Isnin, 30 April 2018

Tuhfatul Muriid ( Api Neraka )





 Wahai orang-orang yang beriman, jagalah akan diri-diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada Neraka . Bermula bahan bakarnya ialah manusia dan batu ” . QS At Tahriim : 6 .

Bismillaah . Dan telah sebut Ibnu ‘Arabi bahawasa ini api yang ada di dalam dunia ini barang yang telah mengeluar akannya oleh Allah kepada manusia daripada Neraka Jahannam sehingga diselam akan dia di dalam laut dua kali . Dan ada yang mengatakan sehingga tujuh puluh kali . Dan jika tidak diselam akan yang demikian itu, tidak boleh ambil manfaat dengannya oleh seseorang pun daripada kerana panasnya dan memadalah dengan dia, ya’ni dengan ini api hal keadaannya jadi yang menakuti .

Dan selepas daripada diambilkan api dunia daripadanya, ya’ni daripada Jahannam itu dipernyalakan atasnya seribu tahun sehingga jadi putih ia kemudian dipernyalakan atasnya pula seribu tahun sehingga jadi ia merah kemudian dipernyalakan atasnya seribu tahun pula sehingga hitam ia, maka ia hitam lagi kelam dan panasnya iaitu hawaa΄ yang menghangus dan tidak ada bara baginya, ya’ni bagi Neraka itu selain daripada Bani Adam dan batu-batu yang diambil akan dia perbuat Tuhan yang disembah daripada selain Allah .

Rujukan : Kitab Tuhfatul Muriid .

Sabtu, 28 April 2018

Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan )


Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan )

Ketahuilah kiranya ya saudaraku ! Ummat Muhammad ini telah dikurnia Tuhan setuah-tuah ummat dan telah dilebihkan Tuhan daripada ummat—ummat Nabi yang dahulu beberapa perkara yang tertentu, satu daripadanya iaitu sebagai sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

Ertinya : ‘ Kitalah orang yang akhir masa zhahir ke dunia, lagi orang-orang yang dahulu masa zhahir pada hari Qiyaamah ’ .

Maka jadilah ummat Muhammad itu ummat yang dahulu keluar dari bumi dan dahulu daripada segala ummat pergi berhimpun di Padang Mahsyar dan dahulu daripada segala ummat yang bernaung di bawah ‘Arasy dan dahulu daripada segala ummat diputuskan hukum dan hisab dan dahulu daripada segala ummat melalui Titian Shirath dan dahulu daripada segala ummat pergi masuk Syurga dan lebih banyak yang masuk Syurga, tiada boleh siapa dahulu daripadanya jikalau Nabi-Nabi sekalipun . Demikianlah datang pada khabar-khabar .

Maka kemudian daripada itu masuklah ummat Muhammad dengan berpuak-puak berikut-ikutan dan bershaf-shaf masuknya . Maka puak yang pertama itu masuk Syurga dengan cukup perhiasannya dan mukanya gilang-gemilang seperti bulan purnama empat belas hari bulan . Demikianlah datang khabarnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya :

Diriwayatkan daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda ia :

Bermula awal puak yang masuk Syurga itu atas rupa bulan pada malam empat belas . Dan bermula puak yang keduanya atas rupa yang lebih elok daripada bintang yang mengerlap di langit, bagi tiap-tiap lelaki yang masuk Syurga daripada mereka itu dua isteri daripada perempuan lain daripada segala bidadari, atas tiap-tiap seorang daripada isteri itu tujuh puluh lapis daripada pakaian Syurga, nampak zhahir otak tulang betisnya dari belakang, ya’ni dari luar daging dan kulitnya ’ .

Kata Abu ‘Isa : Bermula ini hadits hasan lagi shahih .

Rujukan : Kitab Bahrul Maadzi juzu΄ 18 .

Ahad, 22 April 2018

Ditimbang Segala Amalan


Bismillaah . Dan firmanNya Ta‘ala *

Ertinya : “ Dan timbang itu pada hari itu ialah yang sebenar ” .  
QS Al Anbiyaa΄ : 47


Maka ditimbangkan segala kebaikan dan kejahatan, maka mereka yang berat kebajikannya di atas kejahatannya, maka berutung dan bertuah ia dan mereka yang berat kejahatannya di atas kebajikannya, maka rugi ia dan sesal ia dan mereka yang sama berat keduanya, maka dengan kemurahan Allah Ta‘ala dimasukkan dia ke dalam Syurga jugok .

Dan kata setengah mereka itu : Dihentikan dia di atas A’raaf dahulu iaitu kota di antara Syurga dan Neraka kemudian dimasukkan dia ke dalam Syurga jugok . Dan datang sebut dalam hadits bahawasanya ada seorang Malaikat di atas Mizan itu ialah yang menyerukan dengan menyebutkan nama si anu anak si anu berat kebajikannya atau kejahatannya . Dan kemudian daripada itu dilintangkan Shirath jambatan atau titi di atas Neraka Jahannam dan disuruhkan lalu di atasnya, maka lalulah dan menitilah mereka itu dengan bermacam-macam lambat bangat dan ada yang lepas, maka berutung ia dan ada yang jatuh, maka celaka ia .

Dan mula-mula yang lalu itu ialah segala Rasul dan tiap-tiap daripada seorang Rasul itu berdoa ia dengan katanya *


Ertinya : Hai Tuhanku ! Beri selamat oleh Engkau ! Beri selamat oleh Engkau !   

Dan mula-mula yang meniti daripada segala Rasul itu ialah Nabi kita Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan daripada ummat-ummat itu ialah ummat dia dahulunya . Dan di Shirath itu beberapa penyakut dan pengait nanti nak sakut mereka-mereka yang disuruhkan dia dengan sakut akannya dan pulanglah segala Mu΄min yang lepas itu kepada Haudh kolam air Nabi kita shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka minumlah mereka itu daripadanya, maka hilanglah dahaganya selama-lama dan airnya terlebih putih daripada susu dan terlebih sedap baunya daripada kasturi dan terlebih manis daripada manisan madu, dituangkan airnya pada sungai Kautsar, bukanya sebulan perjalanan dan panjangnya begitu jugok, pendeknya, ya’ni kesimpulannya empat persegi dan dikelilingnya beberapa cerek seumpama bilangan bintang-bintang di langit .

Dan berkhilaf ‘Ulama΄ pada mengatakan Haudh itu kemudian daripada Shirath atau belum daripadanya dan tiap-tiap itu diihtimalkan dan diihtimalkan ada keduanya Alhamdulillaahi maa syaa allaah . Dan adalah orang-orang yang lepas meniti itu mandi pula di dalam sungai Hayat namanya, maka apabila keluar dan naik daripada mandi itu, maka teralihlah berubahlah rupanya jadi comel loter, maka dimasukkan Syurga kesemuanya . Alhamdulillaahi maa syaa Allaah . 

Rujukan : Kitab Tadzkirah .





Bismillaah . Bermula sujud sahwi itu atas lima sebab :

Pertamanya : Sebab meninggalkan salah satu sunat ab‘adh atau meninggal kesemua sunat ab‘adh yang lapan iaitu :

1 : Baca doa qunut shalat fardhu Shubuh atau Witir nishfu yang kedua bulan Ramadhan .

2 : Shalawat dan salam atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas qunut itu .

3 : Shalawat dan salam atas keluarganya dan shahabatnya selepas qunut itu .

4 : Berdiri bagi sekalian itu, ya’ni ketika membaca qunut dan ketika bershalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam serta ketika shalawat dan salam ke atas keluarga dan shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas qunut tersebut .

5 : Membaca tahiyyat awal .

6 : Shalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat awal .

7 : Shalawat ke atas keluarga Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat                 akhir .

8 : Duduk bagi sekalian yang tersebut, ya’ni duduk ketika membaca tahiyyat awal dan duduk ketika shalawat ke atas Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat awal serta duduk ketika bershalawat ke atas keluarga Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam selepas tahiyyat akhir . Wallaahu a’lam .