Khamis, 7 Julai 2011

Sebab Diturunkan Dengan 15 Bala΄ ( Muhimmah ) siri19


KEBINASAAN BERKAHWIN

Maka sayugia segala orang yang takut akan Allah Ta‘ala bahawa sungguhnya hendaklah memeliharakan ia akan dirinya dan menjauhkan dia daripada mengikut kesukaan hawa΄ nafsu isterinya yang menyalahi akan Syari‘at kerana tiada seorang yang mengikut seperti yang tersebut itu melainkan diturunkan Allah Subhaanahu wa Ta‘ala bala΄ atasnya seperti yang tersebut di dalam hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺍﻟﺑﻼﺀ   ﺑﻬﺎ   ﺤﻞ   ﺨﺼﻟﺔ   ﻋﺸﺭﺓ   ﺨﻤﺱ  ﺃﻤﺗﻰ   ﻓﻌﻟﺖ  ٳﺫﺍ

Ertinya :Apabila berbuat oleh ummatku akan yang lima belas perkara, nescaya turunlah atas segala mereka itu bala΄ ’ .

Salah suatunya :

1 : Apabila adalah rampasan itu diambil dengan kekerasan .

2 : Apabila adalah amanah itu jadi rampasan .

3 : Apabila adalah zakat itu akan jadi pemiutang .

4 : Apabila adalah mengikut lelaki akan isterinya .

5 : Apabila adalah derhaka ia akan ibunya .

6 : Berbuat kebencian ia akan taulannya .

7 : Benci ia akan bapanya .

8 : Terangkat dirinya atas segala saudara di dalam segala majlis .

9 : Adalah penghulu bagi segala kaum itu yang terlebih hina bagi mereka itu .

10 : Apabila adalah sebaik-baik lelaki itu takut bagi kejahatannya .

11 : Diminum segala arak .

12 : Dipakai segala perrhiasan sutera .

13 : Mengambil oleh kaum itu akan hamba perempuan yang bernyanyi-nyanyi .

14 : Bermain-main ia akan segala alat permainan seperti rebab dan kecapi dan biola dan serunai dan barang sebagainya .

15 : Telah mela’natkan akan kesalahan ummat ini oleh awalnya .

Maka nantilah oleh kamu pada ketika itu akan kedatangan bala΄ angin yang merah atau ditenggelamkan di dalam bumi atau diubahkan rupa seperti rupa anjing dan babi dan barang sebagainya .

Mengikut Hawa Nafsu Isteri Dan Anak ( Muhimmah ) siri 18

KEBINASAAN BERKAHWIN

Dan setengah daripada kebinasaan berkahwin itu terlebih membaikkan perangai dan muwaafaqat akan ahlinya itu di dalam kesukaan hawa nafsunya hingga membinasakan akan perangai ahlinya dan dirinya tetapinya hendaklah ada sekalian itu dengan pertengahan, maka jikalau ada ahlinya itu mengerjakan akan suatu yang mungkar yang menyalahi akan Syari‘at, sama ada yang haram atau makruh atau kurang adab, maka hendaklah ditegahnya akan dia dan memarahi akan dia . Maka sayugianya jangan sekali-sekali menolongi akan ahlinya pada perbuatan yang menyalahi akan Syari‘at agama yang suci seperti firman Allah Ta‘ala :

      …  ۚ ﭐﻟﻌﺪﻭٰﻥ   ﭐﻹﺜﻡ   ﻋﻟﻰ  ﺘﻌﺎﻭﻧﻭﺍ  ﻭﻻ   ۖ  ﭐﻟﺘّﻘﻭﻯ    ﭐﻟﺑﺭّ   ﻋﻟﻰ   ﻭﺘﻌﺎﻭﻧﻭﺍ

Ertinya : “ Dan bertolong-tolong oleh kamu atas berbuat kebajikan dan atas takut akan Allah Ta‘ala dan jangan kamu bertolong-tolong atas berbuat dosa dan berseteru-seteru ” .
( Shurah Al Maidah : Ayat 2 )






Maka sangatlah besar kesalahan dan kejahatan pada Allah Subhaanahu wa Ta‘ala daripada pekerjaan lelaki yang mengikut kata isterinya di dalam yang menyalahi akan Syari‘at seperti kata Hasan  Al Basri Rahimahullaahu Ta‘ala :

ﺍﻟﻧّﺎﺭ  ﻓﻲ  ﭐﷲ  ﻜﺑّ  ﺇﻻّ   ﺘﻬﻭﻱ   ﻓﻴﻤﺎ  ﺍﻤﺭﺃﺘﻪ   ﻴﻄﻴﻊ   ﺭﺠﻞ   ﺃﺼﺑﺢ   ﻤﺎ  ﻭﭐﷲ

Ertinya : Demi Allah tiada pagi-pagi seorang lelaki yang mengikut ia akan isterinya di dalam suatu yang disukai oleh hawa nafsunya yang menyalahi melainkan menarik akan dia oleh Allah ke dalam api Neraka .

Seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺍﻤﺭﺃﺓ   ﺘﻤﻟﻛﻬﻡ    ﻗﻭﻡ    ﻴﻔﻟﺢ  

Ertinya : ‘ Tiada dapat kemenangan oleh kaum yang memiliki mereka itu oleh perempuan ’ .

Dan lagi sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : Kata Imam Al Ghazali hanya sungguhnya :

ﻟﺯﻮﺠﺔ    ﻋﺑﺪﺍ   ﺗﻌﺱ

Ertinya : ‘ Binasa dan jahat lelaki yang jadi hamba bagi isterinya ’ .

Bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : Akan yang demikian itu kerana bahawa sungguhnya apabila mengikut oleh seorang lelaki akan isterinya di dalam suatu yang disukai oleh hawa nafsunya, maka iaitu jadi hamba bagi isterinya . Maka sungguhnya binasalah ia kerana bahawa sungguhnya Allah menjadikan isterinya itu seperti miliknya dalam perintahnya, maka apabila miliknya oleh seorang lelaki akan dirinya, maka bagi kamu mengikut isterinya, maka sungguhnya jadi terbalik pekerjaan itu jadi penghulu akan hamba dan jadi hamba akan penghulu, maka yang demikian itu jadi binasa .

Dari kerana inilah, kata Saiyyidina ‘Umar Radhiyallaahu ‘anhu :

ﺍﻟﺑﺭﻜﺔ   ﺨﻼﻓﻬﻦّ   ﻓﻲ   ﻓﺈﻦّ   ﺍﻟﻧّﺴﺎﺀ  ﺨﺎﻟﻔﻭﺍ

Ertinya : Bersalahan oleh kamu akan perempuan di dalam suatu yang disukai oleh hawa nafsunya yang menyalahi akan Syari‘at kerana bahawa sungguhnya di dalam menyalahi akan mereka itu dapat berkat .

Terhalang Dari Mengingati Allah ( Muhimmah ) siri 17


                                         KEBINASAAN BERKAHWIN

Dan setengah daripada kebinasaan berkahwin itu bahawa sungguhnya adalah ahlinya dan anaknya itu membimbangkan baginya daripada ingat akan Allah Ta‘ala dan membimbangkan daripada menjalani jalan akhirat dan daripada berbuat ‘ibadat serta hadir kepada Allah Ta‘ala dan masyghul ia kepada menuntut dunia dan membanyakkan ia akan memerintahkan kehidupan bagi segala anaknya dan ahlinya dengan menghimpunkan harta dan akan pertaruhan bagi mereka itu dan yang demikian itu pada ghalib membawa kepada bakhil, yakni kikir, maka inilah sebesar-besar celaka yang membinasakan akan manusia .

Dan dari kerana inilah kata Abi Sulaiman Ad Darani Rahimahullaahu  Ta‘ala :

ﻤﺸﺋﻭﻡ   ﻋﻠﻴﻙ  ﻓﻬﻭ   ﻭﻭﻠﺪ   ﻤﺎﻝ     ﺃﻫﻝ   ﻤﻦ   ﭐﷲ   ﻋﻦ  ﺸﻐﻠﻚ   ﻤﺎ

Ertinya : Barang yang membimbangkan akan dikau daripada ingat akan Allah Ta‘ala iaitu daripada ahlinya dan hartanya dan anaknya maka iaitu celaka atasmu .

Seperti firman Allah Ta‘ala :

ۚ ﺫﻜﺭﭐﷲ   ﻋﻦ  ﺃﻭﻠٰﺪﻜﻡ     ﺃﻤﻭٰﻟﻜﻡ  ﺘﻠﻬﻜﻡ     ﺀﺍﻤﻧﻭﺍ  ﭐﻠﺫﻴﻦ  ﺃﻴﻬﺎ  ﻴﺎ

  ٩ ﴿  ﭐﻟﺨٰﺴﺭﻭﻥ  ﻫﻡ   ﻓﺄﻭﻟﺋﻚ   ﺫٰﻟﻚ   ﻴﻔﻌﻝ  ﻤﻦ 

Ertinya : “ Hai segala mereka yang percaya mereka itu jangan melalaikan akan kamu oleh segala harta kamu dan anak kamu daripada dzikrullah dan barang siapa berbuat ia akan yang demikian itu, maka mereka itulah segala mereka yang kerugian mereka itu pada hari akhirat ” .
( Shurah Al Munaafiqun : Ayat 9 )

Nafqah Dengan Harta Yang Haram Muhimmah siri16



Kebinasaan Berkahwin

Maka adalah kebinasaan daripada jalan memberi nafqah yang melepaskan daripada harta yang haram itu sangatlah sedikit melainkan seorang yang ada baginya harta pusaka atau harta baginya usaha yang halal yang mencukupi dengan dia dan dengan ahlinya dan ada baginya pula qana‘ah yang menegahkan daripada belanja yang berlebih-lebihan, maka bahawa yang demikian itu lepaslah ia daripada kebinasaan berkahwin atau seseorang yang mempunyai kepandaian dan kuasa ia atas menguasai yang halal daripada segala pekerjaan yang harus mengambil dia, seperti mengambil kayu di hutan, atau mengambil perburuan di hutan atau   di dalam perbuatan yang tiada ta‘alluq dengan raja-raja, maka yang demikian itu lepaslah ia daripada kebinasaan berkahwin .



Dan setengah daripada kebinasaan berkahwin itu, iaitu singkat daripada mendirikan dengan hak ahlinya, ya’ni tiada kuasa ia menyempurnakan bagi hak ahlinya dan tiada kuasa ia menanggung kesusahan yang disakiti oleh ahlinya, seperti sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :  

ﻴﻘﻭﺖ    ﻤﻦ   ﻴﺿﻴّ   ٲﻦ   ﺇﺜﻤﺎ   ﺑﺎﻟﻤﺭﺀ   ﻜﻔﻰ

Ertinya : ‘ Memadailah dengan seorang itu derhaka dan dosa bahawa menghilangkan ia akan hak orang yang wajib nafkah atasnya ’ .

Dan telah meriwayatkan oleh setengah ‘Ulama΄ bahawa sesungguhnya orang yang lari dari ahlinya itu seperti menempati hamba yang lari dari juangnya, iaitu tiada diterima baginya sembahyangnya dan tiada diterima pula puasanya hingga kembali kepada ahlinya .

Dan telah mengeluarkan oleh Thabrani : Di mana-mana lelaki yang berkahwin ia akan perempuan atas sedikit daripada isi kahwinnya atau banyak, yang tiada padanya membayar ia kepada perempuan itu akan haknya, lagi akan menipu daya lelaki itu akan dia, maka mati ia dan padahalnya tiada membayar ia kepada perempuan itu akan haknya, nescaya berjumpalah ia akan Allah Ta‘ala pada hari Qiyaamah dan padahal ia lelaki itu zina, ya’ni seperti dosa orang yang berbuat zina .

Dan berkata Imam Al Ghazali Rahimahullaahu Ta‘ala : Barang siapa tiada kuasa daripada mendirikan hak ahlinya dan jika ada ia hadir sekalipun, maka iaitu seperti orang yang daripada ahlinya .

Dan kata Imam Al Ghazali pula : Maka kebinasaan ini am, tiada sejahtera daripadanya melainkan orang yang ‘alim akan ilmu hikmah yang memberi manfaat di dalam akhirat, lagi mempunyai ‘aqal yang sempurna, lagi baik perangainya, lagi mengetahui dengan mata hatinya akan adat perempuan, lagi sabar ia atas kejahatan segala lidah perempuan dan berhenti ia daripada mengikut syahwat perempuan, ya’ni tiada ikut kehendak perempuan itu melainkan yang muwaafaqat dengan Syari‘at, lagi loba ia atas menyempurnakan dengan hak perempuan yang lazim atasnya, lagi ia lalai daripada kesalahan perempuan, ya’ni tiada ia sangat hirau akan kesalahan perempuan atasnya, lagi ia memeliharakan dan menunjukkan dengan aqalnya akan thabi‘at perempuan, ya’ni tahu ia membuka akan perempuan dengan bicara ‘aqalnya .

Memeliharakan Hati ( Penawar Bagi Hati ) siri 7


Kitab yang kedua pada menyatakan qalbu, ertinya jantung .


Dan padanya sepuluh bab yang mengandung akan sifat kecelaan yang sepuluh. Ketahui olehmu bahawasanya qalbu itu ada baginya dua makna :

1 ) Qalbu Jasmani

Iaitu daging yang ditaruh di dalam dada sebelah kiri yang menyerupai ia akan jantung pisang, dan iaitu daging yang tertentu di dalamnya ada lubang, dan di dalam lubang itu ada darah yang hitam .

2 ) Qalbu Rohani
Iaitu sesuatu yang halus yang mengetahui akan mengenal dan yang mendapat daripada manusia dan ia hakikat manusia . Dan ia jua yang dihadapkan kepadanya perkataan dan ia jua yang disuruh dan yang dilarang . Dan ada baginya sangkut-paut dengan qalbu jasmani . Dan sesungguhnya tercengang kebanyakan ‘aqal manusia pada mengetahui sangkut-paut antara keduanya, kerana persangkutan keduanya menyerupai akan persangkutan ‘aradh dan jisim, atau persangkutan yang memakai perkakas dengan perkakas . Dan apabila disebutkan akan jantung di dalam kitab itu, maka dikehendakinya makna yang kedua dan ialah yang dikehendaki dengan firman Allah Ta‘ala :


…..  ﺭﺑّ     ﺃﻤﺭ   ﻤﻥ    ﭐﻟﺭّﻮﺡ  ﻗﻞ

Ertinya : “…Bersabda olehmu hai Rasulullah !!! Bermula roh itu daripada pekerjaan Tuhanku ” .
( Shurah Al Isra΄ : Ayat 85 )

Pendeknya, qalbu dan roh dan nafas, ketiga-tiganya satu makna, pada salah suatu daripada segala makna ketiga-tiganya . Berkata akan dia oleh Hujjatul Islam Al Ghazali di dalam Ihya΄ Ulumiddin .

Kemudian lazimkan olehmu akan memelihara jantung engkau daripada segala kelakuan yang dicela, seperti takabbur, riya΄ dan akan menghiasinya dengan segala kelakuan yang dipuji seperti sabar dan merendah diri kerana beberapa perkara :

1.     Kerana firman Allah Ta‘ala :

….  ۚ  ﻗﻟﻮﺑﻜﻡ   ﻓﻰ   ﻤﺎ   ﻴﻌﻟﻡ   ﻮﭐﷲ

Ertinya : “… dan Allah Ta‘ala mengetahui Ia akan barang yang di dalam jantung kamu…” .
( Shurah Al-Ahzab : Ayat 51 )

2.     Kerana bersabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa salaam :

             ﺃﺑﺸﺎﺭﻛﻡ     ﺻﻭﺭﻛﻡ   ﺍﻟﻰ  ﻴﻧﻅﺭ      ﺘﻌﺎﻟﻰ   ٱﷲ  ﺇﻦّ

                             ﻗﻟﻭﺑﻛﻡ   ﺍﻟﻰ  ﻴﻧﻅﺭ    ﺇﻧّﻤﺎ 

Ertinya : ‘ Bahawasanya Allah Ta‘ala tiada menilik Ia kepada segala rupa kamu dan segala badan kamu, dan hanyasanya menilik Ia kepada segala jantung kamu ’ .
Diriwayatkan oleh Muslim dan Ibnu Majah dari Abi Hurairah Radhiyallaahu ‘anhu .

Maka jantung itu tempat tilik Allah Ta’ala, maka tiada patut bagi kita menghiasi muka kita yang ia tempat tilik manusia . Dan kita biarkan jantung kita kotor berlumuran dengan segala sifat kecelaan, yang ia tempat tilik bagi Tuhan kita, bahkan sayugia bagi yang ber‘aqal membersihkan jantungnya dan menghiasinya lebih bersangatan daripada membersihkan dan menghiasi mukanya .

3.      Bahawasanya jantung itu raja bagi segala anggota, dan segala anggota itu pula mengikut ia akan perintah rajanya . Dan apabila baik jantung itu, nescaya baik segala anggota dan apabila jahat ia, nescaya jahat segala anggota . Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa salaam :

ﻜﻟّ   ﺍﻟﺠﺴﺪ   ﺼﻟﺢ    ﺼﻟﺤﺕ    ﺍﺫﺍ   ﻤﺿﻐﺔ   ﺍﻟﺠﺴﺪ   ﻓﻰ   ﺇﻥّ

ﺍﻟﻘﻟﺏ   ﻫﻲ      ﺍﻻ    ﻜﻟّ    ﺍﻟﺠﺴﺪ   ﻓﺳﺪ   ﻓﺳﺪﺕ   ﺍﺫﺍ 

Ertinya : ‘ Bahawasanya ada di dalam tubuh manusia itu sepotong daging, apabila baik ia, nescaya baik oleh tubuh itu semuanya. Dan apabila binasa ia, nescaya binasa oleh tubuh itu semuanya ’ . Diriwayatkan oleh Asy-Syaikhan, dari Nu’man bin Basyir Radhiyallaahu ‘anhuma .

Jaga-jaga, dan iaitu jantung dan apabila adalah baik jantung itu sebab bagi baik segala anggota, nescaya wajib atas kita bersungguh-sungguh pada membaikinya dan memeliharanya daripada segala kebinasaan .

4. Bahawasanya jantung itu tempat taruh bagi segala sifat-sifat kepujian, seperti iman dan ma’rifah dan tawakkal dan redha dan pengetahuan, maka patut sangat bagi pertaruhan yang seperti ini bahawa dipelihara akan dia daripada segala kelakuan yang dicela dan dijaga daripada seteru, iaitu syaithan .

5. Bahawasanya jantung itu tempat ilham daripada Malaikat dan tempat was-was bagi syaithan, dan lagi jantung itu tempat berperang ‘aqal dan hawa nafsu, maka ‘aqal itu menyeru ia kepada kebajikan dan hawa nafsu menyeru ia kepada kejahatan, maka sayugia bahawa tiada dilalaikan daripadanya, tambahan lagi bahawasanya kesalahan jantung itu lebih besar, sekurang-kurangnya keras ia tiada menerima pengajaran, dan kesudahannya kufur . Tiadakah engkau dengar akan firman Allah Ta‘ala :

٣٤ ﴿     ٱﻟﻜٰﻔﺭﻴﻥ     ﻤﻥ     ﻮﻜﺎﻥ   ٱﺳﺗﻜﺑﺭ      ﺃﺑﻰٰ ….

Ertinya : “…Enggan oleh Iblis daripada sujud kepada Adam ‘Alaihissalam dan membesarkan diri ia dan jadilah ia daripada sekalian yang kafir ” .
( Shurah Al Baqarah : Ayat 34 )

Maka adalah takbur itu di dalam jantungnya, maka menyebabkan ia akan tertegah daripada sujud dan akan kufur dengan TuhanNya . Wal ‘iyyaadzubillaah

Dan ketahuilah olehmu bahawasanya segala kelakuan yang dicela itu banyak, tetapi hamba sebutkan di sini sepuluh perkara pada sepuluh bab sahaja, kerana yang sepuluh ini asal bagi semuanya dan yang lain daripadanya terjadi ia daripada yang sepuluh ini :

1. Sangat haloba atas makan .

2. Sangat loba atas berkata-kata .

3. Marah .

4. Dengki .

5. Kikir dan kasih akan harta .

6. Kasih akan kemegahan .

7. Kasih akan dunia .

8. Membesarkan diri .

9. Ujub .

10. Riya΄.

Hendaklah bersungguh-sungguh engkau menghiasi jantung engkau dengan sifat kecelaan ini, nescaya adalah engkau mendapat kemenangan dunia dan akhirat, kerana firman Allah Ta‘ala :

٩ ﴿     ﺯﻜﻬﺎ     ﻤﻥ   ﺃﻓﻟﺢ    ﻗﺪ

Ertinya : “ Sesungguhnya dapat kemenangan mereka yang membereskannya ” ( ertinya : Membersihkan jantungnya daripada kelakuan yang dilarang ) .
( Shurah Asy-Syams : Ayat 9 )

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺍﻹﻴﻤﺎﻥ    ﺷﻄﺮ    ﺍﻟﻄﻬﻮﺮ

Ertinya : ‘ Bersuci itu separuh daripada iman ’ .
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim dan At-Tirmidzi, dari Abi Malik Al Asy‘ari Radhiyallaahu ‘anhu .

Memberi faham oleh ini akan bahawasanya sempurna iman itu adalah ia dengan membersihkan jantung dari barang yang tiada kasih akan dia oleh Allah Ta‘ala, dan menghiasinya dengan kelakuan yang kasih ia akan dia . Maka membersihkan itu setengah daripada iman seperti menghiasinya itu setengah daripada iman, dan perhimpunan kedua nya iman yang sempurna .

Wallaahu a’lam .