Khamis, 3 November 2011

'AQIQAH

Ini suatu kitab pada menyatakan ‘aqiqah
oleh  Syeikh Wan ‘Abdul Shamad Bin Muhammad Shaleh Al Kalantani

Dan iaitu sunat muakkad bagi orang yang wajib atasnya nafkah kanak-kanak yang  diperanakkan dia, maka sunat atas ibu pada anak zina . Khilaf bagi Syeikh Ramli .

( Dan iaitu ) Seperti qurban pada sekelian hukumnya daripada niatnya dan lainnya melainkan waktu menyembelih tetapi tiada wajib pada ‘aqiqah bershadaqah dengan daging mentah .

( Dan sunat bagi ) Laki-laki dua ekor kambing, tetapi hasil juga sunat dengan seekor kambing .

( Dan ) Bagi perempuan dan khuntsa seekor kambing .

( Dan sunat dipermasakkan ) Sekeliannya melainkan kakinya, maka diberikan dia mentah kepada bidan dan yang terafdhalnya kaki  kanannya .

( Dan  sunat  ) Pula dipermasak akan dia dengan manis .

( Dan jangan ) Dipecahkan segala tulangnya dan disembelihkan dia pada hari yang ketujuh daripada beranaknya tetapi sah disembelihkan dia dahulu dari padanya kerana masuk waktunya dengan beranak dan tiada luput ia dengan sebab dita΄khirkan dia daripada hari yang ketujuhnya atau mati kanak-kanak itu dahulu daripadanya dan jikalau guguran sekalipun jika sampai ia waktu tiup roh padanya demikianlah ditsabit oleh Syeikh Syarqawi pada Hasyiahnya . و الله اعلم

( Dan apabila ) Baligh ia dengan ketiadaan ‘aqiqah, maka gugurlah sunatnya daripada orang yang wajib nafkah atasnya . Adapun dia sendiri, maka kata setengah  ‘Ulama΄  bahawa  ia  ‘aqiqah  daripada  dirinya .

( Dan sunat dinamakan dia ) Pada hari itu juga dengan nama yang elok seperti Abdullah dan Abdul Rahman dan Muhammad dan Ahmad

( Sabda Nabi  )  :

لا  يدخل  النار  عبد  تسمى  باحمدا  و  بمحمد
Ertinya : ‘ Tiada  masuk  Neraka  oleh  hamba  yang  bernama  ia  dengan Ahmad  atau  Muhammad ’  .

( Dan haram ) Digelarkan seseorang dengan barang yang ia dibencikan dia .

( Dan  makruh  dinamakan ) Dengan nama yang keji-keji .

( Dan sunat bagi seseorang ) Bahawa jangan serukan bapaknya atau gurunya dengan namanya dan jikalau di dalam surat sekalipun  .

( Dan sunat dicukurkan ) Kepalanya pada hari itu juga kemudian daripada sembelih ‘aqiqahnya dan bersedekah seberat bulu kepalanya dengan emas atau perak .

( Dan sunat ) Bang pada telinga kanannya dan iqaamah pada telinga kirinya dan gosok umpama buah tamar yang sudah mamahkan dia pada langit–langitnya, maka dikerjakan ketiganya pada ketika diperanakkan dia kerana warid pada hadits barang siapa bang pada telinga kanan kanak-kanak yang baharu diperanakkan dia dan iqaamah pada telinganya yang kiri, nescaya tiada mudharatkan dia .

( Ummu Ash Shibyan ) Ya’ni jin yang mengikut akan kanak-kanak .

( Faedah ) Ini sesuatu faedah barang siapa baca  انّا  انزلناه { Shurah Al Qadr } pada telinga kanak-kanak yang baharu diperanakkan dia, nescaya tiada dijatuhkan dia oleh Allah Ta‘ala pada zina selama ada umurnya .