Ini Suatu Fashal Pada Menyatakan
Kecelaan Marah
Sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Marah itu iaitu
membinasakan iman seperti membinasakan jadam akan madu ’ . R. Thabrani
dan Al Baihaqi ( hadits dhaif )
Dan lagi, sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Tiada marah
seorang itu melainkan hampir ia atas api Neraka Jahannam ’ . R. Al
Bazzar dan Ibnu Adi ( hadits dhaif )
Ertinya : ‘ Menceritakan oleh Saiyyidina Abu Hurairah
radhiyallaahu ‘anhu akan hadits bahawasanya seorang laki-laki berkata ia bagi
Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam dengan katanya : Ya Rasulullah !
Suruh olehmu akan daku dengan berbuat amal dan hendaklah amal itu sedikit
sahaja . Maka sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam baginya : ‘ Jangan engkau marah akan seseorang. Kemudian
mengulangi ia akan pertanyaan itu, maka sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam : ‘ Jangan engkau marah akan seseorang
’ . R. Bukhari
Dan lagi, sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Apa yang
kamu bilang di dalam kamu itu orang yang
sangat berani ? Maka kami jawab : Orang yang sangat berani itu iaitu
orang yang tiada dapat dikalahkan akan dia oleh beberapa orang laki-laki . Maka
sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Bukan
orang yang demikian itu orang yang berani tetapi orang yang sangat berani itu
iaitu orang yang memiliki akan dirinya pada ketika ia marah, ya’ni orang
yang dapat menahan akan marahnya itu pada ketika ia sangat marah itu ’ . R.
Muslim
( Syahdan )
Ketahui olehmu bahawa bagi manusia di dalam marahnya itu iaitu tiga darjat :
Darjat yang pertama : Iaitu ketiadaan baginya marah sekali-kali,
ya’ni sama ada di dalam pekerjaan yang baik atau di dalam pekerjaan yang jahat
. Dan demikian itu dicela oleh Syara’ dan dicela oleh adat pula . Inilah murad
dengan perkataan Imam Syafie radhiyallaahu ‘anhu :
Ertinya : Apabila didatang oleh seorang akan sesuatu
sebab yang membawa kepada marah, maka tiada ia marah, maka adalah orang itu
seperti himar, ya’ni seperti keldai, ya’ni seperti binatang, bukan manusia .
Darjat yang kedua : Iaitu pertengahan iaitu orang yang marah sebab
melihat ia akan pekerjaan kejahatan yang dicela Syara’ dan tiada ia marah pada
ketika melihat ia akan pekerjaan yang dipuji oleh Syara’ dan jikalau tiada
muwaafaqat dengan nafsunya sekalipun, ya’ni adalah marahnya itu dan tiada
marahnya itu mengikut akan yang disuruh akan dia oleh Syara’, bukan marahnya
itu dan tiada marahnya dengan kehendak hawa nafsunya . Maka inilah martabat
yang dipuji oleh Syara’ akan Shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang
tersebut di dalam firman Allah Ta‘ala :
Ertinya : “ Adalah
shahabat Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam itu sangat mereka itu marah akan
orang kafir padahal berkasih-kasihan antara mereka itu ” . QS Al Fath :
29
Darjat yang ketiga : Iaitu orang yang marah sebab mengikut hawa
nafsunya . Dan martabat inilah yang dicela oleh Syara’ yang tersebut kecelaan
di dalam ayat Al Quran dan beberapa hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam
yang tersebut dahulu itu dan lainnya .
Ertinya : Dan diriwayatkan akan hadits bahawa
Saiyyidatina ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha, adalah ia marah pada suatu waktu,
maka sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Apa
keadaanmu, telah datang syaithanmu ? . Maka berkata ia bagi Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Engkau tiada bagimu syaithan ? Maka sabda
Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam : ‘ Bahkan,
tetapi aku berdoa akan Allah Ta‘ala, maka menolongi Ia akan daku atasnya, maka
Islam ia, maka tiada menyuruh ia melainkan dengan berbuat kebajikan ’ .
R. Muslim
Dan kata Saiyyidina Ali radhiyallaahu ‘anhu :
Ertinya : ‘ Adalah Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam
tiada ia marah kerana dunia . Maka apabila marah akan dia oleh marah yang
sebenar nescaya tiada mengetahui akan dia oleh seseorang dan tiada dapat kuat
berdiri bagi marahnya oleh sesuatu hingga dapat ia menolong akan kebenaran itu
’ .
Ketahui olehmu bahawasanya orang yang kuat marah itu
jika tiada dapat dihilangkan akan marahnya itu secara keseluruhan, maka
hendaklah dikurangi akan marahnya itu dengan dilawaninya akan dia dan diperangi
akan dia hingga kembali ia kepada marah yang pertengahan iaitu marah yang
dituntut oleh Syara’ seperti yang tersebut pada darjat yang kedua dahulu itu
kerana asal jadi marah itu daripada orang yang membesarkan diri itu dengan
merendahkan diri dan menghinakan diri . Dan sayugianya bahawa diketahui asal
kejadian dirinya itu iaitu daripada suatu yang terlebih hina iaitu daripada air
mani yang keji, kemudian dijadikan segumpal darah yang najis, kemudian maka
dijadikan segumpal daging yang hina, kemudian maka dijadikan rupa kanak-kanak
yang dhaif . Maka sekalian itu menunjukkan kehinaan diri yang dapat
menghilangkan takabbur ( sombong ) itu . Dan apabila hilang takabbur itu
nescaya hilang kuat marah itu dan jadi bershifat ia dengan hilm iaitu tiada
kuat marah dan kembali kepada marah yang pertengahan iaitu yang dituntut oleh
Syara’ dahulu itu .
( Syahdan )
Apabila bangkit marah seseorang itu hendaklah dihilangkan marahnya itu dengan
dua perkara . Pertama dengan ‘ilmu dan kedua dengan amal .
Adapun dengan ‘ilmu itu iaitu dengan enam perkara :
Pertama : Apabila marah seorang itu, maka hendaklah
difikirkannya dan dibangkitkannya di dalam hatinya akan ayat-ayat Al Quran dan
hadits-hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang menyebutkan kelebihan
orang yang menahan akan marahnya .
Dan kata Malik bin Harits radhiyallaahu ‘anhu : Adalah
Saiyyidina Umar radhiyallaahu ‘anhu, marah ia akan seseorang, maka menyuruh ia
memalu akan orang itu, lalu berkata ia bagi Saiyyidina Umar itu :
Ertinya : Hai Amirul Mu΄minin !
Ambil olehmu akan memaafkan kesalahan manusia dan suruh olehmu akan dia dengan
berbuat kebajikan dan berpaling engkau daripada orang jahil .
Maka ketika itu membaca Saiyyidina Umar radhiyallaahu
‘anhu akan ayat tadi :
Ertinya : “ Ambil
olehmu akan memaafkan kesalahan manusia dan suruh olehmu akan dia dengan berbuat
kebajikan dan berpaling engkau daripada orang jahil ” . QS Al A’raaf :
199
Maka mengulang-ulang ia akan ayat itu serta ia
memikirkan akan maknanya, kemudian maka memaafkan ia akan orang yang hendak
dipalunya itu lalu melepaskan ia akan dia .
Dan lagi, adalah Saiyyidina Umar bin Abdul Aziz
radhiyallaahu ‘anhu marah ia akan seseorang, maka menyuruh ia memalu akan orang
itu, maka membaca ia akan firman Allah Ta‘ala :
Ertinya : “ Beberapa
pahala orang yang menahan akan marahnya itu dan orang yang memaafkan daripada
kesalahan manusia itu ” .
QS Ali Imran : 134
Kemudian maka berkata ia bagi hambanya : Lepaskan olehmu
akan orang itu .
Dan demikian lagi, apabila marah seorang itu hendaklah
memikirkan dan mengingatkan beberapa hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam
yang menyebutkan kejahatan orang yang marah itu dan beberapa hadits Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam yang menyebutkan kelebihan orang yang menahan
akan marahnya itu dan kelebihan orang yang memaafkan kesalahan orang itu
seperti yang lagi akan datang beberapa hadits yang menyebutkan kelebihan orang
yang menahan akan marahnya itu .
Keduanya : Apabila marah seseorang itu, maka hendaklah ia
menakuti akan dirinya dengan siksa Allah Ta‘ala seperti kata ia bagi dirinya :
Ertinya : Qudrat Allah Ta‘ala atasku itu terlebih besar
daripada qudratku atas manusia ini . Jikalau aku lepaskan marahku atas manusia
ini nescaya tiada aku sentosa bahawa melepaskan Allah Ta‘ala akan murkaNya
atasku di dalam hari Qiyaamah .
Dan kata Imam Al Ghazali rahimahullaahu Ta‘ala :
Ertinya : ‘ Dan menyuruh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi
wa sallam akan washiifa iaitu seorang pelayan yang masih muda kepada suatu
hajat, maka lambat ia datang . Maka tatkala ia datang kepada Rasulullah
shallallaahu ‘alaihi wa sallam, maka bersabda ia : ‘ Jikalau tiada aku takut
akan balasan orang yang memalu akan orang pada hari Qiyaamah nescaya aku
sakitkan akan dikau dengan memalu akan dikau ’ .
Ketiga : Apabila marah seorang itu, maka hendaklah menakuti
akan dirinya dengan kesusahan orang yang berseteru ( bermusuh ) itu dan
kesusahan orang yang berkelahi itu kerana marah akan seorang itu membawa kepada
berkelahi dengan dia dan berkelahi itu membawa kepada fitnah yang amat besar
yang membawa kesusahan di dalam dunia dan membawa kesakitan di dalam dunia dan
barangkali membawa kepada binasa dunia .
Keempat : Apabila marah seorang itu, maka hendaklah memikirkan
ia akan sangat keji rupa orang yang marah itu dan memikirkan akan yang demikian
itu pada dirinya kerana orang yang marah itu diserupakan dengan anjing dan
binatang yang buas yang memberi mudharat akan manusia . Dan diserupakan orang
yang halim yang tiada kuat marah itu seperti Anbiya΄ dan Auliya΄ . Dan hanyasanya orang yang
ber‘aqal itu sayugianya menyerupai akan Anbiya΄ dan
‘Ulama΄ dan jangan ia menyerupai akan anjing dan
binatang yang buas itu .
Kelima : Apabila marah seseorang itu, maka hendaklah ia
memikirkan sebab yang membawa marah akan seseorang itu, maka iaitu tiada
baginya daripada sebab, iaitulah seperti dikata syaitan baginya di dalam hati : Mengapa tiada engkau
marah akan orang yang menyakiti akan dikau atau orang yang memberi malu akan
dikau dan tiada malu engkau bahawa dikata oleh orang akan dikau penakut dan
lemah dan hina pada orang lain daripada orang banyak . Maka engkau kata bagi
dirimu : Inilah perkataan syaitan, padahal ia berkehendak mengadu-ngadu akan
dikau dengan saudaramu yang Muslim dan lagi adalah syaitan itu berkehendak
membinasakan akan dikau di dalam akhirat pada hari Qiyaamah . Maka, adakah
engkau malu kepada manusia padahal tiada malu akan Allah Ta‘ala, dan adakah
engkau takut dimalukan oleh manusia di dalam dunia padahal engkau tiada takut
hina di dalam akhirat . Dan jikalau engkau marah nescaya dapat beberapa siksa
Allah Ta‘ala dan beberapa murkaNya di
dalam akhirat . Maka sebab inilah barangkali hilang marahmu itu, insyaa Allaahu
Ta‘ala .
Keenam : Apabila engkau marah akan seseorang, maka hendaklah
engkau ketahui bahawasanya orang yang marah itu pada hakikatnya tiada ia redha
akan perbuatan Allah Ta‘ala yang dilakukanNya atas hambaNya itu dan tiada ia
redha akan kehendak Allah Ta‘ala yang tiada muwaafaqat dengan kehendak dirinya
. Maka dengan yang demikian itu adalah orang yang marah itu sejahil-jahil
manusia akan Tuhannya dan yang demikian itu membawa kepada murka Allah Ta‘ala
akan dia seperti yang tersebut di dalam hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam :
Ertinya : ‘ Bahawasanya marah
seseorang itu iaitu sebab yang mendatangkan murka Allah Ta‘ala akan dia
’ . ( Belum dijumpai perawi hadits ini )
Adapun amal yang menghilangkan marah seseorang itu, maka
iaitu apabila marah seseorang itu, maka hendaklah ia mengucap :
ﺍﻠﺮﺠﻴﻡ ﺍﻠﺸﻴﻂﺎﻥ ﻤﻦ ﺑﭑﷲ ﺃﻋﻮﺫ
Ertinya : ‘ Aku meminta peliharakan dengan Allah Ta‘ala
daripada kejahatan syaithan yang kena rejam yang mengerakkan marah ini ’ .
Demikianlah disuruh oleh Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam mengucap akan dia oleh tiap-tiap orang yang marah itu supaya hilang
marah itu kerana telah maklum bahawasanya adalah marah itu daripada syaithan .
Ertinya : ‘ Dan adalah Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam apabila melihat melihat ia akan Saiyyidatina
Aisyah radhiyallaahu ‘anha marah, maka mengambil ia akan hidungnya,
ya’ni memegang Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam akan hidung Saiyyidatina
Aisyah radhiyallaahu ‘anha dan bersabda ia : Ya
‘Uwaisy ! ( maksudnya Aisyah ) Kata olehmu
:
Ertinya : ‘ Ya Allah, Tuhan Nabi Muhammad ! Ampuni olehMu
bagiku akan dosaku dan hilangkan olehmu akan marah di dalam hatiku dan
peliharakan olehMu akan daku daripada segala fitnah yang menyesatkan ’ .
Dan apabila tiada hilang marah itu dengan mengucap :
ﺍﻠﺮﺠﻴﻡ ﺍﻠﺸﻴﻂﺎﻥ ﻤﻦ ﺑﭑﷲ ﺃﻋﻮﺫ
Dan dengan diucap doa ini, maka jika ia marah di dalam
keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk dan jika ia marah di dalam keadaan
duduk, maka hendaklah ia berbaring seperti sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam :
Ertinya : ‘ Marah itu iaitu bara
api yang menyala di dalam hati . Tiadakah kamu lihat akan kembung urat leher
orang yang marah itu dan merah dua matanya ? Maka apabila mendapat seseorang
daripada kamu akan sesuatu daripada yang demikian itu, maka hendaklah jika ia
berdiri, maka hendaklah duduk . Dan jika ia duduk, maka hendaklah ia tidur,
ya’ni berbaring . Maka jika tiada hilang marah yang demikian itu, maka
hendaklah ia mengambil sir sembahyang dengan air yang sejuk atau hendaklah ia
mandi, maka bahawasanya marah itu api dan tiada memadamkan api itu melainkan oleh
air ’ .
Dan sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
Ertinya : ‘ Apabila marah seseorang
daripada kamu itu, maka hendaklah ia mengambil air sembahyang, maka hanyasanya
marah itu jadi daripada api ’ . R. Abu Daud
Dan pada riwayat yang lain :
Ertinya : ‘ Bahawasanya marah itu
daripada syaithan dan bahawasanya syaithan itu dijadikan akan dia daripada api
dan hanyasanya padam api itu dengan air . Maka apabila marah seseorang daripada
kamu, maka hendaklah ia mengambil air sembahyang ’ . R. Abu Daud
Dan kata Saiyyidina Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu :
Ertinya : ‘ Apabila marah Nabi
shallallaahu ‘alaihi wa sallam padahal ia berdiri, maka duduk ia dan apabila ia
marah padahal ia duduk, maka berbaring ia, maka hilanglah marahnya ’ . R.
Ibnu Abid Dunya Wallaahu a’lam .
Rujukan : Kitab Sairus Saalikiin jilid 3