Isnin, 19 November 2012

Siapa Yang Afdhal Memandikan Jenazah


Orang lelaki lebih utama bagi memandikan mayat lelaki dan orang perempuan lebih utama bagi memandikan mayat perempuan .

Dan orang lelaki boleh memandikan mayat isterinya dan isterinya juga boleh memandikan mayat suaminya sekalipun perempuan itu sudah berkahwin dengan lelaki lain serta sunat menyentuh mayat yang dimandikannya itu dengan membungkuskan tangannya dengan cebis kain .

{ Persoalan }


Lelaki Yang Mana ???

Atau Perempuan Yang Mana ???

Atau Suami Yang Mana ???

Atau Isteri Yang Mana ???

Yang Dapat Memandikan Mayat Pasangannya ???

Atau Anak Yang Mana ???

Yang Dapat Memandikan Mayat Ibu Bapanya ???

Kesimpulan :

Sekalipun Hukum Memandikan Mayat, Mengkafankan Mayat, Menshalatkannya Adalah Fardhu Kifaayah Namun Ahli Keluarga Sendiri Adalah Yang Paling Afdhal Bagi Melakukannya, Maka Tuntutlah ‘Ilmu Agama Agar Dapat Kita Menyempurnakan Ubudiyyah ( Kehambaan ) Kita Kepada Allah Ta‘ala Dengan Sebaik-Baiknya .             In syaa Allaah .

Mandi Wajib Bagi Orang Yang Berpenyakit Telur Kutu Pada Rambut



Para ‘Ulama΄ ada menyebutkan di dalam bab mandi bahawa adalah dimaafkan bathin simpulan rambut apabila rambut itu menjadi tersimpul dengan sendirinya, ya’ni tidak wajib menghuraikan simpulan itu untuk menyampaikan air padanya sepertimana halnya dimaafkan seseorang yang dibalakan dengan adanya penyakit telur kutu pada pangkal rambutnya sehingga menyekat sampainya air kepada pangkal rambut itu, ya’ni tidak wajib dibuang telur-telur kutu itu bagi menyampaikan air kepada pangkal rambut itu ketika mandi wajib .

Khilaf bagi Syeikh Zakaria Al Anshaari yang menjelaskan bahawa ; Orang yang berpenyakit telur kutu itu tidak boleh dimasukkan atau disamakan dengan orang yang rambutnya tersimpul dengan sendirinya, bahkan orang yang berpenyakit telur kutu itu hendaklah ia bertayammum bagi menjabarkan ( menampung ) bahagian pangkal rambut yang tidak sampai air kepadanya kerana telur kutu itu .


Wallaahu a’lam

Memberi Dan Menjawab Salam siri 1


Sunat bagi wanita memberi salam kepada :

1 : Sesama wanita .

2 : Suaminya .

3 : Mahramnya .

4 : Lelaki ajnabi jika wanita tersebut telah tergolong sebagai wanita tua yang tidak menarik syahwat kepada lelaki ajnabi dan wanita ini adalah wajib menjawab salam daripada lelaki ajnabi (bukan mahram) jika diberi salam oleh lelaki ajnabi tersebut .

Adapun bagi wanita yang menarik syahwat dalam keadaan bersendirian, maka adalah diharamkan menjawab salam daripada lelaki ajnabi  yang bersendirian dan haram pula bagi wanita tersebut memulai memberi salam kepada lelaki ajnabi yang bersendirian .

Adapun bagi lelaki ajnabi itu pula, maka adalah makruh menjawab salam daripada wanita yang menarik syahwat dalam keadaan bersendirian, dan makruh pula bagi lelaki ajnabi yang bersendirian itu memberi salam kepada wanita tersebut .

Dan jika seseorang lelaki mengucapkan salam kepada segolongan wanita, maka wajib atas salah seorang di antara mereka itu menjawabnya kerana dalam suasana begitu tidak dikhuatirkan timbul fitnah .

Rujukan : Kitab Fathul Mu‘in jilid 3