Ahad, 4 September 2011

KITAB AIYYUHAL WALAD ( IMAM AL GHAZALI ) siri 1



NASIHAT PERTAMA

Waktu itu ialah kehidupan

Wahai anakku yang tercinta !!!

Sebahagian daripada nasihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepada ummatnya ialah :

‘ Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Ta‘ala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah ’ .


‘ Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidup ( iaitu untuk ber‘ibadat kepada Allah Ta‘ala ) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ’ ( pada hari Qiyaamah nanti ) .

‘ Dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api Neraka ’ .

Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang ber‘ilmu .