Ahad, 20 November 2011

BERIMAN KEPADA RASUL - RASUL


Faridatul Faraid siri 23

( Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf ) Diterima sekelian barang yang didatangkan dengan dia oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam daripada segala pekerjaan agamanya dan percayakan dengan sekelian barang yang mengkhabar ia dengan dia daripada sekelian yang ghaalib-ghaalib ( maka wajib ) beriman ia dengan segala Rasul dan segala Nabi atas jalan ijmal dengan makna i’tiqadkan bahawasanya ada bagi Allah Ta‘ala itu beberapa banyak Rusul dan Anbiya΄ ‘alaihish shalaatu was salaam . 

( Dan qaul yang rajih ) Ketiadaan dihinggakan mereka itu di dalam bilangan-bilangan yang tertentu seperti dikatakan bahawasa Anbiya΄ itu seratus ribu dan dua puluh empat ribu dan yang jadi Rasul daripada mereka itu tiga ratus tiga belas orang .

( Dan ) Dua puluh lima (3) yang disebutkan nama mereka itu di dalam Al Quran, wajib beriman dengan mereka itu atas jalan tafshil dengan bahawasanya jika ditanyakan seseorang daripada tiap-tiap seorang daripada mereka itu nescaya dijawabnya dengan bahawasanya ; ia Rasul, tiada dengan makna wajib dihafazkan segala nama mereka itu, maka jika menafi ia akan risalah seseorang daripada mereka itu, maka tiada khilaf pada kufurnya .

(3) ( Qauluhu ; Yang disebutkan nama mereka itu di dalam Al Quran )  ( Faedah ) Segala Nabi yang diittifaqkan atas nubuwwahnya yang disebut di dalam Al Quran itu daripada dzuriat Nabi Ibrahim melainkan lima orang iaitu Idris dan Nuh dan Hud dan Shaaleh dan Luthﺍﻫ

Dan jika berkata ia ; tiada aku ketahui akan dia, atau ; tiada aku ketahui bahawasanya Rasul, maka berkata kebanyakan ‘Ulama΄ ; jadi kafir . Dan kata setengah mereka itu ; tiada jadi kafir .

Dan bermula mereka itu :

( Adam ) dan ( Idris ) dan ( Nuh ) dan ( Hud ) dan ( Shaleh ) dan ( Ibrahim ) dan  ( Luth ) dan ( Ishaq ) dan ( Isma‘il ) dan ( Ya’quub ) dan ( Yusuf ) dan ( Ayub ) dan ( Syu‘aib ) dan ( Harun ) dan (Musa) dan ( Ilyasa’ ) dan ( Dzulkifli ) dan  ( Dawud ) dan ( Sulaiman ) dan   ( Ilyas ) dan ( Yunus ) dan ( Zakaria ) dan  ( Yahya ) dan ( ‘Isa ) dan Saiyyidina ( Muhammad ) Shalawaatullaahi wa sa laa muhu ‘alaihi wa ‘alaihim ajma‘iin .

( Dan setengah ) Daripada Anbiya΄ pada qaul yang rajih Saiyyidina Al Khidhir a.s . Dan tiada daripada mereka itu Luqman dan Dzulqarnain iaitu satu raja yang shaleh daripada (1) bangsa Himyar dan bukannya ia Iskandar Ar Rumi .

(1) ( Qauluhu ; Daripada bangsa Himyar ) Berkata di dalam kamus Himyar atas timbangan dirham { iaitu } satu tempat pihak maghrib bagi negeri Shan‘aa al Yaman dan satu nama orang iaitu Himyar anak Saba΄ anak Yasyjab dan iaitu bapa bagi satu kabilahﺍﻫ 

( Dan setengah ) Daripada mereka itu Khalid bin Sinaan daripada zuriat Nabi Isma‘il ‘Alaihis salam daripada Bani ‘Abbas adalah ia semasa dengan Kisra Anu Syirwan dan ia kemudian Nabi ‘Isa dengan tiga ratus tahun menyeru ia akan manusia kepada agama Nabi ‘Isa .

( Dan setengah ) Daripada mereka itu Hanzhalah bin Shafwan adalah ia kemudian daripada Khalid dengan seratus tahun dan membunuhkan dia oleh kaumnya .
( Dan wajib ) I’tiqad bahawasa Nubuwwah, ertinya jadi Nabi itu tiada dapat bagi seseorang dengan usaha dan jika dengan melampaui membanyakan kebajikan dan ‘ibadat sekalipun, bahkan ia semata -mata kurnia Allah Ta‘ala bagi mereka yang dikehendakiNya .  

( Dan wajib ) I’tiqad bahawasa Allah Ta‘ala mengkuatkan segala Anbiya΄ dan Rusul dengan beberapa mu’jizat yang dizhahirkan dia daripda mereka itu dan mu’jizat itu pekerjaan yang mencarikkan ‘adat yang nyata daripada Nabi atau Rasul tatkala dibangkitkan dia tanda atas kebenarannya seperti berbelah bulan bagi Nabi kita Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan bertutur kayu dan batu baginya dan terpancar air antara segala anak jarinya Shallallaahu ‘alaihi wa sallam .

( Dan wajib ) I’tiqad pula akan (2) tsabit karaamah, maka Auliya΄ pada ketika hidup dan kemudian daripada mati mereka itu dan iaitu pekerjaan yang mencarikkan ‘adat yang nyata daripada orang yang shaleh iaitu orang yang mendirikan segala hak Allah Ta‘ala .

(2) ( Qauluhu ; Tsabit karaamah bagi Auliya΄ ) Dan setengah daripada dalil atas Nubuwwah karaamah itu barang yang tersebut di dalam Al Quran pada kisah Saiyyidatina Mariam dan Zakaria a.s .  ﺍﻫ Muallifah 


Kandungan Di Dalam Kalimah Syahadah ( Nafi Dan Itsbat )

Dua Kalimah Syahadah
Faridatul Faraid siri 22

Dan kalimah yang kedua iaitu محمد رسول ﭐلله itu memberi faedah akan iqrar dengan risalah Saiyyidina Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam . Dan lazim daripadanya membenarkan dia pada tiap-tiap barang yang mendatang ia dengan dia . Dan masuk di bawahnya wajib benar sekelian Rasul dan amanah mereka itu dan fathanah mereka itu dan tabligh mereka itu .

Dan masuk di bawahnya pula mustahil atas mereka itu dusta dan khianat dan buda { bodoh } dan kitman . Dan masuk di bawahnya masuk pula harus segala shifat manusia yang tiada membawa kekurangan pada hak mereka itu, kerana bahawasa Penghulu kita Nabi Muhammad Shallallaahu ‘alaihi wa sallam mendatang ia dengan wajib membenarkan demikian itu sekeliannya, maka ini sembilan ‘aqaaid .

Maka apabila dihimpunkan dia kepada barang yang telah lalu nescaya adalah sekeliannya lima puluh ‘aqidah . Ini jika kita berkata dengan tsubutul ahwal dan dengan ketiadaan shifat idrak dan shifat takwiin dan dua shifat ma’nawiyah yang melazimkan keduanya . Dan mustahil lawan sekeliannya .

Maka jika kita berkata dengan tsubut sekelian demikian itu pula nescaya adalah sekelian ‘aqiidah yang menghimpunkan dia oleh dua kalimah itu lima puluh delapan ‘aqiidah . Adapun jika kita berkata dengan ketiadaan ahwal dan sekelian yang tersebut itu, maka adalah perhimpunannya tiga puluh enam jua, dengan digugurkan shifat ma’nawiyah yang tujuh dan segala lawannya daripada bilangan, tiada daripada i’tiqad, dan demikian itu empat belas ‘aqidah . Dan dengan digugurkan idrak dan takwiin dan barang yang mengikut keduanya, dan demikian itu dulapan ‘aqiidah .

Maka telah nyata bagimu bahawasa dua kalimah ini mengandung akan sekelian ‘aqaaid yang telah terdahulu bahkan sekelian hukum itu masuk di bawah محمد رسول ﭐلله hingga setengah ‘Ulama΄ : Bermula محمد رسول ﭐلله laut yang meliputi . Dan   ﺇلٰه  ﺇلا ﭐلله satu titik daripadanya ertinya mentauhidkan Allah itu setengah dari barang yang mendatang dengan dia oleh Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam .

Dan barangkali kerana hikmah yang tersebut itu (2) iaitu menghimpunkan keduanya akan sekelian ‘aqaaid serta pendek menjadi oleh Syara’ akan keduanya terjemah bagi barang yang         di dalam hati daripada iman . Dan tiada diterima Islam melainkan dengan keduanya . 

(2) ( Qauluhu ; Iaitu menghimpun keduanya akan sekelian ‘aqaaid ) Ini tafsir bagi katanya ( hikmah yang tersebut itu ) .

Nafi Dan Itsbat


Dan ketahui olehmu bahawasa terjemah kalimah ﻵ ﺇلٰه ﺇلا ﭐلله pada bahasa Melayu itu ; Tiada Tuhan melainkan Allah, ertinya tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya itu ada melainkan Allah, ertinya ; Tuhan yang sebenar itu satu jua, iaitulah yang bernama dengan Allah, tiada lain sekali-kali .

Maka kalimah itu menunjuk atas nafi, ertinya meniadakan . Dan kalimah ﺇلٰه itu menafi, ertinya yang dihukumkan dengan tiada adanya . Dan kalimah ﺇلا itu menunjuk atas istitsna΄ ertinya (3) kecuali iaitu mengeluarkan barang yang kemudian daripada barang yang terdahulu .         
   
(3) Qauluhu ; Kecuali ) Ini kalimah diistitsna΄kan dengan dia pada lughah Melayu seperti kalimah ‘melainkan’ seperti dikatakan pada tuturan ; esok hari aku pergi ke rumah engkau kecuali ada bagiku uzur, ertinya melainkan uzur . ﺍﻫ 
 
Dan kalimah ﭐلله itu mustatsna΄, ertinya yang dikecualikan, iaitulah yang dikeluarkan daripada nafi yang dahulu, ertinya yang diitsbatkan kemudian daripada nafi .

Dan apabila ketahui engkau akan demikian itu, maka ketahui olehmu akan demikian itu, maka ketahui olehmu bahawasa nafi itu berhadap ia atas yang disembah dengan sebenar pada waqi’, maka tatkala itu makna kata kita ; tiada Tuhan melainkan Allah itu ternafilah yang disembah dengan sebenarnya pada haqiqat melainkan Allah, maka Ia jua yang ternafi .

Maka jika dikata orang bahawasa yang disembah dengan sebenar pada haqiqat yang lain daripada Allah itu tiada ada ia sekali-kali, maka tiada sah dinafikan dia kerana menafikan barang yang tiada ada itu tahshiilul haashil dan iaitu mustahil nescaya berkata kami ; makna menafikan demikian itu mengkhabarkan dan mengi’tiqadkan ketiadaan adanya, tiada maknanya meniadakan barang yang tiada ada .

Dan sah dijadikan nafi itu berhadap kepada barang yang di dalam dzihin Mu΄min kerana bahawasa dzihin itu mentashwir ia atas jalan fardhu dan taqdir akan ada beberapa Tuhan yang disembah dengan sebenar kemudian menghukum ia atas sekeliannya dengan nafi melainkan Allah jua, yang tiada dinafikan Dia, tetapi tiada hasil (1) rad di atas kuffar melainkan dengan i’tibar waaqi’ .

(1) Qauluhu ; Rad di atas kuffar ) Ertinya menolak dan mengembalikan akan perkataan mereka itu . ﺍﻫ

Dan tiada dijadikan nafi itu berhadap kepada barang yang di dalam dzihin kafir kerana bahawasa barang yang di dalam dzihin kafir daripada berhala dan umpamanya tsabit (2) tiada sah nafinya .

(2) ( Qauluhu ; Tiada sah nafinya ) Ertinya kerana bahawasa berhala dan lainnya daripada barang yang disembah dengan tiada sebenar itu ada ia pada kharij dan barang yang ada itu sah nafinya . ﺍﻫ

( Dan al haashil ) Yang dinafikan itu salah satu dari dua perkara :

( Pertama ) Segala Tuhan yang disembah dengan sebenar pada waaqi’ yang lain daripada Allah Ta‘ala .

( Kedua ) Barang yang pada dzihin Mu΄min yang mentashwir akan banyak yang disembah dengan sebenar, maka salah satu dari dua itulah yang dinafikan kemudian mengitsbatkan Allah, ertinya dihukumkan dengan bahawasa Allah itu ada dan Ialah Tuhan yang sebenar .

( Dan ) Wajib atas yang berkata   ﺇلٰه  ﺇلا ﭐلله melahzhahkan bahawasa Allah itu tiada dinafikan daripada mulanya, ertinya tiada masuk Allah Ta‘ala itu di dalam dzihin perhimpunan segala Tuhan yang dinafikan itu dahulu daripada dinafikan . Dan tatkala dinafikan kerana bahawasanya jika berniat ia bahawasa Allah itu masuk di dalam jumlah segala Tuhan yang dinafikan nescaya jadi ia kafir, maka katanya ﺇلا ﭐلله ertinya melainkan Allah itu qariinah atas barang yang dikehendakNya pada permulaan daripada bahawasa Allah itu tiada masuk di dalam segala Tuhan yang dinafikan itu .

( Kemudian ) Ketahui olehmu pula bahawasa mentauhidkan Allah dengan kalimah ﻵ ﺇلٰه ﺇلا ﭐلله itu manakala disebutkan atawa disuratkan ditaqdirkan kemudian daripadanya akan محمد رسول ﭐلله . Dan jika tiada ditaqdirkan demikian itu nescaya bersekutu tauhid kita dengan tauhid umpama Yahudi seperti telah menyebutkan dia oleh setengah mereka itu .