kitab 'aqiidatun najiin, fariidatul faraaid, penawar bagi hati, muhimmah, sabiilal muhtadiin, furu'ul masaail, munyatul mushalli, 'minhajul 'abidin, al mawaa'izh al badii'ah, ayyuhal walad, bahrul madzi, memahami bacaan di dalam dan selepas sembahyang ( perkata ),tuhfatur ghaaribiin, kifaayatul muhtadi, malaikat, syurga, neraka dan lainnya Insyaa Allah akan kami paparkan dari masa ke semasa
Ahad, 23 Disember 2012
Fatwa-Fatwa Khusus Berkaitan Dengan Mayat
Bila
kita berhadapan dengan mayat dengan sendirinya kita akan berhadapan dengan
pelbagai permasalahan dan cabaran kerana ketidaksamaan hal keadaan antara satu
mayat dengan mayat yang lain Justeru itu seharusnya kita fahami dan hayati
beberapa fatwa yang berhubung dengan mayat iaitu kepentingan memastikan bahawa
mayat berkenaan mampu diuruskan dengan segera, baik dan hormat seperti yang
dikehendaki oleh Syara’ .
Antara
fatwa-fatwa khusus yang berhubung dengan mayat :
1
: Mengesan nafas .
Kadangkala
agak sukar untuk memastikan sama ada seseorang itu sudah meninggal atau masih
ada hayatnya terutama sekali bagi pesakit-pesakit lama . Cara dan sasaran yang
muktamad mengesan nafas seseorang itu ialah menekankan ibu jari tangan kita
pada pusat orang yang terbabit dan terus rasakan denyutan dari dalam perutnya
dengan penuh perhatian . Apakah pada ibu jari kita itu masih ada rasa denyutan
atau tiada lagi rasa yang dimaksudkan . Seandainya rasa denyutan dari dalam
perut orang berkenaan masih lagi ada menunjukkan bahawa orang berkenaan belum
meninggal . Sebaiknya jika ada rasa denyutan dari dalam perut orang berkenaan
sudah tidak ada, maka sudah jelas bahawa orang berkenaan telah meninggal dunia
2
: Menahan Darah Yang Keluar Dari Dalam Badan Mayat
Besar
kemungkinan akan berlakunya mayat-mayat tertentu bahawa darah dari dalam
badannya terus keluar dengan berterusan sekalipun urusan pemandian ke atas mayat
telah selesai terutama sekali pada mayat orang yang mati atas sebab-sebab
kemalangan jalan raya atau penyakit pendarahan pada tubuh badan .
Untuk
menahan atau memberhentikan pendarahan dari badan mayat, hendaklah dihancurkan
tanah liat ke dalam air sehingga air berkenaan menjadi seolah-olah air lumpur (
pekat ) . Kemudian air tanah atau lumpur itu hendaklah disiramkan terus ke atas
seluruh mayat berkenaan khususnya pada tempat pendarahan dan biarkan pada badan
mayat tersebut dalam jangka masa sepuluh atau
3
: Mengawal Mayat Daripada Gangguan Semut
Lazimnya
bila sesuatu mayat diletakkan pada sesuatu tempat dalam keadaan yang belum
terurus buat seketika berkemungkinan akan diganggu oleh semut dengan memasuki
setiap rongga mayat berkenaan seperti mata, hidung, mulut, telinga dan
lain-lain .
Sejak
dari dahulu lagi, kebanyakan orang tua dalam masyarakat kita mengawal mayat dari
gangguan semut dengan menabur beras atau mengariskan kapur di sekeliling mayat yang
dalam keadaan membujur terbaring . Sebenarnya budaya menabur beras atau
mengariskan kapur di sekeliling mayat dan seumpamanya tidak seharusnya dihayati
kerana kedua-dua merupakan bahan makanan utama bagi seluruh penduduk di Negara kita
ini . Perbuatan menabur beras atau mengariskan kapur di sekeliling mayat itu
merupakan satu perbuatan yang membazirkan barang-barang makanan itu sendiri
sedangkan kita tahu bahawa perbuatan membazir tersebut dilarang oleh Islam .
Apa
yang paling mudah, berkesan dan sesuai dilakukan dalam usaha untuk mengelakkan
dari gangguan semut ini ialah dengan cara mengisikan air di dalam empat biji
gelas sebanyak tiga perempat atau tiga suku muatan gelas berkenaan . Kemudian
diletakkan gelas-gelas ialah antara satu hingga dua jengkal . Insyaa Allaah
dengan cara demikian mayat tidak akan diganggu lagi oleh semut .
Wallaahu
a’lam .
Rujukan :
Buku Kaedah Pengendalian Jenazah
Oleh
Uthman Bin HJ Ja’far
Majlis
Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
(
Dari pengalaman 40 tahun )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan