Jumaat, 23 September 2011

Kelebihan Berkahwin ( Muhimmah ) Siri 26


Riwayat daripada Jabir bahawa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam terlihat seorang perempuan, maka lalu ia kepada isterinya Zainab, maka keluarnya padahalnya bersabda :

Bahawa sungguhnya perempuan apabila berhadap ia di dalam rupa syaithan, maka apabila melihat seorang kamu akan perempuan, maka berkenan kamu, maka hendaklah seorang itu menjima’ akan isterinya, maka bahawa sesungguhnya serta isterinya seumpama yang ada serta perempuan yang dilihat itu, ya’ni dihilangkan akan syahwat kepada perempuan yang helat itu dengan jima’ kepada isterinya yang halal kerana syahwat kepada perempuan yang helat itu daripada syaithan dan dengan sebab jima’ ia akan isterinya yang halal itu hilanglah syahwat syaithan .

Dan kata Imam Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala, dihikayatkan oleh setengah ‘Ulama΄ daripada Saiyyidina ‘Abdullah Ibnu Umar Radhiyallaahu ‘anhuma, dan adalah ia daripada zuhad Shahabat Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan daripada ‘Ulama΄ mereka itu, bahawa sungguhnya adalah ia berbuka daripada puasa dengan jima’ dahulu daripada makan makanan dan terkadang menjima’ ia akan isterinya dahulu daripada sembahyang Maghrib, kemudian maka mandi junub dan sembahyang kemudian daripadanya, dan adalah perbuatan yang demikian itu kerana menyelesaikan hati bagi buat ‘ibadat akan Allah Ta‘ala dan mengeluarkan syaithan daripadanya .

Adalah Syeikh Junaid Al Baghdadi Rahimahullaahu Ta‘ala berkata : Aku berkehendak pada jima’ itu seperti aku berkehendak kepada makan makanan, maka isterinya itu seperti makanan dan dengan dia sebab menyucikan hati daripada was-was dan dari kerana inilah menyuruh oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan tiap-tiap seorang yang melihat akan perempuan, maka ingin ia kepadanya bahawa menjima’ ia akan isterinya kerana yang demikian itu menolakkan akan was-was daripada dirinya .

Dan kata Saiyyidina ‘Abdullah Ibnu Umar Radhiyallaahu ‘anhuma :

                         ٌ َِﺎﺀ    ٲَََُْ  ٍ ﺍُﻤَّ   ِ َِ  ُ َْ
Ertinya : Bermula yang terlebih baik ummat ini iaitu yang terlebih banyak perempuan .

Dan kata Imam Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala : Barang siapa sangat inginnya kepada perempuan, maka jikalau tiada ia berkahwin nescaya hendaklah ia berkahwin . Dan lagi katanya pula : Barang siapa sangat baginya syahwat kepada perempuan padahalnya tiada terpelihara syahwat itu yang tiada pecah dengan satu perempuan, maka sunat ia beristeri lebih daripada satu hingga empat orang .

( Dan demikian lagi ) Jika tiada terpelihara syahwat itu atau pecah syahwat itu tiada tetap hatinya dengan segala isterinya yang ada kepadanya maka sunat digantikan dengan isterinya . Dan adalah Saiyyidina Hasan ibnu Saiyyidina ‘Ali sangat banyak berkahwin hingga ia berkahwin lebih daripada 200 isterinya dan terkadang berkahwin ia akan empat perempuan dengan satu ‘aqad dan terkadang ia thalaq akan empat isterinya dengan sekali thalaq pada satu waktu dan digantikan dengan isterinya yang lain pada waktu itu jua .

( Dan adalah ) Mughirah bin Syu’bah beristeri lapan puluh perempuan. Dan adalah di dalam shahabat Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam seorang yang ada baginya tiga isterinya dan empat isterinya . Dan seorang yang ada baginya dua isteri, demikianlah yang tiada terhingga mereka itu kerana yang dikehendaki dengan membanyakkan isterinya dan menyediakan dia itu sekira-kira memecahkan syahwat dan menetapkan hati, maka sayugianya ubat itu atas kadar sakit .Demikian lagi disebutkan oleh Imam Al Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala . 

Makna Beriman Kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Hari Akhirat Dan Qadha΄ Dan Qadar - Risalah Al Mishbaahul Munir Fii Ma'riifatillaahil Qadiir


( Bermula iman ) Itu percaya hati seseorang serta mengaku putus di dalam hatinya akan sungguh segala perkara yang dibawa datang akan dia oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alahi wa sallam daripada pekerjaan ugama yang diketahuikan dia dengan dharurah benar dengan tidak kena fikir dan bicara, bahkan tahu belaka tua dan muda akan bahawa perkara itu daripada pekerjaan ugama Islam .


Dan terbentuklah iman itu di atas enam asas atau enam tunjang yang dinamakan dia dengan rukun iman .

Yang pertamaPercayakan ( beriman ) Allah .

Maknanya mengaku putus di dalam hati seseorang dengan tentu sungguh Allah Ta‘ala itu Tuhan yang bershifat Ia dengan segala shifat-shifat Ketuhanan .  

Maka jika seseorang itu tidak mengaku putus dengan sungguh begitu atau ia mengetahui jua dengan tidak mengaku, maka adalah ia tidak beriman dengan Allah Ta‘ala dan adalah ia orang yang kafir di sisi Allah Ta‘ala dan jikalau sembahyang, puasa sekalipun .

Yang keduanya : Percaya ( beriman ) akan Malaikat .
Maknanya mengaku putus di dalam hati seseorang akan bahawasanya Malaikat itu tentu sungguh ada dan ia setengah daripada makhluq Allah Ta‘ala 

Yang ketiganya : Percaya ( beriman ) akan segala kitab .

Dengan makna mengaku putus seseorang di dalam hatinya dengan tentu sungguh ada segala kitab yang datang daripada Allah Ta‘ala seperti Al Quran dan Taurat dan lain-lainnya dan sungguh segala perkara-perkara yang disebut di dalamnya .

Yang keempatnya : Percaya ( beriman ) akan segala Rasul-Rasul Allah .

Dengan maknanya mengaku putus seseorang di dalam hatinya dengan tentu sungguh ada segala Rasul Allah Ta‘ala itu dan mengaku sungguh akan segala perkara yang mereka itu menyampaikan kepada ummatnya .  

Yang kelimanya : Percaya ( beriman ) akan hari Qiyaamah .

Dengan maknanya mengaku putus seseorang di dalam hatinya dengan tentu sungguh ada hari Qiyaamah itu bila-bila masa jua akan datang berlakunya .

Yang keenamnya : Percaya ( beriman ) dengan qadha΄ dan qadar .

Dengan maknanya qadha itu penentuan yang telah menentu akan dia Allah Ta‘ala dengan iradat .

Dan makna qadar itu taqdir Allah Ta‘ala, maksudnya perbuatan yang telah perbuat akan dia oleh Allah Ta‘ala dengan qudratNya .

Maka percaya dengan qadha dan qadar itu maknanya mengaku putus di dalam hati seseorang dengan tentu sungguh akan bahawa segala perkara yang berlaku daripada baik dan jahat semuanya dengan kehendak Allah Ta‘ala dan dengan menjadi Ia akan dia .

Inilah enam perkara yang dinamakan dia rukun iman, maka barang siapa tidak percaya dengan maknanya, tidak mengaku sungguh segala perkara itu, maka adalah ia kafir, tidak dinamakan dia orang yang beriman . Firman Allah Ta‘ala        

Ertinya : Dan barang siapa kafir ia, ya’ni tidak percaya dan tidak mengaku sungguh dengan Allah Ta‘ala dan dengan segala MalaikatNya dan dengan segala kitabNya dan sekelian RasulNya dan dengan hari akhir, ya’ni hari Qiyaamah, maka sesungguhnya sesat ia akan sebagai sesat yang jauh ” . 
Q.S An Nisaa΄ : 136