Niat Qurban
﴾ Dan disyaratkan ﴿ Niat pada qurban kerana bahawasanya qurban itu suatu ‘ibadat dan tiap-tiap ‘ibadat tiada sah ia melainkan dengan niat, melainkan pada qurban yang dita’yiinkan dengan nadzar, maka tiada disyaratkan baginya niat .
﴾ Dan disyaratkan ﴿ Bahawa hendaklah ada niat itu tatkala menyembelih dia . Dan harus mendahulukan niat atas menyembelih iaitu pada ketika ikrar ta’yiin dan jika tiada dihadhirkannya akan niat pada ketika menyembelih dia sekalipun seperti harus mendahulukan niat zakat atas membahagi dia .
Dan tiada memadai ta’yiin itu daripada niat . Dan harus berwakil akan seseorang menyembelih qurban dan memadailah niat yang berwakil, maka tiada hajat wakil kepada berniat .
﴾ Kata ﴿ Syeikhul Islam ; Hingga jikalau tiada tahu wakil akan keadaan yang disembelihnya itu qurban sekalipun tiada mengapa . Dan lagi, harus menyerahkan niat qurban kepada wakil itu jika ada wakil itu Islam lagi mumaiyyiz . Bersalahan jika ada ia kafir atau gila atau mabuk, maka tiada harus kerana sekelian mereka itu tiada ahli bagi niat .
﴾ Kata ﴿ Syeikh Muhammad bin Sulaiman ; harus berwakil pada membeli na‘am akan qurban pada negeri yang lain dan pada menyembelih dia dan pada membahagikan dagingnya bagi sekelian miskin negeri itu maka iaitu zhahir, sama ada negeri itu Mekah atau lainnya, tetapi jangan dipindahkan dagingnya daripada negeri tempat berqurban kepada negeri yang lain, maka iaitu haram lagi akan datang kenyataannya . Dan sayugia hendaklah berwakil menyerahkan niat qurban kepada wakil pada masalah ini . والله ٲعلم
﴾ Dan tiada ﴿ Harus lagi tiada memadai mengurban daripada orang yang hidup dengan tiada izinnya . Dan telah terdahulu perkataan bahawasanya harus bagi bapa atau nenek mengurbankan anak atau cucu daripada harta dirinya .
﴾ Dan demikian lagi ﴿ Tiada harus lagi tiada memadai mengurban orang yang mati dengan tiada washiat daripadanya, maka bersalahan dengan shadaqah . Bersalahan jikalau dengan washiatnya, maka iaitu harus .
﴾ Dan masuk ﴿ Waktu menyembelih qurban itu kemudian daripada terbit matahari pada hari raya dan kemudian daripada lalu masa kadar dua raka‘at sembahyang dan dua khuthbah yang ringan sekeliannya . Dan terafdhal menta΄khirkan dia hingga naik matahari segalah dan kemudian daripada lalu kadar yang tersebut itu { kemudian daripada sembahyang hari raya qurban } . Dan kekal waktunya hingga akhir sekelian hari Tasyrik iaitu tiga hari kemudian daripada hari raya haji kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
ٌ ذَبْخ التَّشْرِيق ِ ٲيَّام ِ كُلِّ فِى
Ya’ni : ‘ Pada tiap - tiap hari daripada segala hari Tasyrik waktu menyembelih qurban ’ .
Maka adalah jumlah hari waktu menyembelih qurban itu empat hari iaitu hari raya haji dan tiga hari Tasyrik, kemudian maka barang siapa menyembelih qurban dahulu daripada hari raya atau pada hari raya tetapi dahulu daripada lalu masa kadar yang tersebut itu atau kemudian daripada sekelian hari Tasyrik, maka tiadalah sah qurbannya kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
نَرْجِعَ ثُمَّ نُصَلِّى ٲنْ هَذَا يَوْمِنَا فِى بِهِ نَبْدَٲ ُ مَا ٲوَّلُ ﴿
ﻓَﺈنَّمَا قَبْلُ ذَبَحَ مَنْ وَ سُنَّتَنَا ٲصَابَ فَقَدْ ذلِكَ فعَلَ فَمَنْ فَنَنْحَرَ
﴾ ﺷَﻲْءٍ فِى النُّسْكِ مِنْ لَيْسَ وَ ﻷ هْلِهِ قَدَّمَهُ لَحْمٌ هُوَ
Ya’ni : ‘ Pertama - tama yang kami mulai pada hari kami ini iaitu bahawa kami sembahyangkan akan hari raya, kemudian maka kembali kami daripada sembahyang, maka kami sembelih akan qurban, maka barang siapa mengerjakan akan yang demikian itu, maka sanya diperolehlah akan sunat kami dan barang siapa menyembelih qurban dahulu daripada hari raya, maka hanyasanya iaitu daging yang didahulukannya akan dia bagi makanan isi rumahnya jua dan tiada ia daripada nusuk pada suatu jua pun ya’ni tiada kebilangan ia akan qurban ’ .
Telah meriwayatkan akan dia Bukhari dan Muslim .
﴾ Furu’ ﴿ Jika dita’yinkan oleh seseorang pada nadzar akan seekor binatang yang mu‘in, maka tiba-tiba binasa ia dahulu daripada waktunya dengan tiada taqshirnya, tiada suatu atasnya . Inilah nadzar yang mu‘in
Dan jika ia nadzar pada dzimmahnya kemudian ia tentukan seekor kambing kemudian binasa ia dengan tiada taqshir, maka tinggallah nadzar itu pada dzimmahnya seperti belum lagi ia ta’yinkan kambingnya
Dan jika binasa itu dengan taqshir pada nadzar yang mu‘in itu, nescaya lazimlah atasnya yang terlebih banyak diberikan umpamanya, atau diberi harganya pada hari binasanya, dibeli seekor yang baik apa kadar harganya seekor atau dua apa yang bolehnya .