Sabtu, 18 Jun 2011

Hukum Mengucap Basmalah





'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 6 )


Tanbih :

Bermula hukum mengucap Basmalah itu empat wajah :

Adakalanya wajib dan adakalanya sunat dan adakalanya haram dan adakalanya makruh .

Maka yang wajib itu Basmalah pada membaca Al Faatihah dalam sembahyang . Dan yang sunat itu segala pekerjaan yang dicita-cita pada Syara’ padahal bukan dzikir semata-mata . Dan tiada Syara’ tuntut suruh memulai dengan yang lainnya, maka sunat dimulai dengan Basmalah .

Dan yang haram itu segala pekerjaan yang haram dzaati, ya’ni bukan haramnya itu ‘aradhi, maka haram kita mulai dengan Basmalah seperti berzina, ini jikalau tiada qashad menghinakan nama Allah . Dan jika ia qashad yang demikian itu nescaya jadi kafir ia .

Dan yang makruh mengucap Basmalah itu pada segala pekerjaan yang makruh yang dzaati seperti melihat faraj isteri, maka makruh mengucap Basmalah memulai melihat dia .

Dan keluar dengan haram dzaati itu, haram ‘aradhi seperti mengambil wudhu΄ dengan air yang dirampas . Demikian lagi, keluar dengan kata makruh dzaati itu, makruh ‘aradhi seperti makan bawang mentah, maka tiap-tiap daripada keduanya itu sunat dimulai dengan Basmalah . Kemudian katanya :

  ﺃﻗﺴﺎﻡ   ﺛﻼﺛﺔ   ﻓﻲ   ﻴﻧﺤﺼﺭ   ﺍﻟﻌﻘﻟﻲ   ﺍﻟﺤﻜﻢ   ﺃﻥ   ﺍﻋﻟﻢ  ﴿

Ketahui olehmu bahawasa hukum yang bangsa ‘aqal itu tersimpan ia pada tiga bahagi .

Hanya sungguhnya mendatang oleh mushannif dengan jumlah ini kerana bertambatan maksud dengan dia dan kerana intifaa' dengan dia pada maksud, maka jumlah ini muqaddimah kitab, bukan muqaddimah ‘ilmu .

Pengertian Rasul dan Nabi

'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 5 )


Dan ketahui olehmu bahawasa Rasul itu maknanya pada lughah : Yang dibangkitkan daripada satu tempat kepada tempat yang lain . Dan pada istilah : Manusia ( lelaki ) yang diwahyukan kepadanya dengan Syara’ yang beramal ia dengan dia dan disuruh akan dia dengan menyampaikan dia .

Dan adapun Nabi itu maknanya pada lughah : Yang mengkhabarkan atau yang dikhabarkan dia . Dan maknanya pada istilah : Manusia     ( lelaki ) yang diwahyukan kepadanya dengan Syara’ yang beramal ia dengan dia dan jikalau tiada disuruh akan dia dengan menyampaikan sekalipun .   

Maka tiap-tiap Rasul itu Nabi dan tiada tiap-tiap Nabi itu Rasul, maka antara keduanya itu umum dan khusus muthlaq . Bermula murad dengan Rasul pada kalam mushannif itu Nabi kita Muhammad s.a.w .

Faedah :

Bermula mengucap Basmalah dan Alhamdulillah dan shalawat dan salam atas Penghulu kita . Demikian lagi mengucap dua kalimah Syahadah dan doa bagi dua ibu bapa, maka sekelian itu sunat sunat jua pada Madzhab kita Syafie melainkan mengucap Basmalah dan shalawat dan dua kalimah Syahadah pada tiap-tiap sembahyang, maka iaitu wajib . Bersalahan pada Madzhab Imam Malik, maka mengucap yang demikian itu wajib pada seumur hidup sekali dengan syarat ia niatkan yang wajib atasnya .




Shalawat Dan Salam


 ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 4 )



Kemudian diiringi oleh mushannif itu dengan shalawat dan salam atas Nabi Muhammad dengan katanya :

  ﭐﷲ   ﺮﺴﻮﻞ    ﻋﻟﻰ    ﻮﺍﻟﺴﻼﻢ    ﻮﺍﻟﺼﻼﺓ  ﴿ 

Bermula rahmat Allah dan salamnya itu atas Rasulullah iaitu Nabi Muhammad s.a.w, sungguhnya mendatang ia dengan shalawat atas Nabi s.a.w kerana warid daripada hadits :

ﺍﻠﻤﻼﺋﻛﺔ   ﺗﺯﻝ   ﻠﻡ   ﻛﺗﺎﺏ   ﻓﻲ   ﻋﻠﻲ   ﺼﻠﻰ   ﻤﻦ  ﴿

  ﺍﻠﻜﺗﺎﺏ   ﺬﻠﻚ   ﻓﻲ   ﺍﺴﻤﻲ   ﺪﺍﻡ   ﻤﺎ   ﻠﻪ  ﺗﺴﺗﻐﻔﺭ    

Ertinya : ‘ Barang siapa shalawat ia atasku di dalam kitab nescaya sentiasa Malaikat meminta ampun ia baginya selama ada namaku di dalam demikian kitab itu ’ .

Dan dihimpunkan salam dengan shalawat itu kerana hendak melepaskan daripada makruh menunggalkan salah suatu daripada keduanya selama tiada tempat yang datang warid menunggal akan dia . Adapun jikalau datang warid dengan menunggalkan dia, maka tiada makruh menunggalkan dia .

Dan ketahui olehmu, bahawasanya makna shalawat pada lughah itu doa . Dan kata setengah maknanya dengan nisbah bagi Allah, rahmat ertinya shalawat itu jika datang daripada Allah, dinamakan rahmat ertinya telah menurun oleh Allah akan kebajikan atas RasulNya . Dan jikalau datang daripada Malaikat, dinamakan istighfar . Dan jikalau datang daripada manusia dan jin dan lainnya daripada kayu dan batu dinamakan doa, ertinya memohon oleh mereka itu akan Allah menambahkan rahmat atas Rasul .

Faedah :

Bermula qaul yang shahih bahawasa Nabi s.a.w beroleh manfaat ia dengan shalawat ummat atasnya seperti Anbiya΄ yang lain jua . Dan kata qiil : Bermula manfaat itu kembali atas orang yang menshalawat jua, tiada atas Nabi s.a.w kerana Nabi itu telah sempurna atasnya kamal . Dan ditolak akan kata qiil ini dengan bahawasa Nabi s.a.w sentiasa ternaik ia pada kamalat selama-lama kerana tiada daripada kamal melainkan di sisi Allah terlebih akmal daripadanya seperti barang yang diisyaratkan bagi demikian itu dengan firman Allah :

  ﭐﻷﻭﻠﻰ    ﻤﻦ    ﺨﻴﺭﻠﻙ    ﻭﻠﻸﺨﺭﺓ  ﴿

Ertinya : “ Dan hari yang kemudian itu terlebih baik bagi engkau ya Muhammad daripada hari yang dahulu ” .
( Shurah Adh Dhuha : Ayat 4 )

Ya’ni zaman yang kemudian itu terlebih baik bagi Nabi daripada zaman yang dahulu . Tetapi sungguhpun memberi manfaat shalawat ummat itu akan Nabi, tiada sayugianya kita sharihkan dengan demikian itu melainkan pada tempat belajar dan mengajar .  

Dan adapun salam itu, maka maknanya aman . Bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w daripada barang yang ketakutan ia atas ummat nya kerana bahawasa Nabi s.a.w itu maksum . Maka betapa takut ia atas dirinya bahkan takut ia atasnya kerana haibah dan kerana membesarkan Allah kerana seorang itu tiap-tiap bersangatan dampingnya daripada Allah nescaya bersangatan takutnya kepada Allah . Dari kerana inilah bersabda Nabi s.a.w : Bahawasa aku terlebih takut daripada sekelian kamu daripada Allah .

Dan kata qiil : Bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w daripada barang yang takut ia atas dirinya pada ketika bersangatan kepicikan pada Padang Mahsyar kerana bahawasanya lupa ia akan ‘ashamah nya seperti sekelian Anbiya΄ ‘alaihimush shalaatu was salaam .

Dan telah mentafsir oleh setengah ‘Ulama΄ akan salam itu dengan tahiyyat . Dan bermula murad dengan tahiyyat pada hak Allah Ta‘ala serta RasulNya itu bahawa mengkhithab ia akan dia dengan kalamNya yang qadim yang menunjukkan atas terangkat maqamnya yang amat besar .

Rukun Puji



 ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 3 )


Maka berkata ia : ﺍﻟﺤﻤﺪ ertinya : Bermula segala puji itu bagi Allah .

Bermula puji itu terbahagi atas empat :

Pertama : Puji qadim bagi qadim, dan iaitu puji Allah akan diriNya pada azali .

Dan kedua : Puji qadim pada hadits, dan iaitu memuji Allah Ta‘ala bagi Anbiya΄Nya dan Auliya΄Nya seperti firmanNya :  
   
  ﺃﻭﺍﺏ  ﺇﻧﻪ    ۖ  ﭐﻟﻌﺑﺪ   ﻧﻌﻡ  ﴿

Ertinya : “ Sebaik-baik hambaKu itu yang banyak taubat ” .
( Shurah Shad : Ayat 30 )

Dan yang ketiga : Puji hadits bagi hadits, dan iaitu memuji hamba setengah akan setengah mereka itu seperti dikatanya : sebaik-baik manusia itu si anu .

Dan keempat : Puji hadits bagi qadim, dan iaitu memuji hamba akan Tuhannya seperti dikatanya :

  ﻫﺪﺍﻧﺎ   اﻟﺫﻱ     ﺍﻟﺤﻤﺪ  ﴿ 

Ertinya : “ Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami hidayah ” .


Makna puji pada lughah dan istilah

Bermula makna puji pada lughah itu :

ﺍﻟﺗﻌﻅﻴﻢ  ﺠﻬﺔ  ﻋﻟﻰ  ﺍﻹﺨﺗﻴﺎﺭﻱ  ﺍﻟﺠﻤﻴﻞ  ﻋﻟﻰ  ﺑﺎﻟﺠﻤﻴﻞ   ﺍﻟﺛﻧﺎﺀ  ﻫﻭ ﴿

Iaitu memuji dengan keelokkan atas shifat yang elok yang ikhtiyaari
atas pihak membesarkan dia .

Dan puji pada istilah itu : Perbuatan yang memberitahu ia daripada membesarkan akan yang memberi nikmat dengan sebab keadaan nya yang memberi nikmat atas orang yang memuji atau atas orang yang lainnya, sama ada perbuatan itu perkataan dengan lidah orang atau i’tiqad dengan hati atau amal dengan segala anggota .

Rukun Puji

Bermula rukun puji itu lima perkara :

Pertama : ﺤﺎﻤﺪ ya’ni orang yang memuji, maka yang memuji di sini, Syeikh Sanusi .

Kedua : ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu yang kena puji iaitu Allah Ta‘ala .

Ketiga : ﺑﻪ  ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu shifat yang kepujian yang tsabit ia bagi Allah .

Keempat :   ﻋﻟﻴﻪ  ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu nikmat yang dipuji atasnya .

Kelima :  Lafaz seperti katanya  ﺍﻟﺤﻤﺪ  atau si anu pemurah .

 

Makna Lafaz Allah, Ar Rahman, Ar Rahim

 ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 2 )


Maka sekarang aku masuk pada yang dimaksud               ﺍﻟﻤﻌﺑﻭﺪ ﺍﻟﻤﻟﻙ  ﺑﻌﻭﻥ  maka aku kata : Dan dengan Allah jua beroleh taufiq .

Kata Syeikh Sanusi :

  ﺃﻠﺭّﺤﻴﻡ    ﭐﻠﺭّﺤﻤﻦ    ﺃﷲ    ﺑﺴﻡ  ﴿

Memulai ia akan muqaddimahnya dengan Basmalah kerana mengikut ia dengan Quran yang amat mulia dan kerana mengamalkan dengan hadits Nabi s.a.w :

٬ ﺃﺑﺘﺭ  ﻓﻬﻭ  ﺃﻠﺭّﺤﻴﻡ  ﭐﻠﺭّﺤﻤﻦ  ﺃﷲ  ﺑﺑﺴﻡ   ﻓﻴﻪ   ﻴﺑﺪﺃ   ﺑﺎﻝ  ﺬﻱ  ﺃﻤﺭ  ﻜﻝّ ﴿

  ﺃﺠﺫﻡ   ﻓﻬﻭ  ﺭﻭﺍﻴﺔ   ﻭﻓﻲ  ٬ ﺃﻗﻃﻊ  ﻓﻬﻭ  ﺭﻭﺍﻴﺔ    ﻓﻲ 

Ertinya : ‘ Tiap-tiap pekerjaan yang mempunyai cita-cita yang tiada dimulai di dalamnya itu dengan Basmalah, maka iaitu ﺃﺑﺗﺭ { abtar } ertinya ; terpotong pihak ekor . Dan pada suatu riwayat : ﺃﻗﻄﻊ { aqtha’ } Dan pada suatu riwayat : ﺃﺠﺬﻢ {ajdzam} .

Dan makna atas tiap-tiap tiga riwayat itu bahawasanya kurang berkat, maka iaitu dan jika tamam ia pada hissi sekalipun, ya’ni pada zhahir, tiada tamam ia pada makna .

Makna Allah

Ketahui olehmu bahawa makna lafaz Allah itu nama bagi dzat Tuhan kita yang wajib al wujud, khas ia pada lafaznya dan khas ia pada maknanya .

Maka erti khas pada lafaz itu tertentulah lafaz Allah itu nama bagi Tuhan kita dan tiada harus dinamakan dengan dia akan yang lain daripada dzat Allah melainkan atas jalan sandaran seperti ‘Abdullah .

Dan erti khas pada makna itu iaitu maknanya ﺑﺤﻖ ﻤﻌﺑﻭﺪ ertinya yang disembah dengan sebenarnya . Maka tertentulah makna yang demikian itu bagi Allah, tiada dapat bagi yang lainnya .

Dan lafaz Allah itu Ismul A’zham sisi jumhur ‘Ulama΄ . Dan telah memilih oleh Nawawi akan bahawa Ismul A’zham itu lafaz Al Haiyyu Al Qaiyyum . 

Makna Rahman  

Bermula Rahman itu nama bagi shifat, khas pada lafaznya dan am pada maknanya . Sebab dikatakan khas pada lafaznya kerana lafaz Rahman itu tertentu dishifatkan dengan dia bagi Allah jua . Dan tiada harus dikatakan bagi yang lainnya dengan Rahman .

Dan sebab { di } katakan am pada maknanya kerana makna Rahman itu pemurah, maka melengkapi pemurah itu kepada segala makhluq ber‘aqal atau tiada Islam atau kafir .

Makna Rahim

Dan Rahim itu nama bagi shifat pula, am pada lafaznya, ertinya harus dinamakan dengan dia akan yang lainnya daripada Allah . Dan khas pada maknanya kerana tertentu mengasihani itu { oleh Allah } bagi kaum yang Mu΄minin jua pada hari Qiyaamah .

Kemudian memulai pula oleh mushannif dengan mula yang kedua kerana memberitahu ia akan bahawasanya permulaan itu dua bahagi :

Yang pertama : Dinamai akan dia permulaan hakiki iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud dan tiada mendahulu akan dia oleh suatu seperti Basmalah .

Dan yang kedua : Dinamai akan dia permulaan idhafi, iaitu permulaan yang terdahulu pada hadapan maksud . Dan jikalau mendahulu akan dia oleh sesuatu sekalipun seperti      ﺍﻟﺤﻤﺪ  maka iaitu sudah didahulukan dengan Basmalah .

Kitab 'Aqiidatun Najiin ( Siri 1 )

Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad Al Fathani

 

ﺃﻠﺭّﺤﻴﻡ    ﭐﻠﺭّﺤﻤٰﻦ     ﺃﷲ    ﺑﺴﻡ

Dengan nama Allah Tuhan Yang Amat Pemurah di dalam negeri dunia ini,  lagi Amat Mengasihani akan hambaNya yang Mu΄minin di dalam negeri Akhirat .

* ﻭﺍﻹﻴﺠﺎﺪ   ﺑﺎﻹﻋﺪﺍﻡ   ﭐﻟﻤﻧﻔﺭﺪ       ﭐﻟﺤﻤﺪ   ﴿

  ﻭﺍﻷﺿﺪﺍﺩ    ﭐﻟﻧﻘﺺ    ﺸﻭﺍﺌﺏ    ﻋﻦ    ﭐﻟﻤﻧﺯﻩ

Segala puji bagi Allah Yang Tunggal Dia dengan mentiadakan mumkin dan dengan mengadakan dia, lagi Yang Maha Suci Dia daripada segala yang bercampur kekurangan dan segala lawan, ya’ni tiada datang segala lawan shifat kamalatNya .   


ﺍﻟﻤﺨﺎﻟﻑ   ﺍﻟﻘﺪﻴﻡ   شر يك له   ﻵ  ﺇلٰه  ﺇلاّ  ﭐلله  وحده   لا  ٲﻦ  ٲﺸﻬﺪ ﴿

ﺍﻟﻤﺨﻟﻭﻗﺎﺖ  ﻤﻦ  ﻋﺪﺍﻩ ﻤﺎ  ﻜﻞّ  ﻫﺎﻟﻚ   ﺍﻟﺑﺎﻗﻲ * ﺍﻟﻜﺎﺌﻨﺎﺖ  ﻤﻦ  ﻋﺪﺍﻩ ﻟﻤﺎ

Dan naik saksi aku bahawasa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar melainkan Allah, padahal Esa Dia, tiada yang sekutu bagiNya, lagi Yang Qadim, lagi Yang Bersalahan bagi segala yang lainnya daripada segala kaainat, lagi Yang Kekal Dia dan fana tiap-tiap barang yang lain daripadaNya daripada sekelian makhluq .  


*    ﺍﻷﻤﻴﻥ    ﺍﻟﺼﺎﺪﻖ    ﺭﺴﻭﻟﻪ     ﻋﺑﺪﻩ   ﻤﺤﻤﺪﺍ   ٲﻦ   ٲﺸﻬﺪ   ﴿

ﺍﻟﻌﺎﻟﻤﻴﻦ   ﺭﺐّ  ﻤﻥ  ﺑﺗﺑﻟﻴﻐﻪ  ﺃﻤﺭ   ﻤﺎ  ّ ﻛﻝ  ﺍﻟﻤﺑﻟﻎ

Dan naik saksi aku bahawasa Nabi Muhammad itu hambaNya dan PesuruhNya, yang benar ia, lagi yang kepercayaan, lagi yang menyampaikan tiap-tiap barang yang disuruh akan dia dengan menyampaikan akan dia daripada Tuhan yang memilik sekelian alam.   

ﺍﻟﻤﺭﺴﻟﻴﻦ   ﺃﺸﺭﻑ   ﻋﻟﻰ   ﺃﺴﻟﻡ    ﺃﺻﻟﻲ   ﴿

ﺍﻟﻤﺫﻨﺑﻴﻦ   ﺸﻔﻴﻊ   ﺴﻟﻢ    ﻋﻟﻴﻪ  ﭐﷲ   ﺼﻟﻰ  ﻤﺤﻤﺪ   ﺴﻴﺪﻨﺎ

Dan aku mengucap shalawat dan aku mengucap salam atas yang terlebih mulia daripada segala Rasul iaitu Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w yang mensyafa‘at ia bagi segala orang yang berdosa pada hari Qiyaamah .  

                                                                                                                                                                                                   ٬  ﻭﺑﻌﺪ
Adapun kemudian kemudian daripada itu, maka lagi akan berkata oleh hamba yang faqir ilallaahi Ta‘ala Zainul ‘Abidin bin Muhammad al Fathani  ﻟﻟﻤﺴﻟﻤﻴﻥ  ﻟﻭﺍﻟﺪﻱ ﻟﻲ  ﭐﷲ ﻏﻔﺭ telah meminta akan daku oleh setengah saudaraku .  


 ﻭﭐﻟﺸﺎﻦ   ﭐﻟﺤﺎﻞ   ﻭﻟﻬﻡ   ﻟﻰ   ﭐﷲ   ﺃﺼﻟﺢ  ﴿

Telah membaiki oleh Allah Ta‘ala bagiku dan bagi mereka itu ﺍﻟﺤﺎﻞ  ﻭﭐﻟﺸﺎﻦ akan bahawa aku suratkan bagi mereka itu akan suatu kitab pada menyatakan ‘ilmu Ushuluddin, padahal aku terjemahkan daripada muqaddimah Syeikh Sanusi serta aku tambahkan atasnya daripada beberapa syarahnya dan hasyiahnya supaya nyata maksud daripada kalam Syeikh itu . Dan jikalau tiada aku ahli bagi yang demikian itu sekalipun tetapi i’timad aku kepada taufiq Karim al Wahhab * bagi jalan yang shawab .    


 ﭐﻟﻌﻇﻴﻢ   ﭐﻟﻌﻟﻲ    ﺑﺎﷲ   ﺇﻻ   ﺘﻭﻓﻴﻘﻲ   ﻤﺎ    ﴿

Ertinya : “Dan telah beroleh taufiq aku melainkan dengan Allah Yang ‘Aliy lagi ‘Azhiim ” .
  
Mudah-mudahan dibukakan oleh Allah Ta‘ala akan dadaku bagi demikian itu kerana bahawasa muqaddimah Syeikh Sanusi itu dan jika adalah ia kecil jirimnya sekalipun, sangat besar ‘ilmunya, lagi yang mengandung atas sekelian ‘aqaa‘id serta dilebihkan akan beberapa fawaaid . Dan kerana demikian itu adalah ia terlebih elok daripada segala yang di ta΄lif pada tauhid dan terlebih sucinya daripada hampa dan ta’qid, istimewa pula orang yang mengarang akan dia itu wali Allah dengan tiada syak dan namanya Muhammad anak Yusuf al Sanusi al Husni, nama bangsanya yang dinamakan dia Ummu Baraahin, ertinya ; Ibu segala dalil yang mengandungi ia atas sekelian ‘aqaa‘id . Telah redha Allah akan muallifnya dan dijadikan akan Syurga itu akan tempat ketetapannya . Amiin .  

Dan aku namakan terjemahku ini :


  ﺍﻟﺪّﻴﻥ   ﺃﺼﻭﻝ   ﻋﻟﻢ   ﻓﻲ   *   ﺍﻟﻨﺎﺠﻴﻥ   ﻋﻘﻴﺪﺓ  ﴿

Ertinya : I’tiqad segala orang yang kelepasan daripada sesat dan bid‘ah pada menyatakan ‘ilmu Ushuluddin .