Fashal yang ketiga pada menyatakan lidah
Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan ia akan lidah bagi engkau supaya membaca engkau dengan dia akan Al Quran Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan segala dzikir dan pengetahuan yang memberi manfaat dan supaya mengajar engakau dengan dia akan ‘ilmu yang memberi manfaat dan menyuruh engkau dengan kebajikan dan melarang daripada kejahatan dan memberi nasihat engkau akan orang Islam dan menunaikan engkau akan hajat mereka itu dan mendamaikan engkau akan mereka itu .
Dan barang sebagainya daripada segala faedah akhirat yang dikerjakan dengan lidah, seperti menjadikan Allah Ta‘ala akan lidah engkau kerana mashlahat dunia seperti mencari harta dengan ‘aqad, seperti ‘aqad jual beli dan ‘aqad sewa
Dan hendaklah syukur engkau atas nikmat ini dengan memeliharanya daripada barang yang tiada dijadikan dia kerananya daripada berkata-kata dengan yang dilarang, seperti berdusta dan menyakiti akan orang yang lain-lain, maka itu dosa besar . Bersalahan berdusta yang tiada menyakiti, maka iaitu dosa kecil kecuali kerana hajat, maka tiada ada ia dosa, seperti berdusta kerana mendamaikan antara manusia .
Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
﴾ ﺍﻟﻧﺎﺱ ﺑﻴﻦ ﻴﺼﻟﺢ ﻤﻦ ﺑﺎﻟﻜﺬّﺍﺏ ﻟﻴﺱ ﴿
Ertinya : ‘ Tiada mereka yang mendamaikan antara manusia itu berdusta ’ .
Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan .
Bahkan terkadang wajib berdusta, seperti melihat ia akan orang yang haram dibunuh yang bersembunyi ia daripada orang yang zalim yang menghendaki membunuhnya, maka wajib berdusta kerana melepaskan nya daripada dibunuh orang yang zalim itu .
Dan seperti mengumpat iaitu menyebut engkau akan saudara engkau dengan perkataan yang benci ia akan dia jika didengarnya, maka iaitu haram dengan ijma’ ‘Ulama΄, bahkan berkata kebanyakan mereka itu : Bahawasanya mengumpat itu dosa besar kerana barang yang datang padanya daripadanya beberapa janji siksa yang bersangatan, seperti firman Allah Ta‘ala :
ۚ ﺇﺜﻡ ﭐﻟﻆﻦّ ﺑﻌﺽ ﺇﻦّ ﭐﻟﻆﻦّ ﻤﻦ ﻜﺜﻴﺭﺍ ﭐﺠﺘﻧﺑﻭﺍ ﺀﺍﻤﻧﻭﺍ ﭐﻟﺬﻴﻦ ﺃﻴﻬﺎ ﻴٰﺂ
ﻠﺤﻡ ﻴﺄﻛﻞ ﺃﻥ ﺃﺤﺪﻛﻡ ﺃﻴﺤﺐ ۚ ﺑﻌﺿﺎ ﺑﻌﺿﻛﻡ ﻴﻐﺗﺐ ﻭﻻ ﺗﺟﺴﺴﻭﺍ ﻭﻻ
﴾ ١٢ ﴿ ﺭّﺤﻴﻡ ﺗﻭﺍﺐ ﭐﷲ ﺇﻦّ ۚ ﭐﷲ ﻭﭐﺗﻘﻭﺍ ۚ ﻓﻛﺭﻫﺗﻤﻭﻩ ﻤﻴﺗﺎ ﺃﺨﻴﻪ
Ertinya : “ Hai sekelian mereka yang beriman !!! Jauhkan oleh kamu akan banyak daripada sangka ( sangka yang jahat ) kerana bahawasanya setengah daripada sangka itu dosa, dan jangan kamu mencari dan memeriksa ‘aib manusia, dan jangan mengumpat setengah kamu akan setengah . Adakah suka seorang kamu bahawa makan ia daging saudaranya pada ketika mati, maka benci kamu akan dia dan takut oleh kamu akan Allah Ta‘ala . Bahawasanya Allah Ta‘ala itu sangat menerima taubat lagi sangat kasih sayang ” .
( Shurah Al Hujuraat : Ayat 12 )
Dan telah menceritakan oleh Al-Baihaqi dan Ath-Thabrani dan Abu Asy-Syeikh dan Ibnu Abi Ad-Dunya daripada Jabir dan Abu Sa’id Radhiyallaahu ‘anhuma . Berkata keduanya, bersabda Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
؟ ﻜﻴﻑ ﻟﻪ ﻗﻴﻝ ﺍﻟﺯّﻧﺎ ﻤﻦ ﺍﺸﺪّ ﺍﻠﻐﻴﺑﺔ ﻓﺈﻦّ ﻮﺍﻠﻐﻴﺑﺔ ﺍﻴﺎﻜﻡ ﴿
ﻋﻠﻴﻪ ﭐﷲ ﻓﻴﺗﻮﺏ ﻮﻴﺗﻮﺏ ﻴﺯﻧﻰ ﻗﺪ ﺍﻟﺭّﺟﻝ إﻦّ ﻗﺎﻝ
﴾ ﺼﺎﺤﺑﻪ ﻴﻐﻔﺭﻠﻪ ﺤﺘﻰّ ﻴﻐﻔﺭﻠﻪ ﻻ ﺍﻠﻐﻴﺑﺔ ﺼﺎﺤﺏ ﻮﺍﻦّ
Ertinya : ‘ Jauhkan oleh kamu akan diri kamu dan jauhkan oleh kamu akan mengumpat, kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina ’ .
Dikatakan bagi Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : Betapa ada mengumpat itu lebih bersangatan daripada berzina ?
Bersabda ia :
‘ Bahawasanya seorang lelaki terkadang berzina ia dan taubat ia, maka menerima Allah Ta’ala akan taubatnya . Dan bahawasanya yang mengumpat itu tiada diampuni baginya hingga mengampuni baginya oleh orang yang diumpatnya ’ .
Dan seperti menyalahi janji yang adalah ia salah satu daripada segala ‘alamat munaafiq .
Sabada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
﴾ ﺨﺎﻦ ﺍﺆﺗﻤﻦ ﻮﺍﺬ ﺍﺨﻟﻑ ﻮﻋﺪ ﻭﺍﺬﺍ ﻜﺬﺏ ﺤﺪّﺚ ﺍﺬﺍ ﺛﻼﺚ ﺍﻠﻤﻧﺎﻓﻕ ﺁﻴﺔ ﴿
Ertinya : ‘ Tanda munaafiq itu tiga : apabila bercerita ia, nescaya berdusta ia, dan apabila menjanjikan ia akan kebaikan nescaya menyalahi ia akan janji dan apabila dipercayai akan dia nescaya khianat ia ’ .
( ertinya tiada menunaikan ia akan barang yang dipercayai ia padanya itu ) . Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan dari Abi Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu .
Dan seperti berbantah-bantah dan berkata-kata pada barang yang tiada memberi faedah .
Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
﴾ ﻴﻌﻧﻴﻪ ﻻ ﻤﺎ ﺗﺭﻜﻪ ﺍﻟﻤﺭﺀ ﺍﺴﻼﻡ ﺤﺴﻦ ﻤﻦ ﴿
Ertinya : ‘ Setengah daripada keelokan Islam seorang itu meninggalkan ia akan barang yang tiada memberi manfaat akan dia ’ ( pada dunia atau akhirat ) . Diriwayatkan oleh At Tirmidzi dan Ibnu Majah dari Abi Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu .
Dan seperti mengadu-ngadu, sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
﴾ ﻧﻤﺎﻡ ﺍﻟﺠﻧﺔ ﻴﺩﺧﻝ ﻻ ﴿
Ertinya : ‘Tiada masuk ke dalam Syurga orang yang mengadu-ngadu’
Menceritakan dia oleh Imam Al Bukhari dan Muslim daripada Hudzaifah Radhiyallaahu ‘anhu .
Dan sesungguhnya telah ittifaq ‘Ulama΄ atas bahawasanya mengadu-ngadu itu dosa, iaitu memindahkan perkataan setengah manusia kepada setengah kerana tujuan membinasakan antara mereka itu dan menjadikan mereka itu berkelahi . Adapun memindahkan perkataan kerana nasihat bagi mereka yang dipindahkan perkataan kepadanya, maka wajib ia tiada masuk ia di dalam mengadu-ngadu yang dilarang.
Dan ketahui olehmu bahasanya lidah itu sebanyak-banyak anggota dan sebesar-besar daripada kejahatan, maka lazimkan olehmu akan memeliharanya dan tiada menolong akan dikau atas mengasingkan dirimu daripada manusia, dan mengekalkan diam melainkan pada ketika berhajat kepada berkata-kata, seperti belajar dan mengajar dan memberi nasihat .
Bersembah oleh Mu‘adz bin Jabal Radhiyallaahu ‘anhuma : Hai Rasulullah ! Berpesan olehmu akan daku !
Maka mengeluarkan oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan lidahnya yang maha mulia, dan bersabda ia :
‘ Tahan olehmu atas engkau akan ini ’ .
Ertinya : Lidah engkau yang seperti lidah aku ini hendaklah engkau tahan akan dia daripada berkata-kata dengan perkataan yang dilarang
Dan adalah Saiyyidina Abu Bakar Ash Shiddiq Radhiyallaahu ‘anhu memegang ia akan lidahnya, dan berkata ia : Inilah yang mendatangkan akan daku pada segala tempat kebinasaan .
Berkata oleh penyair :
Luka dengan sebab lembing sembuh dengan mudah, tetapi tiada sembuh yang dilukakan lidah .
Dan hendaklah engkau ingat akan bahawasanya perkataan yang baik itu mendatangkan petunjuk bagi segala anggota . Dan perkataan yang jahat itu menyebabkan akan jahat segala anggota .
Telah menceritakan oleh Abu Sa‘id Al Khudri Radhiyallaahu ‘anhu : Bahawasanya manusia itu apabila berpagi-pagi bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah . Dan berkata semuanya baginya : Menuntut oleh kami akan dikau dengan nama Allah bahawa engkau betul atas petunjuk, kerana bahawasanya jika engkau lurus nescaya kami lurus, dan jika engkau bengkok nescaya kami bengkok .
Dan berkata Malik bin Dinar Rahimahullaahu Ta‘ala : Apabila melihat engkau akan keras pada hati engkau dan lemah pada badan engkau dan tertegah pada rezeki engkau, maka ketahui olehmu bahawasanya engkau telah berkata-kata pada barang yang tiada memberi manfaat akan dikau .
Dan ketahui olehmu bahawasanya perkataan engkau itu ada kalanya tha‘at atau ma’shiat atau yang harus yang sia-sia . Maka jika ada ia tha‘at seperti menyuruh dengan mengerjakan kebajikan dan melarang daripada kejahatan, maka padanya pahala yang besar-besar, dan jika ada maksiat, maka padanya siksa yang tiada engkau kuasa menanggungnya .
Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
﴾ ﺃﻟﺴﻨﺗﻬﻡ ﺤﺼﺎﺋﺪ ﺍﻻ ﻤﻨﺎﺨﺭﻫﻡ ﺍﻭ ﻭﺠﻭﻫﻬﻡ ﻋﻟﻰ ﺍﻟﻧﺎﺱ ﻴﻜﺏّ ﻭﻫﻝ ﴿
Ertinya : ‘ Dan tiada menyembamkan akan manusia atas muka mereka itu atau atas hidung mereka itu melainkan barang-barang yang berkata-kata mereka itu dengan dia ’ .
Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dari Mu‘adz Radhiyallaahu ‘anhu
dan hadith ini shahih .
Dan jika ada perkataan itu yang harus yang tiada berfaedah, maka padanya membuat pekerjaan bagi Malaikat Kiraaman Kaatibin dengan barang yang tiada kebajikan padanya dan mengirim surat kepada Allah Ta‘ala yang tertulis di dalamnya perkataan yang sia-sia dan membacanya di hadapan Allah Ta‘ala pada hari Qiyaamah pada ketika huru-hara yang sangat besar lagi pada ketika lapar dan dahaga dan bertelanjang .
Wallaahu a’lam .