Bismillaah .
Di dalam
‘Uyuunul Akhbar, Ath Thusi meriwayatkan daripada Anas bahawa Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam telah bertanya kepada Jibril mengenai firman Allah Ta‘ala :
Ertinya
: “ Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu yang
bertabur dan ditiup angin ” . ( QS Al Qaari‘ah : 5 )
Jibril berkata
: ‘ Segala gunung-ganang menjadi hancur kerana ketakutan Neraka Jahannam . Pada
hari Qiyaamah, ia, ya’ni Neraka Jahannam itu dibawakan serta ditunda dan diarak
dengan 70 ribu tali penunda oleh 70 ribu Malaikat dan ditempatkan di hadapan
Allah Ta‘ala, maka Neraka Jahannam itu pun berkata : ‘ Tiada Tuhan melainkan
Engkau ’ . Demi ketinggianMu dan keagunganMu, sesungguhnya aku mahu menyiksa
keranaMu pada hari ini setiap orang yang memakan rezekiMu dan menyembah
selainMu . Tiada yang terlepas melainkan orang yang ada jawaz ’ .
Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam bertanya : ‘ Wahai Jibril, apa erti jawaz itu ’
? Jibril menjawab : ‘ Orang yang mengucapkan laa i laa ha illal laah, yang akan
lalu melintasi di atas Neraka Jahannam itu ’ .
Riwayat
daripada Adam bin Iyas daripada Ibnu Abbas radhiyallaahu ‘anhuma mengenai
tafsir firman Allah Ta‘ala :
Ertinya
: “ Apabila Neraka melihat mereka daripada tempat
yang jauh, mereka mendengar suara kemarahannya dan suara nyalaannya ” .
(
QS Al Furqan :12 )
Kata Ibnu
Abbas : ‘ Itu ialah sejauh perjalanan 100 tahun . Neraka Jahannam itu ditunda
dengan 70 ribu talu penunda yang setiap satunya ditarik oleh 70 ribu Malaikat .
Jika dibiarkannya nescaya ia akan terus menerkam ahlil mauqif yang baik ( yang
thaat ) dan yang fajir ( yang fasiq ) dan mereka mendengar suara kemarahannya
dan ngaumannya . Sekali ia mengaum, airmata bercucuran jatuh ke bumi hingga
tiada tinggal setitik pun di mata . Kali kedua ia mengaum segala hati gugur
daripada tangkainya dan langit-langit daripada halqumnya . Firman Allah Ta‘ala
:
Ertinya
: “ Segala hati tiba ke halqum ” . ( QS Al
Ahzab : 10 )
Ka‘ab
meriwayatkan pada suatu hari bahawa Umar bin Al Khaththab berkata kepadanya ;
Wahai Ka‘ab, ingatkan kami dengan sesuatu . Aku pun berkata ; Wahai Amirul Mu΄minin !!! Beramallah
mengikut seorang lelaki yang sempurna amalannya seperti amalan 70 orang Nabi
dan pada hari Qiyaamah ia berharap akan dapat menambahkan lagi amalannya itu
kerana amat beratnya kehuru-haraan hari Qiyaamah seperti yang engkau tahu .
Saiyyidina
Umar berkata : Tambahkanlah lagi peringatanmu itu !!! Aku menjawab ; Wahai
Amirul Mu΄minin !!!
Jika dibukakan pintu Neraka Jahannam di sebelah masyriq ( di sebelah matahari
terbit ) sekadar lubang hidung lembu nescaya otak orang yang berada di sebelah maghrib ( di sebelah
matahari terbenam ) akan mengelegak dan mencair kerana amat panasnya .
Saiyyidina Umar berkata : Tambahkanlah lagi !!! Aku menambah ; Wahai Amirul Mu΄minin !!! Neraka Jahannam
itu mengelegak dan mengaum pada hari Qiyaamah Sekali ia mengaum, setiap
Malaikat yang Muqarrabin dan Nabi yang dipilih akan rebah dan melutut serta
masing-masing berkata : ‘ Wahai Tuhanku !!! Diriku … diriku … tiada yang aku
pinta pada hari ini melainkan untuk diriku sahaja . Aku berkata ; Wahai
Amirul Mu΄minin !!! Bukankah ini
tersebut di dalam kitab Allah iaitu firmanNya :
Ertinya
: “ Pada hari setiap diri datang mempertikai
tentang dirinya sendiri ” . ( QS An Nahl : 11 )
Wallaahu a’lam
.
Rujukan :
Kitab Jauhar Al Mauhuub Wa Munabbihaat Al Quluub .