Jumaat, 6 Julai 2012

Puasa Siri 6


Fashal Pada Menyatakan Fidyah Puasa Yang Wajib Iaitu Suatu Mud Daripada Jenis Kuat Yang Memadai Akan Fitrah


( Bermula ) Wajib fidyah itu dengan tiga thariiq :

( Thariiq yang pertama ) Luput diri puasa sebab mati atau sebab tiada kuasa atas puasa, maka iaitu terbahagi ia atas dua bahagi :

( Pertama ) Orang yang mati dan ada atasnya qadha΄ puasa yang wajib daripada Ramadhan atau nadzar atau kaffarah dan dapat ia masa mengqadha΄kan dia pada ketika hidupnya, maka tiada diqadha΄nya akan dia atau tiada dapat mengqadha΄ dia pada ketika hidupnya tetapi adalah puasanya itu luput dengan tiada uzur, maka wajib pada dua shurah ini dikeluarkan fidyahnya daripada harta peninggalannya bagi tiap-tiap sehari satu mud sebilang harinya yang luput, maka berbilanglah mud fidyahnya itu sebilang banyak hari puasa yang luput kerana disuruhkan oleh Nabi s.a.w mengeluarkan makanan akan fidyahnya bagi miskin seperti yang tersebut di dalam hadits riwayat Tirmidzi . Atau dipuasakan daripadanya oleh keluarganya dan jikalau tiada berwashiat ia akan dia sekalipun dengan mempuasakan dia dan tiada keluarganya itu ‘ashabahnya dan tiada ada mewaris dia sekalipun atau dipuasakan daripadanya oleh orang yang helat dengan washiatnya atau dengan izin keluarganya dengan upah atau dengan tiada upah kerana sabda Nabi s.a.w :

مَنْ مَاتَ وَ عَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيّهُ ﴿

Ya’ni : Barang siapa mati ia dan ada atasnya puasa yang wajib hendaklah dipuasakan daripadanya oleh walinya ’, Ya’ni keluarganya . R. Bukhari dan Muslim

Dan lagi, sabda Nabi s.a.w bagi seseorang perempuan yang berdatang sembah baginya : ‘ Bahawasanya ibu hamba telah mati dan ada atasnya puasa nadzar, hamba puasakankah daripadanya ? Maka sabdanya :

ٲمِّكِ عَنْ صُومِى ﴿

Ya’ni :Puasakan olehmu daripada ibumu ’ . R. Muslim .

Maka jika ada atasnya seseorang puasa wajib tiga puluh hari, maka dipuasakan oleh tiga puluh orang keluarganya atau orang helat dengan washiat mayat atau dengan izin keluarganya di dalam sehari, maka iaitu memada ia . Dan adalah bandingan seperti ada atas seseorang haji Islam dan haji nadzar dan haji qadha΄, maka diupahkan daripadanya tiga orang akan mengerjakan tiga haji itu masing-masing, maka dikerjakan oleh mereka itu akan dia di dalam setahun, maka iaitu memadai . Maka diketahui daripada yang tersebut itu jika ada bagi mayat itu tarikah, wajiblah dikerjakan salah suatu daripada dua perkara yang tersebut itu iaitu sama ada mengeluarkan fidyah daripada tarikahnya atau dipuasakan ganti daripadanya tetapi mengeluarkan fidyah itu terafdhal daripada mempuasakan ganti akan dia . Dan jika tiada baginya tarikah, maka tiadalah wajib atas waris mengerjakan salah suatu daripada keduanya, hanya sunat jua . Dan tiada harus, lagi tiada memadai bagi orang yang helat mengeluarkan fidyah daripadanya dan mempuasakan daripadanya melainkan dengan washiat mayat atau dengan izin keluarganya .

( Dan demikian lagi ) Tiada sah bagi seseorang mempuasakan daripada orang yang lagi hidup dan jika tiada kuasa puasa sebab sangat tuanya atau sakit sekalipun .

( Dan disyaratkan ) Bagi keluarganya yang mempuasakan daripadanya dan yang memberi izin bagi lainnya itu bahawa adalah ia ‘aqil baligh . Adalah bandingnya seperti disyaratkan bagi orang yang menghajikan akan lainnya keadaannya ‘aqil lagi baligh dan tiada disyaratkan keadaannya merdeka dan rasyid dari kerana sahaya dan yang safih, fardhu atas keduanya puasa . Dan jika enggan keluarganya yang ‘aqil baligh itu daripada puasa dan enggan memberi izin atau tiada bagi mayat itu keluarganya atau ada ia, ya’ni keluarganya itu adalah kanak-kanak atau yang gila, adakah memberi izin Hakim akan gantinya atau tiada ? Bersalah-salahan pada yang demikian itu Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli dan lainnya . Kata Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah ; Tiadalah harus Hakim memberi izin tetapi jika ada bagi mayat itu tarikah, wajiblah dikeluarkan daripadanya fidyah jua dan jika tiada baginya tarikah, maka tiada wajib suatu jua pun . Dan kata Syeikh Ramli di dalam Nihaayah ; Memberi izin oleh Hakim akan orang yang helat pada mempuasakan daripadanya . Dan jikalau bersalah-salahan waris, kata setengah mereka itu ; Kita keluarkan daripadanya fidyah, dan kata setengah ; Kita puasakan daripadanya, nescaya diperkenankanlah kata yang menghendaki mengeluarkan fidyah dari kerana pada memada ia mengeluarkan fidyah ganti puasa dengan ijma’ sekalian ‘Ulama΄ . Bersalahan pada puasa . Dan jikalau berbilang waris dan tiada seorang jua pun daripada keluarga mayat yang berkehendak mempuasakan daripadanya hendaklah dibahagikan atas mereka itu sekalian mud atas kadar bahagian mereka itu pada warisnya, kemudian barang siapa yang kena bahagian daripada mud haruslah dikeluarkannya akan fidyah dan harus dipuasakannya daripadanya dan hendaklah dijabarkan jika ada sebagai contoh sekiranya si mati berhutang puasa wajib 30 hari, setengah daripada warisnya hendaklah membayar fidyah sebanyak 15 cupak dan setengah yang lain hendaklah berpuasa 15 hari bagi mencukupkan 30hari, tetapi jika ada puasa yang wajib itu sehari itu, maka tiada harus dikerjakan setengahnya dengan fidyah dan setengahnya dengan puasa .

Syahdan ﴿ Jikalau mati seseorang dan ada atasnya qadha΄ shalat fardhu atau i’tikaf fardhu, tiadalah dikerjakan shalatnya ganti daripadanya dan tiada i’tikaf ganti daripadanya dan tiada dikeluarkan daripadanya fidyah, ya’ni tiada memadai yang demikian itu kerana ketiadaan warid yang demikian itu daripada Nabi s.a.w dan daripada Shahabat . Inilah qaul yang mu’tamad atas Madzhab Imam Syafi‘e tetapi pada i’tikaf itu ada suatu qaul daripada Syafi‘e bahawasanya dii’tikafkan daripadanya seperti puasa .

( Dan demikian lagi ) Pada shalat ada suatu qaul daripada Syafi‘e bahawa dishalatkan daripadanya, sama ada ia berwashiat atau tiada . Telah menghikayatkan akan qaul ini oleh Al ‘Ibaadi daripada Imam Syafi‘e dan menghikayatkan akan dia yang lainnya daripada Ishaq dan ‘Athaa΄ kerana ada hadits padanya tetapi dhaif . Dan menaqal Ibnu Burhan daripada qaul qadim bahawasanya wajib atas wali mayat itu jika ada ia meninggalkan tarikah bahawa ia mengerjakan shalatnya daripadanya seperti puasa jua .

( Dan demikian lagi ) Ada pada shalat suatu wajah yang berpegang atasnya kebanyakan daripada segala Shahabat ( ashhab Syafi‘ie ) bahawa dikeluarkan daripadanya fidyah bagi tiap-tiap satu shalat satu mud dan telah memilih akan qaul yang pertama daripada dua qaul yang dhaif ini beberapa jama‘ah daripada Fuqaha΄ yang muhaqqiqin lagi mutaakhkhiriin dan telah mengerjakan dengan dia, Imam Subki akan setengah daripada keluarganya yang mati .

( Bagi yang kedua ) Wajib fidyah dengan tiada qadha΄ atasnya itu barang siapa yang tiada puasa Ramadhan atau nadzar atau qadha΄ atau kaffarah kerana uzur yang tiada diharap hilangnya seperti ada ia tiada kuasa puasa sebab sangat tua atau sakit yang tiada diharap sembuhnya maka wajib dikeluarkan fidyahnya bagi tiap-tiap sehari suatu mud kerana firman Allah Ta‘ala :

Ya’ni : “ Wajib atas segala mereka yang tiada kuasa untuk berpuasa memberi fidyah makanan akan orang miskin ” .

Tetapi jika diberatinya dirinya atas puasa dan puasa ia dengan masyaqqah, sahlah puasanya dan tiada fidyah atasnya . Dan jika tiada kuasa ia memberi fidyah sebab papanya, maka gugurlah wajib fidyah daripadanya, maka hukumnya seperti fitrah . Inilah yang dirajihkan oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah kerana mengikut kata Imam Nawawi di dalam Majmu’ . Dan yang dirajihkan oleh Syeikh Ramli di dalam Nihaayah dan Khathib Syarbini di dalam Mughni bahawa tiada gugur wajib fidyah itu sebab papanya, hanya adalah ia tetap tertanggung pada dzimmahnya jua . Dan jika kuasa kemudiannya orang yang tua dan yang sakit itu atas puasa, tiadalah qadha΄ atas keduanya dengan muwaafaqat atasnya Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli dan Khathib Syarbini telah gugur puasa itu daripadanya dari kerana fidyah itu wajib atas keduanya pada mula -mula pertama, maka memadailah fidyah itu daripadanya . Bersalahan orang yang ma’dhuub ( orang yang tertahan daripada menunaikan haji ) yang kuasa ia pergi Haji kemudian dihajikan daripadanya .

( Thariq yang kedua ) Daripada segala thariiq wajib fidyah itu kerana luput fadhilat waktu, maka iaitu pada dua bagi :

( Pertama ) Perempuan yang bunting dan yang menyusukan kanak-kanak yang tiada ia mutahayyirah apabila berbuka keduanya kerana takut atas kanak-kanak daripada gugur atau kurang air susu, maka jadi mudharatlah ia dengan mudharat yang mengharuskan tayammum dan jika ada keduanya itu sakit atau musafir atau ada yang menyusukan itu menyusukan anak orang lain dengan mengambil upah atau dengan kerana Allah Ta‘ala sekalipun, maka wajib atas keduanya fidyah serta qadha΄ kerana ayat yang tersebut itu . Adapun jika ada yang menyusukan itu mutahayyirah, maka tiada wajib atasnya fidyah kerana syak, ia akan thuhur, itupun jika berbuka ia enam belas hari atau kurang maka jika berbuka ia lebih daripadanya, wajiblah atasnya fidyah pada yang lebih daripadanya .

( Bermula ) Berbuka puasa bagi perempuan yang bunting dan yang menyusukan itu harus jua tetapi wajib berbuka keduanya jika takut keduanya atas kebinasaan kanak-kanak keduanya tetapi tempatnya pada yang menyusukan dengan mengambil upah atau dengan kerana Allah Ta‘ala jika tiada diperoleh perempuan yang lain yang menyusukan . Dan tiada berbilang fidyah sebab berbilang kanak-kanak yang disusukannya . Bersalahan dengan ‘aqiqah .

Dan jika ada perempuan yang bunting dan yang menyusukan itu sakit atau ada keduanya itu musafir, maka berbuka keduanya dengan niat tarakhkhush kerana sakit atau kerana safarnya, tiada kerana takut akan mudharat kanak-kanak atau dengan niat tarakhkhush kerana keduanya, ya’ni kerana sakit atau safar dan kerana takut akan mudharat kanak-kanak atau tiada diqashadnya akan suatu daripada keduanya, maka tiadalah wajib fidyah atas keduanya . Bersalahan jika berbuka keduanya dengan niat tarakhkhush kerana takut akan mudharat kanak-kanak jua, tiada kerana sakit atau safar, maka wajiblah fidyah atas keduanya seperti yang telah terdahulu kenyataannya . Maka keluar dengan kata takut kanak-kanak barang yang jikalau berbuka yang bunting dan menyusukan kerana takut atas mudharat diri keduanya dan jikalau serta takut akan mudharat kanak-kanak sekalipun, maka tiadalah wajib fidyah atas keduanya, maka iaitu seperti sakit yang diharap sembuhnya .

( Bagi yang kedua ) Wajib fidyah serta qadha΄ barang siapa yang berbuka kerana melepaskan aadami ma’shum ( manusia yang ma’shum ) atau haiwan yang muhtaram yang hampir akan binasa dirinya atau anggotanya atau manfaat anggotanya sebab lemas atau shaail ( penyerbu ) atau lainnya yang tiada dapat ia melepaskan dia dengan berbuka dan tiada ia perempuan yang mutahayyirah dan tiada ada ia sakit atau musafir, sama ada aadamii yang dilepaskan itu merdeka atau sahaya dan sama ada sahaya itu milik baginya atau bagi orang lainnya .

( Dan demikian lagi ) Haiwan yang muhtaram yang lain daripada aadamii itu, sama ada ia milik baginya atau milik bagi lainnya . Maka keluar dengan kata, ‘haiwan’, iaitu melepaskan harta yang tiada baginya roh, maka tiada wajib fidyah atasnya jika ada harta itu miliknya . Adapun jika ada yang melepaskan itu perempuan yang mutahayyirah atau ada ia sakit atau musafir maka berlaku pada sekalian mereka itu di sini segala tafshil mereka itu yang telah tersebut pada yang menyusukan dan yang bunting .

( Dan thariiq yang ketiga ) Menta΄khirkan qadha΄ Ramadhan, maka wajib fidyah bagi tiap-tiap sehari satu mud atas barang siapa yang menta΄khirkan qadha΄ Ramadhan hingga masuk Ramadhan yang lain dengan tiada uzur seperti dapat akan dia mengqadha΄ dia di dalam tahun itu sebab sunyi ia daripada sakit dan safar sekira-kira ada masa meluluskan mengerjakan qadha΄ kerana hadits yang dhaif menguatkan akan dia fatwa enam orang daripada segala Shahabat Nabi s.a.w . Dan lagi, kerana derhaka ia dengan haram menyahaja menta΄khirkan dia pada ketika itu . Adapun jika dita΄khirkannya akan dia dengan uzur seperti bahawa berkekalan ia sakit atau musafir atau bunting atau menyusukan daripada Ramadhan itu hingga masuk Ramadhan tahun yang lain atau dita΄khirkannya akan dia kerana jahil akan haramnya atau kerana lupa atau digagahi orang akan dia, maka tiadalah wajib atasnya fidyah sebab ta΄khir itu selama ada lagi kekal uzurnya dan jikalau berkekalan ia beberapa tahun sekalipun kerana menta΄khirkan puasa itu harus pada adaa΄ sebab uzur, maka menta΄khirkan dia pada qadha΄ sebab uzur terlebih utama harusnya .

( Dan ) Berbilanglah mud ta΄khir itu sebab berbilang tahun umpamanya jika dita΄khirkannya qadha΄ puasa sehari hingga empat tahun, maka wajib atasnya empat mud . Dan jika dita΄khirkannya qadha΄ puasa tiga puluh hari hingga akhir empat tahun, wajib atasnya seratus dua puluh mud . Inilah hukumnya jika ada ia hidup . Dan jika ada ia mati, maka jika tiada dipuasakan oleh kerabatnya daripadanya, hendaklah dikeluarkan daripada tirkahnya bagi tiap-tiap sehari dua mud, satu mud kerana puasa yang luput, satu mud kerana ta΄khir . Maka jika dita΄khirkan qadha΄ sehari hingga empat tahun umpamanya hendaklah dikeluarkan daripada tirkahnya lima mud . Dan jika dita΄khirkannya qadha΄ puasa 30hari hingga empat tahun maka hendaklah dikeluarkan daripada tirkahnya 150mud . Demikianlah diqiyaskan atas yang lain daripada itu .

Syahdan ﴿ Adalah tempat memberikan sekalian fidyah itu segala faqir dan miskin jua, tiada yang lainnya daripada segala mustahiq zakat . Maka masuk pada miskin itu faqir kerana ia terhajat halnya daripada miskin, maka adalah faqir itu terlebih utama memberi dia daripada miskin . Dan harus memberikan sekalian mud itu bagi seseorang faqir atau miskin . Dan tiada harus memberikan satu mud bagi dua orang kerana yang satu mud itu satu mud fidyah yang sempurna dan sanya Allah Ta‘ala mewajibkan memberikan satu fidyah yang sempurna bagi seorang, maka tiada harus memberikan yang kurang daripada satu fidyah baginya tetapi harus memberikan dua fidyah bagi seorang seperti harus memberikan dua zakat bagi seorang . Dan hanyasanya wajib memberikan segantang fithrah kepada dua puluh dua orang iaitu tiga orang daripada tiap-tiap golongan yang tujuh dan ‘amil kerana bahawasanya ia zakat yang mustaqil dan iaitu dengan nash wajib memberikan dia bagi sekalian mereka itu . Seperkara lagi, ta‘alluq tamak sekalian mustahiq dengan dia terlebih keras .