syubhah .

g.    Bahawasanya padanya menyusahkan hati dan memenatkan badan pada mencarinya, dan menyediakannya dan memakannya dan melepaskan daripada mudharatnya .

h.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi bersangatan sakit mati, kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedapan dunia .

i.       Bahawasanya padanya mengurangkan pahala akhirat .

j.       Bahawasanya padanya dihisab pada hari Qiyaamah .

Telah menyebut akan sepuluh perkara ini oleh Al Imam Ghazali di dalam Minhajul ‘Abidin .

Telah datang beberapa hadith Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada mencela akan kenyang, setelah daripadanya :

      ﺍﻤﻌﺎﺀ   ﺴﺑﻌﺔ    ﻓﻲ    ﻴﺄﻜﻝ   ﻮﺍﻟﻜﺎﻓﺭ   ﻮﺍﺤﺩ   ﻤﻌﻲ   ﻓﻲ   ﻴﺄﻜﻝ   ﺍﻟﻤؤﻤن

         ﻓﺤﻘّ  ﺑﺪّ  ﻭﻻ   ﻜﺎﻥ  ﺍﻦ   ﺻﻟﺑﻪ   ﻴﻘﻤﻦ   ﻟﻘﻴﻤﺎﺖ   ﺁﺪﻡ  ﺍﺑﻦ   ﺤﺴﺏ

                  ﻟﻟﻧّﻔﺱ   ﺜﻟﺚ     ﻟﻟﺸّﺮﺍﺏ   ﺜﻟﺚ     ﻟﻟﻁّﻌﺎﻡ   ﺜﻟﺚ

Ertinya : ‘ Bermula orang yang sempurna iman, memakan ia pada satu perut dan orang yang kafir, makan ia pada tujuh perut, memada akan anak cucu Adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya . Jika ada ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah, maka sepatutnya sepertiga bagi makanan dan sepertiga bagi minuman, dan sepertiga bagi mengeluarkan nafas ’ . 
Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan, dari Ibnu Umar Radhiyallaahu ‘anhu

Wallaahu Ta‘ala a’lam .

Isnin, 4 Julai 2011

Malaikat Maut !!!

Perihal Malaikat Maut


Ada riwayat yang mengatakan bahawa Malaikat Maut, kepalanya sampai ke langit dan kakinya sampai ke bumi . Dunia berada dalam genggaman tangannya seperti piring makan yang berada di hadapanmu . Malaikat Maut melihat wajah setiap anak Adam sebanyak 366 kali dan memperhatikan tiap-tiap rumah 600 kali .

Malaikat Maut akan berdiri di tengah-tengah dunia sambil memperhatikan dunia dan seluruh isinya, sama ada di daratan, di lautan mahupun di pergunungan seperti sebuah piring yang berada di antara kedua kakimu .

Malaikat Maut mempunyai pembantu-pembantu yang dapat menelan langit dan bumi dalam sekali telan . Para Malaikat lain sangat takut kepada Malaikat Maut melebihi ketakutan seseorang terhadap binatang buas .

Malaikat Maut mencabut roh anak Adam dari berbagai anggota tubuhnya seperti dari kukunya, keringatnya, rambutnya yang mana perpindahan roh dari satu persendian ke persendian yang lain sakitnya melebihi sakit akibat tebasan 1000 pedang . Seandainya bumi dan langit disuruh menanggung rasa sakit yang diakibatkan kematian nescaya keduanya akan hancur lebur kerana tiada kuasa menanggung rasa sakit itu .

Malaikat Maut akan meletakkan roh orang Mukmin yang dicabutnya di atas sutera putih yang diberi harum-haruman sedangkan roh orang kafir diletakkan di dalam sebuah bejana ( bekas ) dari api yang baunya lebih busuk daripada bangkai .

Apabila ajal seseorang Mu΄min itu hampir tiba, maka dia akan didatangi empat Malaikat yang akan mencabut nyawa orang Mu΄min itu dari kaki kanan dan kaki kirinya .

Roh orang Mu΄min akan keluar melalui hujung jari-jarinya seperti air yang mengalir . Keadaan orang kafir ketika akan meninggal dunia seperti kain kapas basah yang digosok dengan seterika yang sangat panas .

Para ‘Ulama΄ berkata : Apabila setiap Nabi, Rasul, para wali serta orang yang bertaqwa mengalami pedihnya mati, maka lalu kenapa oang biasa seperti kita enggan mengingati pedihnya kematian tersebut ??? Kenapa kita masih belum mahu juga untuk mempersiapkan bekal bagi menghadapinya ??? 

Rujukan : Kitab At Tadzkirah Fii Ahwaalil Mauta Wa Umuuril Akhirah .