kitab 'aqiidatun najiin, fariidatul faraaid, penawar bagi hati, muhimmah, sabiilal muhtadiin, furu'ul masaail, munyatul mushalli, 'minhajul 'abidin, al mawaa'izh al badii'ah, ayyuhal walad, bahrul madzi, memahami bacaan di dalam dan selepas sembahyang ( perkata ),tuhfatur ghaaribiin, kifaayatul muhtadi, malaikat, syurga, neraka dan lainnya Insyaa Allah akan kami paparkan dari masa ke semasa
Sabtu, 4 Februari 2012
Pengertian Agama Islam - Risalah Al Mishbaahul Munir
Risalah Al Mishbaahul Munir - Disyarahkan Oleh Tuan Guru Baba Ismail Spanjang
Sabtu, 14 Januari 2012
Khamis, 12 Januari 2012
Penawar Bagi Hati - Melihat Pada Yang Haram siri 9
Jumaat, 6 Januari 2012
Penawar Bagi Hati - Siri 8 - Mensyukuri Nikmat Mata
Jumaat, 30 Disember 2011
Penawar Bagi Hati - Beramal Shaleh Dengan Mata siri 7
Bismillaah .
Ketahuilah Olehmu Wahai Saudaraku :
Bahawa Sesungguhnya Mata Yang Telah Dikurniakan Oleh Allah Kepada Kita Adalah Sebagai Amanah DaripadaNya Supaya Kita Melihat Hanya Kepada Sesuatu Yang Disuruh Dan DiizinkanNya Sahaja . Dan Jika Kita Melakukan Seperti Yang Demikian Itu,
Maka Berhaklah Kita Bagi Mendapat Janji Baik Daripada Allah
di Akhirat Kelak !!! .
Jika Kita Melihat Sesuatu Yang Baik Itu Semata-Mata Kerana Menurut Adat Kebiasaan Atau Kerana Menurut Hawa Nafsu Atau Kerana Disuruh Oleh Orang Lain Dan Bukannya Niat Kerana Menjunjung Suruh Allah, Bererti Kita Telah Mensia-Siakan Amanah Allah Kepada Kita Kerana Amalan Itu Tidak Akan Mendapat Janji Baik Daripada Allah Di Akhirat Kerana Amal Itu Bukannya Amal Yang Shaleh !!! .
Jika Sesuatu Amal Itu Bukannya Sebagai Amal Yang Shaleh,
Maka Ianya Bukan Dinamakan Sebagai Amal ‘Ibadah !!!
Setiap Amal Yang Shaleh Itu Adalah Semestinya Amal Yang Baik Tetapi Amal Yang Baik Itu Tidak Semestinya Adalah Amal Yang Shaleh !!!
Jika Kita Menggunakan Mata Itu Kepada Melihat Sesuatu Yang Diharamkan Oleh Allah, Maka Kita Telah Mengkhianati Amanah Allah, Mengkhianati Kemurahan Allah, Maka Layaklah Kita Menerima Janji Azab Dari Allah Di Akhirat !!!
Peringatan !!!
Sedarlah Wahai Saudaraku Bahawasanya :
Segala Nikmat Yang Kita Dapati Adalah Semata-mata Milik Allah Dan Bukanlah Milik Kita Yang Muthlaq, Maka Kita Tidak Berhak Sedikit Pun Untuk Menggunakan Segala Nikmat-Nikmat Itu Mengikut Sesuka Hati Kita Melainkan Dengan Menurut Hukum Allah Iaitu Dengan Segala Apa Yang Telah Ditetapkan Oleh Allah, Sama Ada Wajib, Sunat, Harus Makruh Dan Haram Supaya Ianya Tidak Akan Mendatangkan Mudharat Kepada Kita Apabila Kita Didirikan
Di Mahkamah Rabbul Jalil di Hari Akhirat Kelak !!!
Langgan:
Catatan (Atom)