Sabtu, 20 Oktober 2012

Kitab Ad Durun Nafis siri 1

Bismillaah . Wahai saudaraku, hayatilah mutiara-mutiara ‘ilmu agama yang telah ditinggalkan kepada kita oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, para shahabat, tabi’ tabii‘in dan semua ‘alim ‘ulama yang terdahulu daripada kita . Semoga kita sama-sama mendapat manfaat di dunia dan di akhirat . Insyaa Allaah .





HUKUM MEMBERI DAGING QURBAN SEBAGAI UPAH


Bismillaah . 1: WAJIB orang yang melakukan qurban atau ‘aqiqah memberi upah kepada urusetia yang menguruskan binatang qurban atau 'aqiqah mereka itu, sama ada kepada yang menyembelih atau yang melapah atau sebagainya jika urusetia tersebut mahukan upahnya .


2 : Jika orang yang hendak melakukan qurban atau ‘aqiqah tersebut tidak mampu memberikan upahnya kerana jika diberikan upah tersebut, ianya akan menjejaskan nafqah yang wajib atasnya terhadap orang yang di bawah tanggungannya di dalam empat hari iaitu pada hari dan malam hari raya Qurban itu dan tiga hari Tasyrik, maka TIDAK SUNAT ianya melakukan qurban atau ‘aqiqah .    


3 : Haram memberikan upah kepada urusetia majlis qurban tersebut dengan anggota daripada binatang qurban atau ‘aqiqah itu kecuali jika pemberiannya sebagai shadaqah atau sebagai hadiah tetapi jika telah diberikannya sebagai shadaqah atau sebagai hadiah,  TUNTUTAN WAJIB MEMBERI UPAH KEPADA URUSETIA MASIH TIDAK LUPUT JIKA URUSETIA TERSEBUT MAHUKAN UPAHNYA KECUALI JIKA URUSETIA TERSEBUT HANYA MAHU MENOLONG SEMATA-MATA DAN TIDAK MAHUKAN UPAHNYA, MAKA BARULAH TUNTUTAN WAJIB ITU TELAH LUPUT ATAS ORANG YANG MELAKUKAN QURBAN ATAU ‘AQIQAH ITU .

PERHATIAN !!!
( 1 )

KEPADA SESIAPA YANG HENDAK MELAKUKAN QURBAN ATAU ‘AQIQAH, MAKA HENDAKLAH BERTANYA TERLEBIH DAHULU KEPADA PIHAK PENGURUSAN QURBAN ATAU ‘AQIQAH ITU, ADAKAH NILAI HARGA BINATANG QURBAN ATAU ‘AQIQAH TERSEBUT TELAH TERMASUK DENGAN BAHAGIAN UPAH KEPADA PIHAK URUSETIA ATAU TIDAK ?  JADI JIKA IANYA HANYA NILAI BAHAGIAN BINATANG QURBAN ATAU ‘AQIQAH SAHAJA, MAKA WAJIBLAH ATASNYA MEMBAYARKAN UPAHNYA . DAN JIKA BAHAGIAN NILAI HARGA BINATANG QURBAN ATAU ‘AQIQAH TERSEBUT TELAH TERMASUK DENGAN BAHAGIAN UPAH, MAKA TIDAK WAJIB LAGI DIBAYARKAN UPAH KEPADA PIHAK URUSETIA TERSEBUT .

( 2 )

KEPADA SESIAPA YANG MENJADI URUSETIA DI MAJLIS QURBAN ATAU ‘AQIQAH, MAKA APABILA DIBERIKAN SESUATU DARIPADA ANGGOTA BINATANG QURBAN ATAU ‘AQIQAH, MAKA HENDAKLAH BERTANYA TERLEBIH DAHULU KEPADA ORANG YANG MEMBERI, ADAKAH PEMBERIAN ITU SEBAGAI UPAH ATAU SEBAGAI SHADAQAH ( JIKA URUSETIA ITU ADALAH ORANG FAQIR / MISKIN ) ATAU SEBAGAI HADIAH ( JIKA URUSETIA ITU ADALAH ORANG KAYA ) ? JADI JIKA SEBAGAI UPAH, MAKA JANGANLAH DIAMBIL AKAN DIA KERANA IANYA ADALAH HARAM !!!

4 : Kepada sesiapa yang pernah memberi anggota daripada binatang qurban atau ‘aqiqah sebagai upah, maka WAJIB beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH . Dan kepada urusetia yang pernah menerima anggota daripada binatang qurban atau ‘aqiqah sebagai upah, maka WAJIB beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH dan WAJIB mengembalikannya semula atau mengantikannya dengan nilai harganya .    

WALLAAHU A’LAM .