Ahad, 19 Jun 2011

Wajib Mengenal Allah Dan Rasul



‘Aqiidatun Najiin ( Siri 16 )


Dan kata Mushannif ( ﺷﺭﻋﺎ ) ertinya wajib mengenal Allah dan Rasul itu dengan sebab Syara’ kerana dibinakan atas bahawa sekelian hukum itu tsabit dengan sebab Syara’ tetapi syaratnya ‘aqal .

Khilaf bagi Maturidiyyah yang berkata mereka itu dengan bahawa wajib ma’rifah Allah itu tsabit dengan ‘aqal kerana waadhihnya bersalahan yang lain daripada ma’rifah daripada sekelian hukum, maka iaitu tsabit dengan Syara’ .

Dan bersalahan Mu΄tazilah yang berkata mereka itu dengan bahawasa sekelian hukum itu tsabit dengan ‘aqal dan Syara’ itu hanyasanya datang ia menguatkan baginya . Maka hasil bahawasa segala Madzhab itu tiga :

Madzhab As Syaa‘irah iaitu bahawa segala hukum sekeliannya tsabit dengan Syara’ tetapi syaratnya ‘aqal .

Dan kedua : Madzhab Maturidiyyah . Dan iaitu tafshil antara wajib ma’rifah dan antara sekelian hukum yang lain .

Dan ketiga : Madzhab Mu΄tazilah . Dan iaitu bahawa segala hukum sekelian nya tsabit dengan ‘aqal kerana dibinakan atas mengelok dan keji yang ‘aqli keduanya .

Dan kata mushannif ( ﻴﻌﺭﻑ  ﺃﻥ ) telah terdahulu bahawasa qaul yang tahqiq bahawa ma’rifat dan ‘ilmu itu bersamaan keduanya, ertinya satu makna keduanya dan iaitu jazam yang muwaafaqat bagi yang sebenar daripada dalil . Maka makna jazam itu pegangan yang yakin, maka keluar dengan jazam itu tiga perkara :

Pertamanya : Syak, iaitu mendapat tiap-tiap daripada dua tharaf itu atas bersamaan .  

Dan kedua : Zhan, dan iaitu mendapat akan tharaf yang rajih, ya’ni berat hatinya pada mengetahui dan ringan hatinya pada tiada mengetahui .

Dan ketiga : Waham, iaitu ringan hatinya pada mengetahui dan berat hatinya pada tiada mengetahui . 

Dan keluar dengan kata, ‘ muwaafaqat bagi yang sebenar ’ itu, jazam yang tiada muwaafaqat bagi yang sebenar . Maka bahawasanya tiada dinamakan dia ma’rifat dan hanyasanya dinamakan dia jahil murakkab seperti jazam Nashara dengan menigakan Tuhan, ya’ni berkata mereka itu bahawasa Allah itu salah seorang daripada tiga Tuhan dan iaitu bapa dan yang dua lagi anak dan iaitu ‘Isa dan ibu dan iaitu Mariam . Dan seperti jazam Majusi dengan bahawa Tuhan itu dua, satu nur, kedua zhulmah . Maka nur itu Tuhan yang berbuat kebajikan dan zhulmah itu Tuhan yang berbuat kejahatan .

Dan keluar dengan kata daripada ‘ dalil ’ itu, jazam yang muwaafaqat bagi yang sebenar tetapi tiada daripada dalil . Maka bahawasanya dinamakan dia taqlid dan tiada dinamakan ma’rifat dan tiada dinamakan ‘ilmu .

Dan orang yang bershifat dengan salah suatu daripada yang empat dahulu itu pada suatu daripada ‘aqaaid yang lagi akan datang, maka iaitu kafir dengan ittifaq . Dan murad dengan empat yang dahulu itu iaitu syak dan zhan dan waham dan jahil seperti barang yang telah lalu sebutnya .

Dan adapun orang yang bershifat dengan yang akhir itu dan iaitu taqlid, maka ikhtilaf ‘Ulama΄ .

Kata qiil bahawasa : Kafir muthlaqan, ya’ni sama ada ia ahli bagi nazhar atau tiada iaitu qaul dhaif, maka muwaafaqat akan qaul ini, qaul Abu Haashim Jubbaaiy daripada Mu΄tazilah .

Dan kata qiil bahawasanya : Mu΄min yang tiada derhaka muthlaqan .

Dan bermula qaul yang rajih bahawasanya Mu΄min yang derhaka jikalau ada ia kuasa atas dalil seperti yang cerdik dan Mu΄min yang tiada derhaka jikalau tiada ada ia kuasa atasnya seperti orang yang bodoh . Bermula khilaf ini dibinakan atas khilaf pada nazhar .

Maka kata qiil bahawasanya : Wajib akan sebagai wajib ushul muthlaqan, ya’ni sama ada ahli bagi nazhar atau tiada .

Dan kata qiil bahawasanya : Wajib akan sebagai wajib furu’ .

Dan kata qiil : Sunat muthlaqan .

Dan yang rajih bahawasanya : Wajib akan sebagai wajib furu’ jika ada padanya kuasa atasnya, seperti ada ia ahli bagi nazhar dan tiada wajib, jika tiada ada ia ahli bagi nazhar .

Tanda-Tanda Baligh

Aqiidatun Najiin ( Siri 15 )

  Faedah ﴿ 

Ini suatu faedah . Bermula baligh kanak-kanak itu dengan perkara :

Pertama : Dengan keluar mani dengan bermimpi atau lainnya kemudian daripada tamam umurnya sembilan tahun . 

Dan keduanya : Dengan tamam umurnya lima belas tahun, maka dua alamat ini pada kanak-kanak lelaki dan perempuan, ya’ni bersekutu pada lelaki dan perempuan dan dilebihkan pada perempuan dengan haidh kemudian daripada sempurna sembilan tahun taqriib, tiada mengapa kurang lima belas hari, jangan lebih daripadanya .

Syahdan ﴿ Wajib atas wali kanak-kanak mengajar akan anaknya akan barang yang wajib bagi dzat Allah Ta‘ala dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya . Demikian lagi wajib atas suami mengajar akan isterinya dan penghulu mengajar akan sahayanya akan demikian itu .

Syahdan ﴿ Telah berkata ‘Ulama΄ : Haram belajar ‘ilmu Ushuluddin daripada orang yang tiada mahir ‘ilmunya dan tiada mengambil daripada gurunya . Maka adalah pada zaman sekarang ini beberapa daripada manusia yang mendakwa dirinya ‘aalim yang mengajar ia akan manusia yang ‘awaam dengan pengajaran yang menyesatkan hamba Allah .

Dan setengah daripada mereka itu yang berpegang dengan ayat Quran yang mutasyaabihat atau sunat yang mutasyaabihaat, padahal tiada dilintangkan dengan qawaathi’ ‘aqliyyah dan naqliyyah yang muhkamaat tetapi mengambil mereka itu dengan zawaahir ayat yang mutasyaabihat, maka jadi jatuh mereka itu pada laut kufur, maka sesat mereka itu dan menyesatkan mereka itu akan manusia yang ‘awaam  ﺬﻠﻚ ﻤﻥ ﺑﭑﷲ ﺃﻋﻭﺬ . Maka adalah mereka itu seperti Dajjal atau terlebih jahat lagi daripada Dajjal .


Shalawat Dan Salam

 ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 4 )


Kemudian diiringi oleh mushannif itu dengan shalawat dan salam atas Nabi Muhammad dengan katanya :

  ﭐﷲ   ﺮﺴﻮﻞ    ﻋﻟﻰ    ﻮﺍﻟﺴﻼﻢ    ﻮﺍﻟﺼﻼﺓ  ﴿ 
Bermula rahmat Allah dan salamnya itu atas Rasulullah iaitu Nabi Muhammad s.a.w, sungguhnya mendatang ia dengan shalawat atas Nabi s.a.w kerana warid daripada hadits :

ﺍﻠﻤﻼﺋﻛﺔ   ﺗﺯﻝ   ﻠﻡ   ﻛﺗﺎﺏ   ﻓﻲ   ﻋﻠﻲ   ﺼﻠﻰ   ﻤﻦ  ﴿

  ﺍﻠﻜﺗﺎﺏ   ﺬﻠﻚ   ﻓﻲ   ﺍﺴﻤﻲ   ﺪﺍﻡ   ﻤﺎ   ﻠﻪ  ﺗﺴﺗﻐﻔﺭ  

Ertinya : ‘ Barang siapa shalawat ia atasku di dalam kitab nescaya sentiasa Malaikat meminta ampun ia baginya selama ada namaku di dalam demikian kitab itu ’ .

Dan dihimpunkan salam dengan shalawat itu kerana hendak melepaskan daripada makruh menunggalkan salah suatu daripada keduanya selama tiada tempat yang datang warid menunggal akan dia . Adapun jikalau datang warid dengan menunggalkan dia, maka tiada makruh menunggalkan dia .

Dan ketahui olehmu, bahawasanya makna shalawat pada lughah itu doa . Dan kata setengah maknanya dengan nisbah bagi Allah, rahmat ertinya shalawat itu jika datang daripada Allah, dinamakan rahmat ertinya telah menurun oleh Allah akan kebajikan atas RasulNya . Dan jikalau datang daripada Malaikat, dinamakan istighfar . Dan jikalau datang daripada manusia dan jin dan lainnya daripada kayu dan batu dinamakan doa, ertinya memohon oleh mereka itu akan Allah menambahkan rahmat atas Rasul .

Faedah :

Bermula qaul yang shahih bahawasa Nabi s.a.w beroleh manfaat ia dengan shalawat ummat atasnya seperti Anbiya΄ yang lain jua . Dan kata qiil : Bermula manfaat itu kembali atas orang yang menshalawat jua, tiada atas Nabi s.a.w kerana Nabi itu telah sempurna atasnya kamal . Dan ditolak akan kata qiil ini dengan bahawasa Nabi s.a.w sentiasa ternaik ia pada kamalat selama-lama kerana tiada daripada kamal melainkan di sisi Allah terlebih akmal daripadanya seperti barang yang diisyaratkan bagi demikian itu dengan firman Allah :

  ﭐﻷﻭﻠﻰ    ﻤﻦ    ﺨﻴﺭﻠﻙ    ﻭﻠﻸﺨﺭﺓ  ﴿
Ertinya : “ Dan hari yang kemudian itu terlebih baik bagi engkau ya Muhammad daripada hari yang dahulu ” .
( Shurah Adh Dhuha : Ayat 4 )

Ya’ni zaman yang kemudian itu terlebih baik bagi Nabi daripada zaman yang dahulu . Tetapi sungguhpun memberi manfaat shalawat ummat itu akan Nabi, tiada sayugianya kita sharihkan dengan demikian itu melainkan pada tempat belajar dan mengajar .  

Dan adapun salam itu, maka maknanya aman . Bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w daripada barang yang ketakutan ia atas ummat nya kerana bahawasa Nabi s.a.w itu maksum . Maka betapa takut ia atas dirinya bahkan takut ia atasnya kerana haibah dan kerana membesarkan Allah kerana seorang itu tiap-tiap bersangatan dampingnya daripada Allah nescaya bersangatan takutnya kepada Allah . Dari kerana inilah bersabda Nabi s.a.w : Bahawasa aku terlebih takut daripada sekelian kamu daripada Allah .

Dan kata qiil : Bermula muradnya itu aman Nabi s.a.w daripada barang yang takut ia atas dirinya pada ketika bersangatan kepicikan pada Padang Mahsyar kerana bahawasanya lupa ia akan ‘ashamah nya seperti sekelian Anbiya΄ ‘alaihimush shalaatu was salaam .

Dan telah mentafsir oleh setengah ‘Ulama΄ akan salam itu dengan tahiyyat . Dan bermula murad dengan tahiyyat pada hak Allah Ta‘ala serta RasulNya itu bahawa mengkhithab ia akan dia dengan kalamNya yang qadim yang menunjukkan atas terangkat maqamnya yang amat besar .

Alhamdulillaah Dan Rukunnya

 ‘Aqiidatun Najiin ( Siri 3 )


Maka berkata ia : ﺍﻟﺤﻤﺪ ertinya : Bermula segala puji itu bagi Allah .

Bermula puji itu terbahagi atas empat :

Pertama : Puji qadim bagi qadim, dan iaitu puji Allah akan diriNya pada azali .

Dan kedua : Puji qadim pada hadits, dan iaitu memuji Allah Ta‘ala bagi Anbiya΄Nya dan Auliya΄Nya seperti firmanNya :  
   
  ﺃﻭﺍﺏ  ﺇﻧﻪ    ۖ  ﭐﻟﻌﺑﺪ   ﻧﻌﻡ  ﴿

Ertinya : “ Sebaik-baik hambaKu itu yang banyak taubat ” .
( Shurah Shad : Ayat 30 )

Dan yang ketiga : Puji hadits bagi hadits, dan iaitu memuji hamba setengah akan setengah mereka itu seperti dikatanya : sebaik-baik manusia itu si anu .

Dan keempat : Puji hadits bagi qadim, dan iaitu memuji hamba akan Tuhannya seperti dikatanya :

  ﻫﺪﺍﻧﺎ   اﻟﺫﻱ     ﺍﻟﺤﻤﺪ  ﴿ 

Ertinya : “ Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami hidayah ” .


Makna puji pada lughah dan istilah

Bermula makna puji pada lughah itu : 

ﺍﻟﺗﻌﻅﻴﻢ  ﺠﻬﺔ  ﻋﻟﻰ  ﺍﻹﺨﺗﻴﺎﺭﻱ  ﺍﻟﺠﻤﻴﻞ  ﻋﻟﻰ  ﺑﺎﻟﺠﻤﻴﻞ   ﺍﻟﺛﻧﺎﺀ  ﻫﻭ ﴿

Iaitu memuji dengan keelokkan atas shifat yang elok yang ikhtiyaari atas pihak membesarkan dia .

Dan puji pada istilah itu : Perbuatan yang memberitahu ia daripada membesarkan akan yang memberi nikmat dengan sebab keadaan nya yang memberi nikmat atas orang yang memuji atau atas orang yang lainnya, sama ada perbuatan itu perkataan dengan lidah orang atau i’tiqad dengan hati atau amal dengan segala anggota .

Rukun Puji

Bermula rukun puji itu lima perkara :

Pertama : ﺤﺎﻤﺪ ya’ni orang yang memuji, maka yang memuji di sini, Syeikh Sanusi .

Kedua : ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu yang kena puji iaitu Allah Ta‘ala .

Ketiga : ﺑﻪ  ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu shifat yang kepujian yang tsabit ia bagi Allah .

Keempat :   ﻋﻟﻴﻪ  ﻤﺤﻤﻭﺪ  iaitu nikmat yang dipuji atasnya .

Kelima :  Lafaz seperti katanya  ﺍﻟﺤﻤﺪ  atau si anu pemurah .


Ta‘arif Mukallaf


‘Aqiidatun Najiin ( Siri 14 )

Dan ketahui olehmu, bahawasa mukallaf itu iaitu yang baligh lagi ber‘aqal lagi sejahtera pancainderanya dan jikalau pendengar semata-mata sekalipun dan lagi yang sampai dakwah bangkit Rasul kepadanya . Maka keluar kanak-kanak dan jikalau mumaiyyiz sekalipun dan orang gila dan orang yang ketiadaan pancaindera dan orang yang tiada sampai akan dia oleh dakwah Rasul kepadanya, maka tiada tiap-tiap daripada mereka itu mukallaf .

Bermula dituntut ‘ibadat daripada kanak-kanak yang mumaiyyiz seperti sembahyang dan puasa bukan kerana taklifnya dengan dia tetapi kerana mengemarnya di dalam ‘ibadat supaya ber‘adat ia akan ‘ibadat, maka tiada meninggal ia akan dia, insyaa Allaah pada ketika bulughnya .

Dan bersalah-salahan ‘Ulama΄, adakah memadai dengan dakwah barang mana Rasul ada ia dan jikalau Adam sekalipun atau tak dapat tiada daripada dakwah Rasul akan dia kepada manusia itu . Bermula qaul yang shahih itu yang kedua, ya’ni qaul yang berkata tak dapat tiada daripada dakwah Rasul yang yang tertentu menyampaikan risalah itu kepada mereka itu, bukan barang mana Rasul seperti qaul yang pertama .

Dan atas qaul yang kedua itu, maka Ahli al Fatrah itu lepas mereka itu daripada Neraka dan jika mengubah oleh mereka itu dan menukar oleh mereka itu dan menyembah oleh mereka itu akan berhala sekalipun . Dan apabila engkau ketahui akan Ahli al Fatrah lepas mereka itu daripada Neraka, nescaya engkau ketahuilah akan bahawasa dua ibu bapa Nabi s.a.w lepas keduanya daripada Neraka kerana keduanya itu daripada ahli al Fatrah tetapi keduanya itu daripada Ahli al Islam kerana barang yang diriwayat bahawasa Allah Ta‘ala menghidupkan ia akan keduanya kemudian daripada bangkit Nabi s.a.w, maka beriman keduanya dengan Nabi dan kerana inilah berkata setengah mereka itu :


ﺭﺆﻮﻓﺎ   ﺑﻪ  ﻮﻜﺎﻦ    ﻓﺿﻞ   ﻋﻟﻰ  ٭  ﻓﺿﻞ   ﻤﺯﻴﺪ   ﺍﻟﻧﺑﻲ   ﭐﷲ  ﺤﺑﺎ


ﻤﻧﻴﻔﺎ   ﻓﺿﻼ   ﺑﻪ  ﻹﻴﻤﺎﻦ   ٭  ﺃﺑﺎﻩ   ﻜﺫﺍ   ﺃﻤﻪ   ﻓﺄﺤﻴﺎ


ﺿﻌﻴﻔﺎ   ﺑﻪ ﺍﻟﺤﺪﻴﺚ   ﻜﺎﻥ   ﺇﻥ     ٭  ﻗﺪﻴﺭ   ﺑﺬﺍ   ﻓﺎﻟﻘﺪﻴﻡ   ﻓﺴﻟﻡ

Ertinya : Telah memberi oleh Allah Ta‘ala akan Nabi itu akan bertambah-tambah kelebihan atas kelebihan .

Dan adalah Allah Ta‘ala dengan Nabi amat kasih sayang .

Maka menghidup ia akan ibunya dan demikian lagi bapanya .

Kerana beriman keduanya dengan Nabi,

 padahal kurnia yang amat mulia .

Maka taslimkan keduanya olehmu,

maka Tuhan yang qadim itu amat kuasa .

Dengan demikian itu dan jika adalah hadits dengan dia itu,

dhaif sekalipun .
   

Bermula hadits ini iaitu barang yang diriwayat daripada Marwah daripada Siti ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha minta ia akan Tuhannya bahawa dihidupkan ia baginya akan dua ibu bapanya, maka menghidup oleh Allah akan keduanya bagi Nabi, maka beriman keduanya dengan Nabi kemudian mematikan oleh Allah akan keduanya .

Telah berkata Suhail : Bermula Allah Ta‘ala kuasa tiap-tiap suatu harus bagiNya bahawa menentu Ia akan NabiNya dengan barang yang dikehendakiNya daripada kurniaNya dan memberi nikmat Ia atas nya dengan barang yang berkehendak Ia daripada kemurahanNya .

Dan sungguhnya telah mengarang oleh Jalal al Suyuthi akan beberapa karangan pada barang yang ta‘alluq dengan kelepasan keduanya, maka telah membalas akan dia oleh Allah Ta‘ala akan kebajikan .


Mengetahui Hukum 'Aqal

‘Aqiidatun Najiin ( Siri 13 )

Syahdan ﴿ Ketahui olehmu, hai orang yang diberi taufiq oleh Allah bahawasa mengetahui hukum ‘aqal yang tiga ini dan ulang-ulang mendarus akan dia hingga mahir dan teguh dan tetap ia di dalam hati pada mengetahui akan dia supaya jangan berkehendak oleh fikir dan bicara pada mengingatkan maknanya kepada payah adalah yang demikian itu setengah daripada barang yang wajib atas tiap-tiap mukallaf yang ber‘aqal yang berkehendak kemenangan dengan mengenal Allah Ta‘ala dan mengenal NabiNya yang mursal ‘alaihi mush shalaatu was salaam .

Tetapi kata Imam Haramain dan jama‘ah ‘Ulama΄ bahawasanya : Mengenal segala bahagi hukum ‘aqal yang tiga inilah ‘aqal . Maka barang siapa tiada mengenal dia dengan maknanya, maka orang itu tiada ber‘aqal .

Dan kata mushannif, ya’ni Syeikh Sanusi :

  ﺸﺭﻋﺎ    ﻤﻜﻟﻑ     ﻜﻝّ    ﻋﻟﻰ   ﻮﻴﺠﺏ  ﴿

Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf dengan sebab Syara’ .

ﻤﻭﻻﻧﺎ   ّ ﺤﻖ    ﻓﻲ   ﻴﺠﺐ   ﻤﺎ    ﻴﻌﺭﻑ   ﺃﻦ   ﴿

 ﻴﺠﻭﺯ   ﻤﺎ     ﻴﺴﺗﺤﻴﻞ   ﻤﺎ     ّ ﻋﺯ    ﺠﻞّ

Ertinya : Bahawa mengenal ia akan barang yang wajib pda hak Tuhan kita Jalla wa ‘Azza dan barang yang mustahil dan barang yang harus padanya .

Ketahui olehmu, bahawa wajib itu dua perkara : Adakalanya wajib Syar‘ie maknanya keadaan suatu itu dengan sekira-kira diberi pahala atas orang yang berbuat dia dan disiksa atas orang yang meninggalkan dia seperti barang yang telah lalu sebutnya . Dan adakalanya wajib ‘aqli, maknanya ketiadaan menerima ternafi pada ‘aqal, maka telah lalu sebutnya jua .

Maka wajib Syara’ itu ‘alamatnya datang lafaz ( ﻋﻟﻰ ) kemudian daripada lafaz ( ﻴﺠﺐ ) itu seperti yang dikata oleh mushannif               ( ﻤﻜﻟﻑ  ﻜﻝ  ﻋﻟﻰ ﻮﻴﺠﺏ ) .

Dan wajib ‘aqal itu datang ‘alamatnya lafaz ( ﻻﻡ ) atau ( ﻓﻲ ) yang dengan makna ( ﻻﻡ ) seperti yang dikata oleh mushannif                     ( ﻟﻤﻭﻻﻧﺎ  ﻴﺠﺏ  ﻓﻤﺎ ) .

Tatimmah ﴿ Ketahui olehmu, bahawa wajib Syara’ itu atas hak mukallaf dan wajib ‘aqal itu pada hak Allah Ta‘ala dan terkadang dikatakan dia pada hak  mukallaf pula seperti Nabi yang mursal dan Anbiya΄ seperti yang lagi akan datang bicaranya . Insyaa Allaah Ta‘ala . 

Dan murad dengan mukallaf di sini, jin dan manusia tetapi mukallaf manusia itu sampai umur seperti yang lagi akan datang sebutnya . Dan mukallaf jin itu daripada waktu jadinya .

Dan adapun segala Malaikat, maka tiada mereka itu mukallaf atas qaul yang rajih dan jikalau adalah Nabi s.a.w disuruh kepada mereka itu sekalipun kerana bahawasa disuruh akan dia kepada mereka itu sungguhnya ia menyuruh tasyriif. ertinya memuliakan, bukan irsaal kerana taklif .