Rabu, 6 Julai 2011

Memeliharakan Tangan Dan Kaki ( Penawar Bagi Hati ) siri 6

Fasal 6 & 7 pada menyatakan dua tangan & dua kaki

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan ia bagi engkau akan dua tangan dan dua kaki kerana beberapa manfaat yang bangsa akhirat dan yang bangsa dunia .

Maka adapun segala manfaat akhirat, maka mengerjakan engkau dengan keempat-empatnya akan segala pekerjaan kebajikan seperti berjalan kepada masjid dan kepada tempat belajar ‘ilmu yang bermanfaat dan berjalan kepada tempat perang sabil dan tempat mengerjakan haji dan umrah, dan berjalan kerana ziarah dan berhubung rahim dan yang lainnya daripada segala ‘ibadat yang dikerjakan dengan dua kaki, dan seperti menghilangkan yang mungkar dengan tangan, dan menulis akan ‘ilmu dan berjabat tangan dengan orang yang shaleh dan yang lain daripadanya, daripada segala ‘ibadat yang dikerjakan dengan dua tangan .

Dan adapun segala manfaat dunia, maka iaitu berusaha dengan dua tangan dan dua kaki itu pada mencari harta benda dan segala tujuan engkau dan memelihara engkau dengan dia daripada mudharat, seperti lari dengan kaki daripada binatang buas-buas dan seperti lari dengan kaki daripada binatang buas-buas dan seperti menolak dengan tangan akan kejahatan orang yang menerkam ia akan engkau.

Dan bermula mensyukurkan nikmat kaki dan nikmat tangan ini bahawa engkau pakai akan keduanya pada segala tha‘at dan engkau pelihara keduanya daripada tiap-tiap ma’shiat, maka jangan engkau menyakiti dengan dua tangan engkau akan yang diharamkan pada Syara’ menyakitinya .

Dan jangan engkau khianat dengan kedua akan orang yang dipercayai engkau dengan dia . Dan jangan engkau pegang dengan melainkan akan yang haram dan jangan engkau tulis dengan keduanya akan yang dilarang daripada yang memberi mudharat akan orang Islam dan daripada ilmu yang diharamkan seperti sihir .

Dan jangan engkau berjalan dengan kaki engkau kepada tempat yang haram dan kepada tempat orang yang zalim melainkan kerana dharurat . Pendeknya segala gerak engkau dan segala diam engkau itu sebesar-besar nikmat Allah Ta‘ala atas engkau .

Maka palingkan olehmu akan dia kepada tha‘at, supaya adalah engkau daripada mereka yang mengetahui akan nikmat dan mensyukurkannya, maka diharapkan berkekalan nikmat itu pada engkau kerana syukur itu pengikat bagi nikmat dan sebab bagi bertambahnya . Dan jangan engkau palingkan segala gerak dan diam engkau itu kepada ma’shiat supaya jangan ada engkau daripada mereka yang kaafir akan nikmat ( ertinya, tiada syukur akan ia ) .

Maka sebab bagi ditanggalkan nikmat itu dan sebab bagi siksa yang bersangatan pada hari mensaksikan atas mereka itu oleh segala lidah mereka itu dan segala tangan mereka itu dan segala kaki mereka itu dengan barang yang ada mereka itu mengerjakan akan dia dalam dunia daripada segala kejahatan .

Dan ketahui olehmu bahawasanya memelihara segala anggota yang tujuh ini daripada segala kejahatan dan memakainya pada segala kebajikan, tiada sempurna keduanya melainkan dengan membersihkan akan racunnya daripada segala perangai yang dicela, seperti riya΄ dan takabbur dan dengki dan kikir dan lainnya. Dikehendaki dengan rajanya itu, iaitu hati .

Wallaahu a’lam .

Memeliharakan Faraj ( Penawar Bagi Hati ) siri 5

Fasal yang kelima pada menyatakan faraj .

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat iaitu mengadakan anak dengan dia .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

                 ﺍﻟﻘﻴﺎﻤﻪ   ﻴﻮﻡ   ﺍﻻﻤﻡ   ﺑﻛﻡ   ﻤﺑﺎﻩ   ﻓﺈﻧّ   ﺘﻧﺎﺴﻟﻮﺍ   ﺘﻧﺎﻜﺤﻭﺍ
Ertinya : ‘ Berkahwin oleh kamu, nescaya kamu mendapat anak-anak, maka bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala ummat pada hari Qiyaamah ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺠﺎﺭﻴﺔ   ﺼﺪﻗﺔ   ﺛﻼﺚ   ﻤﻥ   ﺍﻻّ  ﻋﻤﻟﻪ    ﺍﻧﻘﻄﻊ   ﺁﺪﻡ   ﺍﺑﻥ  ﻤﺎﺖ   ﺇﺫﺍ

ﻠﻪ  ﻴﺪﻋﻭ   ﺻﺎﻠﺢ   ﻮﻮﻠﺪ   ﺑﻪ  ﻴﻧﺗﻔﻊ   ﻋﻠﻡ  
Ertinya : ‘ Apabila mati manusia, nescaya putus oleh amalnya melainkan daripadanya tiga perkara : Pertama waqaf, dan kedua ilmu yang diambil manfaat dengan dia, dan ketiga anak yang beriman yang mendoa baginya ’ .
( Diriwayatkan oleh Muslim )

Berkata Ibnu Hajar Rahimahullaahu Ta‘ala : Ditulis baginya seumpama segala amal yang baik yang mengerjakan dia oleh anaknya, tiada segala amalnya yang jahat-jahat . Demikian lagi, menjadikan Allah Ta‘ala bagi engkau akan faraj kerana kegunaan dunia, iaitu bersedap-sedap dengan jima’ dan bersuka-suka dengan sekalian anak yang dapat dengan jima’ itu, yang bermula mereka itu sebesar-besar segala perhiasan dunia kerana firman Allah Ta‘ala :

…. ۖ   ٱﻠﺪّﻧﻴﺎ   ٱﻠﺤﻴٰﻭﺓ    ﺯﻴﻧﺔ   ﻮٱﻠﺑﻧﻭﻦ   ٱﻠﻤﺎﻝ
Ertinya : “ Bermula harta benda dan sekalian anak itu perhiasan hidup dunia… ” .
( Shurah Al Kahfi : Ayat 46 )

Dan firmanNya :

ﻮٱﻠﺑﻧﻴﻦ   ٱﻠﻧّﺴﺂﺀ   ﻤﻦ   ٱﻠﺷﻬﻮٰﺖ   ﺤﺏّ   ﻠﻠﻧّﺎﺱ   ﺯﻴﻦ
Ertinya : “ Dihiasi bagi manusia akan kasih akan segala keinginan daripada perempuan dan anak-anak…”.
( Shurah Ali Imran : Ayat14 )

Bermula mensyukurkan ini anggota memelihara daripada yang diharamkan, seperti zina dan liwath dan mengeluarkan air mani lain daripada tangan isterinya dan jarinya .

Dan memeliharanya daripada yang syubhah, seperti jima’ pada nikah yang bathil, jika taqlid ia akan yang berkata dengan sah nikah itu dan jika tiada, nescaya adalah ia haram, bukan syubhah .

Telah berfirman Allah Ta‘ala ketika memuji orang yang mendapat kemenangan :

  ٥ ﴿  ﺤٰﻔﻅﻮﻦ   ﻠﻔﺮﻮﺠﻬﻡ   ﻫﻡ  ﻮٱﻠّﺬﻴﻦ
Ertinya : “ Dan sekalian yang memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu ( kecuali atas sekalian isteri dan sahaya mereka itu yang perempuan ) ” .
( Shurah Al Mu΄minun : Ayat 5 )

Maka bahawasanya mereka itu tiada dicela, dan ketahui olehmu bahawasanya tiada sempurna memelihara faraj melainkan dengan memelihara mata daripada melihat perempuan yang haram dilihat, dan memelihara hati daripada memikirkan rupa yang elok dan memelihara perut daripada memakan yang syubhat dan daripada bersangatan kenyang kerana yang demikian itu menyeru kepada zina yang adalah ia sebesar-besar segala dosa besar dengan jima’ ‘Ulama΄ kemudian daripada kufur dan membunuh orang .

Telah berfirman Allah Ta‘ala :

ٱﷲ  ﺤﺭّﻡ   ٱﻟﺘﻰ   ٱﻟﻧﻔﺱ   ﻴﻘﺘﻟﻭﻥ   ﻭﻻ  ﺀﺍﺧﺭ  ﺇﻟٰﻬﺎ   ﭐﷲ  ﻤﻊ   ﻴﺪﻋﻭﻦ     ﻮٱﻠّﺬﻴﻦ

ﻠﻪ  ﻴﻀٰﻌﻑ   ٦٨   ﺃﺜﺎﻤﺎ  ﻴﻠﻕ   ﺬٰﻠﻚ   ﻴﻔﻌﻞ   ﻤﻥ     ۚ ﻴﺯﻧﻭﻥ   ﻭﻻ   ﺑﭑﻟﺤﻖّ  ﺇﻻّ

ﺀﺍﻤن    ﺘﺎﺏ  ﻤن  إﻻّ   ٦٩  ﻤﻬﺎﻧﺎ  ے ﻓﻴﻪ   ﻭﻴﺧﻠﺪ   ﭐﻠﻘﻴٰﻤﺔ   ﻴﻭﻡ  ﭐﻠﻌﺬﺍﺏ

Ertinya : “ Dan mereka yang tiada meng‘ibadatkan mereka itu serta Allah Ta‘ala akan Tuhan yang lain yang tiada membunuh mereka itu akan nyawa yang mengharamkan Allah Ta‘ala akan membunuhnya melainkan dengan sebenar-benar dan tiada berzina mereka itu dan barang siapa mengerjakan akan yang demikian itu, nescaya berjumpa ia akan siksa ( atau akan telaga di dalam api Neraka Jahanam ) . Digandakan baginya akan siksa pada hari kiamat dan berkekalan ia padanya dihinakan ia melainkan mereka yang bertaubat
( Shurah Al Furqan : Ayat 68-70 )

Dan firmanNya :

     ٣٢ ﴿  ﺴﺑﻴﻼ   ﺴﺂﺀ    ﻓٰﺤﺷﺔ   ﻜﺎﻦ  ٫ ﺇﻧّ   ۖ  ﭐﻟﺯّﻧﻰ  ﺘﻘﺭﺑﻮﺍ    

Ertinya : “ Dan janganlah menghampiri kamu akan zina, kerana bahawasanya zina itu adalah ia maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan ( ertinya, sejahat-jahat pekerjaan ) ”.
( Al Isra΄ : 32 )

Dan diceritakan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas‘ud Radhiyallaahu ‘anhuma, berkata ia : Bertanya aku akan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : Apa dosa yang lebih besar di sisi Allah Ta‘ala ?

Bersabda ia :
Bahawasanya engkau jadikan bagi Allah Ta‘ala akan yang menyengutui, dan ia jua menjadikan akan dikau ’ .

Bersembah aku : Bahawasanya demikian itu sesungguhnya dosa yang sangat besar . Bersembah aku : Kemudian apa ?

Bersabda ia :
Bahawa engkau bunuh anak engkau kerana takut engkau bahawa makan ia serta engkau ’.

Bersembah aku : Kemudian apa ?

Bersabda ia :
Bahawa engkau berzina akan perempuan orang yang hampir dengan rumah engkau ’ .

Wallaahu a’lam .

Memeliharakan perut ( Penawar Bagi Hati ) siri 4

Fasal yang keempat pada menyatakan perut

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan ia bagi engkau akan perut kerana beberapa faedah yang bangsa agama dan beberapa faedah bangsa dunia 

Adapun faedahnya yang bangsa agama, maka memberi oleh perut itu akan segala badan akan bantuan daripada yang berubah di dalamnya daripada makanan pada darah dan kepada air mani yang dengan dia mendapat anak dan berkekalan oleh manusia . Maka dengan sejahtera segala anggota perut ( seperti jantung dan limpa dan paru-paru dan perut besar ) sejahtera yang tinggal daripada segala badan segala penyakit yang menegah daripada menunaikan segala ‘ibadat dengan sempurna .

Dan adapun faedahnya yang bangsa dunia, maka menyempurnakan kesedapan segala makanan dan minuman dan jima’ kerana ketiga-tiganya itu adalah ia pada ketika sihat perut .

Dan bermula mensyukurkan nikmat perut ini memeliharanya daripada makanan yang haram dan yang syubhat, ertinya : yang tiada diyakinkan akan halalnya dan tiada diyakinkan akan haramnya, dan memeliharanya daripada bersangatan kenyang, maka hendaklah bersunguh-sungguh engkau memelihara perut itu daripada haram dan yang syubhat kerana tiga perkara :

1 : Kerana takut daripada siksa api Neraka . Telah berfirman Allah Ta‘ala :

               ﻓﻰ   ﻴﺄﻜﻟﻮﻥ   ﺇﻧّﻤﺎ   ﻅﻟﻤﺎ   ٱﻟﻴﺘٰﻤﻰٰ   ﺃﻤﻮٰﻞ  ﻴﺄﻜﻟﻮﻦ   ٱﻟّﺫﻴﻦ  ﺇﻦّ

                     ١٠ ﴿   ﺴﻌﻴﺭﺍ   ﻮﺴﻴﺼﻠﻮﻦ   ۖ  ﻧﺎﺭﺍ   ﺑﻁﻮﻧﻬﻡ
Ertinya : “ Bahawasanya sekelian mereka yang makan mereka itu harta anak yatim kerana zalim, hanyasanya makan mereka itu di dalam perut mereka itu akan sebab bagi api Neraka selagi akan masuk mereka itu ke dalam api Neraka yang bernyala-nyala ” .
( Shurah An-Nisaa΄ : Ayat10 )

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

   ﺤﺭﺍﻡ   ﻤﻦ    ﻧﺑﺖ   ﻟﺤﻡ    ﺍﻟﺠﻧّ    ﻴﺪﺧﻝ     ﴿
Ertinya : ‘ Tiada masuk ke dalam Syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang haram ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﺑﻪ  ﺍﻮﻟﻰ   ﻓﺎﻟﻧّﺎﺭ   ﺴﺤﺖ   ﻤﻦ   ﻧﺑﺖ   ﻟﺤﻡ   ﻜﻝّ  ﴿
Ertinya : ‘ Tiap-tiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api Neraka itu lebih utama dengan dia ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﻋﺭﺿﻪ     ﻟﺪﻴﻧﻪ   ﺍﺴﺗﺑﺭﺃ   ﻓﻘﺪ   ﺍﻟﺸّﺑﻬﺎﺖ   ﺍﺗّﻘﻰ   ﻓﻤﻦ  ﴿  
Ertinya : ‘ Maka barang siapa memelihara dirinya daripada segala yang syubhah, maka sungguhnya telah menuntut bersih ia akan agamanya dan dirinya ’ .
Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan,
Nu’man bin Basyir Radhiyallaahu ‘anhu .

2 : Bahawasanya yang makan akan makanan yang haram dan yang syubhah itu tiada diberi petunjuk akan dia kepada ‘ibadat, kerana tiada patut bagi mengerjakan ‘ibadat itu melainkan yang suci daripada segala kekotoran, sama ada kotoran yang dapat dilihat dengan mata, seperti hadats kecil dan hadats besar dan makan yang haram dan yang syubhah .

3 : Bahawasanya yang memakan akan makanan yang haram dan yang syubhah itu ditegahkan akan dia daripada mengerjakan kebajikan, dan jika mengerjakan ia akan dia, nescaya tiada diterima daripadanya dan tiada ada baginya melainkan penat jua .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
                     
                     ﺍﻟﺳّﻬﺭ   ّ ﺇﻻ   ﻗﻴﺎﻤﻪ   ﻤﻦ   ﻟﻪ   ﻟﻴﺱ   ﻗﺎﺌﻢ   ﻤﻦ   ﻜﻢ
                         
       ﻭﺍﻟﻅّﻤﺄ    ﺍﻟﺟﻭﻉ   ّ ﺇﻻ    ﺼﻴﺎﻤﻪ   ﻤﻦ   ﻟﻪ   ﻟﻴﺱ  ﺼﺎﺌﻡ   ﻤﻦ   ﻛﻡ   
Ertinya : ‘ Beberapa banyak daripada yang sembahyang malam tiada ada baginya daripada sembahyang melainkan berjaga dan beberapa banyak daripada yang puasa tiada ada baginya daripada puasa melainkan lapar dan dahaga ’ .

Diceritakan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallaahu ‘anhuma :

ﺤﺭﺍﻢ   ﺠﻮﻓﻪ   ﻓﻲ   ﺍﻤﺭﻯﺀ   ﺻﻼﺓ   ٱﷲ   ﻴﻘﺑﻞ 
Ertinya : ‘ Tiada menerima Allah Ta‘ala akan sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya yang haram ’ .

Adapun bersangatan kenyang, maka hanyasanya dituntut daripada menjauhkannya kerana beberapa perkara :

a.     Kerana bahawasanya banyak makan itu sebab bagi hati keras .

b.     Bahawasanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada yang sia-sia dan pada kejahatan .

c.     Ada membanyakkan makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan .

d.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi sedikit ‘ibadat kerana bahawasanya manusia itu apabila membanyakkan ia akan makan, nescaya berat badannya dan mengantuk matanya .

e.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ‘ibadat .

f.       Bahawasanya pada membanyakkan makan itu ditakuti jatuh kepada yang haram dan yang syubhah .

g.    Bahawasanya padanya menyusahkan hati dan memenatkan badan pada mencarinya, dan menyediakannya dan memakannya dan melepaskan daripada mudharatnya .

h.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi bersangatan sakit mati, kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedapan dunia .

i.       Bahawasanya padanya mengurangkan pahala akhirat .

j.       Bahawasanya padanya dihisab pada hari Qiyaamah .

Telah menyebut akan sepuluh perkara ini oleh Al Imam Ghazali di dalam Minhajul ‘Abidin .

Telah datang beberapa hadith Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada mencela akan kenyang, setelah daripadanya :

      ﺍﻤﻌﺎﺀ   ﺴﺑﻌﺔ    ﻓﻲ    ﻴﺄﻜﻝ   ﻮﺍﻟﻜﺎﻓﺭ   ﻮﺍﺤﺩ   ﻤﻌﻲ   ﻓﻲ   ﻴﺄﻜﻝ   ﺍﻟﻤؤﻤن

         ﻓﺤﻘّ  ﺑﺪّ  ﻭﻻ   ﻜﺎﻥ  ﺍﻦ   ﺻﻟﺑﻪ   ﻴﻘﻤﻦ   ﻟﻘﻴﻤﺎﺖ   ﺁﺪﻡ  ﺍﺑﻦ   ﺤﺴﺏ

                  ﻟﻟﻧّﻔﺱ   ﺜﻟﺚ     ﻟﻟﺸّﺮﺍﺏ   ﺜﻟﺚ     ﻟﻟﻁّﻌﺎﻡ   ﺜﻟﺚ

Ertinya : ‘ Bermula orang yang sempurna iman, memakan ia pada satu perut dan orang yang kafir, makan ia pada tujuh perut, memada akan anak cucu Adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya . Jika ada ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah, maka sepatutnya sepertiga bagi makanan dan sepertiga bagi minuman, dan sepertiga bagi mengeluarkan nafas ’ . 
Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan, dari Ibnu Umar Radhiyallaahu ‘anhu

Wallaahu Ta‘ala a’lam .