Isnin, 20 Jun 2011

Bacaan Di Dalam Shalat - Sujud Sahwi Rumi ( Perkata )


Sujud  Sahwi

Sebab – sebab  disunatkan  sujud  sahwi  :

1 : Tertinggal sesuatu rukun sembahyang yang tidak boleh dijabarkan dengan sujud sahwi seperti tertinggal bacaan Al Fatihah atau sebagainya .

2 : Meninggalkan sunat ab‘adh, sama ada dengan terlupa atau sengaja .

3 : Syak pada meninggalkan sesuatu daripada sunat ab‘adh .

4 : Syak pada bilangan raka‘at .

5 : Melakukan sesuatu perbuatan yang tidak membatalkan sembahyang jika terlupa tetapi membatalkan sembahyang jika melakukan dengan sengaja .

6 : Memindahkan bacaan-bacaan sunat atau bacaan rukun selain daripada takbiiratul ihram dan salam kepada yang lain daripada tempatnya .

7 : Imam terlupa mengerjakan sunat ab‘adh atau imam melakukan sesuatu yang disunatkan sujud sahwi tetapi ia tidak melakukan sujud sahwi .

Kaifiat ( Cara ) Sujud Sahwi

Diwajibkan berniat untuk sujud sahwi bagi imam dan munfarid  ( orang yang sembahyang seorang diri ) . Dilakukan setelah selesai membaca shalawat selepas tahiyyat akhir iaitu sebelum memberi salam . Dimulakan dengan sujud dan diikuti dengan duduk di antara dua sujud, kemudian sujud untuk kali kedua dan diakhiri dengan duduk tawarruk serta terus memberi salam . Sujud sahwi ini dilakukan sebanyak dua kali sahaja walaupun telah banyak berlakunya perkara-perkara yang menjadi sebab bagi disunatkan sujud sahwi . 

Bacaan   Dalam   Sujud   Sahwi  ( sunat  haiah )

سبحان     من     لا     ينام     و  لا     يسهو


SuB    Haa    Na    MaN    Laa    Ya    Naa    


Mu    Wa    Laa    YaS    huu .


Maha Suci    ←      سبحان


                                ( Tuhan ) Yang    ←       من


      Tidak     ←         لا


                                            Tidur      ←     ينام


       Dan      ←             و  


    Tidak       ←       لا


                                          Lupa        ←   يسهو

6 ulasan: