1 : Saiyyidina ‘Ali kini berada di langit akan turun ke dunia sebelum Qiyaamah lalu masuk kepada rupa manusia, maka dikerjakannyalah beberapa pekerjaan yang menunjukkan atas ketuhanan serta membalas kepada segala musuhnya dan setelah itu kembali semula naik pula ke langit dan guruh serta kilat itu adalah suara cemetinya
2 : Saiyyidina ‘Ali itulah Nabi ( Rasul ) dan Jibril telah tersalah membawa wahyu itu kepada Nabi s.a.w .
3 : Saiyyidina ‘Ali itu bersyarikat dengan Nabi s.a.w pada nubuwwah .
4 : Jawatan Khalifah itu hanyalah milik Saiyyidina ‘Ali dan tiga khalifah yang selainnya menjadi kafir tatkala menerima jawatan khalifah itu .
5 : Roh bila keluar dari suatu badan akan masuk kepada lembaga yang lain .
6 : Allah Ta‘ala masuk kepada sesuatu dan bersuatu ia dengan dia .
7 : Tidak wajib zakat dan tiada harus memberikan kepada sesiapapun.
8 : Allah Ta‘ala mengampunkan dosa syirik .
9 : Beriman kepada yang ghaib itu adalah bathil .
10 : Allah Ta‘ala tiada menurunkan sesuatu hukum pun kepada makhluq .
11 : Matahari, bulan dan bintang itu bukan daripada makhluq Allah Ta‘ala .
12 : Semua perempuan umpama ladang atau bunga-bungaan, maka harus diambil dan diguna jika dikehendaki dan harus wathi dahulu daripada nikah .
13 : Segala perbuatan hamba semata-mata perbuatan Allah Ta‘ala, dan bukan usaha serta ikhtiar dari hamba .
14 : Hamba tidak akan mendapat pahala jika berbuat tha‘at dan tidak akan mendapat dosa jika berbuat ma’shiat .
15 : Bertafakkur itu lebih afdhal daripada berbuat ‘ibadat .
16 : Jika Allah Ta‘ala menyiksakan hambaNya nescaya Allah Ta‘ala zalim .
17 : Allah Ta‘ala akan mematikan semua orang-orang kafir di dalam Neraka .
18 : Apa yang terlintas di dalam hati, sama ada kebaikan atau kejahatan, maka harus mengerjakannya .
19 : Sesiapa telah suci dari hawa nafsu, maka tidak wajib lagi ber‘ibadat .
20 : Segala makhluq yang beriman mendapat pahala jika berbuat kebajikan dan tidak berdosa jika berbuat kejahatan .
21 : Orang kafir dan yang berbuat ma’shiat akan diampun oleh Allah Ta‘ala .
22 : Segala perbuatan hamba tidak akan ditanya oleh Allah Ta‘ala .
23 : Allah Ta‘ala akan mematikan semua orang kafir di dalam Neraka.
24 : Allah Ta‘ala tiada mewajibkan berbuat ibadat berulang kali .
25 : Untung baik dan buruk itu tiada daripada Allah Ta‘ala
26 : Berbuat baik itu sia-sia kerana orang yang bahagia itu ialah barang siapa yang telah ditetapkan bahagia pada azali dan pada perut ibunya .
27 : Syurga dan Neraka itu belum lagi diciptakan .
28 : Allah Ta‘ala tidak menciptakan syaithan .
29 : Menerima ‘ibadat yang fardhu dan ingkar kepada ‘ibadat yang sunat .
30 : Menerima ‘ibadat yang sunat dan ingkar ‘ibadat yang fardhu .
31 : Segala kitab Allah Ta‘ala yang diturunkan dari langit itu tidak ada yang dimansukhkan, maka wajib mengamalkan barang yang didalamnya .
32 : Asma΄ dan shifat Allah Ta‘ala itu adalah makhluq .
33 : Jika melakukan ma’shiat akan kekal di dalam Neraka walaupun beriman .
34 : Ahli Neraka akan mati jika dibakar hingga menjadi abu .
35 : Mayat hanya merasai azab ketika sakaratul maut dan azab kubur jua .
36 : Tiada sesuatu yang difardhukan Allah Ta‘ala kecuali beriman sahaja .
37 : Tiada perintah dan larangan daripada Allah Ta‘ala kepada makhluqNya .
38 : Sesiapa yang mengucapkan ﺇلٰه ﺇلا ﭐلله ﻵ kemudian maka berbuat tha‘at atau berbuat ma’shiat, sama jua keduanya .
39 : Jika telah beriman, maka tiada tertulis atasnya dosa besar .
40 : Sesiapa yang tiada berilmu, maka iaitu kafir .
41 : Sesiapa yang tiada mengetahui amar dan nahi, maka iaitu kafir .
42 : Iman pada tiap-tiap tahun berkurang jua, tiada bertambah .
43 : Wajib dan sunat adalah sama kerana semuanya perintah Allah Ta‘ala .
44 : Hendaklah mengikut syaithan dan sekalipun ia menyuruh yang haram .
45 : Segala kewajiban seperti sembahyang fardhu dan puasa dan barang sebagainya harus dikerjakan dan harus ditinggalkan .
46 : Jika telah sampai martabat kepada Allah Ta‘ala, maka gugurlah kewajiban ‘ibadat yang zhahir dan ‘ibadatnya hanya dengan bertafakkur sahaja dan harus baginya berzina .
47 : Harta dunia sekeliannya harus bagi anak Adam kerana Nabi Adam a.s itu bapa segala manusia dan Hawa itu ibu mereka itu, maka segala harta itu milik bagi keduanya, maka jadilah ia bersyarikat antara segala anak cucu Nabi Adam a.s dan Hawa .
( Tanbih ) Sesiapa yang telah murtad dan ingin kembali kepada Islam, maka tiada diterima imannya melainkan mengucap dua kalimah Syahadah beserta dengan sepuluh syarat sahnya sepertimana yang telah dinyatakan satu persatu di dalam kitab Dhiyaail Muriid Fii Ma’rifati Kalimatit Tauhid oleh Syeikh Daud bin Syeikh Wan Abdullah Al Fathani .