Selasa, 12 Julai 2011

Perihal Kursi Allah ( 'Aqiidatun Najiin )

Go To FaceBook click now
                                                                         
                                        Kursi

Dan wajib pula kita i’tiqadkan Kursi dan iaitu jisim daripada yaqut yang putih yang amat besar . Dan pada satu riwayat, daripada lu’lu’ yang putih yang amat besar lagi nurani . Tempatnya di hadapan ‘Arasy . Dan yang menanggung akan dia empat orang Malaikat, maka adalah kaki mereka itu sampai kepada tujuh petala bumi yang di bawah dengan perjalanan lima ratus tahun . Dan diantaranya dan antara Malaikat yang menanggung ‘Arasy itu tujuh puluh hijab daripada embun dan tujuh puluh hijab daripada nur yang tebal .

Dan tiap-tiap hijab daripadanya perjalanan lima ratus tahun . Dan daripada satu hijab kepada satunya perjalanan limaratus tahun . Dan jikalau tiada demikian itu, nescaya terbakar Malaikat yang menanggung Kursi itu daripada nur Malaikat yang menanggung ‘Arasy . Dan kelebihan besar Kursi atas tujuh petala langit seperti kelebihan padang atas halaqah { bulatan } cincin . Dan kelebihan ‘Arasy atas Kursi seperti kelebihan padang atas halaqah cincin .

Kata Wahab bin Munabbih bahawasa Allah Ta‘ala menjadikan ‘Arasy daripada nurNya . Dan Kursi dengan ‘Arasy berlekat ia . Dan air sekeliannya di dalam Kursi dan air atas angin, ya’ni menanggung akan air itu oleh angin . Dan keliling ‘Arasy itu empat sungai, satu sungai daripada nur yang cemerlang dan satu sungai daripada api yang bernyala-nyala dan satu sungai daripada embun yang berkilat-kilat ia pada penglihatan mata dan satu sungai daripada air tawar 

Dan beberapa Malaikat berdiri di dalam demikian sungai itu mengucap tasbih mereka itu akan Allah Ta‘ala . Dan bagi ‘Arasy itu beberapa pula lidah dengan sebilang-bilang lidah sekelian makhluq, maka mengucap tasbih akan Allah dan menyebutkan dia dengan demikian lidahnya itu .




Perihal 'Arasy ( 'Aqiidatun Najiin )

‘Arasy al Rahman

Dan demikian lagi, wajib kita i’tiqadkan ‘Arasy al Rahman dan iaitu jisim yang amat besar yang nurani lagi ‘ulwi . Kata qiil : Daripada nur. Dan kata qiil : Daripada zabarjad yang hijau . Dan kata qiil : Daripada yaqut yang merah .

Bermula yang terlebih aula itu menahankan daripada memutuskan dengan ta’yin akan hakikatnya kerana ketiadaan ada pengetahuan dengan dia . Bermula qaul yang tahqiq bahawasanya tiada Kursi tetapi ia Qubah di atas alam yang mempunyai empat tiang yang menanggung { memikul } akan dia empat Malaikat pada sekarang ini, ya’ni dahulu daripada Qiyaamah . Dan pada hari Qiyaamah, delapan orang Malaikat menanggungnya . Adalah ia di atas langit yang ketujuh . Maka diriwayatkan daripada Ibnu Abbas berkata ia : Daripada langit yang ketujuh kepada ‘Arasy, perjalanan tiga puluh enam ribu tahun .  



Titian Shirath Di Akhirat ( 'Aqiidatun Najiin )

Shirath

Dan wajib pula kita i’tiqadkan Shirath al Mustaqim iaitu titian yang dibentangkan di atas mulut Neraka Jahannam, maka lalu segala ummat atasnya yang dahulu dan yang kemudian hingga kafir sekalipun . Bersalahan bagi Halimi sekira-kira menjalani ia kepada bahawasa mereka itu tiada lalu oleh mereka itu atasnya . Dan mudah-mudahan menghendaki ia akan thaifah yang dilontar akan dia pada Jahannam dengan tiada Shirath .

Dan titian yang dibentangkan di atas mulut Neraka Jahannam itu awalnya pada bumi mauqif dan akhirnya atas pintu Syurga . Dan panjangnya perjalanan tiga ribu tahun, seribu naik dan seribu turun dan seribu rata . Dan seperti demikian itu berkata Mujahid dan Dhahhak . Dan telah berkata Fudhail bin ‘Iyadh : Telah sampai akan kami bahawa Shirath itu perjalanan lima belas ribu tahun, lima ribu tahun naik dan lima ribu tahun turun dan lima ribu tahun rata .

Dan telah berkata Sidi Muhyiddin Ibnu al ‘Arabi : Iaitu tujuh ‘Aqabah dan tiap-tiap ‘Aqabah itu perjalanan tiga ribu tahun, seribu tahun naik dan seribu { tahun } turun dan seribu { tahun } bersamaan .

Maka ditanyakan hamba daripada iman atas ‘Aqabah yang pertama, maka apabila datang akan dia dengan sempurna, lalu ia kepada ‘Aqabah yang kedua .

Maka ditanya daripada sembahyang, maka apabila datang akan dia dengan sempurna, lalu ia kepada ‘Aqabah yang ketiga .

Maka ditanya daripada zakat, maka jika datang ia dengan sempurnanya, lalu ia kepada ‘Aqabah yang keempat .

Maka ditanya daripada puasa, maka jika datang ia dengan sempurna, lalu ia kepada ‘Aqabah yang kelima .

Maka ditanya daripada hajinya dan umrahnya, maka jika datang ia dengan sempurna keduanya, lalu ia kepada ‘Aqabah yang keenam .

Maka ditanya daripada thaharah, maka jika datang ia dengan sempurna, lalu ia kepada ‘Aqabah yang ketujuh .

Maka ditanya daripada menzalim, maka jika tiada berbuat zalim ia akan seorang, maka lalu ia kepada Syurga .

Dan jika taqshir ia pada suatu daripada segala perkara itu, dihabas   { dikurung } akan dia di sisi tiap-tiap ‘Aqabah daripadanya seribu tahun hingga menghukum oleh Allah Ta‘ala dengan barang yang menghendaki Ia .

Dan tersebut di dalam setengah atsar bahawa ditanyakan pada ‘Aqabah yang ketiga daripada puasa Ramadhan dan pada ‘Aqabah yang keempat daripada zakat .

Dan Jibril pada awalnya dan Mikail pada pertengahannya, bertanya keduanya akan segala manusia daripada umur mereka itu pada barang yang memfanakan oleh mereka itu akan dia di dalam tha‘at Allah Ta‘ala atau ma’shiatnya dan daripada muda mereka itu pada barang yang memfana oleh mereka itu akan dia dan daripada amal mereka itu apalah yang beramal mereka itu dengan dia dan harta mereka itu daripada mana berusaha mereka itu akan dia dan di mana menafqahkan oleh mereka itu ?

Bermula segala Malaikat itu berdiri mereka itu pada pihak kanan dan pihak kiri menyambar oleh mereka itu akan makhluq dengan pengait . Dan iaitu syahwat dunia menyerupai dengan rupa pengait seumpama duri kiak-kiak seperti barang yang tersebut pada hadits . Dan tafaawut oleh mereka itu pada bersegera lalu atas Shirath itu dan setengahnya lambat atas sekira-kira luas nurnya dan piciknya { sempitnya } .

Maka lebar Shirath itu atas tiap-tiap seorang dengan kadar luas nurnya . Maka tiada berjalan seorang di dalam nur seorang yang lain, maka dari kerana inilah halus ia pada hak satu kaum dengan bahawa tiada ada nur bagi mereka itu dan iaitu segala mereka yang kafir, maka gugur mereka itu ke dalam Neraka hingga berkekalan selama-lamanya kerana tiada diampun daripadanya . Dan adalah segala orang yang lalu atas Shirath itu tiada berkata-kata mereka itu melainkan Anbiya΄, maka berkata mereka itu :

ﺴﻟّ    ﺴﻟّ   ﺍﻟﻟّﻬﻡّ
Ertinya : Ya Allah !!! Selamatkanlah, selamatkanlah .

Maka tatkala bersalahan mereka itu, maka setengahnya seperti kilat yang menyambar dan setengahnya seperti angin dan setengahnya seperti burung terbang dan setengahnya seperti kuda yang berlari . Maka ada yang berjalan, maka ada yang mengesot dan setengahnya orang yang gugur kakinya ke dalam Neraka iaitu kafir dan munaafiq dan ‘ishyaan { orang yang berma’shiat } .

Maka adalah Shirath itu titian yang sangat halus daripada rambut dan terlebih tajam daripada pedang, dibentangkan di atas mulut Neraka Jahannam sekira-kira kepala api Jahannam itu lalu di atas Shirath kadar satu mil, ya’ni nisbah kepada orang yang kafir dan orang yang ‘ashi . Bersalahan orang yang Mu΄min yang kamil, maka luas ia atas kadar nurnya .  

Timbangan Amal ( 'Aqiidatun Najiin )


Neraca Timbangan

Dan demikian lagi, wajib kita i’tiqadkan menimbang dan timbangan, maka adalah ia seperti kaifiat neraca dunia jua pada kelakuannya dan bahagian lidah dan tiang dan dua daunnya . Tiap-tiap satu daripada keduanya terlebih luas daripada segala lepasan tujuh petala langit dan bumi . Dan Jibril memegang ia dengan tiangnya lagi menilik ia kepada lidahnya . Dan Mikail amin atasnya dan tempatnya itu kemudian daripada hisab dan ditimbang akan segala manusia itu dengan timbangan yang satu .

Dan kata qiil : Bagi tiap-tiap orang yang beramal itu beberapa timbangan yang ditimbangkan dengan tiap-tiap daripadanya akan satu bagi daripada amalnya dan yang menunjukkan timbangan itu, firman Allah Ta‘ala :

۸ ﴿   …. ۚ ﭐﻟﺤﻕ  ﻴﻮﻤﺋﺫ   ﭐﻟﻮﺯﻥ

Dan bermula menimbang pada hari itu sebenarnya ” .
( Shurah Al A’raaf : Ayat 8 )

Dan satu daunnya daripada nur iaitu tempat taruh amal yang kebajikan dan satu daunnya zhulumah iaitu tempat taruh amal kejahatan dan mitsqalnya itu dzarrah supaya nyata adilnya . Maka yang ditimbang itu shurah kebajikan dan kejahatan yang disurat oleh Hafadzah .

Kata qiil : Amalnya itu tetapi dijadikan rupa, lagi berjisim, maka ditimbang akan dia, maka jikalau berat kebajikan daripada kejahatan, dimasukkan ke dalam Syurga dan yang berat kejahatannya daripada kebajikannya dimasukkan kepada Neraka kadar lebihnya itu jua . Dan jikalau bersamaan beratnya dimasukkan ke dalam Syurga jua dengan kurniaNya . Dan hadir pada timbangan itu Nabi kita Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam . Demikian lagi segala aimmah yang empat melihat mereka itu pada segala orang yang mengikut madzhabnya .

Dan warid daripada hadits orang yang tujuh puluh ribu itu tiada dihisab atasnya mereka itu dan tiada ditimbang akan orang yang tujuh puluh ribu itu dan mensyafaatkan pula tujuh puluh ribu, tiap-tiap seorang daripada mereka itu, maka mereka itu tiada diberi surat lagi tiada ditimbang amalnya kerana adalah pada hisab dan timbang itu jadi masyaqqah keduanya bagi setengah orang yang ‘ashi dan dimudahkan bagi setengah orang Mu΄min, maka keduanya itu ‘ibarat daripada lintangkan kepada Allah Ta‘ala .

Dan adalah pada ketika itu yang memberi syafaat itu iaitu segala Rasul dan orang yang khawash yang mengikut bagi mereka itu . Maka pertama-tama orang yang memberi syafaat itu Nabi kita, maka syafaat yang besar itu iaitu kesenangan daripada panjang wuquf dan memasukkan ke dalam Syurga dengan tiada hisab dan mengeluarkan orang yang ada pada hatinya satu mitsqal dzarrah daripada iman itu tertentu bagi Nabi kita Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam . Dan bersekutu bagi orang yang lain pula pada mensyafaatkan seperti mengeluarkan orang ahli al tauhid daripada api Neraka dan beberapa jema‘ah orang yang Mu΄min dilepaskan daripada ma’shiatnya . Maka adalah syafaat seorang itu kadar darjatnya pada Allah Ta‘ala . 

Menerima Surat Amalan Di Akhirat ( 'Aqiidatun Najiin )

Setiap Hamba Mengambil Shahifahnya Masing-Masing

Dan lagi, wajib kita i’tiqadkan mengambil oleh segala hamba akan shuhuf, erti segala suratan amalnya . Dan sungguhnya telah datang warid bahawa angin menerbangkan ia akan dia daripada khazanah di bawah ‘Arasy, maka tiada tersalah segala shuhuf itu akan tengkuk tuannya . Dan sungguhnya telah datang pula bahawasa tiap-tiap seorang mendakwa ia, maka diberikan dia akan suratnya, maka hasil berlawanan antara dua riwayat itu . Dan dihimpunkan antara keduanya dengan bahawasa angin menerbangkan dia dahulu daripada khazanah, maka bergantung tiap-tiap shahifah dengan tengkuk empunyanya . 


Kemudian menyeru oleh Malaikat akan mereka itu, maka mengambil ia akan dia bagi mereka itu pada tangan mereka itu . Maka bermula orang yang Mu΄min yang tha‘at, mengambil ia akan kitabnya dengan tangan kanannya . Dan kafir mengambil ia akan dia dengan tangan kirinya daripada pihak belakangnya . Dan adapun Mu΄min yang fasiq, maka telah menjazam oleh Mawardi dengan bahawasanya mengambil ia dengan tangan kanannya . Telah berkata ia dan iaitu yang masyhur . Dan pada kalam setengah mereka itu bahawasa di sana satu qaul dengan bahawasa mengambil ia dengan tangan kirinya . Dan bersalahan ‘Ulama΄, maka kata qiil : Mengambil ia akan dia dahulu daripada masuk Neraka . Dan kata   qiil : Kemudian daripada keluarnya daripada Neraka .

Bermula awal-awal orang yang diberi akan dia surat dengan tangan kanan itu Saiyyidina ‘Umar al Khaththab Radhiyallaahu ‘anhu dan kemudian daripada Saiyyidina ‘Umar itu, Abu Salamah Abdullah bin Abdu al Asad . Dan awal orang yang mengambil ia akan dia dengan tangan kirinya itu saudaranya al Aswad bin Abdu al Asad kerana bahawasanya ia awal-awal orang yang mubadarah akan Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dengan berperang pada hari Badar .

Dan sungguhnya diriwayatkan bahawasanya menghulur ia akan tangannya supaya mengambil ia akan dia dengan tangan kanannya, maka menghela akan dia oleh seorang Malaikat, maka menjabat ia akan tangannya, maka mengambil ia akan dia dengan tangan kirinya daripada pihak belakangnya .

Maka dibaca oleh tiap-tiap seorang itu akan suratannya atau diberi ilham kepadanya, diketahuinya akan barang yang di dalamnya daripada kebajikan dan kejahatan, maka orang yang mengambil dengan tangan kanan itu isi Syurga, maka dihisab akan dia akan sebagai hisab yang sedikit . Dan yang mengambil dengan tangan kiri itu isi Neraka, kekal selama-lamanya, maka dihisab akan dia sebagai hisab yang sangat .       

Isnin, 11 Julai 2011

Azab Dan Nikmat Kubur ( 'Aqiidatun Najiin )

Azab Kubur Dan Nikmat Kubur

Dan wajib kita percaya akan azab kubur dan yang kena azab itu badan dan roh sekeliannya dengan ittifaq Ahli al Haq . Itulah yang mu’tamad . Dan adalah azab itu bagi kafir dan munaafiq dan bagi orang yang derhaka daripada segala Mu΄min . Dan kekal azab itu atas kafir dan munaafiq dan putus ia daripada setengah orang yang derhaka daripada orang yang Mu΄min dan iaitu orang yang ringan dosa mereka itu daripada orang yang derhaka . Maka bahawasanya diazabkan mereka itu dengan sekira-kira dosanya dan terkadang diangkatkan azab daripada mereka itu dengan sebab doa atau sedeqah apabila diqashad pahalanya baginya atau lain daripada yang demikian itu seperti qiraah seperti barang yang berkata akan dia oleh Ibnul Qayyim : Bermula tiap-tiap orang yang adalah ia tiada ditanya akan dia di dalam kuburnya, tiada disiksa akan dia di dalam kubur pula .

Dan setengah daripada azab kubur itu barang yang diriwayat daripada Abi Sa‘id al Khudri Radhiyallaahu ‘anhu berkata ia : Aku dengar akan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda ia :

٬  ﺘﻧّﻴﻧﺎ   ﺘﺴﻌﻴﻦ     ﺘﺴﻌﺔ   ﻗﺑﺭﻩ   ﻓﻲ   ﺍﻟﻜﺎﻓﺭ   ﻋﻟﻰ   ﭐﷲ   ﻴﺴﻟّ

ﻧﻔﺦ   ﺘﻧّﻴﻧﺎ   ّ ﺃﻥ   ﻟﻮ   ﺍﻟﺴّﺎﻋﻪ   ﺘﻘﻮﻡ   ﺤﺘّ   ﺘﻟﺪﻏﻪ     ﺘﻧﻬﺸﻪ

ﺧﺿﺭﺍﺀ    ﺃﻧﺑﺗﺖ   ﻤﺎ    ﺍﻷﺭﺽ    ﻋﻟﻰ

Ertinya : ‘ Mengerasi Allah Ta‘ala atas kafir di dalam kubur itu akan sembilan puluh sembilan ular yang besar-besar mengigit ia akan dia dan mengetik { mematuk } ia dengan bisanya akan dia hingga hari Qiyaamah . Jikalau bahawa satu ular daripadanya meniup ia atas bumi ini, nescaya tiada tambah suatu yang hijau ’ .

Dan setengah daripada azab kubur itu pula himpit kubur . Dan datang warid daripada hadits bahawasa bumi itu menghimpit ia akan dia hingga berselisih tulang rusuknya . Dan tiada lepas daripadanya oleh seorang dan jikalau kecil sekalipun, sama ada ia shaleh atau thaleh dan thaleh itu lawan shaleh melainkan Anbiya΄ dan melainkan Siti Fatimah binti Asad dan melainkan orang yang membaca shurah Al Ikhlas di dalam sakitnya . Dan jikalau lepas seorang daripadanya, nescaya lepaslah daripadanya Sa‘ad bin Mu‘adz yang gementar ‘Arasy al Rahman kerana matinya .

Dan setengah daripada azab itu sangat picik { sempit } kuburnya dan dibukakan satu pintu daripada beberapa pintu Neraka dan masuk api ke dalam kubur itu pagi dan petang dan lainnya daripada bagai-bagai azab .

Dan datang warid daripada hadits pula bahawa diringankan azab bagi orang yang ‘ashi dan diangkatkan dia pada malam Juma‘at dan pada bulan Ramadhan Dan datang pula warid orang yang mati malam Juma‘at atau harinya diazab akan dia satu saat jua, kemudian diangkatkan dia dan tiada dikembalikan kepadanya hingga hari Qiyaamah .

Nikmat Kubur

Dan demikian lagi, wajib kita i’tiqadkan nikmat kubur dan tiada tertentu ia dengan orang yang Mu΄minin ummat ini dan tiada tertentu ia dengan mukallaf . Dan setengah daripada nikmatnya itu diluaskan kuburnya tujuh puluh hasta lintangnya dan demikian lagi panjangnya .

Dan setengah daripadanya pula, dibuka satu pintu pada kubur itu daripada Syurga, maka masuk nikmat Syurga ke dalam kuburnya dan dipenuhkan dengan selasih dan dijadikan pada kuburnya itu satu kebun daripada beberapa kebun Syurga dan dijadikan qandil padanya, maka menerangkan bagi kuburnya itu seperti bulan purnama empat belas hari .

Dan sungguhnya datang warid bahawa Allah Ta‘ala mewahyu kepada Nabi Musa :

Belajar olehmu akan kebajikan dan mengajar olehmu akan dia akan manusia, maka bahawa Aku menerangkan bagi orang yang mengajarkan ‘ilmu dan orang yang belajarnya akan kubur mereka itu hingga tiada liar dan takut oleh mereka itu bagi tempat mereka itu ” .

Dan cerita daripada Umar hadits marfu’ : Barang siapa menerang di dalam segala masaajid Allah, ya’ni memasang pelita, nescaya diterangkan oleh Allah baginya di dalam kuburnya . Dan tiap-tiap daripada ini ditanggungkan atas hakikatnya pada ‘Ulama΄ .  

Malaikat Munkar Dan Nakir ( 'Aqiidatun Najiin )


Munkar Dan Nakir

Dan wajib kita i’tiqadkan soal Munkar dan Nakir akan segala mayat, sama ada ia Mu΄min atau kafir atau munaafiq . Dan hanyasanya dinamakan ini dua Malaikat dengan Munkar dan Nakir kerana datang keduanya akan mayat itu dengan rupa Munkar tiada pernah dilihat sekali-kali segala makhluq seumpama keduanya . Maka bahawasanya shifat keduanya seperti barang yang tersebut di dalam hadits bahawasa keduanya hitam, lagi biru keduanya . Mata keduanya seperti periuk tembaga . Dan pada suatu riwayat seperti kilat yang menyambar . Dan suara keduanya seperti guruh . Apabila berkata-kata keduanya akan mayat yang derhaka, keluar daripada mulut keduanya seperti api . Di dalam tangan tiap-tiap seorang daripada keduanya pemukul daripada besi, jikalau dipukul dengan dia akan segala bukit, nescaya hancur ia .Dan pada suatu riwayat di dalam tangan salah seorang daripada keduanya tongkat, jikalau berhimpun ahli Mina atasnya, nescaya tiada kuasa oleh mereka itu mengangkatkan dia .

Bermula kedua Malaikat itu bertanya bagi segala Mu΄min yang tha‘at dan yang ‘ashi atas qaul yang shahih tetapi berlemah-lembut keduanya dengan Mu΄min dan berkata keduanya baginya, apabila betul jawabnya, tidur olehmu akan sebagai tidur pengantin . Dan menjerkah keduanya akan munaafiq dan kafir .

Dan kata qiil : Bermula Mu΄min yang diberi taufiq baginya Mubasysyir dan Basyir . Dan adapun kafir dan Mu΄min yang ‘ashi, maka bagi keduanya Munkar dan Nakir . Kata qiil : Dan serta keduanya seorang Malaikat yang lain dikatakan baginya Nakur . Dan bermula barang yang dikatakan orang daripada bahawasanya datang dahulu daripada keduanya seorang Malaikat dikatakan baginya Ruman, maka haditsnya maudhu’ . Dan kata qiil : Padanya ﻟﻴّ ya’ni dhaif 

Dan adalah soal itu kemudian daripada tamam tanamnya pada ketika berpaling manusia . Dan tersebut di dalam hadits bahawasanya mendengar oleh mayat akan suara kertak kaus orang yang berjalan pada sisi kubur itu . Maka dikembalikan Allah Ta‘ala akan roh mayat itu kepada sekelian badannya seperti barang yang telah menjalankan kepadanya oleh jumhur dan iaitu yang zhahir pada beberapa hadits .

Dan kata Syeikh Ibnu Hajar : Dikembalikan roh itu kepada setengah badannya yang sebelah atas jua, tiada ternafi diithlaq nama mayat atasnya kerana hidupnya pada ketika itu, tiada hidup yang sempurna tetapi pekerjaan mutawassith antara mati dan hidup seperti tawassuth tidur antara keduanya . Dan dikembalikan kepadanya daripada pancaindera dan ‘aqal dan ‘ilmu barang yang terhenti atasnya faham khithab dan dapat sertanya mengembalikan jawab hingga ditanya akan dia .

Dan ahwal segala orang yang ditanyakan itu bersalah-salahan . Maka setengah daripada mereka itu orang yang ditanya akan dia oleh dua Malaikat itu tiap-tiap daripada keduanya kerana bersangatan atasnya. Dan setengah mereka itu ditanya akan dia oleh salah seorang daripada keduanya kerana takhfif atasnya . Dan adalah salah seorang daripada keduanya di bawah kakinya dan seorang lagi pada kepalanya dan ditanyakan satu kali jua .

Dan pada hadits Asma΄ bahawasanya ditanyakan dia tiga kali, dua . Daripada Jalal bahawasa orang yang Mu΄min diulang-ulangkan tanya hingga tujuh hari dan segala kafir diulang-ulangkan tanya hingga empat puluh hari . Dan bertanya keduanya akan tiap-tiap seorang dengan lughahnya atas qaul yang shahih, khilaf bagi orang yang berkata dengan bahasa Suryani . Dan ditanyakan mayat dan jikalau bercerai-cerai segala anggotanya sekalipun dan jikalau adalah mayat itu di dalam perut binatang sekalipun kerana tiada jauh . Bahawasanya Allah Ta‘ala mengembalikan baginya roh pada segala anggotanya yang ada dahulunya .

Dan apabila mati beberapa jema‘ah di dalam satu waktu pada beberapa negeri yang berjauh-jauhan, ditanyakan sekeliannya di dalam satu waktu itu jua . Telah berkata Al Qurthubi : Telah bersalah-salahan beberapa hadits pada kaifiat soal dan jawab . Maka setengah daripada mereka itu orang yang ditanyakan daripada setengah i’tiqadnya dan setengah mereka itu orang yang ditanyakan daripada sekeliannya dan ditanyakan daripada syahadah dan ditanya daripada iman dengan Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan pekerjaan tauhid . Maka menjawab ia dengan barang yang muwaafaqat barang yang mati ia atasnya daripada iman dan kufur atau syak .

Dan telah datang warid dengan tiada ditanyakan Anbiya΄ . Dan kata setengah : Tiada ditanyakan orang yang shiddiqin dan segala orang yang mati syahid ma’rakah dan orang yang muraabithin, ya’ni orang yang menunggu pada tempat yang ditakuti seperti tempat antara Muslimin dengan harbiyyin { kafir harbi } dan orang yang melazimkan bagi membaca :

١ ﴿   ﻗﺪﻴﺭ   ﺷﻰﺀ   ﻜﻞّ  ﻋﻟﻰٰ   ﻫﻮ   ﭐﻟﻤﻟﻚ   ﺑﻴﺩﻩ    ﭐﻟﺬﻯ   ﺗﺑٰﺭﻚ
Pada tiap-tiap malam daripada ketika sampai khabar bagi mereka itu, sama ada membaca akan dia pada ketika hendak tidur atau dahulu daripadanya . Dan seperti demikian itu shurah Sajdah . 

Dan demikian lagi orang yang membaca :

١ ﴿   ﺃﺤﺩ   ﭐﷲ  ﻫﻭ   ﻗﻞ
Di dalam sakit matinya dan orang yang mati sakit perut dan orang yang mati kena penyakit taun atau orang yang mati dengan lainnya  di dalam zaman taun, padahal sabar ia lagi mengira-girakan pahalanya dan orang yang mati malam Juma‘at atau harinya . Dan lain daripada yang tersebut itu, ada lagi yang tiada ditanya . Inilah pada mukallaf atau orang yang tiada mukallaf seperti mati di dalam kanak-kanak atau mati dalam gila pada waktu awal gila itu di dalam masa kanak-kanak, kekal gilanya hingga mati, maka tiada ditanya keduanya itu