BERIMAN KEPADA RASUL - RASUL
Faridatul Faraid
siri 23
( Dan wajib atas tiap-tiap
mukallaf )
Diterima sekalian barang yang didatangkan dengan dia oleh Rasulullah shallallaahu
‘alaihi wa sallam daripada segala pekerjaan agamanya dan percayakan dengan sekalian
barang yang mengkhabar ia dengan dia daripada sekalian yang ghaalib-ghaalib (
maka wajib ) beriman ia dengan segala Rasul dan segala Nabi atas jalan
ijmal dengan makna i’tiqadkan bahawasanya ada bagi Allah Ta‘ala itu beberapa
banyak Rusul dan Anbiya΄ ‘alaihish shalaatu was salaam
.
( Dan qaul yang rajih
) Ketiadaan
dihinggakan mereka itu di dalam bilangan-bilangan yang tertentu seperti
dikatakan bahawasa Anbiya΄ itu seratus ribu dan dua puluh
empat ribu dan yang jadi Rasul daripada mereka itu tiga ratus tiga belas orang
.
( Dan ) Dua puluh lima (3) yang disebutkan nama mereka itu
di dalam Al Quran, wajib beriman dengan mereka itu atas jalan tafshil dengan
bahawasanya jika ditanyakan seseorang daripada tiap-tiap seorang daripada
mereka itu nescaya dijawabnya dengan bahawasanya ; Ia Rasul, tiada dengan makna
wajib dihafazkan segala nama mereka itu, maka jika menafi ia akan risalah
seseorang daripada mereka itu, maka tiada khilaf pada kufurnya .
(3)
(
Qauluhu ; Yang disebutkan nama mereka itu di dalam
Al Quran ) ( Faedah ) Segala Nabi yang diittifaqkan atas nubuwwahnya yang
disebut di dalam Al Quran itu daripada dzuriat Nabi Ibrahim melainkan lima
orang iaitu Idris dan Nuh dan Hud dan Shaaleh dan Luth . ﺍﻫ
Dan jika berkata ia ; Tiada aku ketahui akan dia, atau ;
Tiada aku ketahui bahawasanya Rasul, maka berkata kebanyakan ‘Ulama΄ ; Jadi kafir . Dan kata setengah mereka itu ; Tiada jadi kafir .
Dan bermula mereka itu :
( Adam ) dan ( Idris ) dan ( Nuh ) dan ( Hud ) dan ( Shaleh
) dan ( Ibrahim ) dan ( Luth ) dan
( Ishaq ) dan ( Isma‘il ) dan ( Ya’quub ) dan ( Yusuf ) dan ( Ayub ) dan (
Syu‘aib ) dan ( Harun ) dan (Musa) dan ( Ilyasa’ ) dan ( Dzulkifli ) dan (
Dawud ) dan ( Sulaiman ) dan ( Ilyas )
dan ( Yunus ) dan ( Zakaria ) dan ( Yahya ) dan ( ‘Isa ) dan Saiyyidina (
Muhammad ) Shalawaatullaahi wa sa laa muhu ‘alaihi wa ‘alaihim ajma‘iin .
( Dan setengah ) Daripada Anbiya΄ pada qaul yang rajih Saiyyidina Al Khidhir a.s . Dan tiada daripada
mereka itu Luqman dan Dzulqarnain iaitu satu raja yang shaleh daripada (1) bangsa Himyar dan bukannya ia
Iskandar Ar Rumi .
(1)
(
Qauluhu ; Daripada bangsa Himyar ) Berkata di dalam kamus Himyar atas timbangan dirham {
iaitu } satu tempat pihak maghrib bagi negeri Shan‘aa al Yaman dan satu nama
orang iaitu Himyar anak Saba΄ anak Yasyjab dan iaitu bapa bagi satu kabilah . ﺍﻫ
( Dan setengah ) Daripada mereka itu Khalid bin
Sinaan daripada zuriat Nabi Isma‘il ‘Alaihis salam daripada Bani ‘Abbas adalah
ia semasa dengan Kisra Anu Syirwan dan ia kemudian Nabi ‘Isa dengan tiga ratus
tahun menyeru ia akan manusia kepada agama Nabi ‘Isa .
( Dan setengah ) Daripada mereka itu Hanzhalah
bin Shafwan adalah ia kemudian daripada Khalid dengan seratus tahun dan
membunuhkan dia oleh kaumnya .
( Dan wajib ) I’tiqad bahawasa Nubuwwah,
ertinya jadi Nabi itu tiada dapat bagi seseorang dengan usaha dan jika dengan
melampaui membanyakan kebajikan dan ‘ibadat sekalipun, bahkan ia semata -mata
kurnia Allah Ta‘ala bagi mereka yang dikehendakiNya .
( Dan wajib ) I’tiqad bahawasa Allah Ta‘ala
mengkuatkan segala Anbiya΄ dan Rusul dengan beberapa
mu’jizat yang dizhahirkan dia daripda mereka itu dan mu’jizat itu pekerjaan
yang mencarikkan ‘adat yang nyata daripada Nabi atau Rasul tatkala dibangkitkan
dia tanda atas kebenarannya seperti berbelah bulan bagi Nabi kita shallallaahu
‘alaihi wa sallam dan bertutur kayu dan batu baginya dan terpancar air antara
segala anak jarinya shallallaahu ‘alaihi wa sallam .
( Dan wajib ) I’tiqad pula akan (2) tsabit karaamah, maka Auliya΄ pada ketika hidup dan kemudian daripada mati mereka itu dan iaitu
pekerjaan yang mencarikkan ‘adat yang nyata daripada orang yang shaleh iaitu
orang yang mendirikan segala hak Allah Ta‘ala .
(2)
(
Qauluhu ; Tsabit karaamah bagi Auliya΄ ) Dan
setengah daripada dalil atas Nubuwwah karaamah itu barang yang tersebut di
dalam Al Quran pada kisah Saiyyidatina Mariam dan Zakaria a.s . ﺍﻫ
ﻤﺆﻟﻔﻪ