Fashal Yang Ketujuh Pada
Menyatakan Kasih Akan Dunia
Adapun hubbud dunya, ya’ni kasih akan dunia, maka iaitu
dicela oleh Syara’ dan iaitulah asal segala shifat kejahatan yang membinasakan
akan manusia seperti firman Allah Ta‘ala :
Erinya : “ Barang siapa ada ia berkehendak akan pahala Akhirat
nescaya Aku ( Allah ) tambah baginya di dalam pahalanya itu . Dan barang siapa
ada ia bekehendak pahala dunia nescaya Aku beri akan dia daripadanya dan tiada
dapat baginya di dalam Akhirat daripada bahagian” . ( QS ASY SYURA : 20
)
Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Kasih akan dunia itu iaitu kepala segala kesalahan dan
kejahatan ’
R. Al Baihaqi .
Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Dunia itu penjara orang Mu΄min dan Syurga orang kafir ’. R. Muslim .
Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Dunia itu
dilaknat dan dilaknat akan barang yang di dalamnya melainkan yang
ada ia diperbuat kerana Allah Ta‘ala daripadanya ’ . R. Abu Nu‘aim .
Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Jika ada dunia itu pada Allah Ta‘ala bernilai setimbang
sayap nyamuk, nescaya tiada dituangi Allah Ta‘ala akan orang kafir satu teguk
air ’ . R. Ibnu Majah dan Al Hakim .
Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Barang siapa kasih akan dunianya nescaya memudharatkan
akan Akhiratnya . Dan barang siapa kasih akan Akhiratnya nescaya memudharatkan
akan dunianya, maka pilihlah akan Akhirat yang kekal atas dunia yang binasa
’ R. Ahmad dan Al Hakim .
( Syahdan )
Dan murad dengan dunia itu iaitu tiap-tiap kelakuan yang dahulu daripada mati
yang tiada memberi manfaat akan dirinya kemudian daripada matinya . Dan murad
dengan Akhirat itu iaitu tiap-tiap kelakuan yang kemudian daripada mati .
Adapun kelakuan di dalam
dunia yang memberi manfaat akan dia kemudian daripada matinya itu seperti ‘ilmu
dan amal Akhirat dan jikalau ada daripada sekira-kira rupa amalnya itu di dalam
dunia sekalipun .
Rujukan
: Kitab Hidaayatus Saalikiin