Jumaat, 6 Julai 2012

Puasa Siri 6


Fashal Pada Menyatakan Fidyah Puasa Yang Wajib Iaitu Suatu Mud Daripada Jenis Kuat Yang Memadai Akan Fitrah


( Bermula ) Wajib fidyah itu dengan tiga thariiq :

( Thariiq yang pertama ) Luput diri puasa sebab mati atau sebab tiada kuasa atas puasa, maka iaitu terbahagi ia atas dua bahagi :

( Pertama ) Orang yang mati dan ada atasnya qadha΄ puasa yang wajib daripada Ramadhan atau nadzar atau kaffarah dan dapat ia masa mengqadha΄kan dia pada ketika hidupnya, maka tiada diqadha΄nya akan dia atau tiada dapat mengqadha΄ dia pada ketika hidupnya tetapi adalah puasanya itu luput dengan tiada uzur, maka wajib pada dua shurah ini dikeluarkan fidyahnya daripada harta peninggalannya bagi tiap-tiap sehari satu mud sebilang harinya yang luput, maka berbilanglah mud fidyahnya itu sebilang banyak hari puasa yang luput kerana disuruhkan oleh Nabi s.a.w mengeluarkan makanan akan fidyahnya bagi miskin seperti yang tersebut di dalam hadits riwayat Tirmidzi . Atau dipuasakan daripadanya oleh keluarganya dan jikalau tiada berwashiat ia akan dia sekalipun dengan mempuasakan dia dan tiada keluarganya itu ‘ashabahnya dan tiada ada mewaris dia sekalipun atau dipuasakan daripadanya oleh orang yang helat dengan washiatnya atau dengan izin keluarganya dengan upah atau dengan tiada upah kerana sabda Nabi s.a.w :

مَنْ مَاتَ وَ عَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيّهُ ﴿

Ya’ni : Barang siapa mati ia dan ada atasnya puasa yang wajib hendaklah dipuasakan daripadanya oleh walinya ’, Ya’ni keluarganya . R. Bukhari dan Muslim

Dan lagi, sabda Nabi s.a.w bagi seseorang perempuan yang berdatang sembah baginya : ‘ Bahawasanya ibu hamba telah mati dan ada atasnya puasa nadzar, hamba puasakankah daripadanya ? Maka sabdanya :

ٲمِّكِ عَنْ صُومِى ﴿

Ya’ni :Puasakan olehmu daripada ibumu ’ . R. Muslim .

Maka jika ada atasnya seseorang puasa wajib tiga puluh hari, maka dipuasakan oleh tiga puluh orang keluarganya atau orang helat dengan washiat mayat atau dengan izin keluarganya di dalam sehari, maka iaitu memada ia . Dan adalah bandingan seperti ada atas seseorang haji Islam dan haji nadzar dan haji qadha΄, maka diupahkan daripadanya tiga orang akan mengerjakan tiga haji itu masing-masing, maka dikerjakan oleh mereka itu akan dia di dalam setahun, maka iaitu memadai . Maka diketahui daripada yang tersebut itu jika ada bagi mayat itu tarikah, wajiblah dikerjakan salah suatu daripada dua perkara yang tersebut itu iaitu sama ada mengeluarkan fidyah daripada tarikahnya atau dipuasakan ganti daripadanya tetapi mengeluarkan fidyah itu terafdhal daripada mempuasakan ganti akan dia . Dan jika tiada baginya tarikah, maka tiadalah wajib atas waris mengerjakan salah suatu daripada keduanya, hanya sunat jua . Dan tiada harus, lagi tiada memadai bagi orang yang helat mengeluarkan fidyah daripadanya dan mempuasakan daripadanya melainkan dengan washiat mayat atau dengan izin keluarganya .

( Dan demikian lagi ) Tiada sah bagi seseorang mempuasakan daripada orang yang lagi hidup dan jika tiada kuasa puasa sebab sangat tuanya atau sakit sekalipun .

( Dan disyaratkan ) Bagi keluarganya yang mempuasakan daripadanya dan yang memberi izin bagi lainnya itu bahawa adalah ia ‘aqil baligh . Adalah bandingnya seperti disyaratkan bagi orang yang menghajikan akan lainnya keadaannya ‘aqil lagi baligh dan tiada disyaratkan keadaannya merdeka dan rasyid dari kerana sahaya dan yang safih, fardhu atas keduanya puasa . Dan jika enggan keluarganya yang ‘aqil baligh itu daripada puasa dan enggan memberi izin atau tiada bagi mayat itu keluarganya atau ada ia, ya’ni keluarganya itu adalah kanak-kanak atau yang gila, adakah memberi izin Hakim akan gantinya atau tiada ? Bersalah-salahan pada yang demikian itu Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli dan lainnya . Kata Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah ; Tiadalah harus Hakim memberi izin tetapi jika ada bagi mayat itu tarikah, wajiblah dikeluarkan daripadanya fidyah jua dan jika tiada baginya tarikah, maka tiada wajib suatu jua pun . Dan kata Syeikh Ramli di dalam Nihaayah ; Memberi izin oleh Hakim akan orang yang helat pada mempuasakan daripadanya . Dan jikalau bersalah-salahan waris, kata setengah mereka itu ; Kita keluarkan daripadanya fidyah, dan kata setengah ; Kita puasakan daripadanya, nescaya diperkenankanlah kata yang menghendaki mengeluarkan fidyah dari kerana pada memada ia mengeluarkan fidyah ganti puasa dengan ijma’ sekalian ‘Ulama΄ . Bersalahan pada puasa . Dan jikalau berbilang waris dan tiada seorang jua pun daripada keluarga mayat yang berkehendak mempuasakan daripadanya hendaklah dibahagikan atas mereka itu sekalian mud atas kadar bahagian mereka itu pada warisnya, kemudian barang siapa yang kena bahagian daripada mud haruslah dikeluarkannya akan fidyah dan harus dipuasakannya daripadanya dan hendaklah dijabarkan jika ada sebagai contoh sekiranya si mati berhutang puasa wajib 30 hari, setengah daripada warisnya hendaklah membayar fidyah sebanyak 15 cupak dan setengah yang lain hendaklah berpuasa 15 hari bagi mencukupkan 30hari, tetapi jika ada puasa yang wajib itu sehari itu, maka tiada harus dikerjakan setengahnya dengan fidyah dan setengahnya dengan puasa .

Syahdan ﴿ Jikalau mati seseorang dan ada atasnya qadha΄ shalat fardhu atau i’tikaf fardhu, tiadalah dikerjakan shalatnya ganti daripadanya dan tiada i’tikaf ganti daripadanya dan tiada dikeluarkan daripadanya fidyah, ya’ni tiada memadai yang demikian itu kerana ketiadaan warid yang demikian itu daripada Nabi s.a.w dan daripada Shahabat . Inilah qaul yang mu’tamad atas Madzhab Imam Syafi‘e tetapi pada i’tikaf itu ada suatu qaul daripada Syafi‘e bahawasanya dii’tikafkan daripadanya seperti puasa .

( Dan demikian lagi ) Pada shalat ada suatu qaul daripada Syafi‘e bahawa dishalatkan daripadanya, sama ada ia berwashiat atau tiada . Telah menghikayatkan akan qaul ini oleh Al ‘Ibaadi daripada Imam Syafi‘e dan menghikayatkan akan dia yang lainnya daripada Ishaq dan ‘Athaa΄ kerana ada hadits padanya tetapi dhaif . Dan menaqal Ibnu Burhan daripada qaul qadim bahawasanya wajib atas wali mayat itu jika ada ia meninggalkan tarikah bahawa ia mengerjakan shalatnya daripadanya seperti puasa jua .

( Dan demikian lagi ) Ada pada shalat suatu wajah yang berpegang atasnya kebanyakan daripada segala Shahabat ( ashhab Syafi‘ie ) bahawa dikeluarkan daripadanya fidyah bagi tiap-tiap satu shalat satu mud dan telah memilih akan qaul yang pertama daripada dua qaul yang dhaif ini beberapa jama‘ah daripada Fuqaha΄ yang muhaqqiqin lagi mutaakhkhiriin dan telah mengerjakan dengan dia, Imam Subki akan setengah daripada keluarganya yang mati .

( Bagi yang kedua ) Wajib fidyah dengan tiada qadha΄ atasnya itu barang siapa yang tiada puasa Ramadhan atau nadzar atau qadha΄ atau kaffarah kerana uzur yang tiada diharap hilangnya seperti ada ia tiada kuasa puasa sebab sangat tua atau sakit yang tiada diharap sembuhnya maka wajib dikeluarkan fidyahnya bagi tiap-tiap sehari suatu mud kerana firman Allah Ta‘ala :

Ya’ni : “ Wajib atas segala mereka yang tiada kuasa untuk berpuasa memberi fidyah makanan akan orang miskin ” .

Tetapi jika diberatinya dirinya atas puasa dan puasa ia dengan masyaqqah, sahlah puasanya dan tiada fidyah atasnya . Dan jika tiada kuasa ia memberi fidyah sebab papanya, maka gugurlah wajib fidyah daripadanya, maka hukumnya seperti fitrah . Inilah yang dirajihkan oleh Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah kerana mengikut kata Imam Nawawi di dalam Majmu’ . Dan yang dirajihkan oleh Syeikh Ramli di dalam Nihaayah dan Khathib Syarbini di dalam Mughni bahawa tiada gugur wajib fidyah itu sebab papanya, hanya adalah ia tetap tertanggung pada dzimmahnya jua . Dan jika kuasa kemudiannya orang yang tua dan yang sakit itu atas puasa, tiadalah qadha΄ atas keduanya dengan muwaafaqat atasnya Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli dan Khathib Syarbini telah gugur puasa itu daripadanya dari kerana fidyah itu wajib atas keduanya pada mula -mula pertama, maka memadailah fidyah itu daripadanya . Bersalahan orang yang ma’dhuub ( orang yang tertahan daripada menunaikan haji ) yang kuasa ia pergi Haji kemudian dihajikan daripadanya .

( Thariq yang kedua ) Daripada segala thariiq wajib fidyah itu kerana luput fadhilat waktu, maka iaitu pada dua bagi :

( Pertama ) Perempuan yang bunting dan yang menyusukan kanak-kanak yang tiada ia mutahayyirah apabila berbuka keduanya kerana takut atas kanak-kanak daripada gugur atau kurang air susu, maka jadi mudharatlah ia dengan mudharat yang mengharuskan tayammum dan jika ada keduanya itu sakit atau musafir atau ada yang menyusukan itu menyusukan anak orang lain dengan mengambil upah atau dengan kerana Allah Ta‘ala sekalipun, maka wajib atas keduanya fidyah serta qadha΄ kerana ayat yang tersebut itu . Adapun jika ada yang menyusukan itu mutahayyirah, maka tiada wajib atasnya fidyah kerana syak, ia akan thuhur, itupun jika berbuka ia enam belas hari atau kurang maka jika berbuka ia lebih daripadanya, wajiblah atasnya fidyah pada yang lebih daripadanya .

( Bermula ) Berbuka puasa bagi perempuan yang bunting dan yang menyusukan itu harus jua tetapi wajib berbuka keduanya jika takut keduanya atas kebinasaan kanak-kanak keduanya tetapi tempatnya pada yang menyusukan dengan mengambil upah atau dengan kerana Allah Ta‘ala jika tiada diperoleh perempuan yang lain yang menyusukan . Dan tiada berbilang fidyah sebab berbilang kanak-kanak yang disusukannya . Bersalahan dengan ‘aqiqah .

Dan jika ada perempuan yang bunting dan yang menyusukan itu sakit atau ada keduanya itu musafir, maka berbuka keduanya dengan niat tarakhkhush kerana sakit atau kerana safarnya, tiada kerana takut akan mudharat kanak-kanak atau dengan niat tarakhkhush kerana keduanya, ya’ni kerana sakit atau safar dan kerana takut akan mudharat kanak-kanak atau tiada diqashadnya akan suatu daripada keduanya, maka tiadalah wajib fidyah atas keduanya . Bersalahan jika berbuka keduanya dengan niat tarakhkhush kerana takut akan mudharat kanak-kanak jua, tiada kerana sakit atau safar, maka wajiblah fidyah atas keduanya seperti yang telah terdahulu kenyataannya . Maka keluar dengan kata takut kanak-kanak barang yang jikalau berbuka yang bunting dan menyusukan kerana takut atas mudharat diri keduanya dan jikalau serta takut akan mudharat kanak-kanak sekalipun, maka tiadalah wajib fidyah atas keduanya, maka iaitu seperti sakit yang diharap sembuhnya .

( Bagi yang kedua ) Wajib fidyah serta qadha΄ barang siapa yang berbuka kerana melepaskan aadami ma’shum ( manusia yang ma’shum ) atau haiwan yang muhtaram yang hampir akan binasa dirinya atau anggotanya atau manfaat anggotanya sebab lemas atau shaail ( penyerbu ) atau lainnya yang tiada dapat ia melepaskan dia dengan berbuka dan tiada ia perempuan yang mutahayyirah dan tiada ada ia sakit atau musafir, sama ada aadamii yang dilepaskan itu merdeka atau sahaya dan sama ada sahaya itu milik baginya atau bagi orang lainnya .

( Dan demikian lagi ) Haiwan yang muhtaram yang lain daripada aadamii itu, sama ada ia milik baginya atau milik bagi lainnya . Maka keluar dengan kata, ‘haiwan’, iaitu melepaskan harta yang tiada baginya roh, maka tiada wajib fidyah atasnya jika ada harta itu miliknya . Adapun jika ada yang melepaskan itu perempuan yang mutahayyirah atau ada ia sakit atau musafir maka berlaku pada sekalian mereka itu di sini segala tafshil mereka itu yang telah tersebut pada yang menyusukan dan yang bunting .

( Dan thariiq yang ketiga ) Menta΄khirkan qadha΄ Ramadhan, maka wajib fidyah bagi tiap-tiap sehari satu mud atas barang siapa yang menta΄khirkan qadha΄ Ramadhan hingga masuk Ramadhan yang lain dengan tiada uzur seperti dapat akan dia mengqadha΄ dia di dalam tahun itu sebab sunyi ia daripada sakit dan safar sekira-kira ada masa meluluskan mengerjakan qadha΄ kerana hadits yang dhaif menguatkan akan dia fatwa enam orang daripada segala Shahabat Nabi s.a.w . Dan lagi, kerana derhaka ia dengan haram menyahaja menta΄khirkan dia pada ketika itu . Adapun jika dita΄khirkannya akan dia dengan uzur seperti bahawa berkekalan ia sakit atau musafir atau bunting atau menyusukan daripada Ramadhan itu hingga masuk Ramadhan tahun yang lain atau dita΄khirkannya akan dia kerana jahil akan haramnya atau kerana lupa atau digagahi orang akan dia, maka tiadalah wajib atasnya fidyah sebab ta΄khir itu selama ada lagi kekal uzurnya dan jikalau berkekalan ia beberapa tahun sekalipun kerana menta΄khirkan puasa itu harus pada adaa΄ sebab uzur, maka menta΄khirkan dia pada qadha΄ sebab uzur terlebih utama harusnya .

( Dan ) Berbilanglah mud ta΄khir itu sebab berbilang tahun umpamanya jika dita΄khirkannya qadha΄ puasa sehari hingga empat tahun, maka wajib atasnya empat mud . Dan jika dita΄khirkannya qadha΄ puasa tiga puluh hari hingga akhir empat tahun, wajib atasnya seratus dua puluh mud . Inilah hukumnya jika ada ia hidup . Dan jika ada ia mati, maka jika tiada dipuasakan oleh kerabatnya daripadanya, hendaklah dikeluarkan daripada tirkahnya bagi tiap-tiap sehari dua mud, satu mud kerana puasa yang luput, satu mud kerana ta΄khir . Maka jika dita΄khirkan qadha΄ sehari hingga empat tahun umpamanya hendaklah dikeluarkan daripada tirkahnya lima mud . Dan jika dita΄khirkannya qadha΄ puasa 30hari hingga empat tahun maka hendaklah dikeluarkan daripada tirkahnya 150mud . Demikianlah diqiyaskan atas yang lain daripada itu .

Syahdan ﴿ Adalah tempat memberikan sekalian fidyah itu segala faqir dan miskin jua, tiada yang lainnya daripada segala mustahiq zakat . Maka masuk pada miskin itu faqir kerana ia terhajat halnya daripada miskin, maka adalah faqir itu terlebih utama memberi dia daripada miskin . Dan harus memberikan sekalian mud itu bagi seseorang faqir atau miskin . Dan tiada harus memberikan satu mud bagi dua orang kerana yang satu mud itu satu mud fidyah yang sempurna dan sanya Allah Ta‘ala mewajibkan memberikan satu fidyah yang sempurna bagi seorang, maka tiada harus memberikan yang kurang daripada satu fidyah baginya tetapi harus memberikan dua fidyah bagi seorang seperti harus memberikan dua zakat bagi seorang . Dan hanyasanya wajib memberikan segantang fithrah kepada dua puluh dua orang iaitu tiga orang daripada tiap-tiap golongan yang tujuh dan ‘amil kerana bahawasanya ia zakat yang mustaqil dan iaitu dengan nash wajib memberikan dia bagi sekalian mereka itu . Seperkara lagi, ta‘alluq tamak sekalian mustahiq dengan dia terlebih keras .

Rabu, 4 Julai 2012

Puasa Siri 5

Fashal Pada Menyatakan Sunat Yang Dikerjakan Di Dalam Puasa


( Bermula ) Sunat makan sahur kerana sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Makan sahurlah kamu kerana bahawasanya pada makan sahur itu padanya berkat ’ . R. Bukhari dan Muslim .

Dan lagi, sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Minta tolonglah kamu dengan makan sahur atas puasa pada siang hari dan dengan tidur pada waktu qailullah pada siang atas berjaga pada malam kerana shalat ’ .

( Dan masuk ) Waktu makan sahur itu dengan masuk nisfu malam yang kedua .

( Dan ) Hasil sunat sahur dengan makan banyak atau sedikit dan dengan minum dan jikalau seteguk sekalipun kerana sabda Nabi s.a.w:

Ya’ni : Bersahurlah kamu dan jikalau dengan minum air seteguk sekalipun ’. R. Ibnu Hibban

( Dan ) Terafdhal makan sahur itu dengan kurma kerana sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Sebaik-baik sahur Mu΄min itu kurma. R. Abu Daud

( Dan sunat ) Menta΄khirkan makan sahur kerana sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Adalah sentiasa segala manusia dengan kebajikan selama ada mereka itu menyegera akan berbuka dan menta΄khirkan sahur. R. Imam Ahmad .

( Dan lagi ) Adalah tersebut di dalam riwayat hadis yang shahih bahawasanya Shahabat, berkata mereka itu :

Ya’ni : Telah makan sahur kami serta Rasulullah s.a.w, kemudian maka bangkit kami kepada shalat Shubuh dan adalah kira-kira barang yang antara sahur dan shalat itu kadar lima puluh ayat ’ . R . Muslim .

( Dan adalah ) Pada hadits ini mendhabitkan bagi kadar yang hasil dengan dia sunat menta΄khirkan sahur .

( Bermula ) Hikmah sunat menta΄khirkan sahur itu iaitu supaya menghasilkan kuat berbuat ‘ibadah dan supaya menyalahi bagi kaum Yahudi dan Nashara tetapi tempat sunat menta΄khirkan sahur itu iaitu selama tiada jatuh ia pada syak akan terbit fajar dan jika ada syak ia pada yang demikian itu, maka tiada sunat baginya menta΄khirkan sahur, hanya terutamalah ia meninggalkan dia kerana sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Tinggalkan olehmu akan barang yang menjatuhkan akan dikau pada syak kepada barang yang tiada menjatuhkan ia akan dikau pada syak ’ .

Dan sunat menyegerakan berbuka apabila yakin ia akan masuk matahari . Dan sunat mendahulukan berbuka daripada shalat Maghrib kerana adalah tersebut di dalam hadits yang shahih bahawasanya Nabi s.a.w apabila ada ia puasa, tiada ia shalat Maghrib hingga dibawa akan kepadanya ruthab dan air, maka berbukalah ia dengan dia .

( Dan lagi ) Sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Sentiasa segala manusia dengan kebajikan selama ada mereka itu menyegerakan berbuka . R . Bukhari dan Muslim .

( Adapun ) Jika tiada yakin akan masuk matahari seperti ada ia zhan dengan ijtihadnya akan masuk matahari, maka tiadalah sunat baginya menyegerakan berbuka tetapi haram menyegerakan akan dia serta syak akan masuk matahari . Dan makruh bagi yang yakin akan masuk matahari, ia menta΄khirkan berbuka jika dii’tiqadkannya ada di dalamnya fadhilat . Dan jika tiada dii’tiqadkannya seperti yang demikian itu, maka tiada mengapa .

( Dan sunat ) Berbuka puasa dengan ruthab iaitu kurma mengkal yang lagi basah dan jika adalah ia di negeri Mekah sekalipun . Inilah qaul yang mu’tamad . Dan kata setengah ‘Ulama΄ ; Jika ada ia di Mekah, maka sunat ia berbuka dengan air zam-zam, maka qaul ini dhaif kerana menyalahi sunnah dan nash . Dan jika tiada diperolehnya ruthab, maka sunat ia berbuka dengan tamar iaitu kurma masak sudah yang kering . Dan sunat keadaan ruthab atau tamar itu tiga biji . Dan jika tiada diperolehnya tiga biji, maka dengan sebiji, hasillah baginya sunat . Dan jika tiada diperolehnya ruthab dan tamar, maka sunat ia berbuka dengan air jua, tiada lainnya .

( Bermula ) Hukum sunat berbuka puasa dengan ruthab atau tamar kerana bahawasanya ia tiada tersentuh dengan dia api dan lagi kerana menghilangkan ia akan dhaif penglihatan mata yang hasil daripada puasa kerana ia mengeluarkan sekalian fadhalaat ( baki ) yang di dalam ma‘idah jika ada ia dan jika tiada ada fadhalaat, maka iaitu supaya akan jadi ghadaa΄ segala anggotanya yang kepala di dalam badannya . Adapun kata sekalian thabib bahawa tamar itu mendhaifkan penglihat mata, maka iaitu tempatnya apabila berbanyak-banyak ia memakan dia serta sentiasa dikekalinya akan dia dan suatu itu terkadang memberi manfaat sedikitnya dan memberi mudharat banyaknya .

( Faedah ) Ketahui olehmu bahawasanya muwaafaqat sekalian ‘Ulama΄ atas bahawasanya masuk permulaan puasa itu dengan fajar shaadiq dan putuslah kesudahannya dengan sempurna masuk matahari, ya’ni apabila masuk sekalian jirim matahari pada penglihatan kita, maka terbuka puasanya dengan sendirinya dan jika tiada ia makan atau minum suatu sekalipun dari kerana puasa itu pada siang jua, tiada pada malam .

Soal ﴿ Apabila terbuka puasa sendirinya dengan masuk matahari tiada dengan makan dan minum, maka apa jua makna Fuqaha΄ sunat menyegerakan berbuka apabila yakin akan masuk matahari ?

Jawab ﴿ Erti sunat menyegerakan berbuka, ya’ni sunat menyegerakan barang yang membukakan puasa apabila dikerjakan pada siang iaitu seperti makan dan minum . Kata segala Shahabat Syafi‘e ; Wajib imsak pada suatu suku daripada malam kemudian daripada masuk matahari supaya yakin dengan dia sempurna siang harinya tetapi tiada ia pada ketika imsak itu di dalam puasa Syari‘e .

Syahdan ﴿ Haram atas sekalian ummat puasa washal, ya’ni menghubungkan antara dua puasa seperti puasa ia dua hari berturut-turut dan tiada minum ia pada malamnya antara dua hari itu kerana ditegahkan daripadanya sebab mudharat itupun dengan syarat jika disahajanya lagi tahu ia akan tegah lagi dengan tiada uzur . Adapun Nabi kita, maka tiada haram atasnya puasa washal kerana ada baginya daripada kuat barang yang tiada ia bagi sekalian ummat . Dan sunat kemudian daripada berbuka puasa membaca :

Ya’ni : Hai Tuhanku, keranaMu jua aku puasa dan atas rezekiMu jua aku berbuka puasa ’ .

( Dan lagi ) Sunat membaca :

Ya’ni : Hai Tuhanku, telah hilanglah dahaga dan basahlah sekalian urat dan telah tsabitlah pahala Insyaa Allaahu Ta‘ala ’ .

( Sunat ) Memberi makanan atau minuman bagi orang yang puasa supaya berbuka ia dengan dia dan jikalau dengan sebiji tamar atau seteguk air atau lain daripada keduanya sekalipun tetapi yang lebih sempurna pada memberi makanan itu hendaklah ada ia mengenyangi akan mereka itu kerana sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Barang siapa memberi perbukaan akan orang yang puasa, maka adalah baginya pahala seperti pahala orang yang puasa itu dan tiada kurang suatu jua pun daripada pahala yang puasa ’ .

Dan sunat bahawa makan ia serta mereka itu kerana adalah yang demikian itu terlebih layak dengan tawadhu’ dan terlebih menyampaikan menjabar hati .

( Dan sunat ) Mandi janaabah atau haidh atau nifas dahulu daripada fajar supaya dikerjakannya ‘ibadahnya atas suci, maka dari kerana inilah sunat menyegera akan mandi daripada ihtilam pada siang hari dan supaya keluar ia daripada khilaf Madzhab Abu Hurairah yang mengatakan wajib mandi pada malam . Dan lagi katanya ; Tiada sah puasanya jika tiada ia mandi dan lagi supaya tiada termasuk air ke dalam rongga umpama telinganya atau duburnya . Maka dari kerana inilah disunatkan membasuh qubul dan dubur dan telinga dan hidung dahulu daripada fajar dengan niat mengangkatkan hadats jika tiada dikerjakannya mandi dengan sempurnanya dahulu daripada fajar tetapi telah terdahulu perkataan bahawa sanya jika termasuk air ke dalam rongga yang mandi wajib, tiadalah batal puasanya melainkan termasuk air ke dalam rongga daripada sebab mandi menyelam atau termasuk ia daripada sebab madhmadhah atau istinsyaq dengan mubaalaghah padahal bukan membasuh najis dan tiada ada najis pada mulutnya atau hidungnya, maka pada yang tiga masalah ini batallah puasanya . Maka diketahui daripada sekalian yang demikian itu bahawa sahlah puasa orang junub daripada jima’ ia pada malam dan mandi ia pada siang hari dari kerana Nabi s.a.w adalah ia berpagi-pagi junub dari pada jima’ pada malam, maka mandi ia pada siang hari puasanya serta disempurnakannya puasanya pada hari itu . Maka diqiyaskan haidh dan yang nifas atas orang yang junub . Adapun sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Barang siapa berpagi-pagi padahal ia junub, maka tiadalah puasa baginya ’ .

Maka iaitu hadits ini telah mansuh atau dita΄wilkan dengan berpagi-pagi ia jima’ ketika fajar serta dikekalkannya akan jima’nya atau dita΄wilkan dengan menafikan sempurna puasanya ya’ni barangsiapa berpagi-pagi dengan janaabah, maka tiada sempurna puasanya tetapi sah puasanya .

( Dan sunat ) Muakkadah pada pihak puasa memeliharakan lidah daripada berkata dusta dan mengumpat dan jikalau pada dusta dan mengumpat yang harus sekalipun . Adapun dusta yang wajib dan umpat yang wajib seperti berdusta kerana melepaskan orang yang teraniaya dan seperti menyebutkan ‘aib orang yang meminang atau barang sebagainya, maka tiada sunat bagi yang puasa neninggalkan dia, hanya wajib atasnya mengerjakan dia seperti orang yang tiada puasa jua kerana sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Barang siapa tiada meninggalkan ia akan kata-kata yang dusta dan mengamalkan dengan dia maka tiadalah bagi Allah Ta‘ala suatu hajat pada meninggalkan makanannya dan minumannya . R. Bukhari .

( Dan demikian lagi ) Hendaklah ia memeliharakan lidahnya daripada menyumpah orang dan jikalau dengan sebenarnya sekalipun . Dan memeliharakan sekalian anggotanya daripada tiap-tiap pekerjaan yang diharamkan . Dan jikalau disumpahi orang akan dia, maka hendaklah diingatkannya di dalam hatinya bahawasanya ia orang yang puasa supaya sabar ia dan dikatanya dengan lidahnya bahawa ; ‘Aku puasa, dua kali atau tiga kali dengan niat bernasihat orang yang menyumpah dia supaya berhenti daripada melakukan perbuatan menyumpah tersebut, tiada dengan riya΄, sum‘ah dan terutama hendaklah dihimpunkan antara mengata dia dengan hatinya dan dengan lidahnya . Maka jika disimpankannya kepada salah suatu daripada keduanya, maka terutama dengan lidahnya kerana tersebut di dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Puasa itu perisai daripada api Neraka . Maka apabila ada seseorang daripada kamu puasa, maka janganlah berbantah . Maka jika ada seseorang berbantah dengan dia atau menyumpah dia, maka hendaklah dikatanya bahawasanya ; ‘ Aku puasa, aku puasa ’ .

( Bermula ) Mengumpat dan berkata dusta dan menyumpah dan barang sebagainya itu membatalkan ia akan pahala puasa .

( Faedah ) Tersebut di dalam Mughni bahawasanya ditanyai orang akan Ibnu Shaifi ; Beberapa perkara engkau dapat akan ‘aib pada anak Adam ? Maka jawabnya bahawa ; ‘Aibnya terbanyak daripada dihingga dan yang kuhafazkan daripadanya delapan ribu ‘aib dan yang menutupi akan sekalian ‘aib itu memeliharakan lidah . Intaha .

( Dan lagi ) Sunat baginya meninggalkan segala keinginan yang mubah, sama ada keinginan itu daripada jenis yang didengarnya seperti mendengar nyanyi atau yang dilihat atau yang dicium atau yang dijabat seperti menilik bau-bauan atau mencium dia atau menjabat dia, maka sekalian itu makruh kerana barang yang di dalamnya daripada lazat dan syahwat yang tiada patut dengan hikmah orang puasa, maka sayugia ditinggalkan supaya terbayar ‘ibadat atas wajah yang kamal pada zhahir dan bathin .

( Dan sunat ) Meninggalkan berbuang darah dengan berbekam atau berpentik supaya keluar daripada khilaf mereka yang membatalkan puasa dengan dia dan lagi berbuang darah itu mendhaifkan badan maka iaitu makruh . Dan kata setengah ‘Ulama΄ ; Khilaful aula . Dan lagi, sunat meninggalkan memamah getah daripada umpama laban atau lainnya kerana yang demikian itu menghimpunkan air liur, maka jika ditelannya, batal puasa atas satu qaul dan jika diludahkannya menambahi dahaga ia . Maka dari kerana inilah dimakruhkan yang demikian itu tetapi tempatnya jika tiada bercerai daripada getah yang dimamah itu suatu ‘ain atau bercerai daripadanya suatu ain tetapi tiada ditelannya air liurnya yang bercampur dengan dia. Dan jika tiada seperti demikian itu, haramlah yang demikian itu, lagi batal puasanya dengan dia .

( Dan lagi ) Sunat meninggalkan merasai makanan dan lainnya kerana yang demikian itu makruh kerana takut sampai kepada rongkongannya atau takut akan lalu dimasukkannya akan dia sebab ghaalib syahwatnya tetapi jika berkehendak dia kepada memamahkan makanan kanak-kanak, tiadalah makruh yang demikian itu .

( Dan lagi ) Sunat meninggalkan mengucup dan mencium isterinya atau sahayanya pada mulutnya atau lainnya dan meninggalkan berpeluk dan menyentuh dia jika tiada takut ia inzal. Dan haram yang demikan itu jika takut ia akan inzal atau akan jima’ jikalau tiada inzal sekalipun kerana yang demikian itu menyahaja kepada membatalkan puasa .

( Dan makruh ) Bagi orang yang puasa bersugi kemudian daripada gelincir matahahari hingga masuk matahari dan jikalau puasa sunat sekalipun, dan jikalau berubah bau mulutnya sebab tidur atau sebab makan dengan lupa akan yang keji baunya sekalipun . Inilah yang dii’timadkan Syeikh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah dan Fathul Jawad dan lainnya . Dan yang dii’timadkan Syeikh Ramli dan Khathib Syarbini di dalam Nihaayah dan Mughni bahawasanya jika berubah bau mulut sebab tidur atau sebab makan dengan lupa akan suatu yang keji baunya kemudian daripada gelincir matahari, maka tiadalah makruh bersugi . Adapun sebab makruh bersugi kerana berubah mulut orang yang puasa itu suatu fadhilat baginya maka makruhlah baginya menghilangkan dia dengan bersugi kerana sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Berubah bau mulut orang yang puasa itu pada hari Qiyamah terlebih harum pada Allah Ta‘ala daripada bau kasturiR . Bukhari

( Bermula ) Makna harumnya pada Allah Ta‘ala iaitu puji Allah Ta‘ala atasnya dan redhaNya dengan dia, maka puji Allah Ta‘ala atasnya dan redhaNya dengan dia, tiada tertentu keadaannya pada hari Qiyaamah . Adapun menyebutkan hari Qiyaamah di dalam hadits yang tersebut itu tiada ia jadi qaid, hanya disebutkan akan dia kerana ia tempat membalas segala amal jua . Adapun sebab ditentukan karaahah bersugi itu dengan masa kemudian daripada gelincir matahari tiada dengan yang dahulu daripadanya kerana berubah bau mulut kemudian daripada gelincir matahari jadi ia pada ghaalib daripada sebab puasa dan ubahnya dahulu daripada gelincir matahari jadi daripada sebab makanan jua dan hilanglah karaahiyah bersugi itu dengan masuk matahari .

Soal ﴿ Jika ditanya orang ; Adalah tersebut di dalam hadits bahawasanya darah orang yang mati syahid seperti bau kasturi pada Allah Ta‘ala dan menghilangkan dia haram dan berubah bau mulut orang yang puasa terlebih harum pada Allah Ta‘ala daripada bau kasturi dan tiada haram atasnya menghilangkan dia bersugi, hanya makruh jua, maka apa jua perbezaan antara keduanya ? Jawab ﴿ Bahawasanya menghilangkan darah orang yang mati syahid itu meluputkan fadhilat atas orang lain, maka iaitu haram dan pada menghilangkan ubah bau mulut bagi yang puasa itu meluputkan fadhilat atas dirinya, maka iaitu tiada haram, hanya makruh jua . Maka dari kerana inilah haram atas seseorang menghilangkan bau mulut orang yang puasa dengan sugi kemudian daripada gelincir matahari dengan tiada izinnya kerana yang demikian itu meluputkan fadhilat atas orang yang lain .

Syahdan ﴿ Sunat pada bulan Ramadhan melebihi nafkah dan belanja atas segala ‘iyalnya dan berbuat kebajikan kepada segala keluarganya dan yang sekampungnya dan berbanyak memberi shadaqah dan menambahi murah kerana tersebut di dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim bahawasanya sabda Nabi s.a.w adalah ia terlebih murah daripada segala manusia dengan kebajikan dan adalah barang yang bertambah-tambah murahnya pada bulan Ramadhan ketika bertemu dengan dia Jibril . Dan sunat berbanyak-banyak tilaawah Al Quran dan mudaarasah, ya’ni membaca Al Quran berganti-ganti kerana tersebut di dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim bahawasanya adalah Nabi s.a.w mudaarasah Al Quran serta Jibril pada tiap-tiap Ramadhan . Dan sunat berbanyak-banyak i’tikaf di dalam masjid kerana mengikut akan Nabi s.a.w dan lagi supaya terlebih pelihara diri daripada mengerjakan yang tiada patut istimewa lagi di dalam sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan, maka iaitu terlebih utama berbanyak- banyak i’tikaf dan shadaqah dan tilaawah dalamnya kerana Nabi s.a.w adalah ia ijtihad pada yang demikian itu di dalam sepuluh yang akhir lebih daripada ijtihadnya di dalam masa yang lainnya . Dan lagi kerana diharap akan berbetulan ‘ibadat dengan Lailatul Qadr kerana Lailatul Qadr itu adalah ia tertentu di dalam masa sepuluh yang akhir daripada bulan Ramadhan tiada berpindah ia daripadanya kepada yang lainnya tetapi tiada tertentu pada suatu malam daripada yang sepuluh malam itu, hanya adalah ia berpindah-pindah daripada suatu malam kepada malam yang lainnya . Dan yang terlebih diharap daripadanya iaitu malam yang kasal iaitu yang ke21 atau yang ke23 atau yang ke25 atau yang ke27 atau yang ke29 . Inilah qaul yang mu’tamad yang tersebut di dalam Tuhfah dan Nihaayah, maka daripada sebab tertentu Lailatul Qadr itu di dalam sepuluh malam yang akhir daripada bulan Ramadhan . Jikalau berkata suami bagi isterinya : ‘ Engkau terthalaq pada malam Lailatul Qadr ’, nescaya jatuhlah thalaqnya pada malam yang akhir daripada bulan Ramadhan jika dikatanya yang demikian itu pada awal malam yang kedua puluh satu atau dahulunya . Dan jika dikatanya yang demikian itu di dalam siang hari yang kedua puluh satu, maka tiada terthalaq melainkan pada malam yang kedua puluh satu daripada tahun yang akan datang melainkan jika dilihatnya akan Lailatul Qadr itu pada malam yang kedua puluh tiga daripada Ramadhan tahun ta’liq, maka muhtamallah jatuh thalaqnya pada malam itu . Dan sunat menghidupkan malam Lailatul Qadr dan harinya dengan berbuat ‘ibadah serta dengan ikhlas dan yakin dan ijtihad di dalamnya pada berbuat amal kerana firman Allah Ta‘ala :

Ertinya : Berbuat amal di dalam malam Lailatul Qadr terlebih pahalanya daripada berbuat amal di dalam seribu bulan yang tiada dalamnya Lailatul Qadr ” .

Dan lagi, sabda Nabi s.a.w :

Ya’ni : Barang siapa mengerjakan amal pada malam Lailatul Qadr kerana percaya akan kebenarannya dan taat lagi kerana menuntut keredhaan Allah Ta‘ala dan pahalanya, tiada kerana riya΄ dan seumpamanya nescaya diampun Allah Ta‘ala baginya barang yang telah terdahulu daripada dosanya ’ .

( Dan sunat ) Pada malam Lailatul Qadr banyak-banyak membaca :

Ya’ni : Hai Tuhanku, Engkau jua yang mengampuni dosa lagi Engkau jua yang mengasih akan ampun, maka ampuni olehMu dosaku ’ .

Kerana Nabi s.a.w adalah ia menyuruhkan akan Siti Aisyah membaca doa itu pada ketika itu .

Dan apabila melihat seseorang akan Lailatul Qadr, sunat baginya menyembunyikan dia . Dan setengah daripada segala ‘alamat Lailatul Qadr, tiada hangat dan tiada sejuk pada malam itu dan terbit matahari pada esok harinya padahal putih warnanya, tiada banyak cahayanya daripada sebab kebanyakan segala Malaikat turun dari langit dan naik, maka jadi terdindinglah cahaya matahari dan benderangnya dengan sayap Malaikat dan dengan jisimnya yang halus dan tiada diperoleh sempurna Lailatul Qadr melainkan orang yang mengetahui akan dia .