Sabtu, 18 Jun 2011

Bahagian Hukum 'Aqal

‘Aqiidatun Najiin ( Siri 12 )


Kata mushannif :  

  ﺃﻗﺴﺎﻡ    ﺛﻼﺛﺔ    ﻓﻲ    ﻴﻧﺤﺼﺭ  ﴿

Ertinya : Tersimpan ia pada tiga bahagi .

Ya’ni terhingga ia pada tiga bahagi, tiada lebih dan tiada kurang dengan makna tiada keluar hukum ‘aqal itu daripada tiga bahagi itu .

(  ﺍﻟﻮﺠﻮﺏ ) Pertamanya : Wujuub, iaitu tiada menerima nafi .

(  ﻮﺍﻹﺴﺗﺤﺎﻟﺔ ) Keduanya : Istihaalah, iaitu tiada menerima tsubut .

( ﻮﺍﻟﺠﻮﺍﺯ ) Ketiganya : Jawaz, iaitu menerima keduanya tetapi atas jalan berganti-ganti dengan makna qabul intifaa΄ pada satu ketika yang lain, bukan atas jalan berhimpun kerana tiada dapat qabul keduanya beserta .

Kemudian menyata oleh mushannif akan makna tiap-tiap satu daripada hukum ‘aqal yang tiga itu dengan katanya :


ﻴﺗﺼﻮﺭ  ﻤﺎ  ﻮﺍﻟﻤﺴﺗﺤﻴﻝ  ٬ ﻋﺪﻤﻪ  ﺍﻟﻌﻘﻝ   ﻓﻲ   ﻴﺗﺼﻮﺭ   ﻤﺎ   ﻓﺎﻟﻮﺍ   ﴿

  ﻋﺪﻤﻪ   ﻮﺠﻮﺪﻩ   ﺍﻟﻌﻘﻝ  ﻓﻲ  ﻴﺼﺢ  ﻤﺎ  ﻮﺍﻟﺠﺎﺋﺯ  ﻮﺠﻮﺪﻩ  ﺍﻟﻌﻘﻝ  ﻓﻲ

Ertinya : Maka bermula yang wajib itu barang yang tiada dapat dirupakan pada ‘aqal akan tiadanya . Dan yang mustahil itu barang yang tiada dapat dirupakan pada ‘aqal akan adanya  . Dan yang harus itu barang yang sah pada ‘aqal adanya dan tiadanya .

Kata Syeikh Tilmisani : Maka tiap-tiap barang yang menghukumkan oleh ‘aqal akan tsubutnya dan tiada sah pada ‘aqal nafinya, maka iaitu wajib mitsalnya itu jirim dengan gerak atau diam, ya’ni menerima salah suatu daripada keduanya dengan tiada tertentu . Adapun menerima salah suatu dengan tertentu itu iaitu harus, ya’ni memilih bergerak umpamanya, tiada mahu diam, maka iaitu bukan wajib tetapi harus .

Dan tiap-tiap barang yang menghukumkan oleh ‘aqal dengan nafinya dan tiada sah pada ‘aqal tsubutnya, maka iaitu iaitu mustahil, mitsalnya itu seperti sunyi jirim daripada bergeak dan diam, maka tiada menerima sekali-kali oleh ‘aqal bahawa jirim itu sunyi daripada keduanya .

Dan tiap-tiap barang yang sah pada ‘aqal adanya dan ‘adamnya, maka iaitu jaiz, mitsalnya memilih jirim itu dengan gerak atau diam yang tertentu, maka bahawasanya sah pada ‘aqal bahawa adalah jirim itu bergerak-gerak selama -lamanya atau diam selama-lamanya .

Maka tiap-tiap satu daripada tiga itu terbahagi atas dua bahagi :

Pertama : Dharuri .   Dan kedua : Nazhari .

Maka mitsal wajib dharuri itu seperti jirim mengambil lapang kadar dzatnya . Dan makna jirim itu tiap-tiap suatu yang memenuh lapang seperti kayu dan batu dan matahari dan bulan dan bintang dan jasad sekelian binatang .

Dan erti dharuri : Barang yang mudah mendapat akan dia, ertinya tiada berkehendak kepada nazhar dan dalil .

Dan erti nazhari : Barang yang berkehendak mendapat akan dia kepada nazhar dan dalil .

Maka mitsal wajib dharuri itu seperti qidam bagi Allah, maka qidam bagi Allah itu tiada dapat mengetahui dengan mudah melainkan kemudian daripada nazhar pada dalil mustahil wujud daurun dan tasalsul di sana .

Dan mitsal mustahil dharuri seperti sunyi jirim daripada gerak dan diam . 

Dan mitsal mustahil nazhari itu seperti syarik bagi Allah, Maha Suci Allah Ta‘ala daripada yang demikian itu, maka mustahil syarik bagi Allah itu tiada dapat mengetahui dengan mudah melainkan kemudian daripada nazhar pada nazhar pada dalil wahdaniah .

Dan mitsal jaiz dharuri itu seperti memilih oleh jirim akan salah suatu daripada gerak dan diam . Dan telah lalu sebutnya menerima oleh jirim akan salah suatu daripada keduanya dengan tiada tertentu itu wajib .

Dan mitsal jaiz nazhari itu seperti menyiksa akan orang yang berbuat tha‘at atau memberi pahala bagi orang yang berbuat ma’shiat iaitu ‘akas muqtadha Syara’ .

Kata Syeikh Hudhudi pada syarah Ummu Baraahin : Dan hanyasanya memulai oleh mushannif akan karangan dengan membahagikan hukum ‘aqal pada awal kerana bahawasa mukallaf itu dituntut dengan mengenal barang yang wajib bagi Allah Ta‘ala dan barang yang mustahil atasNya dan barang yang harus padaNya .

Dan tiada dapat ia menghukumkan atas suatu itu dengan bahawasanya ia wajib atau ia jaiz atau ia mustahil hingga mengetahui ia akan hakikatnya itu .

Hukum Dalam Syari'at


'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 11 )

Kata Mushannif :

  ﭐﻟﻌﻘﻟﻰ    ﭐﻟﺤﻜﻡ    ﺍﻦ   ﴿

Ertinya : Bahawasanya hukum yang bangsa ‘aqal itu .

Bermula makna hukum itu iaitu mengitsbatkan suatu pekerjaan atau menafikan dia . Dan yang yang menghukumkan dengan itsbat atau nafi itu adakalanya Syara’, dan adakalanya ‘aqal, dan adakalanya ‘adat . Maka sebab itulah terbahagi hukum itu kepada tiga bahagi :

Pertama : Hukum Syara’   

Kedua : Hukum ‘Aqal   

Ketiga : Hukum ‘adat .

Dan hanya sungguhnya menyimpankan oleh mushannif atas hukum ‘aqal, tiada hukum Syara’ dan tiada hukum ‘adat kerana bahawa berkehendak menghukum atas dzat Allah Ta‘ala itu dengan hukum ‘aqal jua, tiada dengan hukum Syara’ dan ‘adat .

Ta‘arif Hukum ‘Aqal

Maka ta‘arif hukum ‘aqal itu iaitu mengitsbatkan suatu pekerjaan bagi suatu pekerjaan atau menafikan dia daripadanya daripada ketiadaan terhenti atas berulang-ulang cuba dan tiada terhenti atas oleh yang menghantarkan .

Dan keluar dengan kata, ‘tiada terhenti atas berulang-ulang’ itu, hukum ‘adat kerana ia terhenti atas berulang-ulang .

Dan keluar dengan kata, ‘tiada terhenti atas hantar oleh yang menghantarkan dia’ itu, hukum Syara’ kerana ia terhenti atas orang yang menghantar dia, ya’ni Syara’ menghantarkan dia .

Dan tersimpan hukum ‘aqal itu pada tiga bahagi, seperti lagi akan datang sebutnya .

Ta‘arif Hukum ‘Adat

Dan hukum ‘adat itu iaitu mengitsbatkan suatu pekerjaan bagi suatu pekerjaan atau menafikan dia daripadanya dengan waasithah dicuba-cubakan dia dengan berulang-ulang dan tersimpan ia pada empat bahagi :

Pertama : Ditambatkan wujud dengan wujud seperti ditambatkan wujud kenyang dengan wujud makan .

Kedua : Ditambatkan ‘adam dengan ‘adam seperti ditambatkan tiada kenyang dengan tiada makan .

Ketiga : Ditambatkan wujud dengan ‘adam seperti ditambatkan ada sejuk  dengan tiada selimut .

Keempat : Ditambatkan ‘adam dengan wujud seperti ditambatkan tiada hangus  dengan sebab wujud maani’ iaitu basah .

Ta‘arif Hukum Syara’

Dan hukum Syara’ itu, kalam Allah yang bergantung dengan perbuatan mukallaf dengan tuntut suruh atau tuntut tegah atau dengan harus atau yang dihantarkan bagi tuntut dan bagi ibaahah .

Dan masuk di dalam tuntut suruh itu dua perkara :  

Pertama : Wajib, maknanya barang yang diberi pahala atas orang yang mengerjakan dia dan disiksa atas orang yang meninggal akan dia seperti sembahyang lima waktu dan puasa bulan Ramadhan dan zakat dan lainnya daripada segala waajibaat al Syar‘ie .

Kedua : Sunat, maknanya barang yang diberi pahala atas orang yang mengerjakan dia dan tiada disiksa atas orang yang meninggalkan dia.

Dan masuk di dalam tuntut tegah itu dua perkara :

Pertama : Haram, maknanya barang yang disiksa atas orang yang mengerjakan dia dan diberi pahala atas orang yang meninggalkan dia.

Kedua : Makruh, maknanya barang yang diberi pahala atas orang yang meninggalkan dia dan tiada disiksa atas orang yang mengerjakan dia .

Dan ibaahah itu harus iaitu satu jua, maknanya bersamaan perbuat dan tinggalnya tiada pahala dan tiada siksa .

Maka dihimpunkan satu yang harus ini dengan empat yang dahulu itu, maka jadilah jumlahnya lima perkara dinamakan hukum takliifi yang empat yang dahulu itu . Dan ibaahah itu dinamakan hukum takhyiir .

Dan masuk pada yang dihantarkan bagi keduanya itu lima perkara :

Pertama : Sebab .

Kedua : Syarat .

Ketiga : Maani’ .

Keempat : Shahih .

Kelima : Fasid .

Dan makna Sebab itu barang yang lazim daripada ketiadaannya, ketiadaan musabbab dan lazim daripada diperolehinya, diperoleh musabbab seperti gelincir matahari . Maka bahawasanya Syara’ menghantarkan dia sebab bagi wajib sembahyang Zhuhur, maka lazim daripada ketiadaan gelincir matahari, ketiadaan wajib sembahyang Zhuhur iaitu musabbabnya .

Dan makna Syarat itu iaitu barang yang lazim daripada ketiadaannya, ketiadaan masyruuth dan tiada lazim daripada diperolehnya diperoleh masyruuth atau tiada diperolehnya seperti haul, ya’ni tamam setahun dengan dibangsakan bagi syarat wajib zakat na‘am, ya’ni segala binatang yang boleh buat qurban . Maka bahawasanya lazim daripada ketiadaan sempurna tahun, ketiadaan wajib zakat atau tiada wajibnya kerana terhenti wajib zakat atas memilik nisab akan sebagai milik yang kamil .

Dan makna Maani’ itu iaitu barang yang lazim daripada wujudnya ketiadaan diperoleh suatu dan tiada lazim daripada ketiadaannya diperoleh suatu atau tiada diperolehnya seperti haidh, maka bahawasanya lazim daripada perolehnya, ya’ni haidh iaitu maani’ ketiadaan diperoleh wajib sembahyang dan tiada lazim daripada ketiadaannya, ya’ni haidh diperoleh wajib sembahyang atau tiada wajib sembahyang atau tiada wajib sembahyang kerana terhenti wajib sembahyang itu atas sebab yang lain seperti gelincir matahari pada sembahyang Zhuhur .

Dan makna Shahih itu barang yang terbilang pada Syara’ .

Dan makna Fasid itu iaitu barang yang tiada bergantung dengan dia lulus dan tiada dibilang oleh Syara’ dengan dia .

Dan dinamai lima itu, hukum wadh‘ie, maka dipukul lima ini kepada lima yang dahulu, jadi dua puluh lima kerana tiap-tiap satu daripada hukum takliifi itu, lima hukum wadh‘ie padanya seperti umpama wajib ada syaratnya dan ada mani’ dan ada shahih dan ada fasid .

Hikayat Dahri dengan Abu Hanifah



'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 10 )


Dan seperti  barang yang dihikayatkan, bahawasa ada satu Dahri datang ia pada zaman Hammad, guru Imam Abu Hanifah dan menuntut ia akan segala ‘Ulama΄ hendak berhujjah ia dengan kata  nya : Kata kamu Allah itu ada, manakala ada, betapa tiada tempatnya? Maka tiada suatu yang maujud melainkan ada tempatnya.

Maka beberapa mereka itu yang sudah dikalahkan oleh Dahri, maka bertanya ia kepada manusia : Adakah lagi tinggal daripada ‘Ulama΄ kamu seorang ? 

Maka sahut orang banyak : Ada lagi iaitu Hammad .

Maka berkata Dahri : Hai Khalifah, hadirkan olehmu akan dia pada aku supaya berhujjah ia sertaku .

Maka menyeru Khalifah akan Hammad, maka berkata Hammad : Beri tangguh olehmu akan daku malam ini .

Maka tatkala berpagi-pagi datang Abu Hanifah dan adalah ia lagi kecil, maka melihat ia akan gurunya yang bernama Hammad itu di dalam dukacita yang sangat . Maka bertanya Abu Hanifah akan dia apa sebab daripada percitaan ini, maka berkata ia : Betapa aku tiada dukacita dan telah menyeru oleh Khalifah akan daku berhujjah serta Dahri dan telah menghimpunkan segala ‘Ulama΄ dan aku bermimpi semalam di dalam tidurku akan suatu penglihatan yang sangat mungkar . Maka berkata Abu Hanifah : Apa ia ?

Katanya : Aku lihat akan satu dusun yang sangat luas lagi berhiasan dan ada padanya satu pohon kayu yang beruah, maka keluar daripada satu penjuru kampung itu babi, maka memakan ia akan buah kayu itu hingga habis dengan daunnya dan cawangnya hingga tinggal batang semata-mata, maka keluar daripada umbi pohon kayu itu satu harimau, maka ditangkapnya akan babi itu lalu mati itu .

Maka berkata Abu Hanifah : Bahawa Allah Ta‘ala mengajar ia akan daku ‘ilmu ta’bir mimpi ini baik bagi kita dan jahat bagi seteru kita, maka jikalau engkau izinkan bagiku kepada ta’bir akan dia . Maka berkata Hammad : Ta’birkan olehmu ya Nu’man, ertinya nama Abu Hanifah itu, Nu’man .

Maka berkata ia : Bermula dusun yang luas lagi berhiasan itu, agama Islam . Dan pohon kayu yang berbuah itu ‘Ulama΄ . Dan usulnya yang tinggal itu engkau . Dan babi itu, Dahri . Dan harimau yang membunuhkan babi itu, aku . Maka berjalanlah engkau dan aku serta engkau, maka dengan berkat himmah engkau dan berkat hadrat engkau, aku berkata-kata sertanya dan aku lazimkan hujjahnya .

Maka sukalah Hammad itu dan berdiri keduanya ketika itu jua kepada masjid Jami’ . Maka datang Khalifah dan berhimpunlah segala manusia pada majlis Hammad itu, ya’ni majlis Hammad yang hadir itu dan berdiri Abu Hanifah di hadapan gurunya, di bawah sarirnya memegang ia akan kaus gurunya dan kaus dirinya .

Maka datang Dahri dan naik ia atas mimbar dan berkata ia : Siapa yang menjawab akan soalku ini ?

Maka sahut Abu Hanifah : Apa perkataan kamu itu,  nyatakan olehmu, maka orang yang mengetahui dijawabnya akan pertanyaan kamu itu .

Maka berkata Dahri : Siapa engkau hai kanak-kanak ? Engkau berkata-kata sertaku beberapa orang yang mempunyai kemegahan dan orang yang tua-tua dan serban yang besar-besar dan yang mempunyai kain yang kemegahan dan tangan baju yang luas-luas, lemah mereka itu daripada aku . Maka betapa engkau berkata sertaku padahal kecil umur engkau dan hina diri kamu .

Maka berkata Abu Hanifah : Tiada menaruh oleh Allah Ta‘ala akan ketinggian dan kebesaran itu kepada orang yang mempunyai serban yang besar-besar dan kain yang kemegahan dan tangan baju yang luas tetapi ditaruh akan dia bagi ‘Ulama΄, seperti firman Allah Ta‘ala :

                                  ﺪﺭﺟﺖ     ﭐﻟﻌﻟﻢ     ٲﻭﺗﻭﺍ     ﻭﭐﻟﺬﻴﻥ  ﴿

Dan segala mereka yang didatangkan bagi mereka itu akan ‘ilmu itu beberapa darjat ” .
( Shural Al Mujaadalah : Ayat 11 )

Maka berkata Dahri itu : Engkau yang menjawab akan soalku ?

Maka kata Abu Hanifah : Bahkan, aku jawab akan soal engakau dengan taufiq Allah .

Maka berkata ia : Adakah Allah itu maujud ?

Maka jawab Abu Hanifah : Bahkan .

Berkata ia : Dimana Ia ?

Kata Abu Hanifah : Tiada ada bagiNya tempat .

Kata Dahri : Betapa ada maujud, tiada ia tempat baginya ?

Kata Abu Hanifah : Bagi ini dalil pada dirimu .

Katanya : Dimana ia dalilnya ?

Kata ia : Iaitu tiadakah pada diri kamu nyawa ?

Maka katanya : Bahkan .

Kata Abu Hanifah : Di mana tempat roh kamu itu ? Di kepala kamukah ? Atau   di perut kamukah ? Atau di kaki kamukah ?

Maka tercengang ia .

Kemudian menyeru ( menyebut ) oleh Abu Hanifah akan air susu, buat dalil yang lain pula, dan berkata ia : Tiadakah pada air susu ini minyaknya ?

Kata Dahri : Bahkan .

Kata Abu Hanifah : Di mana tempatnya ? Di ataskah ? Atau di bawahkah ?

Maka tercengang pula Dahri .

Maka kata Abu Hanifah : Seperti tiada dapat bagi roh itu tempat pada tubuh dan tiada pula bagi minyak itu tempat pada air susu itu . Demikian lagi tiada dapat pula bagi Allah itu di dalam kaun ini tempatnya .

Kata Dahri : Maka apa ada dahulu daripada Allah dan apa kemudian daripadaNya ?

Kata Abu Hanifah : Tiada suatu dahulu daripadaNya dan tiada suatu kemudian daripdaNya .

Kata Dahri : Betapa tasawwur ada suatu yang maujud padahal tiada suatu dahulunya dan tiada suatu kemudiannya ?

Kata Abu Hanifah : Baginya itu dalil pada badan kamu pula .

Kata ia : Maka apa ia ?

Katanya : Apa dahulu daripada ibu tangan kamu dan apa kemudian daripada jari kelingking kamu ?

Maka katanya : Tiada suatu dahulu daripada ibu tanganku dan tiada suatu kemudian daripada kelingkingku . Maka kata Abu Hanifah : Demikian lagi Allah Ta‘ala, tiada suatu dahulu daripadaNya dan tiada suatu kemudian daripadaNya.

Kata Dahri : Tinggal lagi pada aku satu pertanyaan .

Katanya : Nyata olehmu .  

Abu Hanifah jawab : Insyaa Allaahu Ta‘ala .

Katanya : Apa kelakuan Allah sekarang ini ?

Kata Abu Hanifah : Bahawasanya engkau ini terbalik pekerjaan engkau, sayugianya bahawa adalah yang menjawab itu di atas mimbar dan yang bertanya itu di bawah mimbar . Maka manakala engkau turun, aku naik nescaya aku jawab akan soal engkau .

Maka turun ia dan naik Abu Hanifah atas mimbar . Maka tatkala duduk ia atas mimbar, maka bertanya Dahri, maka jawab Abu Hanifah akan tanyanya dengan katanya : Kelakuan Allah sekarang ini menggugurkan yang bathil seumpama kamu daripada aku dari bawah ke atas . Maka lalu kalah ia dan putus hujjah .       

Hukum Belajar Dan Mengajar 'Ilmu Ushuluddin


'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 9 )



Syahdan ﴿ Bermula hukum pada belajar ‘ilmu Ushuluddin dan mengajar dia itu wajib pada Syara’ ertinya dituntut akan dia akan sebagai tuntut yang lazim tiada dimudahkan pada meninggalkan dia, kemudian maka dibahagi akan wajib pada Syara’ itu atas dua bahagi :

Pertama : Wajib yang fardhu ‘ain pada belajar . Bermula kadar yang wajib fardhu ‘ain mengetahui dia itu iaitu barang yang mengeluarkan mukallaf daripada taqlid kepada tahqiq dan iaitu mengetahui yang wajib bagi Allah dua puluh dengan tafshil dan yang mustahil atasNya dua puluh dengan tafshil satu-satunya dengan dalil dan jikalau dengan dalil ijmali sekalipun seperti isbat ‘aqaaid yang dua puluh itu dengan dalil baharu alam ini serta lemah ia daripada menetapkan dalil itu daripada pihak baharukah atau daripada pihak imkankah atau pihak keduanya . Dan lemah pula hendak menolakkan syubhah yang datang ia hendak membinasakan dalil yang ia mengambil dalil itu .

Maka dalil ijmali itu yang dapat kebiasaan manusia menetapkan dia seperti gembala kambing dan gembala unta dan orang dusun adalah mereka itu apabila melihat suatu yang ajaib berkata mereka itu : Subhaanallah, siapa yang menjadikan ini, ya’ni tiada yang menjadikan dia melainkan Allah, maka mengambil dalil atas yang mengadakan alam ini Allah Ta‘ala . Seperti ditanya seorang : Dengan apa kamu kenal Tuhan kamu ? Katanya : Dengan tiada dapat maksud kami akan barang yang kami hendak .

Dan lagi seperti hikayat, kata Ashmu‘i : Keluar aku pada satu hari daripada masjid Jami’, ya’ni masjid tempat orang berhimpun sembahyang Juma‘at pada negeri Bashrah iaitu satu qariyah hampir negeri Baghdad . Maka ada aku berjalan pada tengah jalan berjumpa dengan seorang A’rabi, ya’ni Badwi yang mendiami dusun, menunggang ia di atas unta baginya menyangkut ia akan pedang pada bahunya dan pada tangannya anak panah . Maka memberi salam ia akan daku serta berkata ia akan daku : Siapa kamu ?

Maka berkata aku : Daripada anak cucu Ashmu‘i .

Maka berkata ia : Dari mana kamu ?

Maka berkataku : Datang daripada tempat membaca Kalam al Rahman .

Maka berkata ia : Adakah bagi Rahman itu kalam yang dapat dibaca orang akan dia ?

Maka jawabku : Bahkan .

Maka katanya : Bacakan olehmu atasku suatu daripadanya .

Maka kataku : Turun olehmu daripada unta kamu dan hendaklah membaikkan adab . Maka lalu turun ia daripada untanya dan duduk ia

Maka aku bacakan shurah Adz Dzaariyaat hingga sampai kepada firman Allah Ta‘ala :

  ﺗﺑﺻﺭﻭﻥ   ٲﻓﻼ   ۚ  ٲﻧﻔﺴﻜﻡ   ﻓﻰ   .  ﻟﻟﻤﻮﻗﻧﻴﻥ   ﺀﺍﻴﺖ  ﭐﻷﺭﺽ   ﻓﻰ   ﴿

Ertinya : “ Dan di dalam bumi itu beberapa tanda Allah yang menunjukkan wujud Allah yang memberi yakin bagi orang yang mentauhidkan Dia dan pada diri kamu itupun ada dalil yang menunjukkan ada Tuhan yang memerintahkan kamu, maka adakah tiada kamu lihat akan dia ? Ya’ni hendaklah kamu ketahui akan dia ” .
( Shurah Adz Dzaariyaat : Ayat 20 – 21 )

Maka kata A’rabi : Telah benar Rahman itu berfirman Ia . Maka tahi unta itu menunjukkan ada unta dan dan bekas telapak kaki itu menunjukkan ada orang yang berjalan . Maka langit itu ada buruj tempat berjalan bulan dan bintang dan matahari dan bumi mempunyai jalan dan laut mempunyai ombak . Tiadakah menunjukkan atas Tuhan yang lathif hingga akhir hikayat .

Dan tiadalah berhajat hamba sebutkan hingga tamam hikayat itu kerana maksudnya hendak menyatakan dalil ijmali itu banyak orang yang mendapatkan dia hingga segala awam al muslimin pun dapat .

Maka hasilnya bahawasanya fardhu ‘ain atas tiap-tiap seorang yang mukallaf itu mengetahui dalil ijmali, maka lepaslah ia daripada taqlid dan masuklah ia kepada tahqiq . Maka dalil ijmali itu dikatanya : Tanda ada Allah itu wujud alam atau alam ini . Maka tiap-tiap ditanya daripada dalil satu-satu shifat daripada shifat dua puluh ini, maka dijawabnya, maka dijawabnya alam ini atau makhluq ini dalilnya padahal lemah ia daripada mentaqrirkan dalil dan lemah daripada menghuraikan syubhah .

Dan kedua : Wajib kifaayah iaitu barang yang kuasa pada mentahqiqkan masalah dan kuasa menetapkan dalil seperti katanya : Bermula alam ini baharu dan tiap-tiap yang baharu itu ada yang membaharukan dia, atau dikatanya : Alam ini mungkin dan tiap-tiap mumkin itu ada baginya yang membuatkan dia . Maka mengetahui akan yang demikian itu fardhu kifaayah .

Wajib tiap-tiap satu tempat ada seorang yang boleh menetapkan dalil dan boleh menghuraikan syubhah ahli al bid‘ah yang mendatang ia akan dia supaya hendak menolakkan dalil kita . Maka wajib bahawa ada pada tiap-tiap masaafah qashar orang yang mengetahui dengan demikian itu dan dengan yang tinggal daripada ahkam yang Syar‘iyyah . Dan pada tiap-tiap masaafah ‘adawi seorang qadhi kerana banyak berbantahan-bantahan . Maka jika ada seperti demikian itu, lepaslah daripada berdosa isi negeri itu dan jikalau tiada seorang yang mengetahui akan demikian itu nescaya berdosa sekeliannya .  

Maka tatkala itu, wajiblah sekelian ahli negeri itu belajar hingga dapat seorang yang dapat mengetahui akan yang tersebut itu serta bahawa menghuraikan syubhah yang didatangkan oleh orang yang mulhid berkata ia bahawasanya ‘aradh bagi alam ini baharu, tetapi tiada awalnya dan seumpama yang demikian itu daripada perkataan orang yang sesat seperti syubhah yang didatangkan oleh Mujassimah yang berkata oleh mereka itu Allah Ta‘ala itu berdiri dengan sendiri itu jisim, maka jadilah Allah itu berjisim . Maka adalah perkataan itu sesat . Maka adalah yang demikian itu berkehendak kepada ada orang yang menolakkan perkataan perkataan yang sesat itu dengan mendirikan dalil yang boleh mengalahkan dia .

Antara 'Ilmu, Taqlid Dan Jahil

'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 8 )

Bermula makna pengetahuan itu iaitu mendapat akan sesuatu yang berbetulan dengan hakikatnya . Bermula qaul yang sebenar bahawasa ‘ilmu dan ma’rifah itu bersamaan keduanya melainkan bahawasanya diithlaqkan atas Allah Ta‘ala itu ‘aalim, tiada harus diithlaqkan atasnya ‘aarif kerana bahawa ma’rifah itu menyeru ia akan mendahulukan jahil bersalahan ‘ilmu .

Dan keluar dengan kata pengetahuan itu empat perkara : 

Pertama jahil iaitu terbahagi ia atas dua bahagi :

Pertama : Jahil basith namanya iaitu tiada mengetahui sekali-kali seperti dikata orang baginya : Apa kata engkau alam ini qadimkah atau baharu ? Maka jawab ia : Tiada aku ketahui sekali-kali .

Kedua : Jahil murakkab namanya iaitu mendapat atas bersalahan shifatnya pada waaqi’ .

Dan dinamakan dia dengan demikian itu kerana bersusunannya daripada dua jahil :

Pertama : Jahil empunyanya dengan barang yang pada waaqi’ .

Kedua : Jahilnya dengan bahawasanya dirinya jahil kerana sangkanya bahawa sanya ia yang mengetahui seperti i’tiqad falsafah bahawasa alam ini qadim .

Dan yang kedua daripada perkara yang keluar daripada pengetahuan itu syak iaitu mendapatkan tiap-tiap daripada dua ternafi itu atas bersamaan .

Dan yang ketiga zhan iaitu berat pada hatinya itu mengetahui dan ringan pada hatinya tiada mengetahui .

Dan yang keempat waham iaitu ringan pada hatinya itu pada mengetahui dan berat pada hatinya pada tiada mengetahui .

Maka orang yang bershifat dengan salah suatu daripada empat perkara ini tiada bagi mereka itu iman . Ertinya jikalau adalah ia i’tiqad akan Allah dan akan RasulNya dengan jahil atau dengan syak atau dengan zhan atau dengan waham, maka orang itu kafir .

Orang Taqlid

Adapun orang taqlid, ya’ni i’tiqad kepada Allah dan Rasul itu semata-mata ikut perkataan orang jua, maka ikut itu tiada dalil padanya padahal jazam ia akan taqlidnya itu, maka bersalahan ‘Ulama΄ pada sah imannya . Maka setengah, kafir ia iaitu dhaif . Dan kata setengah, mu΄min iaitu yang mu’tamad . Dan adakah berdosa ia atau tiada, maka iaitu baginya tafshil lagi akan datang sebutnya, insyaa Allah Ta‘ala .

Ketahui olehmu, bahawa sebab mendatang dapat ‘ilmu yang baharu itu tiga perkara :

Pertama : Khabar yang shaadiq iaitu khabar Allah Ta‘ala dan khabar Rasul dan khabar mutawaatir sekira-kira sampai bilang-bilangan yang banyak yang tiada tashawwur pada ‘aqal muwaafaqat oleh mereka itu atas dusta .

Dan kedua : ‘Aqal iaitu ‘aqal ghariiziah .

Dan ketiga : Segala pancaindera yang lima yang sejahtera iaitu penglihat dan pendengar dan pengcium dan pengerasa dan penjabat . Maka penglihat itu kuat yang dihantar pada mata, maka mendapat dengan dia daripada segala rupa dan warna dan lainnya daripada segala perkara yang dapat dilihat dengan syarat wasitah cahaya .

Dan pendengar itu kuat yang dihantar pada telinga yang mendapat dengan dia segala suara . Dan pengcium itu kuat yang dihantar pada hidung yang mendapat dengan dia daripada segala yang berbau . Dan pengerasa itu kuat yang dihantar pada lidah yang mendapat dengan dia daripada segala perkara yang mempunyai rasa seperti manis atau masam atau lainnya .

Dan penjabat itu kuat yang dihantar pada bertaburan pada segala tubuh yang mendapat dengan dia hangat dan sejuk dan licin dan kasat dan umpamanya . Tetapi telah maklumlah ‘ilmu yang boleh mengenal Allah dan Rasulullah itu tiada ia dengan pancaindera yang lima itu, maka yang mendapat itu adakalanya dengan Syara’ atau dengan ‘aqal yang shahih .

Bermula ‘ilmu yang hasil dengan salah suatu daripada tiga perkara itu, adakala tashawwur dan adakalanya tashdiq . Maka erti tashawwur itu mendapat akan suatu serta tiada dapat memutuskan hukum pengenalan itu dengan nafi dan itsbat seperti kita tashawwurkan makna alam itu tiap-tiap yang maujud yang lain daripada Allah .

Dan erti tashdiq itu mengetahui akan sesuatu serta boleh memutuskan hukum pengenalan itu dengan nafi dan itsbat seperti kita ketahui qidam bagi Allah, maka kita hukum tsabit qidam bagiNya dan nafi daripadaNya baharu .

Muqaddimah 'Ilmu ( Mabaadi )

'AQIIDATUN NAJIIN ( SIRI 7 )

Adapun muqaddimah ‘ilmu itu iaitu mabaadi yang sepuluh perkara yang lagi akan datang sebutnya . Maka tak dapat tiada daripada orang yang hendak masuk belajar suatu ‘ilmu atas wajah yang akmal itu hendaklah ia mengetahui mabaadi yang sepuluh ini iaitu yang dinazham oleh setengah mereka itu dengan katanya :
                  
ﻮﺍﻟﻤﻮﻀﻮﻉ   ﺍﻟﺤﺪ  ٭  ﻋﺸﺭﺓ  ﻓﻦ   ﻜﻝ   ﻤﺑﺎﺪﻯ   ﺇﻦ

ﺍﻟﺷﺎﺭﻉ   ﺤﻜﻡ  ﻮﺍﻹﺴﺗﻤﺩﺍﺩ  ﻮﺍﻻﺴﻡ  ٭  ﻮﺍﻟﻮﺍﻀﻊ   ﻮﻧﺴﺑﺔ   ﻮﻓﻀﻟﻪ

ﺍﻟﺸﺭﻓﺎ  ﺤﺎﺯ  ﺍﻟﺟﻤﻴﻊ  ﺪﺭﻯ  ﻤﻥ   ٭  ﺍﻜﺘﻔﻰ   ﻭﺍﻟﺑﻌﺽ   ﻤﺴﺎﺌﻞ

Bahawasanya mabaadi tiap-tiap ‘ilmu itu sepuluh perkara :

Pertama : Had ‘ilmu .

Kedua : Tempat hantaran .

Ketiga : Faedahnya .

Keempat : Kelebihannya .

Kelima : Nisbahnya .

Keenam : Orang yang menghantarkan dia .

Ketujuh : Namanya .

Kedelapan : Tempat ambilannya .

Kesembilan : Hukum Syara’ .

Kesepuluh : Masalah .

Dan setengah mereka itu memadai ia dengan setengahnya dan barang siapa mengetahui ia akan sekelian yang sepuluh itu nescaya menghabisi ia akan kemuliaannya .

Had ‘Ilmu :

Maka bermula hadnya, ya’ni ta‘arif ‘ilmu tauhid itu iaitu ‘ilmu yang dibahas padanya daripada itsbatkan ‘aqaaid yang dibangsakan kepada agama yang diambilkan daripada dalilnya yang diyakinkan . Dan kata qiil : Mengitsbatkan dzat itu tiada menyerupai bagi segala dzat yang baharu dan tiada hampa daripada segala shifat .

Tempat hantarannya :

Dan tempat hantarannya itu dzat Allah Ta‘ala dan dzat segala RasulNya daripada sekira-kira barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus dan dihantarkan atas mumkin daripada sekira-kira bahawasanya hendak mengambil dalil dengan dia atas wujud shaani’, ya’ni Tuhan yang berbuat dia dan dihantarkan dia atas sam‘iyyat, ertinya segala perkara yang didengar daripada Nabi daripada sekira-kira i’tiqadnya .

Faedahnya :

Dan faedahnya itu mengenal segala shifat Allah dan shifat segala RasulNya dengan segala burhan yang qath‘iyyah dan beroleh kemenangan dengan  sa‘aadah yang berkekalan .

Kelebihannya :

Dan kelebihannya itu bahawasanya terlebih mulia daripada segala ‘ilmu kerana keadaannya bergantung ia dengan dzat Allah dan dzat segala RasulNya dan barang yang mengikut ia akan yang demikian itu . Dan yang bergantung itu mulia ia dengan sebab mulia tempat yang digantungnya .

Nisbahnya :

Dan nisbahnya itu bahawasanya asal segala ‘ilmu dan barang yang lainnya itu furu’ daripadanya .

Orang yang menghantarkan ‘ilmu :

Dan orang yang menghantarkan dia itu Abu al Hasan Asy‘ari dan segala mereka yang mengikut oleh mereka itu akan dia dan Abu Mansur al Maturidi dan yang mengikut akan dia .

Nama ‘ilmu :

Dan namanya ‘ilmu Tauhid dan ‘ilmu Kalam dan telah menyebut oleh setengah mereka itu bahawa bagi ‘ilmu ini delapan namanya .

Tempat keluar ‘ilmu :

Dan tempat keluarnya daripada kitab Allah dan hadits dan dalil ‘aqal .

Hukum Syara’ :

Dan hukum Syara’ padanya wajib fardhu ‘ain atas tiap-tiap mukallaf daripada laki-laki dan perempuan .

Masalah ﴿

Dan segala masalahnya itu yang dibahas padanya daripada yang waajibaat dan jaaizaat dan yang mustahiilaat dan tiada tersembunyi .

Bahawasanya kata mushannif ﺍﻋﻟﻡ ﴿ itu diwadha’kan bagi bahawa diisti’malkan pada khithab bagi muayyan tetapi diisti’malkan dia oleh mushannif pada khithab akan tiap-tiap orang yang menilik pada muqaddimah ini daripada orang yang mungkin daripadanya mendapat akan ‘ilmu .