Pada Menyatakan
Segala Hukum Jenazah
﴾ Bermula ﴿ Jenazah itu
nama bagi mayat yang di dalam pengusung . Dan kata setengah ; Nama bagi pengusung
yang ada dalamnya mayat
﴾ Sunat ﴿ Bersedia
bagi mati oleh tiap-tiap mukallaf dengan taubat iaitu meninggalkan dosa dan
menyesal atasnya dan diputuskan cita-citanya atas bahawa tiada ia kembali
kepadanya dan keluar daripada zhulmah yang kuasa ia atasnya dengan umpama minta
halal daripada orang yang ia mengumpat-umpat akan dia atau orang yang ia
memakikan dia . Dan tempat sunat taubat itu jika tiada diketahui dosa itu
atasnya yang menghendaki bagi taubat . Adapun jika diketahui ada di atasnya
dosa, maka taubat itu wajib dengan bersegera dengan ijma’ . Dan jika diketahui
ada atasnya hak Allah Ta‘ala dan hak manusia, maka wajib atasnya bertaubat
dengan membayar segala hak yang tersebut itu .
Jika dosa itu meninggalkan beberapa fardhu shalat atau dilupakan Al Quran yang sudah dihafaznya,
maka wajiblah ia masyghulkan dengan mengqadhakan dia dan menghafazkan dia
melainkan zaman yang tiada dapat tiada seperti makan dan tidur dan umpamanya .
Jika adalah baginya shalat yang luput amat banyak, maka memadalah pada
taubatnya itu bercita-cita atasnya serta ia kerjakan seboleh-bolehnya, ya’ni
hendaklah diputuskan jazamnya pada hati hendak mengqadhakan dia serta
dikerjakan dia dan hendaklah ia minta halalkan dia kepada empunyanya jika ia
khianat akan hak orang dan dikembalikan segala hak orang yang dizaliminya
jikalau boleh . Bersalahan jika ia takut memberi mudharat yang terlebih lagi
pula seperti ia zina dengan perempuan, maka tiada jalan lagi boleh ia minta
halal pada walinya atau kepada suaminya selama belum sampai kepada pemerintah
kerana ditakuti mencariknya akan kemaluan mereka itu, maka memadalah pada
taubatnya menyesal banyak serta ia putus akan cita-cita daripadanya tiada ia
hendak mengerjakan dia sekali-kali .
﴾ Sunat ﴿ Bagi
tiap-tiap yang ‘aqil baligh menyebut-nyebut akan mati dengan lidah dan
hatinya dan sunat baginya berbanyak-banyak menyebutkan mati dahulu daripada
datangnya kerana yang demikian itu terlebih membawa kepada mengerjakan yang
disuruh Allah dan menjauhkan segala yang ditegahNya dan mengurangkan banyak
angan-angan dan ingin akan harta dunia dan perhiasannya dan menambahkan yang
sedikit daripada amal ‘ibadat. Dan orang yang sakit terlebih dituntut
dengan mengerjakan yang tersebut kata Syeikh Bujairimi melainkan penuntut ‘ilmu
dan orang yang mengarang kitab, terkadang memutuskan cita-citanya menuntut
‘ilmu dan mengarang kitab .
﴾ Sunat ﴿ Berubat, maka tiada boleh kita qiyaskan
orang yang sangat lapar wajib memakan bangkai sebab takut mati kerana lapar dan
wajib ia melalukan makanan yang terlekat di dalam lehernya jika dengan arak
sekalipun jika tiada diperoleh dengan yang lainnya, maka beza antara keduanya
itu sebab tiada kita dapat tentukan baik daripada berubat . Bersalahan pada
memakan bangkai oleh yang sangat lapar dan yang melalukan barang yang terlekat
di dalam leher dengan arak diberatkan selamatnya . Dan harus berpegang kepada
kata thabib yang kafir jika tiada memberi cedera pada ‘ibadat .
﴾ Sunat ﴿ Menziarahi
Muslim yang sakit jika sakit mata sekalipun dan yang berseteru dengan dia dan
yang tiada dikenalnya akan dia dan si kafir yang sekampung dengan dia dan lagi
kerabat atau khadamnya atau yang diharap Islamnya dan jika tiada seperti
demikian, maka tiadalah sunat mendatangi dia, hanya harus jua dengan tiada
makruh
﴾ Makruh ﴿ Menziarahi
yang jadi kesakitan orang yang sakit sebab didatangi akan dia . Dan tiada sunat
mendatangi akan mempunyai bid‘ah yang mungkar dan yang fasiq dan yang
zhalim melainkan jika ada ia kerabatnya atau sekampungnya atau yang diharap
akan taubatnya sebab didatangi akan dia .
﴾ Sunat ﴿ Mendatangi itu berselang hari melainkan
jika ada ia kerabatnya atau shahabatnya yang jinak orang yang sakit itu dengan
dia, atau mengambil berkat ia dengan dia atau dukacita yang sakit itu dengan
tiada melihat dia pada tiap-tiap hari . Dan makruh melamakan duduknya melainkan
jika diketahuinya akan gemar yang sakit pada lama duduknya .
﴾ Sunat ﴿ Mintakan doa akan yang sakit dengan ‘afiat jika diharapnya akan hidupnya dan hendaklah ada doanya itu :
﴾ َ ﻴَﺸْﻔِﻴْﻚ ْ ﺃﻦ ِ ﺍﻟْﻌَﻆِﻴْﻡ ِ ﭐﻠْﻌَﺭْﺵ ﺭََﺏِّ َ ﭐﻠْﻜَﺭﻴْﻡ ﭐﷲَ ﺃﺴْْﺄﻝُ ﴿
AS A
LuL Laa haL
Ka RiiM . RaB BiL ‘AR SYiL
‘A ZHii
Mi AN ( Y ) YaSY FiiK .
Ertinya : Aku
meminta kepada Allah Yang Maha Pemurah Tuhan Yang mempunyai ‘Arasy yang Agung akan
menyembuhkan engkau, ( 7 X ) .
﴾ Sunat ﴿ Membaiki hati orang yang sakit daripada
keluh kesah kesakitan dan jika tiada diharap
akan hidupnya, maka hendaklah disuruhkan akan dia dengan taubat daripada segala
dosa dan washiat dan membaiki i’tiqadnya akan Allah dan diperingatnya
akan dia dengan menyebutkan segala hal orang yang shaleh -shaleh pada hal yang
demikian itu . Dan ditambahi pengajar dan nasihat akan dia dan dipinta
daripadanya doa dan dipesaninya akan isi rumah yang sakit dan khadamnya dengan
mengasihani dia dan jangan diberi sakit hatinya dan disuruhnya mereka itu
dengan menanggung susah dia dan sabar atasnya .
﴾ Sunat ﴿ Menyuruh akan yang sakit itu menghiasi
diri dengan memakai bau-bauan seperti pada hari Juma‘at dan membaca Al Quran dan dzikrullah,
ceritera segala mereka yang shaleh-shaleh dan segala hal ahwal mereka itu
tatkala mati kerana disunatkan bagi orang yang sakit sekalian yang demikian itu
.
﴾ Sunat ﴿ Membaca shurah Al Ikhlas 100 kali
kerana riwayat pada hadits : ‘ Barang siapa
membaca hingga akhir shurahnya 100 kali pada sakitnya, mati ia dengan dia
nescaya tiada dipicik atasnya kuburnya dan diampunkan daripada disempit
kuburnya dan ditanggung akan dia oleh Malaikat hingga di lalu atas Shirat ’
.
﴾ Sunat ﴿Orang yang sakit
memesani isi rumahnya dengan sabar atas kematiannya dan membaiki perangai dan
menjauhi berbantah pada segala pekerjaan dunia . Dan hendaklah ia berwashiat
dan membaikkan i’tiqad dan disegera menunaikan segala huquq dan dikembalikan
segala pinjaman dan segala perkiriman orang dan hendaklah ia minta halal
daripada segala ahli, anak buah, jiran dan segala kekasihnya dan orang
antaranya dan antara mu‘amalat dan hendaklah ia syukur kepada Allah lagi
redha .
﴾ Demikian
lagi ﴿ Sunat bagi yang sakit meminta maaf dan
meminta redha kepada segala mereka yang ta'alluq dengan dia .
﴾ Sunat ﴿ Bagi yang sakit itu membaiki zhannya
akan Allah seperti dizhankan dan diharapkannya bahawa Allah mengampuni dia dan
menganugerahi rahmat akan dia maka, hendaklah dilebihkannya harap akan ampun
Allah dan rahmatnya daripada takutnya akan murkanya dan siksanya . Inilah
perintah pada orang yang sakit . Adapun orang yang
sihat badan, maka yang terutama baginya hendaklah bersamaan harapnya dan
takutnya selama tiada ghaalib atasnya penyakit putus asa daripada rahmat Allah
atau sentosa daripada murka Allah dan siksaNya . Jika ghaalib atasnya putus asa
daripadanya, maka terutama baginya melebihkan harap daripada takut . Dan jika
ghaalib atasnya sentosa daripada murka Allah dan siksaNya, maka terutama
baginya melebihkan takut daripada harap .
﴾ Sunat ﴿ Bagi yang sakit itu sabar atas
kesakitan dan meninggalkan keluh kesah dan masam muka daripada penyakit itu .
Dan makruh baginya mengadukan hal penyakitnya pada orang lain jika dengan redha
akan qadha΄ Allah . Dan jika tiada demikian itu, maka
iaitu haram . Dan terkadang membawa yang demikian itu kepada kufur, tetapi jika
ditanya akan dia oleh thabib atau shahabatnya daripada hal penyakitnya, maka
dikhabarkannya akan hal penyakitnya dengan sebenarnya, tiada atas rupa keluh
kesah, maka tiada mengapa . Dan afdhal bagi yang sakit itu bahawa jangan ia
mengatakan ‘aduh’, hanya hendaklah dikatanya ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ atau ﭐﷲ َ ﺴُﺒْﺤَﺎﻥ atau barang sebagainya .
﴾ Afdhal ﴿ Berubat itu bagi orang yang adalah pada
sembuhnya itu memberi manfaat bagi orang Muslimin atau yang takut atas dirinya
daripada picik hatinya sebab berlambat sembuhnya . Dan jika tiada seperti
demikian itu, maka meninggalkan dia itu terlebih baik .
Dan makruh bagi
seseorang mencita-cita mati sebab kedatangan mudharat pada dirinya lagi tiada takut ia akan fitnah pada
agamanya. Dan jika tiada tertahan dirinya daripada mencita-cita mati, maka
hendaklah dibacanya, ertinya : Ya Allah, hidupkanlah aku kalau hidup itu
mendatangkan kebaikan kepadaku dan matikanlah aku kalau mati itu mendatangkan
kebaikan kepadaku .
﴾ Sunat ﴿ Yang sakit itu berubat tetapi makruh
mengagahi dia .
﴾ Syahdan ﴿ Apabila hadirlah
segala tanda mati pada seseorang, maka sunat bahawa ditalqinkan akan dia dengan
kalimah Syahadah ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ dan jika ada ia kanak-kanak yang mumaiyyiz sekalipun .
Dan tiada sunat
menambahi dengan مُحَمَّد رَسُوْلُ ﭐللهِ.
Dan jangan dikata baginya ; Kata olehmu ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ
supaya tiada disakiti ia dengan yang demikian itu, hanya disebutkan di
hadapannya kalimah ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ
sekali jua atau dikatanya ; Dzikrullah
itu memberi berkat, supaya ingat ia akan dia dan supaya disebutnya akan kalimah
itu .
Janganlah diulangi talqin atasnya hingga berkata-kata ia, maka apabila
berkata ia dengan perkataan yang lain daripada kalimah Syahadah, maka hendaklah
diulang talqin itu sekali jua supaya ada kesudahan perkataannya di dalam dunia
kalimah ﻵ ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ kerana tersebut di dalam
hadits yang shahih, ertinya : ‘ Barang siapa
ada kesudahan katanya di dalam dunia ﻵ
ﺇلٰهَ ﺇلاَّ ﭐللهُ nescaya masuklah ia ke dalam Syurga ’ .
﴾ Bermula ﴿ Yang terafdhal bahawa adalah yang
mentalqinkan itu, yang lain daripada warisnya dan seterunya dan yang dengki
dengan dia, jika ada hadir yang lain . Dan jika tiada hadir yang lain, maka
yang mentalqinkan dia yang terlebih kasih sayang daripada warisnya
﴾ Wajib
﴿ Ditalqinkan dua
kalimah Syahadah bagi orang kafir yang diharap akan Islamnya iaitu diajarkan
mengucap :
﴾ أشْهَدُ أنْ ﻵ
ﺇلٰهَ
ﺇلاَّ
ﭐللهُ
وَ أشْهَدُ أنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ ﭐلله ﴿
Dan diberi
ketahui akan maknanya jika kafir itu bangsa ‘Ajami . Dan jika tiada
diharap akan Islamnya, sunat ditalqinkan dia jua . Dan sunat talqin akan
kanak-kanak yang ada tamyiznya kerana faedah supaya dapat fadhilat baginya
masuk ke Syurga serta orang yang terdahulu . Bersalahan pada kuburnya, tiada
dituntut talqin kerana tiada soal pada kuburnya . Kata qiil ; Sunat talqin jua
. Maka apabila sudah ditalqinkan, maka sunat rebahkan atas lambungnya yang
kanan serta dihadapkan muka ke Kiblat seperti kelakuan menghantarkan dia di
dalam liang lahad . Dan jika sukar yang demikian itu, maka rebahkan atas
lambungnya yang kiri .
Dan jika sukar
pula, maka ditelentangkan akan dia dan dihadapkan mukanya dan kedua tapak
kakinya ke Kiblat dan ditinggikan kepalanya sedikit dengan bantal dan barang
sebagainya supaya berhadap mukanya ke Kiblat .
Dan sunat
dibacakan akan dia shurah Yasin kerana tersebut di dalam hadits yang shahih
sabda Nabi s.a.w : ‘ Bacakan oleh kamu akan
segala mereka yang hampir mati daripada
kamu shurah Yasin ’ .
Tersebut pada
setengah riwayat hadits yang lain, sabda Nabi s.a.w : ‘ Tiada
jua daripada orang yang sakit yang dibacakan shurah Yasin melainkan lepaslah ia
daripada dahaga ketika mati dan pada ketika dimasukkan ke dalam kubur ’
.
﴾ Sunat ﴿ Dibacakan kepada orang yang hampir mati
itu shurah Yasin dan shurah Ar Ra’d dan jika boleh dihimpun keduanya itu iaitu
terlebih . Dan jika tiada dapat hendak himpun keduanya itu seperti ia sangat
hampir hendak matinya, maka hendaklah didahulukan membaca shurah Yasin kerana
sah hadits seperti yang disebutkan : ‘ Tiada
daripada orang yang sakit dibacakan atasnya Yasin melainkan mati puas dahaga
dan masuk di dalam kubur puas dahaga ’ .
Dan riwayat
yang lain : ‘ Barang siapa membaca Yasin
padahal ia takut diamankan dia, atau
lapar dikenyangkan dia, atau dahaga diberi minum akan dia, atau ia bertelanjang diberi pakai akan
dia, atau sakit disembuhkan dia ’ .
Dan sunat
hingga tamam suratnya dan pada shurah Ar Ra’d itu datang pada hadits
bahawasanya ia dimudahkan keluar rohnya .
﴾ Sunat ﴿ Menitikkan air pada mulut orang yang
hampir mati jika tiada ada tanda yang menunjukkan atas sangat dahaganya . Dan
jika ada tanda yang demikian, maka iaitu wajib kerana dahaga ketika nazak
terlalu keras . Dan dikata orang bahawa syaithan datang ia membawa dengan air
pada perasaan dan berkata ia kepadanya ; Kata olehmu ; ﺃﻧَﺎ ﻵ
ﺇلٰهَ
ﺇلاَُّ hingga aku beri minum akan dikau, maka
jika berkata yang demikian itu mati ia atas yang lain daripada agama Islam .
Demikianlah disebut oleh Syeikh Ibnu Hajar sebab hendak kita titik air padanya
supaya tiada ia tamak akan air syaithan itu .
﴾ Sunat ﴿ Dipejamkan kedua matanya apabila mati ia, dan sunat membaca
tatkala memejamkan mata itu :
﴾ ﺴَﻟَّﻡ ﻭَ ﻋَﻟَﻴْﻪِ ﭐﷲُ ﺻَﻟَّﻰ ِ ﭐﷲ ِ ﺭَﺴُﻭْﻞ ِ ﻤِﻟَّﺔ ﻋَﻟَﻰٰ ﻭَ ِ ﭐﷲ ِ ﺑِِﺴْﻡ ﴿
BiS MiL
Laa hi Wa
‘A Laa MiL
La Ti Ra
Suu LiL
Laa
hi SHaL LaL
Laa hu ‘A
Lai hi WaS
LaM .
Dan diikat kedua
rahangnya serta kepalanya dengan pengikat yang lebar kerana memelihara akan
mulutnya daripada masuk binatang yang melata daripada keji pada pemandangan
orang dan dilembutkan segala perlipatannya, maka digenggamkan jarinya kepada
tapak tangannya dan dilentik-lentik tangannya ke bahunya dan dilentik-lentik
betisnya ke pahanya dan dilentik-lentik pahanya ke perutnya, kemudian maka
dibujurkan kedua tangannya dan dihunjurkan kedua kakinya supaya mudah
memandikan dan mengafan dia .
Dan hendaklah
melembutkan itu kemudian daripada keluar roh kerana ada pada badannya pada
ketika itu hangat daripada bekas roh, maka apabila segera dilembutkan pada
ketika itu, nescaya jadi lembutlah perlipatan anggotanya dan jika lambat,
sukarlah melembutkan dia tetapi jika dapat melembutkan dia dengan diurut dengan
minyak umpamanya, maka tiada mengapa .
Dan
ditanggalkan segala pakaiannya yang dipakainya tatkala mati dan ditutup
sekalian badannya dengan kain yang ringan, maka disusupkan satu puncanya di
bawah kepala dan satu puncanya di bawah kakinya . Dan ditindih
perutnya dengan suatu yang berat daripada besi seperti pedang atau cermin dan
jika tiada diperoleh yang demikian itu, maka tanah yang basah dan jika tiada,
maka barang yang mudah . Dan sekurang-kurangnya beratnya penindih itu kira-kira
dua puluh mitsqal supaya tiada kembung perutnya . Dan jangan ditindih dengan
mashhaf, maka dihantarkan mayat itu di atas katil dan seumpamanya dengan tiada
hamparan di bawahnya serta dihadapkan ke Kiblat .
﴾ Sunat ﴿ Mengerjakan
segala perintah yang tersebut itu keluarganya yang terlebih kasih hatinya
daripada mereka itu, lelaki sama lelaki dan perempuan sama perempuan, tetapi
suami terlebih utama mengerjakan isterinya daripada yang lain . Dan isteri terutama mengerjakan suaminya daripada yang
lainnya . Dan hendaklah dipintakan doa baginya ketika mengerjakan yang tersebut
itu .
﴾ Dan ﴿ Hendaklah disegerakan membayar
hutangnya dan diluluskan segala washiatnya pada ketika itu jua jika mudah . Dan
jika tiada, maka hendaklah walinya memintakan halal kepada yang menghutangi dia
atau dipindahkannya hutang si mayat atas dirinya supaya lepas dzimmahnya
daripada keberatan hutang kerana tersebut di dalam hadits bahawasanya roh orang
Mu΄min adalah
terpenjara ia daripada tempatnya yang mulia sebab hutangnya hingga dibayarkan
hutangnya .
﴾ Jika ﴿ Diperanakkan dua anak berkembar, lagi
berlekat-lekat antara keduanya dan mati salah seorang daripada keduanya, maka
ditilik, jika dapat diceraikan daripada yang hidupnya dengan ketiadaan memberi
mudharat bagi yang hidupnya, wajib diceraikan dan dimandikan dan dikerjakan
seperti orang lain . Dan jika tiada dapat diceraikan, maka wajiblah dikerjakan
dengan yang mati itu apa yang dapatnya daripada memandikan dan dikafankan dan
dishalatkan dan haram ditanamnya kerana tiada dapat diceraikan antaranya . Dan
sanya dinanti gugurnya, maka jika gugur, wajib ditanamkan demikian suku itu .
Demikianlah dikerjakan tiap-tiap gugurnya dan jika tiada mati keduanya . Maka
jika adalah salah seorang lelaki dan seorang perempuan, maka jika dapat
diceraikan, maka yang zhahir wajib dicerai akan dia, maka jika tiada dapat,
hendaklah dikerjakan barang sedapatnya dan dipeliharakan pada lelaki pada
menghadapkan Kiblat
﴾ Sunat
﴿ Memberitahukan
segala manusia akan kematian seseorang tetapi jangan kerana bermegah dan riya΄ hanya supaya ramai yang menshalatkan
dia
Dan ketahuilah
olehmu bahawasanya orang yang Mu΄min nyata baginya mengiringi matinya daripada beberapa
nikmat Allah barang yang adalah dunia ini dengan nisbah kepadanya seperti
penjara dan tempat yang sempit . Dan adalah bandingnya seperti orang yang
dipenjarakan dia di dalam rumah yang kelam, maka dibukakan baginya pintu kepada
kebun yang amat luas tepinya, di dalamnya beberapa bagai pohon kayu dan beberapa
bagai bunga-bungaan dan buah-buahan dan beberapa bagai daripada burung, maka
tiada suka ia kembali kepada penjara yang kelam itu .
Sabda Nabi
s.a.w : ‘ Banding orang yang Mu΄min
di dalam dunia seperti kanak-kanak yang di dalam perut ibunya, apabila keluar
daripada perutnya, menangis ia atas tempat keluarnya hingga apabila dilihatnya
akan cerah, tiada suka ia kembali kepada tempatnya . Demikian lagi orang yang
Mu΄min
keluh kesah dan kekeruhan ia pada ketika hendak mati, maka apabila sampai ia
kepada Tuhannya, tiada suka bahawa ia kembali kepada dunia seperti barang yang
tiada suka kanak-kanak bahawa kembali ia kepada perut ibunya ’ .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan