Selasa, 20 November 2012

Doa Iftitah - Hukum Membacanya Di Dalam Shalat



Disunatkan membaca doa iftitah itu pada shalat fardhu dan shalat sunat, melainkan pada shalat jenazah, maka tiada disunatkan doa iftitah itu di dalamnya, dan jikalau pada shalat atas ghaib atau shalat jenazah di atas kubur sekalipun, tetapi tempat sunat membaca doa iftitah itu jika ghaalib atas zhannya bahawasanya ia serta membaca doa iftitah mendapat akan Al Faatihah dahulu daripada ruku’ imamnya .

Adapun jika pada zhannya apabila dibacanya doa iftitah, nescaya luputlah akan dia sekalian Al Faatihah atau setengahnya atau didapatnya akan imamnya di dalam yang lain daripada qiyam seperti di dalam ruku’ atau i’tidal atau sujud atau duduk padahal imamnya belum memberi salam atau picik ( sempit ) waktu dengan sekira-kira jika dibacanya doa iftitah nescaya keluarlah setengah shalatnya daripada waktu, maka tiadalah sunat baginya membaca doa iftitah itu

Dan luput sunat membaca doa iftitah itu dengan membaca :                               ﺍﻟﺮَِّْ  ِ ﺍﻟﺸََّْﺎﻦ   ﺑﭑﷲِ  َِ ُ أﻋُْ  kerana luput tempatnya, maka tiada disunatkan kembali kepadanya .

Dan demikian lagi, luput membaca doa iftitah dengan duduk ma΄mum yang masbuq serta imamnya kerana luput tempatnya, tetapi jika dapat oleh yang ma΄mum yang masbuq akan imamnya di dalam tasyahud akhir, maka lalu memberi salam imamnya tatkala ia masih  lagi berdiri atau didapatnya imam di dalam tasyahud awal, maka berdiri imamnya tatkala ia masih lagi berdiri atau keluar imamnya daripada shalat sebab hadats umpamanya dahulu daripada muwaafaqat ia akan dia, nescaya sunat baginya membaca doa iftitah pada tiga shurah ( tiga keadaan / bentuk ) itu kerana tiada luput tempatnya .

Dan tiada luput membaca doa iftitah dengan mengucap ta΄min serta imamnya 

Rujukan : Kitab Sabiilal Muhtadiin jilid 1

Hutang


Ketahui kiranya ya saudaraku ! Seorang yang mati di dalam meninggal hutang pada orang-orang itu tiadalah Syara’ meringan-ringan akan dia hingga tak mahu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam sembahyang atasnya pada mula-mulanya dan disuruhnya Shahabat-Shahabatnya sahaja sembahyangkan tetapi tidaklah pula ditinggalkan sembahyang atasnya sama sekali bahkan disuruh oleh Syara’ sembahyangkan . Maka dengarlah haditsnya yang berlaku pada zaman Nabi kita iaitu hadits yang dikeluarkan dia oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya ;

Diriwayatkan daripada seorang Shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang masyhur dipanggil orang dengan Abi Qatadah, katanya ; Bahawasanya Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam didatangkan seorang lelaki yang diusung orang di atas pengusungnya supaya disembahyang atasnya .

Maka tahulah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan jenazah itu ada meninggalkan hutang pada masa matinya itu, iapun lalu bersabda :

Sembahyang olehmu sekalian ke atas taulan kamu sekalian yang diusung itu . Adapun aku tiada sayugia sembahyang ke atasnya kerana bahawasanya atasnya hutang yang belum dibayarnya ’ .

Bila didengar oleh Shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan sabdanya, lalu berkata ia ; Kata Abi Qatadah ; Hutang itu atas hamba membayarnya, ya Rasulullah .

Maka sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Tidakkah mahu perkataan engkau yang demikian itu dengan jalan dhaman sahaja melainkan dengan syarat engkau yang menunaikan bayarnya, maka aku sembahyangkanlah ’ .

Jawab Abi Qatadah ; Hamba mengaku menunaikan bayarannya . Kemudian daripada habis perkataan Abi Qatadah yang demikian itu, maka sembahyanglah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam atas jenazah yang datang itu .

Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi ; Dan pada bab ini ada riwayat daripada Jabir, Salamah bin Al Akwa’ dan Asma΄ binti Yazid . Dan katanya lagi ; Bermula hadits Abi Qatadah itu ialah hasan lagi shahih . 

Hari Akhirat - Bercakap Dengan Tuhan



Bercakap Dengan Tuhan Pada Hari Akhirat

Kitab Bahrul Madzii jilid 17

Sungguhnya tiap-tiap orang yang dibawa ke hadapan Allah Ta‘ala sebagai dibawa seorang yang di dalam dunia ke hadapan raja besar di dunia, maka ditanya kepadanya bersemulut dengan Tuhan, tidak dengan ada tukang cakapkan atau orang tengah, ditanya semuanya daripada apa yang dibuat di dalam dunia, kecilnya dan besarnya, banyaknya dan sedikitnya dan seseni-seninya ( sehalus-halusnya ) .

Bermula dalil yang menunjukkan atas yang demikian itu ialah sebagai hadits yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya ;


Diriwayatkan daripada seorang Shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu, katanya ; Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Tiada daripada sekalian kamu daripada orang laki-laki dan perempuan melainkan lagi akan berkata-kata dengan Tuhannya pada hari Qiyaamah dan tiada antara seseorang itu dengan Tuhannya, orang tengah yang memperkatakan dan tiada juru bahasa ’ .

Sebagaimana firman Allah Ta‘ala di dalam Al Quran :

Ertinya : “ Dan sekalian manusia semuanya datang kepada Tuhannya pada hari Qiyaamah dengan tinggal diri sebatang kara, tiada bersama-samanya anaknya atau bapanya atau hartanya yang jadi penolong dan pembantu bicaranya ” . 
( Shurah Maryam : Ayat 95 )



Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam lagi :

Maka memandang oleh seorang yang dibawa ke hadapan Tuhannya itu ke sebelah kanan daripada dirinya, maka tiada nampak akan sesuatu daripada harta atau anak atau bapa atau saudara atau siapa-siapa melainkan sesuatu yang dibawa daripada dunia daripada amal baik jika ada amal kebajikan yang dibawanya, kemudian memandang pula seseorang itu ke sebelah kiri daripadanya, maka tiada apa suatu jua yang dinampaknya ada melainkan sesuatu yang dibawanya daripada amal kejahatan dan ma’shiat jika ada ia orang yang berbuat jahat dan ma’shiat di dalam dunia . Kemudian memandang pula ia bertentangan dengan hadapannya, maka dinampaknya api Neraka berhadap kepadanya ’ .  


Maka sudahlah jadi sangat haibah dan takutnya berdiri di hadapan Tuhan itu menantikan apa yang mahu diperbuat ke atasnya dan apa yang mahu ditanya kepadanya . Maka pada waktu itulah dinampak dengan mata kepala akan firman Allah Ta‘ala :


Maka demi sungguhnya Kami tanya akan orang yang dibangkitkan Pesuruh Allah kepada mereka itu, apakah yang disampaikan oleh Pesuruh Kami dan adakah dijunjungnya dan diamalkannya, dan demi sungguhnya Kami tanya akan sekalian Pesuruh Kami akan apa-apa yang disampaikannya kepada ummatnya . Maka demi sungguhnya Kami khabarkan apa yang diperbuat mereka itu dengan pengetahuan, dan tiada ada Kami itu, yang tiada mengetahui apa suatu perbuatan manusia itu ” . ( Shurah Al A’raaf : Ayat 6-7 )


Kata Ibnu ‘Abbas ; Maka dihantarkan pada hari Qiyaamah itu akan kitab seseorang itu di hadapan seseorang itu dan ia sedang di hadapan Tuhannya, maka berkatalah kitab itu akan apa yang diperbuatnya di dalam dunia .



Firman Tuhan lagi di dalam Al Quran :

Ertinya : “ Pada hari Qiyaamah itu dihimpun Allah akan Pesuruh-PesurhNya, maka berfirman Ia kepada mereka itu ; Apa sekalian kamu mahu beri jawab akan pertanyaan Aku pada hari ini ? Bukankah sungguhnya telah Aku utuskan sekalian kamu menyampaikan apa kehendak Aku kepada makhluq, maka apakah telah sekalian kamu perbuat ? .

Bila didengar sekalian Pesuruh Allah akan firmanNya itu, lalu mereka itu menjawabnya dengan katanya : Tiada tahu kami ya Tuhanku, sungguhnya Engkau Tuhan Yang Mengetahui segala yang ghaib ” .              
 ( Shurah Al Ma‘idah : Ayat 109 )

Sebab pun sekalian Pesuruh Allah berkata demikian itu ialah kerana sangat haibahnya di hati mereka itu akan Tuhannya, lalu berkata mereka itu demikian pada hanya mereka itu tahukan semua apa yang diperbuatnya di dunia, tetapi dengan sebab sudah jadi keliru ‘aqal mereka itu oleh sebab takut, sudahlah tiada tahu mereka itu menjawab apa pertanyaan Tuhan itu . Demikianlah perihal manusia pada hari Qiyaamah itu .

Kata ‘Adi bin Hatim radhiyallaahu ‘anhu lagi ; Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Barang siapa kuasa daripada sekalian kamu bahawa memelihara mukanya daripada panas Neraka Jahannam jikalau dengan sebelah tamar sekalipun, maka perbuatlah akan dia’, ya’ni bershadaqahlah sekalian kamu jikalau sedikit sekalipun kerana terkadang berjumpa dengan orang yang sangat berhajat kepada sedikit itu ’ .

Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi ; Bermula ini hadits hasan lagi shahih .