Isnin, 27 Jun 2011

Syarah Bakuuratul Amaanii Siri 1


Bagi Pengarangnya Guru Yang ‘Alim Al ‘Allaamah
Asy Syeikh Ismail Ibn ‘Abdul Qadir
Al Fathani



                         ﭐلله    ﭐﻟرّحمٰن    ﭐﻟرّحيم  بسم   



                                                                                                           ﭐﻟﺤﻣﺪ    
Puji-pujian itu bagi Allah Tuhan yang menerangkan hati-hati  kekasihNya dengan nur iman dan menetapkan dia padanya dengan terus pengetahuan dan mengertikan pelajaran dan mengkejapkan  pengetahuannya dengan mengertikan dalil-dalil merenung-renung fikiran dan mengulang-ulangi bicaranya hingga lantas pada  pandangan ‘uqalaa΄ dan terangkat kesamaran dan rahmat Tuhan dan  kesejahteraanNya atas semulia-mulia makhluq dan sebebas-bebas  utusan Nabi Muhammad yang dibangkitkan dengan seruan  mengEsakan Tuhan dan menunjukkan jalan-jalan kelepasan dan atas keluarganya dan Shahabat-Shahabatnya sebaik-baik ini ummat dan  sebersih-bersih kelasan .

Adapun kemudian daripada itu, maka tatkala adalah pada tahun  seribu tiga ratus tiga puluh lima menuntuti daripada hamba oleh setengah-setengah saudara yang adalah hamba ini dhifnya akan bahawa hamba tulis bagi setengah daripada kekasihNya akan shifat dua puluh . Maka dengan taufiq Tuhan berlakulah qalam hamba di dalam beberapa hari atas beberapa lembar kertas daripada ingat-ingatan pelajaran, maka jadilah daripadanya risalah yang kecil atas  jalan ikhtishar, maka tatkala kelihatan atasnya oleh setengah-setengah thalabah membahas-bahas ia daripada tuturannya, maka datanglah atasnya i’tiradh pada menyalahinya akan tuturan kitab-kitab Melayu yang dahulu-dahulu pada beberapa tempat, maka hamba hurai baginya demikian tuturan yang menyalahi itu dan menyatakan kehendaknya dan wajah ubahnya, maka terpaksalah atasnya membenarkan ubah-ubahan yang tersebut dan jikalau menyalahikan mafhum kitab-kitab yang lain sekalipun .

Maka kemudian daripada lalu bertahun-tahun meminta ia pula  bahawa hamba syarahkan risalah itu serta menyatakan wajah tujuan  tuturan yang tersebut itu, maka memikir hamba beberapa lama, maka  nyata bagi hamba elok pintakan itu merebut-rebut hamba akan  perluangan dengan menatahkan ‘ibarat risalah itu dengan macam-macam tafshir yang ditetapkan dia dengan suruhan yang jiilah yang  menjelaskan hati-hati yang empunya faham atas kadar pendapat  hamba supaya panjang diambil guna dengan risalah itu dan  meratainya dan hamba namakan dia ﺍﻷﻤﺎﻨﻲ  ﺒﺎﻜﻭﺭﺓ  ﺒﺄﻠﺤﺎﻥ  ﺍﻷﺩﺍﻨﻲ  ﺘﺒﺼﺭﺓ ertinya, memperlantaskan bagi orang-orang lekeh mendapati akan  tenggak-tenggakan dan siringan-siringan cakapan Bakuuratul Amaani  dan hamba pohonkan Tuhan bahawa membuka dengan dia akan  mata-mata hati yang terpejam dengan lalai daripada perhati i’tibar  dengan inshaf pada simpan-simpanan ‘aqaaid Agama di dalam lipat-lipatan sendirian cakapan ahlinya supaya kejap berpegang dengan  dia dan boleh menunjukikan anak-anak, bahasanya dengan jiilah . 

Dan hamba harapkan Tuhan memberi guna dengan dia akan orang-orang yang rendah dan yang tinggi pengajiannya dan ‘awaam dan  bahawa Tuhan jadikan dia daripada pertaruhan kebajikan yang  maqbul di sisiNya bahawasaNya Ta‘ala Amat Kuasa atas barang yang Ia kehendak dan Amat Sebenar dengan menerimakan pintakan hamba-hamba yang berkehendak .

Dan hamba memulaikan risalah itu dengan barang yang dituntuti pada pekerjaan yang baik iaitu ﭐﻠﺭّﺤﻴﻡ  ﭐﻠﺭّﺤٰ  ﭐﷲ ﺒﺴﻡ menirukan aturan  Qur‘an dan menjunjungkan mafhum hadits .

Ketahuilah olehmu akan bahawasa erti kalimah  ﭐﷲ  ﺇﻻّ  ﺇﻠٰﻪ    itu, tiada  Tuhan melainkan Allah dan maknanya, ertinya makna kalimah ini  Allah Ta‘ala jualah Tuhan .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan