kitab 'aqiidatun najiin, fariidatul faraaid, penawar bagi hati, muhimmah, sabiilal muhtadiin, furu'ul masaail, munyatul mushalli, 'minhajul 'abidin, al mawaa'izh al badii'ah, ayyuhal walad, bahrul madzi, memahami bacaan di dalam dan selepas sembahyang ( perkata ),tuhfatur ghaaribiin, kifaayatul muhtadi, malaikat, syurga, neraka dan lainnya Insyaa Allah akan kami paparkan dari masa ke semasa
Rabu, 14 September 2011
Juz 'Amma -Shurah Al Balad Dan Shurah Asy Syam Perkata
Bismillaah . Ini adalah kaedah yang baru kami paparkan sebagai percubaan bagi memberi kemudahan kepada sesama saudara seagama supaya dapat membaca, menghafal dan memahami Al Quran . Insyaa Allaah moga kita sama sama mendapat manfaat . aamiin ya rabbal 'aalamiin .
Selasa, 13 September 2011
Bacaan Shurah Al Balad Perkata - Suara Merdu
Bismillaah . Ini adalah kaedah yang baru kami paparkan sebagai percubaan bagi memberi kemudahan kepada sesama saudara seagama supaya dapat membaca, menghafal dan memahami Al Quran . Insyaa Allaah moga kita sama sama mendapat manfaat . aamiin ya rabbal 'aalamiin .
Selasa, 6 September 2011
Isnin, 5 September 2011
Lagu Negaraku Atau Lagu Negara Mana ???
Lagu Negarakukah Atau Lagu Terang Bulankah Atau Lagu Mamula Moonkah ???
Ahad, 4 September 2011
KITAB AIYYUHAL WALAD ( IMAM AL GHAZALI ) siri 1
NASIHAT PERTAMA
Waktu itu ialah kehidupan
Wahai anakku yang tercinta !!!
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam kepada ummatnya ialah :
‘ Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah Ta‘ala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah ’ .
‘ Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidup ( iaitu untuk ber‘ibadat kepada Allah Ta‘ala ) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ’ ( pada hari Qiyaamah nanti ) .
‘ Dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya, maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api Neraka ’ .
Sebenarnya sekadar ini sudah cukup untuk menjadi nasihat kepada semua orang yang ber‘ilmu .
Langgan:
Catatan (Atom)