Rabu, 26 Oktober 2011

'AQABAH KEDUA : 'AQABAH TAUBAT ( KITAB MINHAJUL 'ABIDIN )



AQABAH TAUBAT SIRI 2 .


Dan adapun yang mendahulu daripada taubat itu, maka iaitu tiga perkara :

Pertama : Menyebutkan sehingga jahat dosanya .

Kedua : Menyebutkan sangat siksanya Allah Ta‘ala akan dia dan amat pedih murkaNya dan marahNya yang tiada kuasa bagimu dengan dia


Ketiganya : Menyebutkan dha‘ifmu dan lemahmu dan sedikit helahmu pada yang demikian itu .

Maka bahawasanya orang yang tiada kuasa menanggung panas matahari dan tampar askar dan gigit semut, betapa kuasa menanggung esok hari akan panas api Neraka Jahannam dan pukul dengan pemukul Malaikat Zabaniah dan gigit ular dan kala seperti batang leher unta yang amat besar dan kalanya seperti baghal yang dijadikan daripada api Neraka di dalam Neraka pada negeri kebinasaan dan murkaNya . Berlindung kami dengan Allah daripada murkaNya dan siksaNya . Maka apabila kamu mengekali atas segala perkara ini dan engkau ulang-ulangkan dia pada pagi-pagi dan petang-petang, maka bahawasanya lagi akan menanggungkan dikau atas taubat yang nashuh daripada dosa . Bermula Allah yang memberi taufiq dengan kurniaNya . Maka jika engkau kata : tiadakah sanya bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : 

 ٌ ََْ     ُ ﺍﻟﻨََّ
Bermula menyesal itu taubat


Dan tiada menyebut suatu daripada barang yang kamu sebut daripada segala syaratnya dan segala syadaaidunnya, ya’ni kepayahannya . Maka dikatakan baginya dan ketahui olehmu pertama-tamanya, bahawasanya menyesal itu tiada kuasa bagi hamba. Tiadakah engkau lihat bahawasanya jatuh menyesal daripada perkara yang di dalam hatinya dan ia berkehendak bahawa tiada ada yang demikian dan taubat itu kuasa bagi hamba lagi disuruh dengan dia . Kemudian bahawasanya telah engkau ketahui dengan yakin jikalau menyesal atas dosa bagi barang yang kerana hilang dengan demikian itu kemegahannya antara manusia atau hartanya pada membelanja padanya . Maka bahawasanya bagi yang demikian itu tiada dinamakan taubat dengan tiada syak .

Maka engkau ketahui dengan yang demikian itu bahawasanya adalah pada hadits makna yang tiada engkau fahamkan dia pada zhahirnya . Dan iaitu bahawasanya menyesal kerana membesarkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala dan takut akan siksaNya daripada barang yang membangkitkan atas taubat yang nashuh, maka bahawasanya yang demikian itu setengah daripada shifat orang yang taubat dari hal mereka itu . Maka bahawasanya apabila menyebutkan segala azkar yang tiga yang ia mendahulu bagi taubat, maka menyesal dan menanggungkan dia atas meninggalkan ikhtiar bagi dosanya dan tinggallah menyesalnya itu di dalam hati pada yang lagi akan datang, maka menanggungkan dia menghinakan dirinya dan merendahkan dia

Maka tatkala adalah yang demikian itu daripada asbab al taubat dan shifat orang yang taaibun dinamakan dia dengan nama taubat, maka faham olehmu yang demikian itu dapat taufiq . Insyaa Allaahu Ta‘ala . 

Maka jika engkau kata : Betapa ada bagi seorang bahawa jadilah sekira tiada jatuh daripadanya dosa kecil dan besar .

Maka ketahui olehmu, bahawasanya ini pekerjaan yang mungkin tiada mustahil kemudian iaitu terlebih mudah pada Allah . Bermula Allah Ta‘ala ditentukan dengan rahmatNya orang yang dikehendakiNya .

Kemudian setengah daripda syarat taubat bahawa jangan ia menyahajakan dosa . Maka adapun jika jatuh daripadanya dengan lupa atau tersalah, maka iaitu diampunkan dia daripadanya dengan kurnia Allah dan adalah ia terlebih mudah atas orang yang diberi taufiq akan dia ( oleh ) Allah Ta‘ala .

Maka jika engkau kata : sungguhnya yang menegahkan daku daripada taubat bahawasanya aku ketahui daripada diriku bahawa aku kembali kepada dosa dan tiada tetap atas taubat, maka tiada faedah pada yang demikian itu .

Maka ketahui olehmu, bahawasanya ini perkataan daripada tipu daya syaithan dan dari mana bagimu akan pengetahuan ini . Maka mudah-mudahan bahawa engkau mati di dalam taaibun dahulu daripada bahawa engkau kembali kepada dosa .

Dan adapun takut kamu daripada kembali, maka lazimkan olehmu dengan cita dan shidqun pada yang demikian itu dan atas Allah Ta‘ala itu qabul dan menyempurnakan . Maka jika sempurna, maka demikianlah yang dikehendak daripada kurniaNya . Dan jika tiada sempurna, maka sanya telah diampun akan dikau dosa engkau yang terdahulu sekaliannya dan lepaskan dikau daripadanya dan suci engkau dan tiada bagimu melainkan dosa yang engkau kerjakan dia sekarang .

Dan inilah iaitu ribhun, ya’ni laba yang amat besar dan faedah yang banyak dan tiada yang menegahkan dikau takut kembali, ya’ni kepada dosa daripada taubat, ya’ni manakala kembali kepada mengerjakan kembali pula kamu kepada taubat . Maka bahawasanya engkau itu daripada ahli al taubat selama-lamanya antara salah-suatu daripada dua kebaikan . Bermula Allah Ta‘ala Waliyyut Taufiiqi Wal Hidaayah . Maka inilah, inilah .

Adapun keluar kamu daripada dosa dan lepas ia daripadanya, maka ketahui olehmu bahawasanya pada jumlah dosa itu beberapa bahagi :

Pertama : Dosa meninggalkan waajibat Allah atasmu daripada sembahyang atau puasa atau zakat atau kifarah atau lainnya . Maka hendaklah engkau qadhakan barang sedapatnya daripadanya .

Dan kedua : Dosa antara kamu dan antara Allah seperti meminum khamar dan memukul serunai dan memakan riba dan umpama yang demikian itu . Maka wajiblah menyesal atas yang demikian itu dan tetapkan hatimu atas meninggalkan kembali kepada umpamanya selama-lamanya .

Dan ketiga : Dosa yang antara engkau dan antara hamba Allah . Dan inilah terlebih sukar dan adalah pekerjaannya terlebih payah dan iaitu beberapa bagi : Terkadang ada ia pada harta atau dirinya atau pada kemaluannya atau pada agama atau pada hormat .

Maka barang yang ada pada harta, maka wajib bahawa engkau kembalikan atas empunyanya jika dapat engkau kembalikan, maka jika lemah engkau yang demikian itu kerana ketiadaan kamu dapat akan dia atau kamu papa, maka kamu minta halalkan daripadanya jika ada ia . Dan jika lemah engkau daripada yang demikian itu dengan ketiadaan seperti ghaib empunyanya atau sudah mati dan dapat engkau shadaqahkan daripadanya, maka perbuat olehmu akan dia dan jika tiada dapat, maka lazimlah kamu membanyakkan kebajikan kamu dan kembali kepada Allah Ta‘ala dengan merendahkan dirimu dan menghinakan dia kepadaNya bahawa diredhakan dia daripadamu pada hari Qiyaamah .

Dan adapun barang yang ada dosamu itu pada diri seperti engkau membunuh orang atau engkau meluka orang, maka wajib atasmu itu menyerahkan diri kamu daripada qishash kepada auliya΄nya hingga diqishash mereka itu daripadamu atau menjadikan mereka itu akan kamu di dalam halal . Maka jika lemah engkau daripada yang demikian itu, maka kembali kamu kepada Allah Ta‘ala dengan merendahkan diri dan menghinakan dia kepadaNya bahawa diredhakan dikau pada hari Qiyaamah .

Dan adapun kemaluan, ya’ni dosa pada kemaluan orang seperti engkau umpat orang atau engkau engkau tuduh orang atau engkau maki orang, maka sebenarnya bahawa engkau dustakan dirimu pada hadapannya orang yang engkau kerjakan dia demikian itu padanya dan bahawa engkau minta halalkan daripada orang yang engkau perbuatkan jika engkau mengerjakan dia . Dan jika tiada dapat seperti engkau takut bertambah marahnya dan bergerak-gerak fitnah pada menzhahirkan yang demikian itu atau bertambah membaharukan marahnya, maka kembali olehmu kepada Allah Ta‘ala supaya diredhaNya daripadamu pada hari Qiyaamah dan menjadikan baginya kebajikan yang banyak pada berbetulan yang demikian itu dan istighfar yang banyak bagi orang itu .

Dan adapun jika engkau khianat akan hormat orang seperti engkau khianatkan pada ahli orang atau anak orang, maka adalah yang demikian itu tiada jalan bagi minta halal dan menzhahirkan kerana kerana bahawasanya mempusaka fitnah dan marah tetapi hendaklah kamu tadarru’, ya’ni merendahkan dirimu kepada Allah Ta‘ala supaya diredhakan kamu pada hari Qiyaamah dan dijadikan baginya kebajikan yang amat banyak pada berbetulan yang demikian itu . Maka jika engkau sentosakan daripada bangkit marahnya dan fitnahnya dan iaitu sedikit, maka hendaklah engkau minta halal daripadanya .

Dan adapun jika ada dosamu pada agama orang seperti engkau kufurkan orang atau engkau bid‘ahkan dia atau engkau sesatkan dia, maka terlebih payah segala pekerjaan, maka berkehendak engkau mendustakan akan dirimu di hadapannya orang yang engkau katakan baginya dan engkau minta halal yang demikian itu daripada taulannya jika dapat . Dan jika tiada, maka engkau kembali kepada Allah Ta‘ala dengan merendahkan dirimu kepada Allah bersungguh-sungguh dan menyesal atas yang demikian itu supaya redha Ia daripadamu pada hari Qiyaamah .

Maka adalah perhimpunan pekerjaan ini, maka barang yang engkau dapat daripada meredhakan lawan, hendaklah engkau kerjakan dan barang yang tiada dapat, kembali kamu kepada Allah dengan tadarru’ dan ibtihal dan bershadaqah supaya Ia redha daripadamu pada hari Qiyaamah . Maka adalah kamu di dalam kehendak Allah pada hari Qiyaamah dan harapmu daripada kurniaNya yang melengkapi dan kebajikanNya yang amat besar bahawasanya apabila diketahui akan benar engkau daripada hatimu, maka bahawasanya redha Ia daripada lawan kamu daripada bendaharaan kurniaNya dan tiada hukum bagi kamu . 
Maka ketahuilah olehmu, ini haknya dapat petunjuk lagi laba kamu, maka inilah 

Maka apabila engkau ketahui barang yang kami shifatkan dia dan engkau lepaskan dengan hatimu daripada mengerjakan umpamanya pada yang lagi akan datang . Maka sanya telah keluar engkau daripada dosa sekaliannya . Dan jika hasil daripadamu melepaskan hati daripadanya dan tiada hasil daripada membayarkan barang yang luput dan tiada pula dapat minta redha daripada empunyanya, maka taubatnya itu lagi tinggal dan segala dosa diampunkan . Dan kerana inilah pada bab ini syarahnya amat panjang, maka tiada menanggung di dalam mukhtashar ini .

Kata Mu‘allif Radhiyallaahu ‘anhu : Maka tilik olehmu di dalam kitab taubat daripada kutub Ihya΄ Ulumiddin dan pada kitab Qurbah Ilallaahi Ta‘ala dan kitab Ghayah Al Quswa, maka engkau dapat faedah yang amat banyak dan yang kami sebut di sini iaitu asalnya yang tidak dapat tiada daripadanya . Wa billaahi taufiq .


 





Selasa, 25 Oktober 2011

Bab Syurga - ( Kitab Al Durru Al Tsamiin )




Syurga

Dan demikian lagi, wajib kita i’tiqadkan Syurga iaitu negeri nikmat yang disediakan bagi segala kekasihNya yang shalihin . Padanya barang yang tiada pernah dilihat oleh mata dan tiada pernah didengar oleh telinga dan tiada pernah dilintas oleh hati iaitu di atas tujuh petala langit yang di atas, di bawah ‘Arasy .

Dijadikan Allah Ta‘ala, Syurga itu dahulu daripada Neraka, maka keduanya dijadikan pada hari Juma‘at seperti dijadikan rahmatNya dahulu daripada ghadhabNya ( kemurkaanNya ) , maka adalah keduanya maujud ( yang ada / telah ada ) sekarang .

Maka adalah Syurga itu delapan :

{ 1 } Pertamanya, lagi yang afdhalnya : Firdaus. Adalah ia dijadikan daripada emas .

{ 2 } Kemudian, Jannah ‘Adn iaitu dijadikan daripada qashab Syurga .

{ 3 } Kemudian, maka Jannah Al Khuld . Adalah ia daripada marjan .

{ 4 } Kemudian, Jannah Al Na‘im daripada perak .

{ 5 } Kemudian Jannah Dar Al Salam daripada yaqut yang merah .

{ 6 } Kemudian Jannah Al Ma’wa daripada zabarjad yang hijau .

{ 7 } Kemudian Jannah Al Jalal daripada lu’lu’ yang putih .

{ 8 } Kemudian Jannah Al Maqam Al Qarar daripada kasturi yang sangat harum 

Dan warid daripada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, padanya daripada beberapa nikmatnya dan mahligainya dan ghilmannya dan bidadarinya dan sungainya dan pohon kayunya dan buah-buah kayunya barang yang tiada meliputi dengan dia shifat orang yang memperikan dan tiada dapat menghabiskan dia oleh orang yang mengira-ngirakan dia seperti firman Allah Ta‘ala :

              ۱۷ …. ٍ َُْ   ِ َُّ    ِّ   ْ َُ   َ ُِْ    َّ  ُ ُُُُ َْ   ُ ََْ  َ َ
Maka tiada mengetahui seorang barang yang sembunyikan bagi mereka itu daripada sejuk beberapa mata mereka itu ” .
( Shurah Al Sajdah : Ayat 17 )

Maka sentiasa orang yang di dalam Syurga itu di dalam kemuliaan dengan bagai karamah dan diberi nikmat dengan bagai nikmat, tiada mendengar mereka itu padanya suatu yang sia-sia dan yang berdosa melainkan salam daripada Tuhannya dan daripada Malaikat . Dan bagi mereka itu hampir dengan Tuhan yang mempunyai Jalal dengan memandang bagi Allah Ta‘ala iaitu sempurna nikmat Syurga, dipandang dengan mata dengan tiada dapat meliputi akan dia dan tiada dengan kaifiat dan dengan kadar, tiada seperti memandang makhluqat yang baharu . (  ًَِْ   ًُُ   َ ِْ  ْ َ   ُ ﭐﷲ   ََﺎﻟﻰَ  )

Dan kata Syeikh ‘Abdul Mu’thi Al Samawi Rahimahullaahu Ta‘ala : Maka betapa seorang bertanya daripada negeri yang telah dijadikan Allah dengan tangan qudratNya dan menjadikan dia tempat ketetapan bagi segala kekasihNya dan dipenuhkan di dalamnya daripada segala karamahNya dan rahmatNya dan ridhwanNya . Dan yang dishifatkan nikmatNya itu dengan kemenangan yang amat besar . Dan yang diberi kerajaanNya dengan kerajaan yang kabiir ( besar ) dan ditaruhkan di dalamnya segala kebajikan sekaliannya dan disucikan dia daripada tiap-tiap yang cela dan kebinasaan dan kekurangan .

Maka jika engkau tanya daripada buminya dan tanahnya, maka iaitu kasturi dan za’faran .

Dan jika engkau tanya daripada atapnya, maka iaitu ‘Arasy Al Rahman .

Dan jika engkau tanya daripada balaathun ( hamparannya ) , maka iaitu daripada kasturi yang sangat harum baunya .

Dan jika engkau tanya daripada anak batunya, maka iaitu daripada lu΄lu΄ dan jauhar, ya’ni permata delima .

Dan jika engkau tanya daripada binanya, maka iaitu daripada emas dan perak .

Dan jika engkau tanya daripada pohon kayunya, maka tiada padanya daripada pohon kayu melainkan batangnya itu daripada emas atau daripada perak, tiada daripada kayu dan khasyabun .

Dan jika engkau tanya daripada buah kayunya, maka adalah satu buahnya umpama qirbah ( satu bekas besar yang dibuat daripada kulit unta ) yang terlebih lembut daripada dadih dan terlebih manis daripada madu .

Dan jika engkau tanya daripada daunnya, maka apa yang terlebih lembut dan halus daripada kain pakaian .

Dan jika engkau tanya daripada sungainya, maka bahawasanya beberapa sungai daripada arak yang amat lazat bagi orang yang meminum akan dia dan beberapa sungai daripada madu yang sudah bersih daripada lilinnya dan beberapa sungai daripada air tawar yang tiada berubah .

Dan jika engkau tanya daripada makanannya, maka beberapa buah kayu barang yang engkau suka dan yang engkau pilih dan daging burung engkau berahi ( gemari ) .

Dan jika engkau tanya daripada minumannya, maka sungai tasnim dan zanjabil dan kafur .

Dan jika engkau tanya daripada bejananya, maka daripada emas dan perak . Jernih terlebih daripada di dalam gelas .

Dan jika engkau tanya daripada pintunya, maka adalah luasnya empat puluh tahun perjalanan .

Jika engkau tanya daripada tiup anginnya bagi pohon kayunya, maka bahawasanya terlebih merindukan bagi hati daripada gendang bagi orang yang mendengarkan dia .

Dan jika engkau tanya daripada naung kayunya, maka satu pohon kayunya perjalanan kuda yang sangat pantas diperlarikan bersungguh-sungguh di bawah naungnya seratus tahun, tiada dapat diputuskan dia ( tiada lepas daripada naungan pohon kayu itu ) .

Dan jika engkau tanya daripada luasnya, maka sekurang-kurang milik seorang mu΄min di dalam mahligainya daripada sarirnya dan kebunnya perjalanan seribu tahun .

Dan jika engkau tanya daripada khemahnya dan beberapa kubahnya, maka satu-satu khemah itu daripada yang berongga, panjangnya enam puluh mil .

Dan jika engkau tanya daripada tingginya, maka iaitu beberapa bilik yang dari atasnya bilik yang dibinakan dia pelari air, di bawahnya beberapa sungai .

Dan jika engkau tanya daripada jauh tingginya, maka tilik olehmu kepada bintang pada tempat naik matahari atau pada tempat jatuh matahari pada langit yang tiada hampir memandang oleh mata .

Dan jika engkau tanya daripada hamparannya, maka di dalamnya itu daripada istabraq yang terhampar pada atasnya martabatnya .

Dan jika engkau tanya daripada mukanya dan elok mereka itu, maka seperti bulan purnama .

Dan jika engkau tanya daripada umur mereka itu, maka anak tiga puluh tiga tahun atas kadar kejadian Adam bapa segala manusia .

Dan jika engkau tanya daripada nyanyi mereka itu, maka mengulit isteri mereka itu daripada bidadari dengan menyanyi akan suaminya dan yang terlebih utama daripadanya mendengar khithab Tuhan sekalian alam .

Dan jika engkau tanya daripada kenderaan mereka itu yang ia tunggangkan pergi ziarah keluarganya dan shahabatnya, maka kuda yang dijadikan akan dia Allah Ta‘ala daripada barang yang dikehendaknya, maka terbanglah kepada tempat yang dikehendakinya dalam beberapa Syurga .

Dan jika engkau tanya daripada pakaian mereka itu dan gelang mereka itu, maka beberapa emas dan perak, lu΄lu΄ di atas kepalanya seperti memakai mahkota .   

Rabu, 19 Oktober 2011

Bab pada menyatakan udhhiyyah ( qurban ) - Sabiilal Muhtadiin / Kasyful Litsam / Furuul Masaail




  باب الاضحية  ﴿


Ini bab pada menyatakan udhhiyyah, ya’ni qurban iaitu barang yang disembelih ia daripada unta atau sapi atau kambing kerana menghampirkan diri kepada Allah Ta‘ala di dalam masa yang lagi  akan  datang  kenyataannya

Bermula ﴿ Dalil yang menyabitkan qurban itu dahulu daripada ijma’ firman Allah  Ta‘ala  :

     وَٱنْحَر     لِرَبِكَ    ْ فَصَلِّ   ﴿    
Ya’ni :“ Sembahyangkan  olehmu  ya  Muhammad, hari  raya  dan  sembelihlah olehmu  qurban ” .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam  :

تَعَالىَ   اللهِ   ﺇلىَ   ﺃحَبَّ    عَمَلٍ   مِنْ   َﻭْمَ  النّحَرِ   ابْنُ  ﺁدَمَ    عَمِلَ   مَا  ﴿

وَﺃظْلاَفِهَا         بِِقُرُونِهَا الْقِيَامَةِ    يَوْمَ    ﻠﺘَﺄﺘِﻲ    ﺇنّهَا    الدَّم    ﺇرَاقََةِ    مِنْ

يَّقَعَ    ﺃن     قَبْلَ      بِمَكَانٍ   اللهِ مِنَ       لَيَقَعُ  الدَّمَ      ﺃنّ وَ

نَفْسًا      بِهَا    فَطِيبُوا ٬ عَلىَ   اﻷرْض   

Ya’ni  : ‘ Tiada  jua  dikerjakan  oleh  anak  Adam  daripada  suatu  ‘amal  pada hari  raya  yang  terlebih  digemari  Allah  Ta‘ala  daripada  menumpahkan darah  ya’ni  menyembelih  qurban  dan  bahawasanya  qurban  itu  lagi  akan datang  ia  pada  hari  Qiyaamah  dengan  sekelian  tanduknya  dan  kuku kakinya  dan  bahawasanya  darahnya  jatuh  ia  daripada  Allah  Ta‘ala  pada suatu  tempat  kemuliaan  dahulu  daripada  jatuh  ia  ke  bumi,  maka sukakanlah  diri  kamu  dengan  qurban  itu ’  . R  . Tirmidzi dan Hakim  .

Dan lagi ﴿  Sabda  Nabi  Shallallaahu ‘alaihi wa sallam  :
                 
   مَطَايَاكُمْ   الصِّرَاط ِ    عَلىَ   ﻓﺈنًَهَا    ضَحَايَاكُمْ    عَظِمُوا ﴿ 
Ya’ni  : ‘ Perbesarkan  oleh  kamu  akan  sekelian  qurban  kamu  kerana bahawasanya  ia  jadi  tunggangan  kamu  atas  titian  pada  hari  Qiyaamah  ’ .

Syahdan ﴿ Bahawasanya qurban itu sunat muakkadah pada hak kita ummat yang merdeka atau mub‘adh, lagi mukallaf, lagi rasyid, lagi kuasa ia atas mengerjakannya ( tetapi ) harus bagi wali bapa atau nenek { datuk } mengurban yang diwalikannya daripada harta dirinya seperti barang yang lagi akan datang kenyataannya  .

Dan wajib ﴿ Qurban itu atas Nabi kita Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam khushushiyyah baginya kerana sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa  sallam :
   
 ْ لَكُم    ٌ سُنَة     َ هُو   َ و    ِ بِالنَّحْر     ُ ﺃمِرْت  ﴿

Ya’ni  : ‘ Telah disuruhkan Allah Ta‘ala akan daku berqurban dan iaitu sunat bagi kamu  ’  .  R . Tirmidzi  .

Dan lagi ﴿  Sabda  Nabi  Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
                               
  عَليْكُمْ    بوَاجِبٍ     لَيْسَ    وَ    النَّحْرُ    عَلىَّ    كُتِبَ  ﴿
Ya’ni : ‘ Telah difardhukan atasku qurban dan tiada wajib ia atas kamu ’  R . Daru Quthni .

Dan adalah ﴿ Qurban itu sunat kifaayah bagi seseorang jika ada baginya berbilang { ramai } ahlul bait { ahli rumah } dan jika tiada berbilang ahlul bait, maka  iaitu sunat ‘aini .

Dan makruh ﴿ Meninggalkan qurban kerana ikhtilaf ‘Ulama΄ pada wajibnya, maka dari kerana ini adalah qurban itu terafdhal daripada shadaqah sunat .

Bermula ﴿ Hasil perkataan yang tersebut di dalam Tuhfah bahawasanya yang dikehendaki dengan ahlul bait pada bab qurban itu tiga ihtimal { kemungkinan } :

Maka muhtamal ﴿ Yang dikehendaki dengan ahlul bait di sini seperti yang dikehendaki dengan dia pada bab al waqfi iaitu segala kerabatnya daripada laki - laki dan perempuan dan iaitulah yang muwaafaqat dengan perkataan yang telah terdahulu bahawasanya ahlul bait yang berbilang mereka itu adalah qurban itu sunat kifaayah, dan jika tiada berbilang mereka itu, maka iaitu sunat  ‘aini  .

Dan makna keadaaan qurban itu sunat kifaayah seperti keadaannya disunatkan ia bagi tiap - tiap daripada ahlul bait iaitu gugur tuntut dengan perbuatan yang lain, bukan hasil pahala bagi orang yang tiada mengerjakan dia .

Adalah bandingnya seperti sembahyang jenazah jua, maka barang siapa berqurban dengan seekor kambing, jatuhlah { jadilah } qurbannya itu bagi dirinya dan hasillah pahalanya baginya jua, tetapi gugur tuntut dengan qurban itu daripada ahlul  baitnya . Dan tiada hasil pahala bagi sekelian mereka itu melainkan apabila diniatkannya bersekutu ia dengan mereka itu pahalanya .

Bermula tashriih Fuqaha΄ dengan mengatakan sunat berqurban bagi tiap - tiap seseorang daripada ahlul bait itu menegahkan ia akan bahawa yang dikehendaki dengan ahlul bait itu segala mereka itu yang majhur, ya’ni yang  ditegahkan  .

Dan muhtamal ﴿ Pula bahawa yang dikehendakinya dengan ahlul bait disini barang yang menghimpunkan akan mereka itu nafqah seseorang yang memberi nafqah ia akan mereka itu dan jikalau dengan kerana Allah Ta‘ala sekalipun, maka ihtimal inilah yang disahkan akan dia oleh Syihab Ramli di dalam Hasyiah Syarah  Raudhah  .

Dan muhtamal ﴿ Pula bahawa yang dikehendakinya dengan ahlul bait disini segala mereka itu yang diam mereka itu di dalam suatu rumah dan jika tiada ada antara mereka itu kerabat sekalipun, maka atas ihtimal inilah menyimpankan Syeikh Ibnu Hajar di dalam Syarah Irsyad dan yang telah berlaku atas Syeikh Thabalawi .

Kata ﴿ Said Umar ; sayugianya bahawa ada ia yang diperpegangi atasnya dan jika berkata Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah bahawa ihtimal ini jauh ia sekalipun .


Furu’ ﴿ Bermula orang yang disunatkan udhhiyyah itu, orang Islam lagi merdeka lagi kuasa iaitu mereka yang memilik lebih daripada barang yang ia bayar kehendak akan dia nafqah pada hari raya dan malamnya dan hari Tasyrik jika ada lebih daripadanya barang yang dapat ia udhhiyyah, lagi ada ia orang rasyid . Khilaf bagi barang yang berkata setengah ‘Ulama΄: lebih belanjanya daripada hari raya dan malamnya jua .   


Dan tiada ﴿ Wajib bagi qurban itu melainkan dengan nadzar seperti dikatanya : 

  لِلَّهِ  ﻋَََّ  ﺃنْ  ﺃﺿَِّﻲَ  بِهَذِﻩِ   ﴿
Ertinya :‘ Kerana  Allah  Ta‘ala  wajib  atasku  berqurban  dengan  kambing  ini ’, umpamanya,

Atawa { atau } dengan ta’yiin seperti dikatanya :

 ٌ هَذِهِ  ﺃضْحِيَّة  ﴿
Ertinya : ‘ Inilah  qurban ’  .

Atau  dikatanya  :

جَعَلْتُهَا  ﺃضْحِيَّة ً  ﴿
Ertinya : ‘ Ku  jadikan  akan  dia  qurban ’  .

Maka dengan lafaz yang tersebut itu, jadilah qurban dengan umpamanya kambing itu wajib kerana hilang miliknya daripadanya dengan nadzar dan ta’yiin, maka wajib atasnya menyembelih dia dan tiada harus baginya mentasharrufkan dengan umpama dijual atau digantikannya dengan yang lainnya  dan  jikalau  dengan  terlebih  baik  daripadanya  sekalipun  . 


Masalah ﴿ Jikalau berkata seseorang ; ‘jika aku milik akan kambing ini, maka bagi Allah atasku bahawa aku qurban’, padahal kambing itu bukan milik dia, tiada jadi nadzar dengan perkataan itu jika ia milik akan dia kemudiannya sekalipun kerana ‘ainnya tiada tsabit pada dzimmah . Bersalahan jika ia berkata; ‘jika ku milik akan kambing, maka bagi Allah atasku bahawa aku qurban’, jadi nadzar, ya’ni tiada dikatanya ; ‘kambing ini’, dengan ta’yiin kambing, maka manakala ia milik akan dia, maka lazim ia buat qurban kerana ia bukan ‘aini, ya’ni benda yang tertentu, hanya ia tsabitkan pada dzimmah .


Dan ﴿ Hanyasanya tiada hilang milik seseorang daripada sahayanya yang dinadzarkannya dengan katanya ; ‘ wajib atasku memerdekakan dia ’, melainkan  dengan  memerdekakan  dia  .

Dan jika wajib atasnya memerdekakan dan haram menjual dia dahulu daripada memerdekakan dia sekelian kerana bahawasanya milik pada qurban yang dinadzarkan itu berpindah ia dari padanya kepada sekelian miskin dan kekal mereka itu memilikkan dia kemudian daripada  menyembelih akan dia .

Bersalahan milik pada sahaya tiada berpindah ia kemudian daripada memerdekakan kepada seseorang jua pun, hanya adalah ia hilang sekali - kali dan apabila disembelihnya akan qurban yang wajib atau anaknya, wajiblah mensedeqahkan dengan sekelian suku - sukunya seperti barang yang lagi akan  datang  kenyataannya  .

Syahdan ﴿ Bahawasanya kambing atau barang sebagainya yang dibeli akan dia oleh seseorang dengan qashad qurban apabila ditanya orang akan dia padahal kambing itu, maka dijawabnya akan dia dengan katanya ; ‘ bahawa kambing itu kambing qurban ’, nescaya jadilah kambing itu qurban wajib dengan ta’yiin, maka wajib atasnya menyembelih dia dan mensedeqahkan sekelian suku - sukunya dan haram atasnya memakan suatu daripada dagingnya .

Sayugianya hendaklah kita ketahui akan masalah ini kerana yang demikian itu telah jatuh ia pada kebanyakkan daripada segala orang yang ‘awam yang berkata mereka itu tatkala ditanyai orang bahawa kambing ini kambing qurban padahal jahil mereka itu akan hukum yang hasil daripada perkataan yang tersebut itu dan disangka oleh mereka itu bahawasanya kambing itu qurban sunat jua, maka dimakan oleh mereka itu suatu daripada dagingnya dan terkadang tiada disembelih oleh mereka itu akan dia, hanya ditasharrufkan oleh mereka itu dengan dijual atau diganti dengan yang lainnya, maka yang demikian itu khatha΄ { salah } .



Masalah ﴿ Jika membawa oleh seseorang akan na‘am padahal qashad ia hendak buat qurban, maka apabila ditanya orang akan dia ; apa engkau hendak perbuat akan ini ?

Maka jawabnya ; ini udhhiyyah, atau ; aku jadikan udhhiyyah, kata setengah { ‘Ulama΄ } ; tiada dinamakan nadzar tetapi diperhubungkan dengan nadzar pada lazim ia sembelih dan haram ia makan dan wajib ia shadaqah akan sekelian suku-sukunya .