Selasa, 25 Jun 2013

Hamba Yang Dicintai Allah


Iman Dan Kepentingan Membantu Masyarakat

Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Ada dua perkara yang tiada sesuatu pun melebihi keunggulannya iaitu iman kepada Allah dan membantu atau memberikan manfaat untuk kaum Muslimin ’ .

Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Barang siapa bangun di pagi hari dengan tidak berniat menganiaya kepada seseorang, maka diampuni dosanya yang dia lakukan . Dan barang siapa bangun di pagi hari dengan niat menolong orang yang dianiaya dan mencukupi keperluan orang Muslim, maka memperolehi pahala seperti haji mabrur ’ .

Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Hamba yang paling dicintai Allah Ta‘ala ialah seseorang yang paling bermanfaat bagi manusia, amal yang paling utama ialah memberikan rasa senang pada hati seseorang Mukmin dengan menghilangkan kelaparan da membantu daripada sebarang kesusahan atau membantu untuk menjelaskan tanggungan hutang . Dua perkara yang paling keji adalah menyekutukan Allah Ta‘ala dan membuat mudharat ke atas kaum Muslimin ’ .

Membahayakan orang-orang Muslim seperti membahayakan badan dan hartanya . Sesungguhnya segala perintah Allah Ta‘ala bertolak daripada dua perkara iaitu mengagungkan Allah Ta‘ala dan kasih saying kepada makhluqNya sepertimana yang terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala :

Ertinya : “ Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat ” .

Ertinya : “ Hendaklah engkau bersyukur kepadaku dan berterima kasih kepada kedua ibu bapamu ” .

Diriwayatkan daripada Al Qarni, beliau berkata ; Aku bersua dalam suatu perjalananku dengan seorang Pendeta, lalu aku bertanya kepadanya ; Wahai Pendeta ! Perkara apakah yang menaikkan darjat seseorang ?

Pendeta itu menjawab ; Mengembalikan hak-hak orang lain yang dianiaya olehnya dan meringankan seseorang daripada tanggung jawab kerana amal perbuatan hamba tidak akan naik kepada Allah selagi mana dia masih mempunyai tanggungan dan berbuat zalim .


Rujukan : Kitab Nashaaihul ‘Ibaad .

Iman Dan Kepentingan Membantu Masyarakat



Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Ada dua perkara yang tiada sesuatu pun melebihi keunggulannya iaitu iman kepada Allah dan membantu atau memberikan manfaat untuk kaum Muslimin ’ .

Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Barang siapa bangun di pagi hari dengan tidak berniat menganiaya kepada seseorang, maka diampuni dosanya yang dia lakukan . Dan barang siapa bangun di pagi hari dengan niat menolong orang yang dianiaya dan mencukupi keperluan orang Muslim, maka memperolehi pahala seperti haji mabrur ’ .

Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

Ertinya : ‘ Hamba yang paling dicintai Allah Ta‘ala ialah seseorang yang paling bermanfaat bagi manusia, amal yang paling utama ialah memberikan rasa senang pada hati seseorang Mukmin dengan menghilangkan kelaparan da membantu daripada sebarang kesusahan atau membantu untuk menjelaskan tanggungan hutang . Dua perkara yang paling keji adalah menyekutukan Allah Ta‘ala dan membuat mudharat ke atas kaum Muslimin ’ .

Membahayakan orang-orang Muslim seperti membahayakan badan dan hartanya . Sesungguhnya segala perintah Allah Ta‘ala bertolak daripada dua perkara iaitu mengagungkan Allah Ta‘ala dan kasih saying kepada makhluqNya sepertimana yang terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala :

Ertinya : “ Dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat ” .

Ertinya : “ Hendaklah engkau bersyukur kepadaku dan berterima kasih kepada kedua ibu bapamu ” .

Diriwayatkan daripada Al Qarni, beliau berkata ; Aku bersua dalam suatu perjalananku dengan seorang Pendeta, lalu aku bertanya kepadanya ; Wahai Pendeta ! Perkara apakah yang menaikkan darjat seseorang ?

Pendeta itu menjawab ; Mengembalikan hak-hak orang lain yang dianiaya olehnya dan meringankan seseorang daripada tanggung jawab kerana amal perbuatan hamba tidak akan naik kepada Allah selagi mana dia masih mempunyai tanggungan dan berbuat zalim .


Rujukan : Kitab Nashaaihul ‘Ibaad .

faridatul faraaid siri 2

( Bermula ‘ilmu tauhid itu ) ‘Ibarat daripada perhimpunan barang yang dii’tiqadkan yang dibangsakan kepada agama yang diambilkan daripada dalilnya yang diyakinkan .

( Dan bicara ) ‘Ilmu ini pada dzat Allah Ta‘ala daripada sekira-kira barang yang wajib bagiNya dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus bagiNya . Dan pada segala Rasul demikian jua . Dan pada segala barang yang didatangkan dia oleh Rasul seperti hari Qiyaamah dan lainnya .

( Dan faedah ) ‘Ilmu ini dapat kemenangan dan beruntung oleh yang mengetahuinya selama-lama .

( Dan agama itu ) ‘Ibarat daripada perhimpunan segala hukum yang dihantarkan dia oleh Allah Ta‘ala bagi segala hambaNya yang mukallaf atas lidah RasulNya yang membawa akan mereka itu kepada kebajikan yang kekal .


Dan Segala Tanda Agama Empat :

( Pertama ) Sah i’tiqad iaitu jazam dengan barang yang dii’tiqadkan dia oleh Ahli Sunnah .

( Kedua ) Benar qashad iaitu (2) menunaikan ‘ibadat dengan ikhlas .

(2) ( Qauluhu ; Menunaikan ‘ibadat dengan ikhlas ) Ertinya ; Mengerjakan dia serta ikhlas niat bagi Allah Ta‘ala dengan bahawa tiada disekutukan pada ‘ibadat itu akan yang lain daripada Allah Ta‘ala . Firman Allah Ta‘ala :
`yJsù tb%x. (#qã_ötƒ uä!$s)Ï9 ¾ÏmÎn/u ö@yJ÷èuù=sù WxuKtã $[sÎ=»|¹ Ÿwur õ8ÎŽô³ç ÍoyŠ$t7ÏèÎ/ ÿ¾ÏmÎn/u #Jtnr& ÇÊÊÉÈ

Dan telah ikhtilaf ‘Ulama΄ pada orang yang beramal yang menyekutui pada amalnya bagi Allah Ta‘ala akan pekerjaan dunia, maka memilih Ibnu ‘Abdis Salam dan lainnya akan bahawasanya tiada pahala baginya sekali-kali . Dan telah memilih Ghazali bahawasanya dengan i’tibar sebab yang membangkitkan kepada amal itu, maka jika adalah yang terlebih banyaknya pekerjaan agama, maka dapat baginya pahala dengan kadarnya, atau adalah yang terlebih banyaknya pekerjaan dunia, maka tiada pahala baginya . Dan jika bersamaan keduanya nescaya gugur keduanya . Dan kalam Ibnu Hajar di dalam Hasyiah Idhaah cenderung kepada dapat pahala dengan kadar qashad muthlaqan kerana firman Allah Ta‘ala :
`yJsù   ö@yJ÷ètƒ   tA$s)÷WÏB   >o§sŒ   #\øyz ¼çnttƒ   ÇÐÈ
 ( Ketiga ) Menyempurnakan janji iaitu mengerjakan segala yang disuruh .


( Keempat ) Ketiadaan melampaui sangkat iaitu meninggalkan segala yang dilarang .

Puasa - Darjat Orang Yang Berpuasa

Tiga Darjat Orang Yang Berpuasa

Ini suatu fashal pada menyatakan rahsia puasa dan menyatakan segala syarat yang bathin .

( Ketahui olehmu ) Hai orang yang menjalani jalan Akhirat dan jalan kepada Allah Ta‘ala bahawa adalah bagi puasa itu tiga darjat :

( Darjat yang pertama ) Puasa orang yang ‘awam, ya’ni puasa kebanyakan manusia iaitu menegahkan ia daripada makan dan minum dan jima’ dan menahan daripada segala yang membatalkan puasanya seperti yang tersebut pada fashal yang dahulu itu .

( Darjat yang kedua ) Puasa orang yang khawash iaitu puasa orang yang shalihin dan orang yang Muttaqin iaitu menegahkan akan segala yang tersebut pada darjat yang pertama iaitu menegahkan pula akan segala anggotanya daripada berbuat ma’shiat dan daripada berbuat yang sia-sia yang tiada memberi manfaat kepada Akhirat dan hasil kesempurnaan puasa mereka itu dengan tujuh perkara :

1 : Memejamkan kedua matanya dan menegahkan akan keduanya itu daripada melihat kepada tiap-tiap yang haram dan yang makruh dan menegahkan keduanya itu daripada melihat kepada sesuatu yang mubah ( yang harus ) yang membimbangkan ( yang menghalang ) akan hatinya daripada dzikir Allah Ta‘ala dan daripada ingat kepada Allah Ta‘ala .

Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Bermula melihat itu iaitu satu panah yang dibubuh racun daripada beberapa panah Iblis, maka barang siapa meninggalkan akan melihat itu kerana takut akan Allah Ta‘ala nescaya memberi akan dia oleh Allah Ta‘ala akan iman yang dapat manis iman itu di dalam hatinya, ya’ni diberi oleh Allah Ta‘ala akan dia tetap iman ’ .

Lagi, sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Lima perkara yang membatalkan ( pahala ) akan yang puasa, yang pertama berdusta dan kedua mengumpat akan orang dan ketiga mengadu-ngadu akan orang dan keempat bersumpah dengan dusta dan kelima melihat akan suatu dengan syahwatnya, ya’ni dengan ingin ’ .

2 : Memeliharakan lidah daripada perkataan yang haram dan daripada perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam Akhirat dan memeliharakan pula akan lidah daripada berdusta dan daripada mengumpat akan orang dan daripada mengadu-ngadu akan orang dan memeliharakan pula akan dia daripada segala perkataan yang keji-keji dan memeliharakan pula akan dia daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan orang dan memeliharakan daripada memaki orang dan sayugianya hendaklah orang yang puasa itu melazimkan akan diam dan masyghul ( sibuk ) ia dengan membanyakkan dzikrullaah dan membanyakkan membaca Al Quran .

Dan kata Mujahid : Ertinya : Dua perkara membinasakan ia akan puasa pertama mengumpat-ngumpat akan orang dan kedua berdusta .

Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Hanya sanya puasa itu perisai, maka apabila ada seseorang kamu puasa, maka jangan mengerjakan suatu yang sia-sia dan jangan berbuat akan perbuatan orang yang jahil dan jika ada seseorang hendak membunuh akan dia atau memaki akan dia, maka hendaklah ia berkata bahawasanya aku puasa bahawasanya aku puasa dan jangan dilawan akan orang itu ’ .

3 : Sayugianya ( sebaiknya ) bagi orang yang puasa itu memeliharakan akan telinganya daripada mendengarkan perkataan yang haram dan perkataan yang makruh dan memelihara akan telinganya daripada mendengar perkataan yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam Akhirat .

Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Bermula orang yang mengumpat akan orang dan orang yang mendengar akan dia itu bersekutu, keduanya itu berdosa ’ .

4 : Sayugianya bagi orang yang puasa itu memeliharakan tangannya dan kakinya daripada segala yang diharamkan dan segala yang makruh dan segala yang sia-sia yang tiada memberi manfaat di dalam Akhirat .

5 : Memeliharakan perut pada ketika waktu berbuka itu daripada memakan makanan yang haram itu atau memakan yang syubhat, maka tiada faedah bagi puasa iaitu meninggalkan daripada makan yang halal, kemudian maka berbuka dengan makanan yang haram, maka adalah mitsal ( umpama ) orang yang puasa itu seperti mitsal orang yang berbuat mahligai padahal ia merobohkan akan negeri kerana makanan yang halal itu memberi mudharat ia dengan memakan banyak akan dia dan tiada memberi mudharat ia dengan makan sedikitnya dan puasa itu mensedikitkan akan makan yang halal itu ubat yang memberi manfaat bagi hati dan membanyakkan akan dia itu membinasakan akan hati dan memakan yang haram itu membinasakan akan agama .

Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Beberapa daripada orang yang puasa padahal tiada baginya daripada puasanya itu melainkan lapar dan dahaga jua ’ .

Maka kata setengah ‘Ulama΄ iaitu yang berbuka dengan memakan yang haram . Dan kata setengah ‘Ulama΄ iaitu orang yang menahan daripada memakan yang halal dan berbuka dengan daging manusia dengan mengumpat-ngumpat akan orang dan mengumpat itu haram . Dan kata setengah ‘Ulama΄ iaitu orang yang tiada memeliharakan segala anggotanya daripada yang haram yang membawa kepada dosa .

6 : Sayugianya bahawa jangan membanyakkan pada ketika berbuka itu dengan memakan yang halal sekira-kira memenuh perutnya .

Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Tiada memenuh oleh anak Adam akan suatu tempat yang terlebih jahat daripada memenuhi perutnya dengan memakan yang halal ’ .

Kerana maksud dengan puasa itu iaitu hendak mengurangkan makan supaya dhaif syahwat nafsunya dan syahwat syaithannya, maka jika dihempaskannya makanan yang pagi-pagi dan makanan yang petang-petang itu dengan segala makan pada ketika berbuka puasa itu, maka tiada faedah puasanya itu dan tiada manfaat puasanya itu pada ketika membanyakkan akan makan melainkan dengan sedikit daripada memakan yang halal kerana tiap-tiap daripada mengurangkan akan makan itu, maka iaitu meringankan tubuh daripada berbuat ‘ibadat dan berbuat sembahyang Tahajjud pada malam hari dan merajinkan akan mengerjakan wiridnya dan dzikirnya hingga terang hatinya ’ .

7 : Sayugianya bahawa adalah hatinya kemudian daripada berbuka itu berulang-ulang antara khauf dan raja’, ya’ni berulang-ulang antara takut akan Allah Ta‘ala dan antara harap akan Allah Ta‘ala kerana tiada diketahui, adakah diterima akan puasanya itu, maka iaitu daripada orang yang Muqarrabin atau ditolakkan akan puasa itu atasnya, maka iaitu daripada orang yang dimurkai Allah Ta‘ala . Dan sayugianya ia menghadhirkan akan yang demikian itu pada ketika kemudian daripada tiap-tiap ‘ibadat yang lain daripada puasa itu . Wallaahu a’lam .

( Dan darjat puasa yang ketiga ) : Puasa orang yang khawashul khawash iaitu puasa orang yang Muqarrabin yang ‘Arifin iaitu menahan hati daripada mencita-cita akan dunia dan daripada memikirkan akan dia dan mengosongkan rahsia yang di dalam hati daripada barang yang lain daripada Allah Ta‘ala dan sentiasa hatinya itu syahdu kepada Allah Ta‘ala dan batal puasanya itu dengan memikirkan akan barang yang lain daripada Allah Ta‘ala dan ( mencita-cita atau memikirkan )  yang lain daripada negeri Akhirat .

Demikian lagi, batal puasa itu dengan memikirkan akan pekerjaan dunia melainkan jika ada dunia itu membawa kepada manfaat Akhirat dan jadi bekal baginya di dalam Akhirat, maka iaitu tiada dinamakan akan dunia kerana inilah kata ‘Ulama΄ Ahlil Bathin :

Ertinya : Barang siapa bergerak-gerak citanya dengan berbuat di dalam harinya itu kerana membicarakan akan sesuatu yang dimakannya dengan dia pada ketika berbukanya itu nescaya disuratkan atasnya akan dosa kerana yang demikian itu kurang percaya dengan anugerah Allah Ta‘ala dan kemurahanNya pada mmeberi rezeki akan dia dan kurang yakin ia dengan rezekinya yang dijanjikan oleh Allah Ta‘ala .

( Dan darjat puasa yang ketiga ) ini iaitu martabat Anbiya΄ dan orang yang Shiddiqqin dan orang Muqarrabin yang ‘arifin kerana cita-cita hati mereka itu semata-mata berhadap kepada Allah Ta‘ala dan berpaling hati mereka itu daripada segala yang lain daripada Allah Ta‘ala dan telah masuk mereka itu di dalam makna firman Allah  Ta‘ala :   

Ertinya : “ Ucap olehmu akan Allah Ta‘ala, kemudian maka tinggalkan olehmu akan manusia di dalam pekerjaan mereka itu padahal bermain-main mereka itu ” ya’ni : “ Katakanlah ( kepada mereka ) : "Allah jualah ( yang menurunkannya ) ", Kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya . ( QS Al An‘am : 91 )

Wabillaahi taufiq .


Rujukan : Kitab Sairus Saalikiin jilid 1
PERTANYAAN MUNKAR DAN NAKIIR DITUJUKAN KEPADA SIAPA ?

                  ﺍﻠﺤﺸﺭ  ﻜﺑﻌﺚ  ﻭﺍﺟﺏ  ﻨﻌﻴﻤﻪ  ﺍﻠﻘﺑﺭ  ﻋﺫﺍﺏ  ﺛﻡ  ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ ٩٦

Qau lu hu : su aa lu naa tsum ma ‘a dzaa bul qab ri  na ‘ii mu hu
waa jib ka ba’ tsil Hasy ri .

ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ } Ditanya akan kita ﺍﻠﻘﺑﺭ ﻋﺫﺍﺏ ﺛﻡ } kemudian siksa kubur                         ﻭﺍﺟﺏ ﻨﻌﻴﻤﻪ } nikmatnya ialah wajib ﺍﻠﺤﺸﺭ ﻜﺑﻌﺚ } sepertimana bangkit ke Padang Mahsyar .

Syarah

{ su aa lu naa } bermula ditanya akan kita di dalam kubur { tsum ma ‘a dzaa bul qab ri } kemudian siksa kubur bagi orang kafir serta orang Mu΄min yang derhaka { na ‘ii mu hu waa jib  } dan nikmatnya, ya’ni nikmat kubur ialah wajib iaitu wajib ‘aqli yang ‘aridhi bagi orang Mu΄min yang thaat { ka ba’ tsil Hasy ri } sepertimana bangkit ke Padang Mahsyar .

٦٠٦ ]

ﺍﻟﻤﺆﻤﻧﻴﻦ : ﺍﻟﺪﻋﻭﺓ  ﺃﻤﺔ  ﻤﻌﺎﺷﺭ  ﺇﻴﺎﻧﺎ  ﻧﻜﻴﺭ    ﻤﻧﻜﺭ  ﺴﺆﺍﻞ : ﺃﻱ ( ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ ) : ﻗﻭﻠﻪ

   ﺍﻟﻛﺎﻓﺭ : ﺗﻤﻬﻴﺪﻩ  ﻓﻲ  ﻗﺎﻞ  ﺤﻴﺙ  ﺍﻟﺑﺭ  ﻋﺑﺪ  ﻻﺑﻥ  ﺧﻼﻓﺎ ٬ ﺍﻟﻜﺎﻓﺭﻴﻥ   ﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻘﻴﻥ  

  ٬ ﺍﻫ .  ﺍﻟﻅﺎﻫﺭ  ﻓﻲ  ﻟﻺﺴﻼﻡ  ﻻﻧﺗﺴﺎﺑﻪ  ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻖ  ﺍﻟﻤﺆﻤﻥ  ﻴﺴﺄﻞ  ﻭٳﻧﻤﺎ ٬ ﻴﺴﺄﻞ 
                                          
                                 ٬ ﺧﻼﻓﻪ  ﻋﻟﻰ  ﻭﺍﻟﺟﻤﻬﻭﺭ
                                         
Qau lu hu : ( su aa lu naa ) ai : su aa lu mun ka rin wa na kii rin iy yaa naa ma ‘aa syi ra um ma tid da’ wah : al mu΄ mi nii na wal mu naa fi qii na wal kaa fi rii na, khi laa fan lib ni ‘ab dil barri Hai tsu qaa la fii tam hii dih : al kaa fi ru laa yus a lu, wa in na maa yus a lul mu΄ mi nu wal mu naa fi qu lin ti saa bi hil is laa mi fizh zhaa hi ri . in ta ha . wal jum huu ru ‘a laa khi laa fi hi,

ﻗﻭﻠﻪ } katanya ﺴﺆﺍﻠﻨﺎ } tanya akan kita ﻧﻜﻴﺭ  ﻤﻧﻜﺭ ﺴﺆﺍﻞ : ﺃﻱ } bermula tanya oleh Munkar dan Nakir ﺇﻴﺎﻧﺎ } akan kita ﺍﻟﺪﻋﻭﺓ ﺃﻤﺔ ﻤﻌﺎﺷﺭ } ummat da’wah ﺍﻟﻤﺆﻤﻧﻴﻦ } segala orang beriman ﻭﺍﻟﻜﺎﻓﺭﻴﻥ ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻘﻴﻥ } dan munaafiq dan kafir ﺍﻟﺑﺭ ﻋﺑﺪ ﻻﺑﻥ ﺧﻼﻓﺎ } menyalahikan Ibni ‘Abdil Barr ﻗﺎﻞ ﺤﻴﺙ } pada tempat berkata ia ﺗﻤﻬﻴﺪﻩ ﻓﻲ } di dalam Tamhiid ﻴﺴﺄﻞ  ﺍﻟﻛﺎﻓﺭ } orang kafir itu tidak akan disoal  ﻭﺍﻟﻤﻧﺎﻓﻖ ﺍﻟﻤﺆﻤﻥ  ﻴﺴﺄﻞ  ﻭٳﻧﻤﺎ } dan hanya disoal kepada orang beriman dan orang munaafiq ﺍﻟﻅﺎﻫﺭ ﻓﻲ ﻟﻺﺴﻼﻡ ﻻﻧﺗﺴﺎﺑﻪ } kerana terbangsanya dengan Islam pada zhahir ﺍﻫ } intaha - habis ﻭﺍﻟﺟﻤﻬﻭﺭ } dan jumhur ﺧﻼﻓﻪ ﻋﻟﻰ } berlaku mereka itu atas khilaf .

SYARAH

{ Qau lu hu } Katanya { su aa lu naa } dengan tafsiran ini dapat kita fahami bahawasa su aa lu naa itu mashdar, sa a laa, yas alu mas a la tan, su aa lan – ertinya tanya . su aa lu itu mashdar, naa mudhaf ilaih – dengan taqrir Syeikh kita ini dapat difahami bahawa su aalu – mashdar idhafat kepada maf ‘ul . Maka fa‘ilnya ? { ai : su aa lu mun ka rin wa na kii rin } bermula tanya oleh - oleh shifat fa‘ilnya Munkar dan Nakiir { iy yaa naa } akan kita - naa tadi apabila jadi senggang, kita panggil akan dia dhamir munfashil, ya’ni datang ia dengan rupa iy yaa naa . Dan jika ia berhubung dipanggil dengan nama dhamir muttashil seperti su aa lu naa { su aa lu na } ditanya akan kita tetapi siapa yang dimaksudkan dengan kita di sini ? iaitu { ma ‘aa syi ra } dipanggil nashab ikhtishash, ya’ni seolah-olah kata khusus iaitu { um ma tid da’ wah } semua ummat da’wah – ini umum iaitu semua ummat yang sampai seruan da’wah, sama ada ianya { al mu΄ mi nii na } segala orang yang beriman iaitu sebagai ummatud da’wah wal ijaabah { wal mu naa fi qii na wal kaa fi rii na } dan munaafiq dan kafir menurut jumhur ‘Ulama΄ { khi laa fan lib ni ‘ab dil barri } kerana menyalahi Ibni ‘Abdil Barr yang bermadzhab Maliki { Hai tsu qaa la } pada tempat berkata ia atau kerana berkata ia { fii tam hii dih } di dalam Tamhiid iaitu kitab yang berpuluh juzuk dan jika disusun tingginya hampir separas pinggang { al kaa fi ru laa yus a lu } orang kafir itu tidak akan disoal kerana telah nyata tiada imannya sedangkan soal Munkar dan Nakir itu ialah bagi melahirkan kebenaran, sama ada iman seseorang itu benar ataupun tidak { wa in na maa yus a lul mu΄ mi nu wal mu naa fi qu } dan hanya disoal kepada orang yang beriman dan orang munaafiq { lin ti saa } ini ‘illat suatu mahzhuf, nisbah kepada munaafiq sahaja .

Soal : Kenapa orang munaafiq juga ditanya sedangkan mereka itu pada haqiqatnya termasuk di dalam golongan kafir sedangkan tadi dikatakan al kaafiru laa yus alu ? Jawab : Maka didatangkan ‘illat, ya’ni wa innamaa yus alul munaafiqu { lin ti saa bi hil is laa mi fizh zhaa hi ri } kerana terbangsanya munaafiq itu dengan Islam pada zhahir { intaha } habis bagi pendapat Ibnu ‘Abdil Barr { wal jumhuuru } - ai wal jumhuuru minal ‘Ulama΄ dan jumhur daripada ‘Ulama΄ { ‘a laa khi laa fi hi } atas khilaf yang berlaku di antara mereka itu .

Rujukan : Kitab Tuhfatul Muriid oleh Asy Syeikh Ibrahim Al Baijuri, syarah bagi Kitab Jaharatut Tauhiid oleh Asy Syeikh Ibrahim Al Laqqaani .