Selasa, 1 Mei 2018

Perihal Syurga ( Rupa Pohon Kayu Di Dalam Syurga )




2 : Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Di dalam Syurga itu ada pohon kayu yang menjadi tempat bersuka-suka orang-orang isi Syurga itu, maka pohon-pohon kayunya itu ada yang besar-besar sebagaimana tersebut di dalam hadits yang menunjukkan atas yang demikian itu . Maka haditsnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘’Isa At Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu daripada Rasuulullaah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bahawasanya telah bersabda ia :

Bahawasanya di dalam Syurga itu pohon kayu yang besar-besar boleh berjalan penunggang kuda yang berlari dengan tangkasnya di bawah naungnya kira-kira seratus tahun ’ .  

Kata Abu ‘Isa : Dan pada bab ini ada riwayat Anas bin Malik dan Abi Sa‘id  Al Khudri radhiyallaahu ‘anhuma : Katanya lagi : Bermula ini hadits shahih .

3 . Masalah : Naungan pohon kayu di dalam Syurga sangat lanjutnya

Maka tentulah lanjut dan panjang naungnya itu daripada besar pohon kayunya Demikianlah tersebut di dalam hadits seumpama yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam sabdanya :

Di dalam Syurga itu satu pohon kayu yang besar boleh berjalan penunggang kuda dengan memecut kudanya yang tangkas menjajahi bawah naung pohon itu selama seratus tahun tiada terhabiskan perjalanannya dan jajahnya ’ . Dan sabdanya : ‘ Itu naungan yang panjang sebagaimana tersebut di dalam Al Quran itu ’ .
Kata Abu ‘Isa At Tirmidzi : Bermula ini hadits hasan lagi gharib .

Dan ada tersebut di dalam At Targhib Wat Tarhib akan riwayat Ibnu Abbas menerangkan azh zhillul mamduud itu dengan katanya :

Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya ‘Abdullah bin Abbas radhiyallaahu ‘anhuma katanya :

Bermula bayang-bayang yang lanjut itu iaitu satu pohon kayu di dalam Syurga berdiri atas batangnya, besarnya kadar boleh berjalan penunggang kuda yang dipecut pada naungnya seratus tahun tiada boleh meratai sekalian pihaknya, maka keluar ahli Syurga orang-orang dalam bilik-biliknya dan lainnya pergi ke bawah naungan kayu itu, lalu berbual mereka itu di bawah naungan itu dengan bermacam bualan jenaka dan macam cakap yang menyukakan hati . Katanya :  Maka di dalam hal itu datang ingin setengah mereka itu dan ingat akan main-mainan dalam dunia, maka diutus Allah akan angin bertiup sepoi-sepoi dari Syurga itu, lalu bergerak pohon kayu itu dengan mengeluarkan semua main yang di dalam dunia ’ .     

4 . Masalah : Pohon kayu Syurga itu berbatang besar dan cukup rendangnya, cukup ada dengan daun dan dahan-dahan dan batangnya sangat bagus warnanya iaitu semacam warna emas bersinar-sinar dan licin berkilau-kilau rupanya .

Demikianlah datang khabarnya sebagai yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu katanya : Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Tiada dalam Syurga itu satu pohon melainkan batangnya daripada emas, ya’ni warna batangnya itu sebagai warna emas licin bersinar dan kuning ’ .

Kata Abi ‘Isa : Bermula ini hadits hasan lagi gharib .

Satu lagi hadits yang menunjukkan atas yang demikian ada tersebut ia di dalam At Targhib Wat Tarhib iaitu katanya : Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu katanya, telah bersabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :  Bahawasanya di dalam Syurga itu pohon kayu batangnya daripada emas dan dahan-dahannya daripada zabarjad dan lu’lu’ supaya elok rupa nampaknya . Maka bertiup angin baginya, maka berbunyi ia akan bunyi yang bagus, maka tiada didengar oleh orang-orang yang mendengar apa suara sekali-kali lebih sedap bunyi daripadanya ’ .  

Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi juzu΄ 18 .

Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan )



Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Ummat Muhammad ini telah dikurnia Tuhan setuah-tuah ummat dan telah dilebihkan Tuhan daripada ummat—ummat Nabi yang dahulu beberapa perkara yang tertentu, satu daripadanya iaitu sebagai sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Kitalah orang yang akhir masa zhahir ke dunia, lagi orang-orang yang dahulu masa zhahir pada hari Qiyaamah ’ .

Maka jadilah ummat Muhammad itu ummat yang dahulu keluar dari bumi dan dahulu daripada segala ummat pergi berhimpun di Padang Mahsyar dan dahulu daripada segala ummat yang bernaung di bawah ‘Arasy dan dahulu daripada segala ummat diputuskan hukum dan hisab dan dahulu daripada segala ummat melalui Titian Shirath dan dahulu daripada segala ummat pergi masuk Syurga dan lebih banyak yang masuk Syurga, tiada boleh siapa dahulu daripadanya jikalau Nabi-Nabi sekalipun . Demikianlah datang pada khabar-khabar .

Maka kemudian daripada itu masuklah ummat Muhammad dengan berpuak-puak berikut-ikutan dan bershaf-shaf masuknya . Maka puak yang pertama itu masuk Syurga dengan cukup perhiasannya dan mukanya gilang-gemilang seperti bulan purnama empat belas hari bulan . Demikianlah datang khabarnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya :

Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda ia :

Bermula awal puak yang masuk Syurga itu atas rupa bulan pada malam empat belas . Dan bermula puak yang keduanya atas rupa yang lebih elok daripada bintang yang mengerlap di langit, bagi tiap-tiap lelaki yang masuk Syurga daripada mereka itu dua isteri daripada perempuan lain daripada segala bidadari, atas tiap-tiap seorang daripada isteri itu tujuh puluh lapis daripada pakaian Syurga, nampak zhahir otak tulang betisnya dari belakang, ya’ni dari luar daging dan kulitnya ’ .

Kata Abu ‘Isa : Bermula ini hadits hasan lagi shahih .

Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi juzu΄ 18 .

Isnin, 30 April 2018

Tuhfatul Muriid ( Api Neraka )





 Wahai orang-orang yang beriman, jagalah akan diri-diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada Neraka . Bermula bahan bakarnya ialah manusia dan batu ” . QS At Tahriim : 6 .

Bismillaah . Dan telah sebut Ibnu ‘Arabi bahawasa ini api yang ada di dalam dunia ini barang yang telah mengeluar akannya oleh Allah kepada manusia daripada Neraka Jahannam sehingga diselam akan dia di dalam laut dua kali . Dan ada yang mengatakan sehingga tujuh puluh kali . Dan jika tidak diselam akan yang demikian itu, tidak boleh ambil manfaat dengannya oleh seseorang pun daripada kerana panasnya dan memadalah dengan dia, ya’ni dengan ini api hal keadaannya jadi yang menakuti .

Dan selepas daripada diambilkan api dunia daripadanya, ya’ni daripada Jahannam itu dipernyalakan atasnya seribu tahun sehingga jadi putih ia kemudian dipernyalakan atasnya pula seribu tahun sehingga jadi ia merah kemudian dipernyalakan atasnya seribu tahun pula sehingga hitam ia, maka ia hitam lagi kelam dan panasnya iaitu hawaa΄ yang menghangus dan tidak ada bara baginya, ya’ni bagi Neraka itu selain daripada Bani Adam dan batu-batu yang diambil akan dia perbuat Tuhan yang disembah daripada selain Allah .

Rujukan : Kitab Tuhfatul Muriid .

Sabtu, 28 April 2018

Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan )


Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan )

Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Ummat Muhammad ini telah dikurnia Tuhan setuah-tuah ummat dan telah dilebihkan Tuhan daripada ummat—ummat Nabi yang dahulu beberapa perkara yang tertentu, satu daripadanya iaitu sebagai sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Kitalah orang yang akhir masa zhahir ke dunia, lagi orang-orang yang dahulu masa zhahir pada hari Qiyaamah ’ .

Maka jadilah ummat Muhammad itu ummat yang dahulu keluar dari bumi dan dahulu daripada segala ummat pergi berhimpun di Padang Mahsyar dan dahulu daripada segala ummat yang bernaung di bawah ‘Arasy dan dahulu daripada segala ummat diputuskan hukum dan hisab dan dahulu daripada segala ummat melalui Titian Shirath dan dahulu daripada segala ummat pergi masuk Syurga dan lebih banyak yang masuk Syurga, tiada boleh siapa dahulu daripadanya jikalau Nabi-Nabi sekalipun . Demikianlah datang pada khabar-khabar .

Maka kemudian daripada itu masuklah ummat Muhammad dengan berpuak-puak berikut-ikutan dan bershaf-shaf masuknya . Maka puak yang pertama itu masuk Syurga dengan cukup perhiasannya dan mukanya gilang-gemilang seperti bulan purnama empat belas hari bulan . Demikianlah datang khabarnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya :

Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda ia :

Bermula awal puak yang masuk Syurga itu atas rupa bulan pada malam empat belas . Dan bermula puak yang keduanya atas rupa yang lebih elok daripada bintang yang mengerlap di langit, bagi tiap-tiap lelaki yang masuk Syurga daripada mereka itu dua isteri daripada perempuan lain daripada segala bidadari, atas tiap-tiap seorang daripada isteri itu tujuh puluh lapis daripada pakaian Syurga, nampak zhahir otak tulang betisnya dari belakang, ya’ni dari luar daging dan kulitnya ’ .

Kata Abu ‘Isa : Bermula ini hadits hasan lagi shahih .

Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi juzu΄ 18 .

Ahad, 22 April 2018

Ditimbang Segala Amalan


Bismillaah . Dan firmanNya Ta‘ala *

Ertinya : “ Dan timbang itu pada hari itu ialah yang sebenar ” .  
QS Al Anbiyaa΄ : 47


Maka ditimbangkan segala kebaikan dan kejahatan, maka mereka yang berat kebajikannya di atas kejahatannya, maka berutung dan bertuah ia dan mereka yang berat kejahatannya di atas kebajikannya, maka rugi ia dan sesal ia dan mereka yang sama berat keduanya, maka dengan kemurahan Allah Ta‘ala dimasukkan dia ke dalam Syurga jugok .

Dan kata setengah mereka itu : Dihentikan dia di atas A’raaf dahulu iaitu kota di antara Syurga dan Neraka kemudian dimasukkan dia ke dalam Syurga jugok . Dan datang sebut dalam hadits bahawasanya ada seorang Malaikat di atas Mizan itu ialah yang menyerukan dengan menyebutkan nama si anu anak si anu berat kebajikannya atau kejahatannya . Dan kemudian daripada itu dilintangkan Shirath jambatan atau titi di atas Neraka Jahannam dan disuruhkan lalu di atasnya, maka lalulah dan menitilah mereka itu dengan bermacam-macam lambat bangat dan ada yang lepas, maka berutung ia dan ada yang jatuh, maka celaka ia .

Dan mula-mula yang lalu itu ialah segala Rasul dan tiap-tiap daripada seorang Rasul itu berdoa ia dengan katanya *


Ertinya : Hai Tuhanku ! Beri selamat oleh Engkau ! Beri selamat oleh Engkau !   

Dan mula-mula yang meniti daripada segala Rasul itu ialah Nabi kita Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan daripada ummat-ummat itu ialah ummat dia dahulunya . Dan di Shirath itu beberapa penyakut dan pengait nanti nak sakut mereka-mereka yang disuruhkan dia dengan sakut akannya dan pulanglah segala Mu΄min yang lepas itu kepada Haudh kolam air Nabi kita shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka minumlah mereka itu daripadanya, maka hilanglah dahaganya selama-lama dan airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih sedap baunya daripada kasturi dan terlebih manis daripada manisan madu, dituangkan airnya pada sungai Kautsar, bukanya sebulan perjalanan dan panjangnya begitu jugok, pendeknya, ya’ni kesimpulannya empat persegi dan dikelilingnya beberapa cerek seumpama bilangan bintang-bintang di langit .

Dan berkhilaf ‘Ulama΄ pada mengatakan Haudh itu kemudian daripada Shirath atau belum daripadanya dan tiap-tiap itu diihtimalkan dan diihtimalkan ada keduanya Alhamdulillaahi maa syaa allaah . Dan adalah orang-orang yang lepas meniti itu mandi pula di dalam sungai Hayat namanya, maka apabila keluar dan naik daripada mandi itu, maka teralihlah berubahlah rupanya jadi comel loter, maka dimasukkan Syurga kesemuanya . Alhamdulillaahi maa syaa Allaah . 

Rujukan : Kitab Tadzkirah .





Bismillaah . Bermula sujud sahwi itu atas lima sebab :

Pertamanya : Sebab meninggalkan salah satu sunat ab‘adh atau meninggal kesemua sunat ab‘adh yang lapan iaitu :

1 : Baca doa qunut shalat fardhu Shubuh atau Witir nishfu yang kedua bulan Ramadhan .

2 : Shalawat dan salam atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas qunut itu .

3 : Shalawat dan salam atas keluarganya dan shahabatnya selepas qunut itu .

4 : Berdiri bagi sekalian itu, ya’ni ketika membaca qunut dan ketika bershalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam serta ketika shalawat dan salam ke atas keluarga dan shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas qunut tersebut .

5 : Membaca tahiyyat awal .

6 : Shalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat awal .

7 : Shalawat ke atas keluarga Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat                 akhir .

8 : Duduk bagi sekalian yang tersebut, ya’ni duduk ketika membaca tahiyyat awal dan duduk ketika shalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat awal serta duduk ketika bershalawat ke atas keluarga Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat akhir . Wallaahu a’lam .

Selasa, 21 Januari 2014



  Peringatan Bagi Penuntut  ﴿

Hendaklah berniat dengan menuntut ‘ilmu itu akan keredhaan Allah dan akan negeri akhirat dan menghilangkan jahil daripada dirinya dan terjauh daripada orang yang jahil dan menghidupkan agama kerana bahawasanya kekal agama Islam itu dengan ‘ilmu . Dan tiada sah zuhud dan taqwa melainkan dengan ‘ilmu dan berniat syukur atas nikmat iman dan aqal dan sihat badan .

Dan jangan berniat dengan berniat menuntut ‘ilmu itu akan berhadap manusia kepadanya dan mendatangkan dunia dan kemuliaan pada raja-raja dan lainnya daripada dunia . Dan hendaklah bagi orang yang menuntut itu memelihara akan adabnya kerana tiada mencapai akan ‘ilmu dan tiada manfaat dengan dia dan tiada berkat padanya melainkan dengan beradab .

Setengah daripadanya membesarkan ‘ilmu dan ahlinya dan membesarkan gurunya dan jangan berjalan di hadapannya dan jangan duduk pada tempatnya dan jangan memulai perkataan dan jangan membanyakkan perkataan dan tertawa-tawa di hadapannya melainkan dengan izinnya atau redhanya .

Dan jangan bertanya akan dia masalah pada ketika ia jemu dan jangan diserukan dia dengan namanya seperti jangan diserukan dua ibu bapanya dengan nama keduanya .

Dan jangan memegang kitab melainkan dengan wudhu΄ kerana bahawasanya ‘ilmu itu nur dan wudhu΄ itu nur, maka bertambah nur ‘ilmu itu dengan nur wudhu΄ dan jangan menghanjurkan kakinya kepada kitab dan jangan meletakkan atasnya sesuatu, maka iaitu haram melainkan kerana hajat .

Dan lagi, menghormati taulannya yang bersekutu pada menuntut ‘ilmu dan memeliharakan daripada perangai yang keji-keji serta memelihara ia daripada kenyang dan banyak tidur dan daripada membanyak perkataan yang sia-sia dan memelihara ia daripada makan akan makanan pekan kerana makanan pekan itu terlebih hampir bagi najis dan khianat dan terlebih jauh daripada dzikrullaah dan terlebih hampir kepada lalai dan lagi kerana bahawasanya mata segala faqir jatuh atasnya dan tiada kuasa mereka itu membeli akan dia dan jadi menyakiti mereka itu dengan demikian itu, maka hilang berkatnya .