Khamis, 23 Jun 2011

Tanggung Jawab Suami Muhimmah 15


Sabda Nabi s.a.w ;Tiada mendapati akan Allah oleh seseorang dengan dosa yang terlebih besar daripada dosa yang jahil segala isi rumahnya ’, maka wajiblah atas suami mengajar ia akan isterinya akan itiqad Ahli Sunnah Wal Jamaah daripada segala yang wajib bagi Allah Taala dan mustahil atasNya dan harus padaNya dan wajib pula menyatakan segala aqidatul iman .

Dan demikian lagi, wajib atas suami mengajar hukum sembahyang dan barang sebagainya daripada segala yang halal dan yang haram seperti meninggalkan mengumpat-ngumpat dan mengadu-ngadu dan memeliharakan segala najis dan segala hukum membasuh najis .

Demikian lagi wajib atas suami itu bahawa belajar akan bicara haidh dan nifas dan hukum dan wajib pula ia mengajar yang demikian itu akan isteri dan wajib pula mengajar bagi mandi janaabah dan mandi haidh dan nifas dan wilaadah .

Dan setengah daripada yang wajib atas suaminya mengajar ia akan isterinya itu apabila putus darah haidh dahulu daripada waktu Maghrib sekira-kira lulus takbiiratul ihram, maka wajib ia menqadha΄kan sembahyang Zhuhur dan Ashar itu . Dan manakala putus darah haidh itu dahulu daripada waktu Shubuh sekira-kira lulus takbiiratul ihram, maka wajiblah atasnya qadha΄ sembahyang Maghrib dan Isya΄ .

Dan apabila mengajar oleh suaminya dengan segala hukum yang tersebut itu, maka tiadalah harus bagi isteri itu keluar kerana belajar yang demikian itu . Jika tiada ia mengajar akan yang demikian itu, maka haruslah bagi isteri itu keluar tetapi wajib pula keluarnya, maka haramlah atas suaminya menegahkan dia dan tiada harus bagi perempuan itu keluar kerana belajar ilmu yang terlebih dari pada fardhu ain melainkan dengan izin suaminya .

Kebinasaan Suami Di Akhirat Muhimmah 13 / 14




Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Asma’, anak Saiyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu ‘anhuma :

Bahawa sesungguhnya ia berkata :

Telah mengkahwin akan daku oleh Zubair, padahal tiada baginya di dalam bumi ini daripada harta, dan tiada memiliki ia akan sahaya, dan tiada memiliki suatu yang lain daripada satu kudanya, dan satu untanya yang menjiruskan kebunnya, maka adalah aku memberi makan dia, dan aku mencukup akan dia belanjanya dan memeliharakan akan dia, dan aku menambah biji kurma makanan bagi untanya . Dan lagi aku memberi makan akan dia, dan memberi minum air akan dia, dan aku menjahit timba kulit, dan aku menggiling akan tepung gandum dan syair, dan aku perbuat akan dia roti, dan adalah aku memindahkan biji kurma, padahal aku junjung di atas kepalaku daripada perjalanan dua tsuluts farsakh jauhnya hingga menyuruh akan daku oleh bapaku, Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyaallaahu ‘anhu dengan satu khadam perempuan, berkhidmat akan daku, maka memadai akan daku dan memeliharakan ia akan daku, maka seolah-olahnya memerdekakan ia akan daku daripada berkhidmat itu,



Maka

adalah sebaik-baik perempuan itu adalah cita-citanya itu membaikkan dirinya
dan memeliharakan badannya dan mengerjakan pekerjaan yang di dalam rumahnya, serta sembahyang fardhu yang lima waktu, dan puasa pada bulan Ramadhan, dan memeliharakan  ia akan farajnya, dan mengikut bagi suruh, dan tegah suaminya, nescaya masuklah perempuan itu ke dalam Syurga Tuhannya .



INI suatu tanbih pada menyatakan kebinasaan atas lelaki yang mempunyai isterinya sebab berkahwin .

Maka iaitu beberapa perkara ( setengah daripadanya ) bahawa tiada mudah memberi belanja isterinya itu daripada harta yang halal padahal wajib atasnya itu memberi nafqah, maka adalah berkahwin itu sebab yang meluaskan di dalam menuntut makanan yang haram, istimewa pula pada zaman sekarang ini, maka adalah dalamnya itu membinasakan dirinya dan membinasakan ahlinya . Adapun segala orang yang bujang, ghaalib ia sejahtera daripada demikian itu .  

Dan tersebut di dalam hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bahawa sungguhnya seorang hamba Allah diperhentikan ia pada dekat neraca pada hari Qiyaamah dan adalah baginya daripada beberapa kebajikan seumpama bukit yang besar, kemudian maka ditanya akan dia daripada memeliharakan ahlinya dan daripada hartanya dan daripada dirinya dengan memeliharakan mereka itu dan ditanya daripada hartanya daripada mana ia mengusahakan akan dia danpada apa membelanjakan akan dia hingga habis segala amalnya yang kebajikan .

Dan dituntut balas bagi kejahatannya itu dan tiada tinggal baginya satu kebajikan jua pun, menyeru oleh Malaikat, ya’ni berteriak ia dihadapan orang yang banyak dengan katanya :

‘ Inilah orang yang memakan akan segala

amal kebajikannya itu

oleh segala ahlinya di dalam dunia

dan terkaya ia pada hari ini

dengan segala amalnya ’ .

Dan diriwayatkan oleh setengah ‘Ulama΄ bahawa sungguhnya pertama-tama yang bergantung dengan seorang lelaki pada hari Qiyaamah itu iaitu ahlinya dan anaknya, maka memberhentikan mereka itu akan dia antara hadapan Allah Ta‘ala, maka berkata oleh segala ahlinya :

Hai Tuhanku !!!

Ambil olehMu bagi kami dengan hak kami daripada lelaki ini,

maka bahawa sungguhnya ia

tiada mengajari akan kami akan suatu hukum

yang kami jahil akan dia

dan lagi adalah ia

memberi makan akan kami

daripada harta yang haram,

padahal kami tiada mengetahui akan dia .

Maka ketika itu membalas Allah Ta‘ala bagi mereka itu daripadanya dengan siksa yang amat sangat .

Kisah Anak Saiyyidina Abu Bakar Muhimmah siri 13


Sesungguhnya telah diriwayatkan daripada Asma’, anak Saiyidina Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyallahu ‘anhuma :

Bahawa sesungguhnya ia berkata :

Telah mengkahwin akan daku oleh Zubair,

padahal tiada baginya

di dalam bumi ini daripada harta,

dan tiada memiliki ia akan sahaya,

dan tiada memiliki suatu yang lain daripada satu kudanya,

dan satu untanya yang menjiruskan kebunnya,

maka adalah aku memberi makan dia,

dan aku mencukup akan dia belanjanya

dan memeliharakan akan dia,

dan aku menambah biji kurma makanan bagi untanya .

Dan lagi aku memberi makan akan dia,

dan memberi minum air akan dia,

dan aku menjahit timba kulit,

dan aku menggiling akan tepung gandum dan syair,

dan aku perbuat akan dia roti,

dan adalah aku memindahkan biji kurma,

padahal aku junjung di atas kepalaku

daripada perjalanan dua tsuluts farsakh jauhnya

hingga menyuruh akan daku oleh bapaku,

Abu Bakar Ash-Shiddiq Radhiyaallaahu ‘anhu

dengan satu khadam perempuan,

berkhidmat akan daku,

maka memadai akan daku

dan memeliharakan ia akan daku,

maka seolah-olahnya memerdekakan ia akan daku

daripada berkhidmat itu,

Maka

adalah sebaik-baik perempuan itu adalah

cita-citanya itu membaikkan dirinya

dan memeliharakan badannya

dan mengerjakan pekerjaan yang di dalam rumahnya,

serta sembahyang fardhu yang lima waktu,

dan puasa pada bulan Ramadhan,

dan memeliharakan  ia akan farajnya,

dan mengikut bagi suruh,

dan tegah suaminya,

nescaya masuklah perempuan itu

 ke dalam Syurga Tuhannya .

Adab – Adab Isteri Yang Tha‘at Muhimmah siri12


Dan setengah daripada adab yang lazim atas isterinya :



Kasih sayang ia atas segala kelakuan suaminya .

Dan memeliharakan ia akan harta suaminya, sama ada suaminya itu hadir atau ghaib .

Dan kasih sayang ia dengan segala kerabat suaminya .

Dan kasih sayang akan segala anak suaminya .

Dan memeliharakan ia daripada memaki anaknya .

Dan memeliharakan pula daripada melawan perkataan suaminya 


Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Bermula yang terlebih hampir perempuan kepada rahmatnya Tuhannya itu, apabila ada ia duduk di dalam rumahnya, dan bahawa sesungguhnya sembahyang di dalam serambi rumahnya itu terlebih afdhal ia daripada sembahyang di dalam masjid .

Dan sembahyangnya di tengah rumah itu yang terlebih afdhal ia daripada sembahyangnya di dalam serambi rumahnya . Dan sembahyang di dalam rumahnya itu terlebih afdhal daripada sembahyang di tengah rumah .

Dan apabila keluar perempuan dengan izin suaminya, maka sayugianya dengan pakaian yang buruk-buruk,

Dan jangan berhiasan dengan memakai pakaian yang baik-baik, dan jangan memakai bau-bauan,

Dan sayugianya, berjalan ia pada tempat yang sunyi, jangan ia berjalan pada tengah pekan dan pada hadapan orang yang banyak-banyak, serta memeliharakan pula daripada di dengar oleh lelaki yang helat ( ajnabi ) akan suaranya,

Dan memeliharakan pula daripada dikenal oleh orang akan rupanya. Dan jangan ia hirau sekali-sekali kepada lelaki yang lain daripada shahabat suaminya pada menuntut satu hajat .

Dan setengah daripada adab yang lazim atas isterinya itu bahawa :

Jangan ia membanyakkan pergi-datang kepada rakan sekampung 

Dan jangan membanyakkan berkata dengan orang yang sekampung .

Dan jangan ia masuk ke rumah sekampungnya, melainkan kerana suatu hajat yang tiada dapat tiada .

Dan apabila meminta izin akan dia oleh seorang daripada shahabat suaminya masuk ke rumah padahal suaminya tiada hadir, maka jangan sekali-kali ia memberi izin akan dia kerana memeliharakan ia akan cemburu oleh suaminya itu 

Dan lagi hendaklah memadai dengan barang yang memberi rezeki akan dia oleh Allah Ta’ala . Dan jangan ia menuntut akan suaminya itu sesuatu yang lebih daripada yang didatangkan oleh suaminya itu .

Dan lagi sayugianya mendahulukan ia akan hak suaminya daripada hak dirinya dan daripada hak segala kerabatnya .

Dan setengah daripada adab yang lazim atas isterinya itu, hendaklah menuntut ia akan kesukaan suaminya itu sekalian perbuatannya . Dan jangan sekali-kali ia berbuat khianat akan suaminya, dan akan hartanya .

Dan hendaklah pula isterinya, ia sentiasa suci badannya dan kainnya kerana menyediakan ia akan dirinya bagi suaminya, manakala dikehendak oleh suaminya, nescaya hadir ia padanya .

Dan jangan pula bangkit atas suaminya sebab elok rupanya atau sebab banyak hartanya . Dan jangan pula menghina-hinakan suaminya itu kerana faqir dan miskin .

Dan jangan sekali menyakiti akan suaminya pada suatu hal, sama ada perbuatan atau perkataan atau pada kelakuan, maka jikalau adalah salah suatu daripada yang tersebut itu sehabis-habis celaka, dan lagi akan menyesallah ia pada hari Akhirat sehabis-habis sesal daripada segala perbuatan yang menyakiti akan suaminya di dalam dunia ini, maka tiada jua suatu faedah kerana bukan ketika itu, dan bukan pula waktunya .

Dan hendaklah ia berkhidmat akan sekalian pekerjaan yang di rumah suaminya itu sekira-kira kuasa atasnya .

Kisah Isteri Yang Tha‘at Muhimmah siri11


Dan kata Imam Al Ghazali : Adalah seorang lelaki keluar ia kepada musafir dan berjanji ia dengan isterinya bahawa jangan turun dari pada rumahnya tempat yang di atas kepada tempat yang di bawah . Dan adalah bapa perempuan itu pada tempat yang di bawah itu, maka sakit ia menyuruh oleh perempuan itu kepada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam minta izin pada turun kepada mendapat bapanya itu, maka sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Perbuat tha‘at olehmu akan suamimu pula ’ .

Maka mati bapanya sanya, maka minta izin perempuan itu akan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada keluarkan mengikut akan jenazah bapanya itu, maka sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Berbuat tha‘at olehmu akan suamimu itu, 

ya’ni ikut olehmu akan janji suamimu itu ’ .

Maka ditanamkan orang akan bapanya itu padahal perempuan itu tiada hadir kepadanya dan tiada melihat ia akan dia . Maka setelah itu menyuruh oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepadanya mengkhabarkan akan dia :

Bahawa sungguhnya Allah Subhaanahu wa Ta‘ala 


telah mengampun bagi bapanya itu 


sebab tha‘at bagi suaminya ’ .