Diriwayatkan
daripada Saiyyidina Umar Al Khaththab r.h berkata : Sesiapa tipis mukanya, maka tipis juga ‘ilmunya .
Maksudnya ialah sesiapa yang malu dalam
mencari ‘ilmu, maka sedikitlah ‘ilmunya .
Telah diriwayatkan dalam kitab shahih
Bukhari bahawa Saiyyidina Umar r.h pernah berkata ;
Hendaklah
kamu memperdalami ‘ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin .
Maksudnya ialah hendaklah kamu
sungguh-sungguh dalam memperdalami ‘ilmu dan menguasainya ketika kamu masih
muda lagi dan ketika kamu belum sibuk dengan urusan kepimpinan dan sebelum umur
kamu mencapai dewasa . Apabila kamu sudah dewasa dan kamu telah menjadi
pemimpin yang diikuti, maka ketika itu kamu sudah tidak dapat belajar lagi
kerana kamu menjadi terlalu sibuk dengan bermacam-macam urusan dan kamu merasa
angkuh dengan sebab sudah tua dan sudah menjadi pemimpin .
Kata Imam Asy Syafie :
Bersungguhlah
kamu mengaji ( belajar ) sebelum kamu menjadi ketua kerana apabila kamu telah menjadi
ketua, maka ketika itu sudah tertutup jalan untuk mengaji .
Kitab : Bustanul
Aaarifin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan