2
: Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Di dalam Syurga itu ada pohon kayu yang menjadi
tempat bersuka-suka orang-orang isi Syurga itu, maka pohon-pohon kayunya itu
ada yang besar-besar sebagaimana tersebut di dalam hadits yang menunjukkan atas
yang demikian itu . Maka haditsnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘’Isa At
Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu daripada
Rasuulullaah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bahawasanya telah bersabda ia :
‘
Bahawasanya di dalam Syurga itu pohon kayu yang
besar-besar boleh berjalan penunggang kuda yang berlari dengan tangkasnya di
bawah naungnya kira-kira seratus tahun ’ .
Kata
Abu ‘Isa : Dan pada bab ini ada riwayat Anas bin Malik dan Abi Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhuma
: Katanya lagi : Bermula ini hadits shahih .
3
. Masalah : Naungan pohon kayu di dalam Syurga sangat lanjutnya
Maka
tentulah lanjut dan panjang naungnya itu daripada besar pohon kayunya
Demikianlah tersebut di dalam hadits seumpama yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At
Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu
daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam sabdanya :
‘
Di dalam Syurga itu satu pohon kayu yang besar boleh
berjalan penunggang kuda dengan memecut kudanya yang tangkas menjajahi bawah
naung pohon itu selama seratus tahun tiada terhabiskan perjalanannya dan
jajahnya ’ . Dan sabdanya : ‘ Itu naungan yang
panjang sebagaimana tersebut di dalam Al Quran itu ’ .
Kata
Abu ‘Isa At Tirmidzi : Bermula ini hadits hasan lagi gharib .
Dan
ada tersebut di dalam At Targhib Wat Tarhib akan riwayat Ibnu Abbas menerangkan
azh zhillul mamduud itu dengan katanya :
Diriwayatkan
daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya
‘Abdullah bin Abbas radhiyallaahu ‘anhuma katanya :
‘
Bermula bayang-bayang yang lanjut itu iaitu satu
pohon kayu di dalam Syurga berdiri atas batangnya, besarnya kadar boleh
berjalan penunggang kuda yang dipecut pada naungnya seratus tahun tiada boleh
meratai sekalian pihaknya, maka keluar ahli Syurga orang-orang dalam
bilik-biliknya dan lainnya pergi ke bawah naungan kayu itu, lalu berbual mereka
itu di bawah naungan itu dengan bermacam bualan jenaka dan macam cakap yang
menyukakan hati ’ . Katanya : ‘ Maka di dalam
hal itu datang ingin setengah mereka itu dan ingat akan main-mainan dalam
dunia, maka diutus Allah akan angin bertiup sepoi-sepoi dari Syurga itu, lalu
bergerak pohon kayu itu dengan mengeluarkan semua main yang di dalam dunia ’ .
4
. Masalah : Pohon kayu Syurga itu berbatang besar dan cukup rendangnya, cukup
ada dengan daun dan dahan-dahan dan batangnya sangat bagus warnanya iaitu
semacam warna emas bersinar-sinar dan licin berkilau-kilau rupanya .
Demikianlah
datang khabarnya sebagai yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan
katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi
wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu katanya : Telah bersabda
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Tiada
dalam Syurga itu satu pohon melainkan batangnya daripada emas, ya’ni warna
batangnya itu sebagai warna emas licin bersinar dan kuning ’ .
Kata
Abi ‘Isa : Bermula ini hadits hasan lagi gharib .
Satu
lagi hadits yang menunjukkan atas yang demikian ada tersebut ia di dalam At
Targhib Wat Tarhib iaitu katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu
katanya, telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Bahawasanya di dalam Syurga itu pohon kayu batangnya
daripada emas dan dahan-dahannya daripada zabarjad dan lu’lu’ supaya elok rupa
nampaknya . Maka bertiup angin baginya, maka berbunyi ia akan bunyi yang bagus,
maka tiada didengar oleh orang-orang yang mendengar apa suara sekali-kali lebih
sedap bunyi daripadanya ’ .
Rujukan : Kitab Bahrul
Maadzi juzu΄
18 .