Ahad, 20 November 2011

BERIMAN KEPADA RASUL - RASUL


Faridatul Faraid siri 23

( Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf ) Diterima sekelian barang yang didatangkan dengan dia oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam daripada segala pekerjaan agamanya dan percayakan dengan sekelian barang yang mengkhabar ia dengan dia daripada sekelian yang ghaalib-ghaalib ( maka wajib ) beriman ia dengan segala Rasul dan segala Nabi atas jalan ijmal dengan makna i’tiqadkan bahawasanya ada bagi Allah Ta‘ala itu beberapa banyak Rusul dan Anbiya΄ ‘alaihish shalaatu was salaam . 

( Dan qaul yang rajih ) Ketiadaan dihinggakan mereka itu di dalam bilangan-bilangan yang tertentu seperti dikatakan bahawasa Anbiya΄ itu seratus ribu dan dua puluh empat ribu dan yang jadi Rasul daripada mereka itu tiga ratus tiga belas orang .

( Dan ) Dua puluh lima (3) yang disebutkan nama mereka itu di dalam Al Quran, wajib beriman dengan mereka itu atas jalan tafshil dengan bahawasanya jika ditanyakan seseorang daripada tiap-tiap seorang daripada mereka itu nescaya dijawabnya dengan bahawasanya ; ia Rasul, tiada dengan makna wajib dihafazkan segala nama mereka itu, maka jika menafi ia akan risalah seseorang daripada mereka itu, maka tiada khilaf pada kufurnya .

(3) ( Qauluhu ; Yang disebutkan nama mereka itu di dalam Al Quran )  ( Faedah ) Segala Nabi yang diittifaqkan atas nubuwwahnya yang disebut di dalam Al Quran itu daripada dzuriat Nabi Ibrahim melainkan lima orang iaitu Idris dan Nuh dan Hud dan Shaaleh dan Luthﺍﻫ

Dan jika berkata ia ; tiada aku ketahui akan dia, atau ; tiada aku ketahui bahawasanya Rasul, maka berkata kebanyakan ‘Ulama΄ ; jadi kafir . Dan kata setengah mereka itu ; tiada jadi kafir .

Dan bermula mereka itu :

( Adam ) dan ( Idris ) dan ( Nuh ) dan ( Hud ) dan ( Shaleh ) dan ( Ibrahim ) dan  ( Luth ) dan ( Ishaq ) dan ( Isma‘il ) dan ( Ya’quub ) dan ( Yusuf ) dan ( Ayub ) dan ( Syu‘aib ) dan ( Harun ) dan (Musa) dan ( Ilyasa’ ) dan ( Dzulkifli ) dan  ( Dawud ) dan ( Sulaiman ) dan   ( Ilyas ) dan ( Yunus ) dan ( Zakaria ) dan  ( Yahya ) dan ( ‘Isa ) dan Saiyyidina ( Muhammad ) Shalawaatullaahi wa sa laa muhu ‘alaihi wa ‘alaihim ajma‘iin .

( Dan setengah ) Daripada Anbiya΄ pada qaul yang rajih Saiyyidina Al Khidhir a.s . Dan tiada daripada mereka itu Luqman dan Dzulqarnain iaitu satu raja yang shaleh daripada (1) bangsa Himyar dan bukannya ia Iskandar Ar Rumi .

(1) ( Qauluhu ; Daripada bangsa Himyar ) Berkata di dalam kamus Himyar atas timbangan dirham { iaitu } satu tempat pihak maghrib bagi negeri Shan‘aa al Yaman dan satu nama orang iaitu Himyar anak Saba΄ anak Yasyjab dan iaitu bapa bagi satu kabilahﺍﻫ 

( Dan setengah ) Daripada mereka itu Khalid bin Sinaan daripada zuriat Nabi Isma‘il ‘Alaihis salam daripada Bani ‘Abbas adalah ia semasa dengan Kisra Anu Syirwan dan ia kemudian Nabi ‘Isa dengan tiga ratus tahun menyeru ia akan manusia kepada agama Nabi ‘Isa .

( Dan setengah ) Daripada mereka itu Hanzhalah bin Shafwan adalah ia kemudian daripada Khalid dengan seratus tahun dan membunuhkan dia oleh kaumnya .
( Dan wajib ) I’tiqad bahawasa Nubuwwah, ertinya jadi Nabi itu tiada dapat bagi seseorang dengan usaha dan jika dengan melampaui membanyakan kebajikan dan ‘ibadat sekalipun, bahkan ia semata -mata kurnia Allah Ta‘ala bagi mereka yang dikehendakiNya .  

( Dan wajib ) I’tiqad bahawasa Allah Ta‘ala mengkuatkan segala Anbiya΄ dan Rusul dengan beberapa mu’jizat yang dizhahirkan dia daripda mereka itu dan mu’jizat itu pekerjaan yang mencarikkan ‘adat yang nyata daripada Nabi atau Rasul tatkala dibangkitkan dia tanda atas kebenarannya seperti berbelah bulan bagi Nabi kita Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan bertutur kayu dan batu baginya dan terpancar air antara segala anak jarinya Shallallaahu ‘alaihi wa sallam .

( Dan wajib ) I’tiqad pula akan (2) tsabit karaamah, maka Auliya΄ pada ketika hidup dan kemudian daripada mati mereka itu dan iaitu pekerjaan yang mencarikkan ‘adat yang nyata daripada orang yang shaleh iaitu orang yang mendirikan segala hak Allah Ta‘ala .

(2) ( Qauluhu ; Tsabit karaamah bagi Auliya΄ ) Dan setengah daripada dalil atas Nubuwwah karaamah itu barang yang tersebut di dalam Al Quran pada kisah Saiyyidatina Mariam dan Zakaria a.s .  ﺍﻫ Muallifah 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan