Sabtu, 28 April 2018

Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan )


Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan )

Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Ummat Muhammad ini telah dikurnia Tuhan setuah-tuah ummat dan telah dilebihkan Tuhan daripada ummat—ummat Nabi yang dahulu beberapa perkara yang tertentu, satu daripadanya iaitu sebagai sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Kitalah orang yang akhir masa zhahir ke dunia, lagi orang-orang yang dahulu masa zhahir pada hari Qiyaamah ’ .

Maka jadilah ummat Muhammad itu ummat yang dahulu keluar dari bumi dan dahulu daripada segala ummat pergi berhimpun di Padang Mahsyar dan dahulu daripada segala ummat yang bernaung di bawah ‘Arasy dan dahulu daripada segala ummat diputuskan hukum dan hisab dan dahulu daripada segala ummat melalui Titian Shirath dan dahulu daripada segala ummat pergi masuk Syurga dan lebih banyak yang masuk Syurga, tiada boleh siapa dahulu daripadanya jikalau Nabi-Nabi sekalipun . Demikianlah datang pada khabar-khabar .

Maka kemudian daripada itu masuklah ummat Muhammad dengan berpuak-puak berikut-ikutan dan bershaf-shaf masuknya . Maka puak yang pertama itu masuk Syurga dengan cukup perhiasannya dan mukanya gilang-gemilang seperti bulan purnama empat belas hari bulan . Demikianlah datang khabarnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya :

Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda ia :

Bermula awal puak yang masuk Syurga itu atas rupa bulan pada malam empat belas . Dan bermula puak yang keduanya atas rupa yang lebih elok daripada bintang yang mengerlap di langit, bagi tiap-tiap lelaki yang masuk Syurga daripada mereka itu dua isteri daripada perempuan lain daripada segala bidadari, atas tiap-tiap seorang daripada isteri itu tujuh puluh lapis daripada pakaian Syurga, nampak zhahir otak tulang betisnya dari belakang, ya’ni dari luar daging dan kulitnya ’ .

Kata Abu ‘Isa : Bermula ini hadits hasan lagi shahih .

Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi juzu΄ 18 .