( S ) : Adakah batal wudhu΄ sekiranya menyentuh
kemaluan binatang atau burung ?
( J ) : Tidak batal air sembahyang seseorang dengan menyentuh kemaluan binatang atau burung . Begitu juga tidak membatalkan air sembahyang walaupun dengan memasukkan jejarinya ke dalam faraj binatang tersebut .
Begitu juga, tidak diharamkan memandang kemaluan haiwan dan tidak pula diwajibkan menutupnya . Tidak batal air sembahyang dengan menyentuh ari-arinya . Tidak juga membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dua biji dzakarnya . Begitu juga dengan hanya menyentuh kawasan di antara faraj dan duburnya .
Tidak batal air sembahyang lelaki dan perempuan dengan hanya menyentuh rambut, gigi dan kuku atau menyentuh kulit dengan berlapik tetapi batal air sembahyang jika tersentuh mata, gusi, lidah dan tulang .
( S ) : Jika diberitahu oleh seseorang yang ‘adil bahawa
berlaku hadats pada dirinya,
adakah lazim kita mempercayainya ataupun tidak ?
( J ) : Tidak wajib kita qabul ( menerima ) dan mempercayainya .
( S ) : Jika diberitahu oleh seseorang yang tiada maqbul riwayatnya bahawa berlaku hadats pada dirinya, padahal ia tertidur dengan keadaan tetap papan punggungnya dan kebetulan dia berkata benar, adakah mesti kita menerimanya ataupun tidak ?
( J ) : Diterima cakapnya jika kita mempercayai kebenaran kata-kata nya .
( S ) : Seseorang yang masih ada air sembahyang tertidur dalam keadaan duduk dan tetap papan punggungnya,
kemudian semakin condong badannya dan terus terbaring
dan dia terjaga sebaik badannya mula condong,
adakah batal air sembahyangnya ataupun tidak ?
( J ) : Jika sekiranya ia sedar dan terjaga setelah terangkat punggung nya daripada tempat duduknya, batallah wudhu΄nya . Tetapi jika dia sedar dahulu sebelum punggungnya terangkat, wudhu΄nya tidak batal
( S ) : Ditaqdirkan seseorang itu tertutup qubul atau duburnya,
lalu dibuat lubang yang lain pada tubuhnya, lalu keluar sesuatu daripada lubang yang baru dibuat itu, sedangkan pendapat mengatakan yang dimaksudkan dengan keluar sesuatu daripada dua jalan itu maksud nya ialah lubang asal
Apakah lubang yang baru dibuat ini
termasuk ke dalam hukum asal atau tidak ?
( J ) : Hukum sebenarnya ialah pada lubang yang asal, bukan lubang yang baru dibuat selama mana lubang asal itu tidak tersumbat atau tertutup .
( S ) : Sekiranya lubang qubul dan dubur tertutup
kerana penyakit misalnya,
lalu dibuat lubang lain untuk menyalurkan najis keluar,
apakah hukumnya ?
( J ) : Berkata Syeikh Jalal al Mahalli : Jika lubang atau jalan yang asli pada tubuh seseorang itu tersumbat atau tertutup, lalu dibuat jalan atau lubang yang baru, lubang yang baru itu dikira sebagai asli . Hukumnya juga sama seperti yang asal . Dikira juga sebagai asli iaitu anggota yang lebih, yang tidak boleh digunakan, yang terdapat pada khuntsa sekiranya ia berbentuk lubang ( seperti faraj ), tetapi tidak batal wudhu΄ dengan menyentuhnya, tidak menjadi junub orang yang memasukkan dzakarnya ke dalamnya .
Jika anggota yang lebih itu berbentuk dzakar, tidak menjadi junub perempuan yang memasukkan dzakar itu ke dalam farajnya . Ini adalah pendapat Imam Mawardi .
( S ) : Sekiranya seseorang bermimpi tetapi tidak pasti,
sama ada dia tidur ataupun tidak,
apakah batal wudhu΄nya ?
( J ) : Jika seseorang itu yakin yang dia bermimpi tetapi dia tidak ingat sama ada dia tidur ataupun tidak, batal wudhu΄nya . Inilah pendapat yang mu’tamad walaupun Imam al Baghawi mengatakan tidak batal .
( S ) : Sekiranya seseorang berwudhu΄,
kemudian tiba-tiba bertukar menjadi haiwan,
adakah batal wudhu΄nya ?
( S ) : Bagaimanakah jika dia kembali menjadi manusia semula ?
( J ) : Seorang yang telah berwudhu΄, tiba-tiba bertukar menjadi seekor haiwan, batal wudhu΄nya walau selepas dia kembali menjadi manusia semula . Bertukar menjadi haiwan walaupun sekelip mata, menghilangkan ‘aqal kerana binatang tidak ber‘aqal . Hilang ‘aqal membatalkan wudhu΄ .
( S ) : Apakah pula hukumnya jika seorang lelaki
menyentuh seorang perempuan yang telah bertukar
menjadi seekor binatang ?
menyentuh seorang perempuan yang telah bertukar
menjadi seekor binatang ?
( S ) : Apakah batal wudhu΄nya ataupun tidak ?
( J ) : Batal wudhu΄nya jika mereka berlainan jantina, tidak kira sama ada bagi lelaki yang menyentuhnya mahupun perempuan yang kena sentuh, wudhu΄ kedua-duanya batal .
( S ) : Jika seorang lelaki menyentuh dzakar seorang khuntsa,
adakah batal wudhu΄nya dan wudhu΄ khuntsa itu ?
( J ) : Apabila seorang lelaki menyentuh dzakar seorang khuntsa, wudhu΄ kedua-duanya batal . Begitu juga jika seorang perempuan menyentuh farajnya sendiri, batal wudhu΄ .
Jika dzakar khuntsa itu adalah anggota lebihan ( yang tidak boleh digunakan ) sedangkan khuntsa itu adalah seorang perempuan, batal juga wudhu΄ khuntsa itu apabila dia memegang atau menyentuhnya .
Begitu juga bagi lelaki yang menyentuhnya kerana dikira sentuhan antara lelaki dan perempuan, yang menyentuh itu batal dan yang kena sentuh pun juga batal .
Dalam masalah ini juga, sekiranya seorang lelaki dan seorang perempuan menyentuh seorang khuntsa, batallah wudhu΄ mereka semua, tetapi jika hanya salah seorang sahaja antara lelaki dan perempuan itu menyentuh khuntsa, tidak batal wudhu΄ khuntsa tersebut .
Sebaliknya jika seorang lelaki menyentuh faraj seorang khuntsa dan selepas itu seorang perempuan menyentuh pula dzakar khuntsa tersebut, tidak batal wudhu΄ lelaki dan perempuan yang menyentuh itu dan tidak batal juga wudhu΄ khuntsa yang disentuh, tetapi jika seorang lelaki menyentuh faraj khuntsa dan pada waktu yang sama seorang perempuan menyentuh pula dzakar khuntsa tersebut, batal wudhu΄ khuntsa tersebut .
( S ) : Apabila seorang wanita Islam bercampur gaul
bersama beberapa orang wanita lain,
yang bercampur antara orang Islam
dan bukan Islam,
adakah batal wudhu΄ wanita yang beragama Islam itu
apabila dia bersentuh dengan salah seorang wanita tersebut ?
( S ) : Bagaimana jika dia sendiri tidak tahu,
adakah wanita yang disentuh itu Islam ataupun kafir ?
( J ) : Tidak batal wudhu dengan bersentuh salah seorang daripada mereka itu kerana syak tidak boleh ditingkatkan menjadi yakin .
( S ) : Jika seorang lelaki daripada bangsa manusia bersentuh kulit seorang perempuan daripada kalangan makhluq jin yang Islam, adakah batal wudhu΄nya atau tidak ?
( J ) : Batal wudhu΄ kedua-duanya .
( S ) : Seorang lelaki dipotong kemaluannya lalu dicincang sehingga hancur sehingga hancur sehinnga tidak lagi dinamakan dzakar, adakah batal wudhu΄nya jika dia menyentuh daging dzakarnya
yang telah dicincang itu ?
( S ) : Bagaimana pula jika sekiranya
daging dzakar yang dicincang itu
disentuh pula oleh seorang perempuan,
adakah batal wudhu΄nya ataupun tidak ?
( J ) : Tidak batal wudhu΄ lelaki yang menyentuh daging dzakar yang telah dicincang sehingga tidak lagi dinamakan dzakar . Berlainan bagi perempuan kerana wudhu΄nya batal jika menyentuh daging dzakar tersebut selama ia masih dinamakan perempuan .
( S ) : Apakah had atau kawasan yang termasuk dalam erti dubur yang dikira batal wudhu΄ jika menyentuhnya ?
( S ) : Apakah yang dimaksudkan dengan dubur itu ialah
yang terbuka ketika keluarnya najis ?
( S ) : Atau apa yang terbuka ketika dia duduk
untuk buang air besar ?
( J ) : Had dubur yang sebenarnya yang membatalkan wudhu΄ apabila menyentuhnya ialah kulit bertangkup yang menutupi lubang duburnya
( S ) : Jika seorang lelaki berada dalam kalangan
mahram perempuannya dan perempuan asing,
kemudian dia tersentuh seorang perempuan
yang tidak dapat dipastikan
sama ada ia mahram atau tidak,
batalkah wudhu΄nya ?
( J ) : Jika seorang lelaki yang berwudhu΄ bersentuh dengan seorang perempuan dalam satu kumpulan perempuan, yang kebanyakannya adalah mahramnya, tetapi dia tidak pasti apakah yang disentuh itu mahramnya atau perempuan yang bukan mahramnya, tidak batal wudhu΄nya, walaupun keadaan dan suasana di tempat itu tidak terkawal . Ini adalah berdasarkan pendapat Syeikh Ramli dan ia berbeza dengan pendapat Zarkasyi .
( S ) : Anak yang dilahirkan dalam keadaan keguguran
yang belum lagi ditiupkan roh,
apakah membatalkan wudhu΄ jika orang yang berwudhu΄
itu menyentuh dzakar, faraj atau duburnya ?
( J ) : Batal wudhu΄ orang yang menyentuhnya .
( S ) : Sekiranya jari seseorang itu kudung,
lalu disambung dengan jari palsu
yang diperbuat daripada emas atau perak,
apabila batin jari palsu itu menyentuh dzakar atau faraj manusia, apakah batal wudhu΄nya atau tidak ?
( S ) : Jika jawapannya tidak batal,
apakah pula perbezaannya
dengan masalah orang yang terpaksa
menampal emas atau perak pada mukanya
atau pada hidungnya
yang apabila hendak mengangkat hadats
dia diwajibkan membasuh atau menyapu
tampalan emas tadi kerana emas itu dikira
sebahagian daripada mukanya ?
( J ) : Tidak membatalkan wudhu΄ jika seseorang itu menyentuh dzakar atau faraj dengan batin jari palsunya . Sementara kewajiban membasuh emas yang ditampal di muka atau di hidung ketika mengangkat hadats adalah kerana dia menjadi ganti kepada benda yang diambilnya daripada anggota sebenar dan ia berada di kawasan anggota wudhu΄ iaitu muka .