Isnin, 19 Disember 2011

Juz 'Amma - Shurah An Nashr - Video - Perkata Dan Tafsir






TAFSIR AL AZHAR JILID 10

SHURAH 110 : 3 AYAT

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan ( pangkal ayat 1 ) .

Terhadap kepada agamaNya yang benar itu, dan kian lama kian terbuka mata manusia akan kebenarannya .  

Dan kemenangan ” . ( hujung ayat 1 ) .

Iaitu telah terbuka negeri Mekah yang selama ini tertutup . Dan menang Nabi s.a.w ketika memasuki kota itu bersama 10,000 tentera Muslimin sehingga penduduknya takluk tidak dapat melawan lagi . Kedaulatan berhala yang selama ini mereka pertahankan dengan sebab masuknya tentera Islam itu dengan sendirinya telah runtuh . Berhala-berhala itu telah dipecahi dan dihancurkan . Ka‘abah dan sekelilingnya telah bersih daripada berhala . Dan yang berkuasa ialah Islam .

Dan engkau lihat manusia masuk ke dalam agama Allah dalam keadaan berbondong-bondong ” . ( ayat 2 )

Ertinya bahawa manusia pun datanglah berduyun-duyun dari seluruh penjuru Tanah ‘Arab, dari berbagai persukuan dan kabilah . Mereka datang menghadap Nabi s.a.w menyatakan diri mereka mulai saat itu mengakui agama Islam, mengucapkan bahawa memang : ‘ Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah Rasul Allah ’ . Dengan demikian bertukar keadaan . Agama yang dahulunya berjalan dengan sempit, menghadapi berbagai rintangan dan sikap permusuhan sejak kemenangan menaklukkan Mekah itu orang datang berbondong menyatakan diri menjadi penganutnya . Kalau sudah demikian halnya,

Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ” . ( pangkal ayat 3 )

Ertinya, bertasbih ialah mengakui kebesaran dan kesucian Tuhan dan bahawa semuanya itu tidaklah akan terjadi kalau bukan kurnia Tuhan  Dan tidaklah semuanya itu kerana tenaga manusia atau tenaga siapa pun di dalam alam ini melainkan semata-mata kurnia Allah . Sebab itu hendaklah iringi ucapan tasbih itu dengan ucapan puji-pujian tang tiada putus-putus terhadapNya, bahkan,

Dan mohon ampunlah kepadaNya ” .

Ini penting sekali kerana selama berjuang, baik 13 tahun masa di Mekah sebelum hijrah, ataupun yang 8 tahun di Madinah sebelum menaklukkan, kerap kalilah engkau atau pengikut-pengikut engkau yang setia itu berkecil hati, ragu-ragu, kurang yakin meskipun tidak dinyatakan kerana sudah begitu hebatnya penderitaan, namun pertolongan Tuhan belum juga datang . Hal ini pernah dibayangkan Tuhan di dalam janjiNya ( Shurah Al Baqarah : 214 ) :

Ertinya : “ Atau apakah kamu sangka bahawa kamu akan masuk ke Syurga padahal belum datang kepada kamu seperti yang datang kepada yang sebelum kamu ; mereka itu dikenai oleh kesusahan ( harta benda ) dan kecelakaan ( pada badan diri ) dan digoncangkan mereka ( oleh ancaman-ancaman musuh ) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman besertanya ; Bilakah akan datang pertolongan Allah itu ? . Ketahuilah bahawa pertolongan Allah itu telah dekat ” .

Sampai Rasul sendiri dan sampai orang-orang yang beriman yang mengelilinginya telah bertanya, bila lagi kami akan ditolong, padahal kesengsaraan telah sampai ke puncak, tidak terderitakan lagi .

Mohon ampunlah kepada Allah atas perasaan-perasaan yang demikian agar rasa hati itu bersih kembali dan kasih dengan Tuhan bertaut lebih mesra daripada yang dahulu . Dan taubat daripada kegoncangan fikiran dan keragu-raguan yang mendatang dalam hati ialah dengan menyempurnakan kepercayaan kepada Tuhan ;

Sesungguhnya Dia adalah sangat Pemberi Taubat ” ( hujung ayat 3)

Kerana Dia adalah Tuhan, Dia adalah Kasih dan Sayang akan hambaNya dan Dia adalah mendidik, melatih jiwa-raga hambaNya agar kuat menghadapi warna-warni percubaan hidup di dalam mendekatiNya .     

Seakan-akan berfirmanlah Tuhan : “ Bila pertolongan telah datang dan kemenangan telah dicapai dan orang telah menerima agama ini dengan tangan dan hati terbuka, maka rasa sedih telah sima dan rasa takut telah habis . Yang ada setelah itu adalah rasa gembira, sukacita dan syukur, tabah kuatkan hati mendekatinya . Jangan takabbur dan jangan lupa diri ” .

Oleh sebab itu, maka tersebutlah di dalam sirah ( sejarah ) hidup Nabi s.a.w bahawa seketika beliau masuk dengan kemenangan gemilang itu ke dalam kota Mekah, demi melihat orang-orang yang dahulu memusuhinya telah tegak meminggir ke tepi jalan, melapangkan jalan buat dilaluinya, beliau tundukkan kepalanya ke tanah, merendahkan diri kepada Tuhan sehingga hampir terkulai ke bawah kenderaannya, unta tua yang bernama Qashwaa yang dengan itu dia bernagkat sembunyi-sembunyi meninggalkan negeri yang dicintainya itu dahulu dan dengan unta itu pula dia masuk ke sana kembali sebagai penakluk delapan tahun kemudian .

Menurut catatan Al Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya Al Fathul Bari, dalam hadits yang dirawikan oleh Abu Ya’la daripada Abdullah bin Umar, shurah ini diturunkan ialah ketika beliau berhenti di Mina di hari Tasyrik pada waktu beliau melakukan Haji Wada’, maka mafhumlah beliau bahawa shurah ini pun adalah menadi isyarat juga baginya bahawa tugasnya sudah hampir selesai di dunia ini dan tidak lama lagi dia pun akan dipanggil ke hadhrat Tuhan .   

Ada juga kemusykilan orang tentang riwayat itu sebab Haji Wada’ terjadi dua tahun setelah Mekah takluk tetapi yang mempertahankan riwayat itu mengatakan bahawa orang berbondong masuk ke dalam agama Allah itu tidaklah putus-putus sampai pun ketika Haji Wada’ itu, bahkan sampai setelah beliau kembali ke Mekah selesai Haji Wada’ .

Dan tersebut juga dalam catatan riwayat bahawa beberapa orang shahabat yang utama sebagai Abu Bakar, Umar dan Abbas mengerti juga akan qiyas isyarat shurah ini kerana mereka yang mengerti bahasa ‘Arab, bahasa mereka sendiri, tahulah bayangan kata ; Kalau pertolongan telah datang dan kemenangan telah tercapai, ertinya tugas telah selesai . Sebab itu ada riwayat daripada Muqatil bahawa seketika ayat ini dibaca Nabi s.a.w di hadapan shahabat-shahabat, banyak ( ramai ) yang bergembira namun ada yang menangis iaitu Abbas bin Abdul Muthalib .

Mengapa menangis paman ? Tanya Nabi s.a.w kepada beliau .
Abbas menjawab : Ada isyarat pemberitahuan waktumu telah dekat !
Tepat apa yang paman sangka itu ’, kata beliau .

Dan hanya 60 hari sahaja menurut Muqatil, sesudah beliau bercakap-cakap hal itu dengan Nabi s.a.w, memang berpulanglah Nabi s.a.w ke hadhrat Tuhan .    

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari, Umar bin Al Khaththab pada masa pemerintahannya memanggil orang-orang tua yang hadir dalam Perang Badar untuk pertemuan silatur rahim . Di sana hadir Ibnu Abbas yang masih muda . Beliau tanyakan pendapatnya tentang : “ I DZaa Jaaaa A NaSH RuL Laahi WaL FaTH ” ini, dia pun menyatakan bahawa shurah ini pun isyarat bahawa ajal Nabi s.a.w telah dekat . Dan sejak ayat itu turun, selalu Rasulullah membaca dalam sujud dan ruku’nya :

                   ﺍﻏِِْْْ   ٱﻟﻟَُّّ   ٬ َ َِِْ   ﻮَ   َََّ   َ َُْﺎﻨَ
Amat Suci Engkau ya Tuhan kami, dan dengan puji-pujian kepada Engkau ya Tuhanku, ampunilah kiranya aku ini ’ .

Berkata Ibnu Umar : Shurah “ I DZaa Jaaaa A ”, ini turun di Mina ketika Haji Wada’ . Kemudian itu turunlah ayat : “ La QaD Jaaa A KuM Ra Suu LuM MiN AN Fu Si KuM ” ( Shurah 9 AT Taubah, ayat 128 ) maka 35 hari setelah ayat itu turun beliau pun meninggal . Akhir sekali turunlah ayat : “ WaT Ta Quu Yau MaN TuR Ja ‘Uuu Naa Fii hii I LaL Laah ” ( Shurah 2 Al Baqarah ayat 281 ), maka 21 hari setelah ayat itu turun, beliau pun meninggal . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan