Ahad, 18 September 2011

Fashal yang kedua pada menyatakan telinga






Ketahui olehmu bahawasanya telinga itu menjadikan dia oleh Allah Ta‘ala bagi engkau kerana beberapa faedah dunia dan beberapa faedah yang bangsa akhirat .

Maka setengah daripada segala faedahnya yang bangsa dunia, bersedap-sedap dengan yang ( di ) dengar dan menyampaikan ia kepada memafhumkan segala perkataan yang didengar .

Dan setengah daripada segala faedahnya yang bangsa akhirat itu mendengar ia akan Al Quran dan hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa salaam dan segala ‘ilmu yang memberi manfaat dan kerana banyak ini segala faedah adalah pendengar itu lebih afdhal daripada penglihat kerana kebanyakan faedah penglihat itu bangsa dunia dan kebanyakan faedah pendengar itu bangsa akhirat . Dan kerana itu mendapat engkau akan yang buta lebih sempurna daripada yang tuli .


Dan bermula mensyukurkan pendengar itu memeliharanya daripada mendengar yang dilarang seperti mengumpat dan mengadu-ngadu dan segala perkataan yang tiada baik seperti bid‘ah dan berbantah-bantah dan seperti mendengar suara perempuan dan muda belia jika ditakuti daripadanya akan fitnah dan seperti mendengar perkakas permainan yang diharamkan seperti serunai dan gendang dan jangan engkau tertipu disebabkan mereka yang menghalalkan akan mendengar umpama serunai itu kerana perkataan itu menyalahi ia akan Al Quran dan hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa salaam . Maka lazimkan olehmu memelihara pendengar engkau daripada perkataan yang keji dan yang sia-sia kerana mereka itu yang menuntut dengar bersekutu ia dengan mereka yang berkata-kata pada dosa perkataan yang haram itu dan lagi pula bahawasanya mendengar perkataan yang sia-sia itu mendatangkan was-was ke dalam hati .
video