Bismillaah . Wahai saudaraku, hayatilah
mutiara-mutiara ‘ilmu agama yang telah ditinggalkan kepada kita oleh Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, para shahabat, tabi’ tabii‘in dan semua ‘alim ‘ulama
yang terdahulu daripada kita . Semoga kita sama-sama mendapat manfaat di dunia
dan di akhirat . Insyaa
Allaah .
kitab 'aqiidatun najiin, fariidatul faraaid, penawar bagi hati, muhimmah, sabiilal muhtadiin, furu'ul masaail, munyatul mushalli, 'minhajul 'abidin, al mawaa'izh al badii'ah, ayyuhal walad, bahrul madzi, memahami bacaan di dalam dan selepas sembahyang ( perkata ),tuhfatur ghaaribiin, kifaayatul muhtadi, malaikat, syurga, neraka dan lainnya Insyaa Allah akan kami paparkan dari masa ke semasa
Sabtu, 20 Oktober 2012
HUKUM MEMBERI
DAGING QURBAN SEBAGAI UPAH
Bismillaah . 1: WAJIB orang yang melakukan qurban atau ‘aqiqah memberi
upah kepada urusetia yang menguruskan binatang qurban atau 'aqiqah mereka itu, sama
ada kepada yang menyembelih atau yang melapah atau sebagainya jika urusetia
tersebut mahukan upahnya .
2 : Jika orang yang hendak melakukan qurban atau ‘aqiqah tersebut
tidak mampu memberikan upahnya kerana jika diberikan upah tersebut, ianya akan
menjejaskan nafqah yang wajib atasnya terhadap orang yang di bawah
tanggungannya di dalam empat hari iaitu pada hari dan malam hari raya Qurban
itu dan tiga hari Tasyrik, maka TIDAK SUNAT
ianya melakukan qurban atau ‘aqiqah .
3 : Haram memberikan
upah kepada urusetia majlis qurban tersebut dengan anggota daripada binatang
qurban atau ‘aqiqah itu kecuali jika pemberiannya sebagai shadaqah atau sebagai
hadiah tetapi jika telah diberikannya sebagai shadaqah atau sebagai hadiah, TUNTUTAN WAJIB MEMBERI UPAH KEPADA URUSETIA MASIH
TIDAK LUPUT JIKA URUSETIA TERSEBUT MAHUKAN UPAHNYA KECUALI JIKA URUSETIA
TERSEBUT HANYA MAHU MENOLONG SEMATA-MATA DAN TIDAK MAHUKAN UPAHNYA, MAKA
BARULAH TUNTUTAN WAJIB ITU TELAH LUPUT ATAS ORANG YANG MELAKUKAN QURBAN ATAU ‘AQIQAH
ITU .
PERHATIAN !!!
( 1
)
KEPADA SESIAPA YANG HENDAK MELAKUKAN QURBAN ATAU ‘AQIQAH,
MAKA HENDAKLAH BERTANYA TERLEBIH DAHULU KEPADA PIHAK PENGURUSAN QURBAN ATAU ‘AQIQAH
ITU, ADAKAH NILAI HARGA BINATANG QURBAN ATAU ‘AQIQAH TERSEBUT TELAH TERMASUK
DENGAN BAHAGIAN UPAH KEPADA PIHAK URUSETIA ATAU TIDAK ? JADI JIKA IANYA HANYA NILAI BAHAGIAN BINATANG QURBAN
ATAU ‘AQIQAH SAHAJA, MAKA WAJIBLAH ATASNYA MEMBAYARKAN UPAHNYA . DAN JIKA BAHAGIAN
NILAI HARGA BINATANG QURBAN ATAU ‘AQIQAH TERSEBUT TELAH TERMASUK DENGAN BAHAGIAN
UPAH, MAKA TIDAK WAJIB LAGI DIBAYARKAN UPAH KEPADA PIHAK URUSETIA TERSEBUT .
( 2
)
KEPADA SESIAPA YANG MENJADI URUSETIA DI MAJLIS QURBAN
ATAU ‘AQIQAH, MAKA APABILA DIBERIKAN SESUATU DARIPADA ANGGOTA BINATANG QURBAN
ATAU ‘AQIQAH, MAKA HENDAKLAH BERTANYA TERLEBIH DAHULU KEPADA ORANG YANG
MEMBERI, ADAKAH PEMBERIAN ITU SEBAGAI UPAH ATAU SEBAGAI SHADAQAH ( JIKA
URUSETIA ITU ADALAH ORANG FAQIR / MISKIN ) ATAU SEBAGAI HADIAH ( JIKA URUSETIA
ITU ADALAH ORANG KAYA ) ? JADI JIKA SEBAGAI UPAH, MAKA JANGANLAH DIAMBIL AKAN
DIA KERANA IANYA ADALAH HARAM !!!
4 : Kepada sesiapa yang pernah memberi anggota daripada binatang
qurban atau ‘aqiqah sebagai upah, maka WAJIB beristighfar
dan bertaubat kepada ALLAH . Dan kepada urusetia yang pernah menerima anggota daripada
binatang qurban atau ‘aqiqah sebagai upah, maka WAJIB
beristighfar dan bertaubat kepada ALLAH dan WAJIB
mengembalikannya semula atau mengantikannya dengan nilai harganya .
WALLAAHU A’LAM .
Langgan:
Catatan (Atom)