Isnin, 19 Mac 2012

Peringatan - Bacaan Doa Selepas Talqin

Doa Selepas Talqin !!!

Ya Allah, wahai Tuhan kami !!!

Kami telah serahkan si mati ini kepadaMu
Oleh orang-orang yang mempunyai rasa kasih sayang kepadanya
Iaitu daripada kalangan anak isteri, kerabat dan juga saudara maranya .
Si mati telah berpisah dengan orang-orang yang menyintainya,
Lalu keluar daripada keluasan rumah tangga
Dan kemewahan hidupnya
Menuju ke liang kubur dan kesempitannya .

Ia telah menuju kepadaMu ya Allah,
Sedang Engkau sebenarnya tempat tujuan yang sebaik-baiknya .
Jika Engkau siksa si mati ini, ialah disebabkan dosanya,
Sebaliknya pula jika Engkau mengampuninya,
Maka Engkau sahaja yang berhak mengampuninya .

Ya Allah, wahai Tuhan kami,

Engkau Terkaya daripada menyiksakannya
sedangkan si mati benar-benar berhajat
kepada limpah kurnia rahmatMu,
ya Allah .

Ya Allah, wahai Tuhan kami,

Kurniakanlah kebaikan kepada si mati ini .
Ampunilah dosa kejahatannya,
Kurniakanlah syafaat kumpulan kami ini kepadanya .
Maafkanlah kesalahannya,
Luaskanlah kubur untuknya .
Lindungilah dia daripada azab siksa,
Masukkanlah ke dalam kuburnya itu rasa tenteram,
Kesejahteraan dan kerehatan
Dan lepaskanlah ia dari halangan
yang menyekatnya jalan
ke Syurga .

Ahad, 18 Mac 2012

Bacaan Talqin

Talqin !!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Yang Maha Penyayang .

Segala sesuatu akan mati kecuali Tuhan . Tuhan Allah Yang Memiliki Pemerintahan dan kepadaNya kamu akan dikembalikan .

Tiap-tiap diri akan merasakan kematian dan bahawasanya pahala untukmu akan dicukupkan di hari Akhirat . Orang yang beruntung ialah orang yang dijauhkan daripada Neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga .

Ketahuilah bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah kesenangan yang sementara “ Daripada tanah Kami jadikan kamu dan kepada tanah Kami kembalikan kamu dan daripada tanah jua kamu akan dikeluarkan ” .

Dengan nama Allah dan dengan Allah dan dari Allah dan kepada Allah dan atas agama Rasulullah s.a.w, inilah yang dijanjikan Tuhan dan benarlah perkataan Rasul-Rasul .

Hanya dengan satu suara keras lantas semua orang dibawa  ke hadapanKu ” .

Hai Si Anu anu si Anu, hai hamba Allah, anak hamba Allah, mudah-mudahan Allah mengasihi kamu . Dunia dan segala kemegahannya sudah habis untukmu. Sekarang ini kamu sudah dalam permulaan perjalanan ke alam barzakh, maka janganlah engkau lupakan perjanjian yang telah engkau ikrarkan sewaktu hidup di dunia untuk menempuh alam Akhirat iaitu pengakuan bahawa Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah . 

Sebentar lagi akan datang kepadamu dua Malaikat, maka janganlah kamu terkejut dan takut kerana keduanya adalah makhluq Allah serupa kamu juga . Jika mereka sudah datang dan mereka dudukkan engkau danmereka bertanya : Siapa Tuhan engkau, apa agama engkau, siapa Nabi engkau, apa i’tiqad engkau dan apa yang engkau bawa mati ? Maka jawablah : Allah Tuhanku .  

Jika mereka bertanya lagi, maka jawablah : Allah Tuhanku . Jika mereka Tanya yang ketiga kali dan itulah kesudahan yang baik, maka jawablah dengan suara yang lantang, tidak takut dan gelisah : Tuhanku Allah, Islam agamaku, Muhammad Nabiku, Al Quran Imamku, Ka ‘abah Kiblatku, Shalat Kewajibanku, Kaum Muslimin Saudaraku, Nabi Ibrahim Bapaku, dan aku hidup dan mati di atas kalimah :     مُحَمَّدًا  رَسُوْلُ  ﭐللهِ       ﺇلٰهَ    ﺇلاَّ    ﭐللهُ ٬                    

Berpegang teguhlah hai hamba Allah dengan hujjah ini dan ingatlah bahawa engkau akan menetap di alam barzakh ini hingga sampai hari dibangkitkan .

Jika kamu ditanya lagi tentang orang yang diRasulkan untukmu dan untuk sekalian makhluq, maka jawablah bahawa beliau itu adalah Nabi Muhammad s.a.w yang membawa kepada kami Al Quran dari Allah, maka kami mengikut dia, kami imam dengan dia, kami membenarkan keRasulannya .

Ketahuilah, wahai hamba Allah bahawasanya mati itu adalah benar, siksa dan nikmat kubur itu adalah benar, pertanyaan Munkar dan Nakir itu adalah benar, bangkit dari kubur itu adalah benar, dihitung dosa dan pahala itu adalah benar, timbang amalan itu adalah benar, Titian Shirath itu adalah benar, Neraka itu adalah benar, Syurga itu adalah benar, Hari Qiyaamah itu pasti datang tidak ada keraguan lagi dan bahawasanya Allah akan membangkitkan kembali sekalian orang yang dalam kubur dan kami serah dan kembalikan kamu kepada Allah .  

Rabu, 14 Mac 2012

Bahrul Maadzi - Tanda-Tanda Hampir Qiyaamah

Bab Yang Telah Datang Ia Pada Menyatakan Hadits Yang

 Membicarakan Terbit Matahari Di Maghrib

Ketahuilah kiranya wahai saudaraku matahari terbit daripada maghrib itu akan jadi satu tanda bagi hampir Qiyaamah dunia ini kerana tiap-tiap sesuatu itu apabila berubah ia daripada aturan biasa tanda menunjukan hampir binasa . Boleh kita ambil bandingnya dengan tubuh kita atau lainnya . Dari mula ia jadi dan zhahirnya ke dunia pastilah perkakas nyawa kita dan perkakas di dalam perut kita berjalan dengan betulnya jadilah tubuh badan itu hidup dengan selamatnya tetapi manakala jadi berubah aturan badan terkadang panas sangat ia dan sejuk amat ia dan terkadang lemah nadinya, maka menunjuklah mahu binasa, istimewa pula apakala seseorang itu tersalah sudah tua terkadang sendi di sini sakit terkadang sendi di situ sakit terkadang urat itu tersalah terkadang darah dalam badan ada lemah terkadang kena sesak nafasnya hingga sentiasa salah turun tanda mahu matinya ke atasnya . Demikianlah alam ini apakala berubah ia daripada aturannya, maka menunjuklah mahu binasa sebagaimana adat biasanya matahari itu terbit dari masyriq terus berjalan ke maghrib tiba-tiba Allah ubahkan aturannya sebentar iaitu berjalan dari maghrib ke masyriq pula, maka hal yang demikian itu telah dikhabarkan oleh Nabi kita s.a.w di dalam masa hayatnya lagi tersebut di dalam hadits yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya :

Diriwayatkan daripada seorang Shahabat bagi Nabi s.a.w namanya Abi Dzar r.h katanya : Masuk aku ke dalam masjid pada waktu lenyap matahari, ya’ni waktu masuknya mahu jadi malam dan Nabi s.a.w ada duduk, maka sabdanya : ‘ Ya Aba Dzar, adakah kamu tahu kemana pergi ini matahari ?

Apakala didengar oleh Abu Dzar akan sabda Nabi s.a.w bertanya kepadanya lalu disahutnya : Allah dan RasulNya lebih tahu dan kami ini tiada mengetahui seperti yang demikian ini melainkan dengan khabar daripada Allah dan ajaran daripada Rasulullah, maka apa yang diajarnya dan dikhabarnya, tahulah kami dan barang yang tidak dikhabarkan, jahillah kami .

Sabda Nabi s.a.w : ‘ Maka bahawasanya matahari itu pergi ia minta izin pada Tuhannya sujud, maka diizinkan baginya . Dan sungguhnya seolah-olahnya dikatakan baginya ; Terbitlah engkau dari pihak engkau datang, maka terbit ia daripada pihak maghribnya ’ .

Masalah : ( Kata ‘Ulama΄ ) Adalah matahari itu sekarang tiap-tiap kali ghurubnya minta sujud kepada Allah Ta‘ala, maka diizinkan sujudnya kemudian disuruh Allah terbit kembali dari masyriqnya berjalan ke maghrib dan minta sujud pula, maka Tuhan beri izin kemudian disuruh kembali terbit dari masyriq ke maghrib pula melainkan apakala telah dilihat matahari akan dunia ini telah penuh di dalamnya dengan ma’shiat dan banyak tidak terkirakan lagi serta tidak mereka itu peduli akan ajaran dan nasihat ataupun tidak ada orang yang memberi ingat dan memberi nasihat dan tiada siapa endahkan hukum-hukum Allah dan RasulNya lagi, maka pada waktu itu sujud matahari apakala sujud kepada Allah lalu minta izin ia kepadaNya kiranya tidak kembali ia ke dunia lagi, maka Tuhan izinkan dia tetap di bawah ‘Arasy beberapa malam .

Kata ‘Ulama΄ : Itulah makna sepotong ayat yang dibaca oleh Nabi s.a.w sebagai kata Abi ‘Isa : Kemudian dibaca oleh Nabi akan Al Quran kira maknanya : “ Dan itulah tempat baginya ” .

Masalah : ( Kata ‘Ulama΄ ) Setelah tetap matahari di bawah ‘Arasy itu tiga malam tidak bergerak maka jadi panjanglah malam tidak mengetahuikan panjang malam itu melainkan orang yang sentiasa kebiasaan bangkit sembahyang Tahajjud kerana orang yang sembahyang Tahajjud itu apabila telah tidur ia kemudian daripada sembahyang ‘Isya΄ lalu bangun pula ia tengah malam menunaikan ‘ibadatnya sembahyang dan berdzikir dan membaca wirid dan lainnya .

Demikianlah diperbuatnya tiap-tiap malam, maka pada malam matahari duduk tetap di bawah ‘Arasy itu apakala telah habis ‘ibadatnya dan wiridnya tidak juga terbit matahari lalu keluar mereka itu melihat bintang apakah macam maka keluar tiba-tiba dilihatnya seperti sehari jua, maka sudahlah mereka itu jatuh salah sangka menghabiskan waktunya dan kurang ‘ibadatnya kemudian kembali pula mereka itu berbuat ‘ibadat dengan bersungguh hati dan ambil jaga dengan sebetulnya menghabiskan sembahyang dan dzikir dan wirid-wiridnya dengan cukup tertib tiba-tiba tidak juga terbit fajar itu kemudian keluar mereka itu melihat bintang-bintang, nampaknya seperti hari-hari juga, dengan kerana itu sudahlah takut orang itu, apakah ‘alamatnya begini ! Inikah ia ‘alamat Qiyaamah ? Lama-lama dapat yakin kepada mereka itu ialah ‘alamat Qiyaamah lalu berkhabar setengahnya kepada setengahnya akan demikian itu dan berhimpunlah semuanya di dalam masjid memohon pada Tuhan lalu menangis .

Masalah : Matahari tidak terbit jadi mengemparkan orang-orang .Kata ‘Ulama΄: Dengan kerana matahari itu tiada terbit beberapa lama itu jadi gempar orang-orang dan didapati segala puak yang tersebut itu pada tiap-tiap negeri tetapinya sedikit serta pula yang banyak gempar dan tak senang hati ialah orang-orang faqir dan orang hina dina tiada siapa orang kaya endah akan mereka itu . Apakala sempurnalah tiga malam matahari itu tiada terbit, maka menyuruh Allah akan dia terbit dari maghrib . Bila dilihat orang akan matahari itu terbit dari maghrib, tahulah orang-orang akan Qiyaamah telah hampir sangat masanya, maka menangislah ahli langit dan bumi dan pada waktu terbit matahari yang demikian itu juga berserulah yang menyeru dari langit : Adakah tidak matahari itu telah terbit dari maghrib . Apakala didengar ahli bumi akan seru itu lalu menangis belaka dan merendahkan diri serta memandang ke langit telah dilihat mereka itu akan cahaya matahari dan bulan itu tidak seperti kebiasaan lagi dan jadi keduanya seperti talam berhimpun pada tempat yang satu, maka pada hari itu tiada berguna menangis lagi .  

Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi

Rabu, 7 Mac 2012

Kitab Bahrul Madzii jil 17

  Antara Orang Yang Bijak Dan Orang Yang Bodoh  ﴿
Ketahuilah kiranya ya saudaraku, sebagus-bagusnya seseorang itu menahan hawa nafsunya tidak diturutkan apa kehendaknya yang merosakkan diri dan mengurangkan diri daripada menuntut bekal akhirat, maka apabila diturutkan hawa nafsu nescaya binasa diri pada akhirnya tiada beramal ‘ibadat dan tiada bersedia apa persediaan yang dibawa kemudian daripada mati melainkan persediaan yang tiada baik sahaja .

Nabi s.a.w. bersabda : ‘ Bermula orang yang lebih beramal dan bijaksana itu iaitulah orang yang mengira akan dirinya, jangan jatuh terikutkan hawa nafsu dan jangan kena bala besar dan kecil di akhirat dengan sebabnya, maka berhabis kira ia ke atas dirinya memperbuat sesuatu pekerjaan dan hal ahwalnya, adakah ia berfaedah bagi akhiratnya atau tidak berfaedah akhiratnya, maka jika berfaedah dikerjakannya dan jika tidak, diberhentikannya . Maka beramal ia dengan sungguhnya bagi barang yang kemudian daripada matinya, ya’ni sentiasa ia mengadakan bekal akhirat jua . Itulah shifat orang yang ber‘aqal dan bijaksana pada Syara’ .

Bermula orang yang lemah fikirnya, ya’ni orang yang tiada ber‘aqal pada Syara’, bahkan ia orang yang bodoh namanya iaitu orang yang menurut akan dirinya akan hawa nafsunya, maka apa yang dicita oleh hawa nafsunya ia turutkan, tiada dilawannya dan tiada diperbuatnya apa yang tiada disukai nafsunya, maka kesukaan hawa nafsu itu apa lebih daripada sukakan bersenang-senang diri dan bersedap-sedap makan minum dan pakaian dan berkata-kata yang tiada memberi faedah dan berdosa dan melihat apa yang sedap dilihat dan didengar apa yang sedap didengar daripada segala perkara haram dan mencinta ia atas Allah menyempurnakan kehendaknya yang berbetulan dengan kemahuan hawa nafsunya itu .

Saiyyidina ‘Umar Al Khaththab berkata : Ambil kira halus di dunia ini akan diri sekalian kamu sebelum bahawa diambil atas sekalian kamu kira-kira yang halus dan bersedia sekalian kamu bagi pertunjukkan yang besar di negeri akhirat kepada Tuhan, maka hanyasanya ringan hisab pada hari Qiyaamah itu atas siapa menghalusi hisab akan dirinya di dalam dunia, jikalau tiada ambil hisab dengan halus di dunia ini nescaya berat hisab di akhirat .

Maimun bin Mahram berkata : Tiada ada seseorang hamba Allah itu bernama orang taqwa hingga dihisabnya halus-halus akan dirinya sebagaimana ia berhalus kira bicara dengan taulannya, daripada mana diambilnya akan makanannya, dan dari mana diambilnya akan pakaiannya, adakah daripada halal atau haram, maka jika daripada haram dijauhkan dia, dan jika daripada halal, maka ia ambil akan dia . 

Selasa, 6 Mac 2012

Kitab Bahrul Madzii

Bab yang telah datang ia pada menyatakan hadits yang menunjukkan beramal segala amal itu kerana Allah

Ketahuilah kiranya ya saudaraku, bermula amal kerana Allah itu maknanya diperbuat kerana menjunjung suruh Allah Ta‘ala, maka apabila seseorang itu beramal ia kerana menjunjung suruh Tuhan, maka ialah amal yang dipuji oleh Syara’ .

Nabi s.a.w bersabda : ‘ Barang siapa memberi shadaqah ia atau hadiah atau hibah kerana Allah dan menahan ia daripada bershadaqah dan lainnya kerana Allah dan kasihi akan saudaranya sesama Islam itu kerana Allah dan benci ia akan saudaranya sesama Islam itu kerana Allah dan berkahwin ia kerana Allah, maka sesungguhnya telah menyempurna ia akan imannya ’ .

Masalah : Memberi kerana Allah, ya’ni bershadaqah dengan sebab menjunjung suruh Allah, bukannya kerana menunjukkan diri sendiri itu suka menderma dan bukannya kerana meminta puji pada orang ataupun kerana berlawan siapa berani membuang harta, bahkan diperbuat bershadaqah itu kerana telah disuruh Allah biar seseorang ada hartanya itu bershadaqah dan menolong orang yang berhajat . Mudah-mudahan dengan amal yang baik itu serta dengan niat baik ada datang rahmat Tuhan dan jauh daripada balanya .    

Masalah : Menahan kerana Allah, ya’ni tidak memberi shadaqah itu kerana menjunjung suruh Allah seperti datang seseorang yang meminta shadaqah cukup dengan kerasnya dan busuk-busuk cakap yang dikeluarkannya, maka tidak diberi shadaqah kepadanya supaya dapat pengajaran ia, atau seperti orang yang tahi judi meminta shadaqah, apakala diberi shadaqah kepadanya nescaya dijudikannya,  atau minum arak ia, atau berzina ia, atau diperbuatnya apa makshiat maka tidak diberi shadaqah kepadanya supaya ia tiada memperbuat judi atau minum arak atau berzina dan berbuat ma’shiat, maka ditahan, ya’ni tidak memberi shadaqah kepadanya itu disuruh Syara’ oleh kita kerana menolakkan dirinya daripada jahat ma’shiat itu .

Masalah : Kasih akan saudara sesama Islam itu kerana Allah, ya’ni kerana menjunjung suruh Allah apabila adalah saudara itu kasihkan Allah, ya’ni berjalan sebagaimana yang disuruh Allah, maka kasih engkau akan dia itu kerana baiknya dan kerana berjalan sebagai hukum Allah dan RasulNya, bukannya kasih akan dia itu kerana hartanya kalau-kalau dapat ditumpang atau kasihkan dia kerana bijaknya atau kerana eloknya atau kerana dapat pertolongannya dan lainnya, maka kasih kerana yang demikian itu ditegah pula oleh Syara’ kita .

Masalah : Benci akan saudara sesama Islam itu kerana Allah, ya’ni kerana orang itu menyalahi yang disuruh Allah seperti berbuat ma’shiat ia akan apa ma’shiat besar dan kecil dan tidak ia mahu taubat daripada ma’shiatnya itu, maka benci dan marah kamu akan tabiatnya itu, maka yang demikian itu benci yang dipuji Syara’. Adapun jikalau benci kamu akan saudara itu kerana ia tidak mahu menurut seperti kehendakmu yang berbetulan dengan hawa nafsu, maka iaitu benci yang ditegah Syara’ kita .

Masalah : Kasih kerana Allah dan benci kerana Allah itu yang terlebih utama iman . Nabi s.a.w. bersabda : ‘ Bahawa engkau kasih kerana Allah dan engkau benci kerana Allah dan engkau amalkan lidah engkau pada dzikir akan Allah iaitu bahawa engkau sukakan orang-orang itu barang yang kamu sukakan bagi dirimu dan engkau bencikan bagi orang-orang itu akan barang yang kamu benci bagi dirimu ’ .

Masalah : Kasihkan orang. ya’ni sukakan bagi orang-orang itu akan apa yang engkau sukakan bagi dirimu daripada bermacam-macam kebajikan dan berbagai-bagai kebaikan dan engkau jauhkan segala kejahatan dan kemudharatan daripada mereka itu sebagaimana engkau jagakan daripada dirimu .

Masalah : Berkahwin kerana Allah, ya’ni berkahwin kerana menjunjung suruh Allah supaya terpelihara dirimu daripada berzina dan jauh kamu daripadanya sebagaimana firman Allah ertinya : “ Bermula faraj-faraj isteri-isteri kamu itu tempat bertanam anak bagi sekalian kamu, maka tanamlah pada tempat tanam kamu itu sebagaimana kehendak kamu dan persembahkan oleh sekalian kamu bagi dirimu daripada anak yang shaleh dan takut oleh sekalian kamu akan Allah jima’ isteri itu dari lubang duburnya atau jima’ akan dia di dalam haidh . Dan ketahui oleh sekalian kamu bahawasanya itu jumpa akan Tuhan itu dan beri suka olehmu ya Muhammad akan orang-orang Mu’min yang menjauhkan diri daripada jima’ isterinya pada dubur atau dalam haidh itu dengan Syurga ” .

Kitab Al Yawaaqit Wa Al Jawaahir Fii ‘Uquubah Ahli Al Kabiir

  Amaran Bagi Orang Yang Meminum Arak  ﴿

Sabda Nabi s.a.w : ‘ Didatangkan pada hari Qiyaamah, orang yang minum arak itu, hitam mukanya dan biru matanya dan pada lidahnya terjulur atas dadanya, maka mengalirlah atas mulutnya nanah, maka bencilah sekalian manusia daripadanya, maka jangan kamu beri salam atasnya dan jangan kamu ziarahi akan dia apabila ia sakit dan jangan kamu shalat atasnya apabila ia mati kerana bahawasanya ia kepada Allah Ta‘ala seperti orang yang menyembah berhala . Barang siapa minum arak dan di dalam dunia, diharamkan Allah Ta‘ala atasnya minum di dalam Syurga ’ .

Dan lagi sabda Nabi s.a.w : ‘ Keluar orang yang minum arak itu daripada kuburnya terlebih busuk daripada bangkai dan tempat arak itu digantungkan pada lehernya dan mangkuk tempat minum itu pada tangannya dan dipenuhkan antara kulitnya dan dagingnya itu beberapa ular dan kala dan dipakaikan akan dua kasut daripada api Neraka, maka mendidihlah ia daripada keduanya itu otak kepalanya dan jadilah kuburnya itu satu lubang daripada lubang api Neraka padahal ia serta dengan Fir‘aun dan Haman di dalam api Neraka yang terlebih  di bawah yang bernama Hawiyah ’ .

Nabi s.a.w bersabda : ‘ Barang siapa memberi minum atau makan akan orang yang minum arak satu suap daripada makanan, dikeraskan Allah Ta‘ala atas tubuhnya beberapa ular dan kala jengking mengigit mereka itu akan dia pada hari Qiyaamah . Dan barang siapa menyampaikan hajatnya, maka sungguhnya orang itu menolongi ia atas meruntuhkan agama Islam . Dan barang siapa memberi berhutang akan dia satu dirham, maka sungguhnya orang yang itu telah menolongi atas membunuh orang yang Mu΄min . Dan barang siapa sekedudukan ia akan dia, dihimpunkan Allah Ta‘ala pada hari Qiyaamah padahal ia bunuh tiada hajat baginya, ya’ni tiada perpegangan yang melepaskan akan dia ’ .

Dan barang siapa menghalalkan arak, maka bahawa lepas daripada aku dan aku lepas daripadanya kerana bahawasanya Allah Ta‘ala bersumpah dengan kebesaranNya . Dan barang siapa minum ia akan arak di dalam dunia, nescaya tiada minum ia akan dia di dalam akhirat . Dan barang siapa meninggalkan minum akan dia kerana takut dia akan Aku, nescaya Aku beri akan dia arak di dalam Syurga yang bernama Hadhirah Al Quds ’ .

Asma binti ‘Umaisy berkata ia : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda ia : ‘ Barang siapa meminum arak, tiada diterima shalatnya 7 hari . Maka jikalau hilang ‘aqalnya, tiada diterima daripadanya kebajikan 40 hari . Maka apabila mati ia sebelum sampai 40 hari, maka ia di dalam ma’shiat . Dan jika taubat ia daripadanya, diterima Allah Ta‘ala akan taubatnya . Jikalau kembali ia akan minum dia, adalah Allah Ta‘ala memberi minum akan dia danur orang yang          di dalam Neraka ’ .

Kata setengah ‘Ulama΄ : Bahawasanya Allah memberi minum Ia akan orang yang minum arak di dalam dunia ini, dibalaskan Allah di dalam Neraka Jahannam akan satu tempat daripada api Neraka yang menjatuhkan daripadanya dua matanya dan dagingnya mukanya . Apabila ia minum akan dia, telah putuslah sekalian isi perutnya dan keluar daripada duburnya .

Rujukan :
Kitab Al Yawaaqit Wa Al Jawaahir Fii ‘Uquubah Ahli Al Kabiir

Isnin, 5 Mac 2012

Perihal Akhirat ( Soalan Di Padang Mahsyar )

  Pertanyaan Tuhan Di Padang Mahsyar  ﴿  

Nabi s.a.w bersabda : ‘ Tiada berubah dan tiada berpindah dua kaki seseorang anak Adam yang berdiri di bumi Mahsyar itu pada hari Qiyaamah daripada sisi Tuhannya hingga ditanya akan dia daripada lima perkara ’ .
Maka lima perkara itu jikalau selamat seseorang itu memperbuatnya di dalam dunia dan menggunakannya dan mengambilnya sebagai jalan yang diizinkan Tuhan nescaya selamat ia daripada azab . Dan jika tidak, maka kena azablah ia .

Ditanya daripada umurnya pada apa dihabiskannya ’ .

Masalah : Umur manusia itu kena tanya Tuhan pada apa dihabiskan dia, ya’ni masa ia di dalam hidup sepanjang umur itu apakah diperbuatnya ? Adakah memperbuat kebajikan atau membuat kejahatan kerana seseorang yang diberi Allah hidup dengan panjang dan pendeknya itu bukannya diberiNya dan disuruhNya sia-siakan umur dan usia itu, bahkan disuruhNya kerjakan suruhNya dan jauhkan apa tegahNya, maka jikalau tidak yang demikian itu, ya’ni tidak menjunjung seperti suruhNya dan tegahNya, maka ialah orang yang mensia-siakan umur itu dan menghabiskannya pada bukan tempatnya, maka itulah ditanya Allah Ta‘ala akan hambaNya pada apa dihabiskannya umur itu . Jikalau pada kebajikan nescaya dapat balasan kebajikan dan jika pada kejahatan nescaya dapat balas kejahatan .

Dan ditanya seseorang hamba Allah itu daripada kemudaan pada apa dilasahkan mudanya itu ’ .

Masalah : Kemudaan seseorang itu ditanya akan dia oleh Tuhan pada hari Qiyaamah pada apa dilasahkan dia, ya’ni seseorang yang ada di dalam masa mudanya dan sedang gagahnya serta cukup sihatnya apakah yang digunakan muda itu ? Adakah ia gunakan kepada menurut syahwat dan keinginan nafsu ataupun menurut perintah Allah dengan menjunjung suruhNya yang difardhukanNya dan yang diizinkanNya dan menjauhkan yang ditegahkanNya daripada segala yang haram dan yang tiada diizinkanNya ? Maka jikalau digunakannya mudanya kepada menurut syahwat dan keinginan nafsu daripada segala yang haram dan yang ditegah Allah nescaya dapat azab dan siksa . Dan jika menurut perintah Tuhan nescaya dapat balasan baik jua .

Dan ditanya seseorang itu daripada hartanya yang ada didapatnya dalam seumur hidupnya daripada mana didapatnya harta itu ’ .

Masalah : Harta yang dapat dengan jalan pencarian atau lainnya bagi seseorang di dalam dunia itu semua ditanya dan dihisab Allah di dalam negeri akhirat satu persatunya . Ditanya akan dia : Engkau dapat tanah kebun dan rumah dan belanja kamu pada tiap-tiap hari dan lainnya itu dari mana engkau dapat harta itu, adakah engkau dapat dengan sambar dan samun atau dengan curi atau dengan riba atau dengan jalan tipu daya dan lainnya ? Ataupun dapat harta –harta itu dengan jalan seperti yang disuruh Allah dan jalan yang diizinkanNya, maka sekiranya daripada halal semuanya lepas orang itu daripada siksa Tuhan dengan sebabnya dan jika tidak nescaya kena azab .

Dan ditanya akan seseorang hamba Allah itu pada apakah dinafqahkannya segala harta dan rezeki yang didapatnya ’ .

Masalah : Nafqahkannya harta dan pencarian itu kena tanya di negeri akhirat . Sesungguhnya manusia ini ditanya Allah akan rezeki dan pencariannya di dalam dunia ini ke mana dinafqahkannya, iaitu adakah diperbelanjakan kepada yang disuruh Allah, seperti dapat harta padi yang cukup nishabnya atau dapat harta binatang yang cukup nishabnya adakah diberi zakat dan adakah bershadaqah fithrah daripada baki harta yang mencukupkan makan pada hari raya fithrah  Dan adakah diperbelanjakan harta itu bagi menanggung anak isteri dengan secukupnya dan adakah diperbelanjakan harta itu mengerjakan haji dan menuntut ‘ilmu yang fardhu dan lain-lainnya daripada menafqahkan kepada segala yang disuruhNya ? Maka jika diperbelanjakan harta-harta itu kepada yang disuruhNya, tidaklah kena azab dan dapat balasan baik pula .

Dan apakah diperbuatnya pada barang yang ia sudah ketahui ’ .

Masalah : Amalkan apa yang diketahui daripada hukum Syara’ itu akan ditanya oleh Allah pada hari Mahsyar kelak, ya’ni tiap-tiap yang diketahui daripada hukum Allah, suruhNya adakah dikerjakan dan yang ditegahkan adakah diberhentikan dan dijauhkan, adakah diambil apa-apa perkara yang dihalalkanNya ataupun mengambil apa perkara yang diharam akan dia ? Maka apabila seseorang itu mengetahui akan suatu hendaklah diambilkan sebagaimana diketahui itu pada tempat dan pada masa mengamalnya . Dan jika diketahui serta mengamalkan lain daripada seperti yang diketahui itu dengan dikehendak dan sengaja nescaya diazab Allah di negeri akhirat itu .

Rujukan : Kitab Bahrul Madzi 

Pertanyaan Amal Di Padang Mahsyar