Selasa, 6 Mac 2012

Kitab Bahrul Madzii

Bab yang telah datang ia pada menyatakan hadits yang menunjukkan beramal segala amal itu kerana Allah


Ketahuilah kiranya ya saudaraku, bermula amal kerana Allah itu maknanya diperbuat kerana menjunjung suruh Allah Ta‘ala, maka apabila seseorang itu beramal ia kerana menjunjung suruh Tuhan, maka ialah amal yang dipuji oleh Syara’ .


Nabi s.a.w bersabda : ‘ Barang siapa memberi shadaqah ia atau hadiah atau hibah kerana Allah dan menahan ia daripada bershadaqah dan lainnya kerana Allah dan kasihi akan saudaranya sesama Islam itu kerana Allah dan benci ia akan saudaranya sesama Islam itu kerana Allah dan berkahwin ia kerana Allah, maka sesungguhnya telah menyempurna ia akan imannya ’ .

Masalah : Memberi kerana Allah, ya’ni bershadaqah dengan sebab menjunjung suruh Allah, bukannya kerana menunjukkan diri sendiri itu suka menderma dan bukannya kerana meminta puji pada orang ataupun kerana berlawan siapa berani membuang harta, bahkan diperbuat bershadaqah itu kerana telah disuruh Allah biar seseorang ada hartanya itu bershadaqah dan menolong orang yang berhajat . Mudah-mudahan dengan amal yang baik itu serta dengan niat baik ada datang rahmat Tuhan dan jauh daripada balanya .    

Masalah : Menahan kerana Allah, ya’ni tidak memberi shadaqah itu kerana menjunjung suruh Allah seperti datang seseorang yang meminta shadaqah cukup dengan kerasnya dan busuk-busuk cakap yang dikeluarkannya, maka tidak diberi shadaqah kepadanya supaya dapat pengajaran ia, atau seperti orang yang tahi judi meminta shadaqah, apakala diberi shadaqah kepadanya nescaya dijudikannya,  atau minum arak ia, atau berzina ia, atau diperbuatnya apa makshiat maka tidak diberi shadaqah kepadanya supaya ia tiada memperbuat judi atau minum arak atau berzina dan berbuat ma’shiat, maka ditahan, ya’ni tidak memberi shadaqah kepadanya itu disuruh Syara’ oleh kita kerana menolakkan dirinya daripada jahat ma’shiat itu .

Masalah : Kasih akan saudara sesama Islam itu kerana Allah, ya’ni kerana menjunjung suruh Allah apabila adalah saudara itu kasihkan Allah, ya’ni berjalan sebagaimana yang disuruh Allah, maka kasih engkau akan dia itu kerana baiknya dan kerana berjalan sebagai hukum Allah dan RasulNya, bukannya kasih akan dia itu kerana hartanya kalau-kalau dapat ditumpang atau kasihkan dia kerana bijaknya atau kerana eloknya atau kerana dapat pertolongannya dan lainnya, maka kasih kerana yang demikian itu ditegah pula oleh Syara’ kita .

Masalah : Benci akan saudara sesama Islam itu kerana Allah, ya’ni kerana orang itu menyalahi yang disuruh Allah seperti berbuat ma’shiat ia akan apa ma’shiat besar dan kecil dan tidak ia mahu taubat daripada ma’shiatnya itu, maka benci dan marah kamu akan tabiatnya itu, maka yang demikian itu benci yang dipuji Syara’. Adapun jikalau benci kamu akan saudara itu kerana ia tidak mahu menurut seperti kehendakmu yang berbetulan dengan hawa nafsu, maka iaitu benci yang ditegah Syara’ kita .

Masalah : Kasih kerana Allah dan benci kerana Allah itu yang terlebih utama iman . Nabi s.a.w. bersabda : ‘ Bahawa engkau kasih kerana Allah dan engkau benci kerana Allah dan engkau amalkan lidah engkau pada dzikir akan Allah iaitu bahawa engkau sukakan orang-orang itu barang yang kamu sukakan bagi dirimu dan engkau bencikan bagi orang-orang itu akan barang yang kamu benci bagi dirimu ’ .

Masalah : Kasihkan orang. ya’ni sukakan bagi orang-orang itu akan apa yang engkau sukakan bagi dirimu daripada bermacam-macam kebajikan dan berbagai-bagai kebaikan dan engkau jauhkan segala kejahatan dan kemudharatan daripada mereka itu sebagaimana engkau jagakan daripada dirimu .

Masalah : Berkahwin kerana Allah, ya’ni berkahwin kerana menjunjung suruh Allah supaya terpelihara dirimu daripada berzina dan jauh kamu daripadanya sebagaimana firman Allah ertinya : “ Bermula faraj-faraj isteri-isteri kamu itu tempat bertanam anak bagi sekalian kamu, maka tanamlah pada tempat tanam kamu itu sebagaimana kehendak kamu dan persembahkan oleh sekalian kamu bagi dirimu daripada anak yang shaleh dan takut oleh sekalian kamu akan Allah jima’ isteri itu dari lubang duburnya atau jima’ akan dia di dalam haidh . Dan ketahui oleh sekalian kamu bahawasanya itu jumpa akan Tuhan itu dan beri suka olehmu ya Muhammad akan orang-orang Mu’min yang menjauhkan diri daripada jima’ isterinya pada dubur atau dalam haidh itu dengan Syurga ” .

Kitab Al Yawaaqit Wa Al Jawaahir Fii ‘Uquubah Ahli Al Kabiir

  Amaran Bagi Orang Yang Meminum Arak  ﴿

Sabda Nabi s.a.w : ‘ Didatangkan pada hari Qiyaamah, orang yang minum arak itu, hitam mukanya dan biru matanya dan pada lidahnya terjulur atas dadanya, maka mengalirlah atas mulutnya nanah, maka bencilah sekalian manusia daripadanya, maka jangan kamu beri salam atasnya dan jangan kamu ziarahi akan dia apabila ia sakit dan jangan kamu shalat atasnya apabila ia mati kerana bahawasanya ia kepada Allah Ta‘ala seperti orang yang menyembah berhala . Barang siapa minum arak dan di dalam dunia, diharamkan Allah Ta‘ala atasnya minum di dalam Syurga ’ .

Dan lagi sabda Nabi s.a.w : ‘ Keluar orang yang minum arak itu daripada kuburnya terlebih busuk daripada bangkai dan tempat arak itu digantungkan pada lehernya dan mangkuk tempat minum itu pada tangannya dan dipenuhkan antara kulitnya dan dagingnya itu beberapa ular dan kala dan dipakaikan akan dua kasut daripada api Neraka, maka mendidihlah ia daripada keduanya itu otak kepalanya dan jadilah kuburnya itu satu lubang daripada lubang api Neraka padahal ia serta dengan Fir‘aun dan Haman di dalam api Neraka yang terlebih  di bawah yang bernama Hawiyah ’ .

Nabi s.a.w bersabda : ‘ Barang siapa memberi minum atau makan akan orang yang minum arak satu suap daripada makanan, dikeraskan Allah Ta‘ala atas tubuhnya beberapa ular dan kala jengking mengigit mereka itu akan dia pada hari Qiyaamah . Dan barang siapa menyampaikan hajatnya, maka sungguhnya orang itu menolongi ia atas meruntuhkan agama Islam . Dan barang siapa memberi berhutang akan dia satu dirham, maka sungguhnya orang yang itu telah menolongi atas membunuh orang yang Mu΄min . Dan barang siapa sekedudukan ia akan dia, dihimpunkan Allah Ta‘ala pada hari Qiyaamah padahal ia bunuh tiada hajat baginya, ya’ni tiada perpegangan yang melepaskan akan dia ’ .

Dan barang siapa menghalalkan arak, maka bahawa lepas daripada aku dan aku lepas daripadanya kerana bahawasanya Allah Ta‘ala bersumpah dengan kebesaranNya . Dan barang siapa minum ia akan arak di dalam dunia, nescaya tiada minum ia akan dia di dalam akhirat . Dan barang siapa meninggalkan minum akan dia kerana takut dia akan Aku, nescaya Aku beri akan dia arak di dalam Syurga yang bernama Hadhirah Al Quds ’ .

Asma binti ‘Umaisy berkata ia : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ia : ‘ Barang siapa meminum arak, tiada diterima shalatnya 7 hari . Maka jikalau hilang ‘aqalnya, tiada diterima daripadanya kebajikan 40 hari . Maka apabila mati ia sebelum sampai 40 hari, maka ia di dalam ma’shiat . Dan jika taubat ia daripadanya, diterima Allah Ta‘ala akan taubatnya . Jikalau kembali ia akan minum dia, adalah Allah Ta‘ala memberi minum akan dia danur orang yang          di dalam Neraka ’ .

Kata setengah ‘Ulama΄ : Bahawasanya Allah memberi minum Ia akan orang yang minum arak di dalam dunia ini, dibalaskan Allah di dalam Neraka Jahannam akan satu tempat daripada api Neraka yang menjatuhkan daripadanya dua matanya dan dagingnya mukanya . Apabila ia minum akan dia, telah putuslah sekalian isi perutnya dan keluar daripada duburnya .

Rujukan :
Kitab Al Yawaaqit Wa Al Jawaahir Fii ‘Uquubah Ahli Al Kabiir