Fashal Yang Pertama
Pada Menyatakan Adab Yang Dahulu
Daripada Makan
Adab-adab yang dahulu daripada makan iaitu tujuh perkara
:
Adab yang pertama : Bahawa adalah makanan itu
halal seperti yang lagi akan datang pada bicara halal dan haram insyaa Allaah
Ta‘ala kerana firman Allah Ta‘ala :
Ertinya : “ Hai
segala Rasul ! Makan oleh kamu dengan makanan yang baik-baik dan perbuat oleh
kamu akan amal yang shaleh ” .
( QS Al Mu΄minuun : 51 )
Dan murad ( yang dikehendaki ) dengan makanan yang
baik-baik itu iaitu makanan yang halal .
Adab yang kedua : Bahawa sunat dahulu daripada
makan itu membasuh tangan kerana sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Mengambil
wudhu΄ dahulu daripada
makan itu menafikan (menghilangkan) papa dan kemudian daripada makan itu
menafikan was-was syaithan dan membaikkan penglihatan ’ .
Dan murad ( yang dikehendaki ) dengan wudhu΄ di sini ialah membasuh tangan
Adab yang ketiga : Bahawa yang terlebih utama
menaruh makanan itu di atas sufrah iaitu suatu tempat yang dihamparkan pada
tempat makan itu kerana demikian itu terlebih hampir kepada sunnah yang
diperbuat oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam .
Dan adalah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam apabila
didatangkan akan dia dengan makanan, maka menaruhkan ia akan dia di atas sufrah
kerana yang demikian itu terlebih hampir kepada merendahkan diri . Dan tiada
makruh menaruhkan makanan itu di atas meja tetapi adalah yang demikian itu bid‘ah
yang mubah .
Adab yang keempat : Bahawa membaikkan akan
kedudukannya itu dengan sopan, ya’ni tetap duduknya daripada permulaan makan
itu hingga akhirnya kerana adalah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam itu terkadang
menaruhkan ia akan kedua lututnya dan duduk ia di atas dua belakang kakinya dan
terkadang mendirikan ia akan kakinya yang kanan dan duduk ia di atas kakinya
yang kiri
Dan makruh makan padahal ia berdiri atau berbaring atau
bersandar kerana sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Tiada
aku makan padahal aku bersandar, hanya sanya aku hamba Allah, aku makan seperti
barang kelakuan makan seorang hamba dan aku duduk seperti barang kelakuan duduk
hamba ’ .
R. Al Bazzaar .
Dan demikian lagi, makruh minum air padahal ia berdiri
atau bersandar atau berbaring tetapi tiada makruh memakan buah-buahan atau
barang sebagainya padahal ia bersandar atau berbaring atau berdiri .
Diriwayatkan oleh setengah ‘Ulama΄ daripada Saiyyidina Ali karramallaahu wajhah bahawasanya ia makan
roti kering di atas tilamnya padahal ia berbaring atas perutnya dan orang ‘Arab
sesungguhnya telah memperbuat ia akan dia .
Adab yang kelima : Bahawa berniat ia dengan
makannya itu akan kuat dengan dia atas thaat akan Allah Ta‘ala supaya jadi
makannya itu akan thaat . Dan jangan mengqashad dengan makannya itu akan
berlazat-lazat dan bersedap-sedap jua . Dan sayugianya bahawa ia mengurangkan
makan itu kerana makan itu tiada menjadi akan ‘ibadat melainkan dengan demikian
itu . Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Tiada
memenuh oleh anak Adam akan sesuatu bejana yang terlebih jahat daripada memenuh
akan perutnya . Memadalah akan anak Adam memakan akan beberapa suap yang
mendirikan shulbinya pada berbuat ‘ibadat . Maka jikalau tiada diperbuat akan
yang demikian itu, maka sepertiga perut yang pertama itu bagi tempat makanan
dan sepertiga yang kedua itu bagi tempat minuman dan sepertiga yang ketiga itu
bagi tempat bernafas ’ .
R. Tirmidzi dan Ibnu Majah .
Dan lagi, sayugianya jangan ia makan melainkan kemudian
daripada lapar kerana makan padahal ia kenyang itu mengaratkan akan hati dan
mengelapkan akan dia . Dan sunat ia berhenti daripada makan itu dahulu daripada
kenyang .
Adab yang keenam : Bahawa redha ia dengan
makanan yang ada kepadanya daripada rezekinya dan redha ia dengan makanan yang
hadir padanya dan jangan ia bersungguh-sungguh pada menuntut makanan yang
sedap-sedap dan yang lebih-lebihdan jangan ia menanti akan lauk makan yang
baik-baik daripada gulai dan sayur-sayuran .
Adab yang ketujuh : Bahawa bersungguh-sungguh ia
memilih makan itu beserta dengan orang banyak dan jikalau bersama-sama dengan
ahlinya dan anaknya sekalipun kerana sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam
:
Ertinya : ‘ Berhimpun
oleh kamu atas makanan kamu supaya diberi berkat bagi kamu di dalamnya ’
. R. Abu Daud dan Ibnu Majah .
Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Makanan
yang terlebih baik iaitu makanan yang banyak atasnya berhimpun tangan ’
. R. Abu Ya’la dan Ibnu Hibban .
Dan kata Anas radhiyallaahu ‘anhu ; Adalah Nabi shallallaahu
‘alaihi wa sallam, tiada makan ia sendirinya melainkan serta orang banyak .
Rujukan : Kitab Sairus Saalikiin jilid 2 .