Perihal Syurga ( Puak Yang Masuk Syurga Atas Rupa Bulan
)
Ketahuilah
kiranya ya saudaraku ! Ummat Muhammad ini telah dikurnia Tuhan setuah-tuah
ummat dan telah dilebihkan Tuhan daripada ummat—ummat Nabi yang dahulu beberapa
perkara yang tertentu, satu daripadanya iaitu sebagai sabda Nabi shallallaahu ‘alaihi
wa sallam :
Ertinya
: ‘ Kitalah orang yang akhir masa zhahir ke dunia, lagi
orang-orang yang dahulu masa zhahir pada hari Qiyaamah ’ .
Maka
jadilah ummat Muhammad itu ummat yang dahulu keluar dari bumi dan dahulu
daripada segala ummat pergi berhimpun di Padang Mahsyar dan dahulu daripada
segala ummat yang bernaung di bawah ‘Arasy dan dahulu daripada segala ummat
diputuskan hukum dan hisab dan dahulu daripada segala ummat melalui Titian Shirath
dan dahulu daripada segala ummat pergi masuk Syurga dan lebih banyak yang masuk
Syurga, tiada boleh siapa dahulu daripadanya jikalau Nabi-Nabi sekalipun .
Demikianlah datang pada khabar-khabar .
Maka
kemudian daripada itu masuklah ummat Muhammad dengan berpuak-puak
berikut-ikutan dan bershaf-shaf masuknya . Maka
puak yang pertama itu masuk Syurga dengan cukup perhiasannya dan mukanya
gilang-gemilang seperti bulan purnama empat belas hari bulan . Demikianlah datang
khabarnya itu telah dikeluarkan oleh Abu ‘Isa At Tirmidzi dengan katanya :
Diriwayatkan
daripada seorang shahabat bagi Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam, namanya Abu
Sa‘id Al Khudri radhiyallaahu ‘anhu daripada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa
sallam telah bersabda ia :
‘
Bermula awal puak yang masuk Syurga itu atas rupa bulan
pada malam empat belas . Dan bermula puak yang keduanya atas rupa yang lebih
elok daripada bintang yang mengerlap di langit, bagi tiap-tiap lelaki yang
masuk Syurga daripada mereka itu dua isteri daripada perempuan lain daripada
segala bidadari, atas tiap-tiap seorang daripada isteri itu tujuh puluh lapis
daripada pakaian Syurga, nampak zhahir otak tulang betisnya dari belakang, ya’ni
dari luar daging dan kulitnya ’ .
Kata Abu ‘Isa : Bermula
ini hadits hasan lagi shahih .
Rujukan : Kitab Bahrul
Maadzi juzu΄
18 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan