Rabu, 6 Julai 2011

Memeliharakan perut ( Penawar Bagi Hati ) siri 4

Fasal yang keempat pada menyatakan perut

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan ia bagi engkau akan perut kerana beberapa faedah yang bangsa agama dan beberapa faedah bangsa dunia 

Adapun faedahnya yang bangsa agama, maka memberi oleh perut itu akan segala badan akan bantuan daripada yang berubah di dalamnya daripada makanan pada darah dan kepada air mani yang dengan dia mendapat anak dan berkekalan oleh manusia . Maka dengan sejahtera segala anggota perut ( seperti jantung dan limpa dan paru-paru dan perut besar ) sejahtera yang tinggal daripada segala badan segala penyakit yang menegah daripada menunaikan segala ‘ibadat dengan sempurna .

Dan adapun faedahnya yang bangsa dunia, maka menyempurnakan kesedapan segala makanan dan minuman dan jima’ kerana ketiga-tiganya itu adalah ia pada ketika sihat perut .

Dan bermula mensyukurkan nikmat perut ini memeliharanya daripada makanan yang haram dan yang syubhat, ertinya : yang tiada diyakinkan akan halalnya dan tiada diyakinkan akan haramnya, dan memeliharanya daripada bersangatan kenyang, maka hendaklah bersunguh-sungguh engkau memelihara perut itu daripada haram dan yang syubhat kerana tiga perkara :

1 : Kerana takut daripada siksa api Neraka . Telah berfirman Allah Ta‘ala :

               ﻓﻰ   ﻴﺄﻜﻟﻮﻥ   ﺇﻧّﻤﺎ   ﻅﻟﻤﺎ   ٱﻟﻴﺘٰﻤﻰٰ   ﺃﻤﻮٰﻞ  ﻴﺄﻜﻟﻮﻦ   ٱﻟّﺫﻴﻦ  ﺇﻦّ

                     ١٠ ﴿   ﺴﻌﻴﺭﺍ   ﻮﺴﻴﺼﻠﻮﻦ   ۖ  ﻧﺎﺭﺍ   ﺑﻁﻮﻧﻬﻡ
Ertinya : “ Bahawasanya sekelian mereka yang makan mereka itu harta anak yatim kerana zalim, hanyasanya makan mereka itu di dalam perut mereka itu akan sebab bagi api Neraka selagi akan masuk mereka itu ke dalam api Neraka yang bernyala-nyala ” .
( Shurah An-Nisaa΄ : Ayat10 )

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

   ﺤﺭﺍﻡ   ﻤﻦ    ﻧﺑﺖ   ﻟﺤﻡ    ﺍﻟﺠﻧّ    ﻴﺪﺧﻝ     ﴿
Ertinya : ‘ Tiada masuk ke dalam Syurga daging yang tumbuh daripada makanan yang haram ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﺑﻪ  ﺍﻮﻟﻰ   ﻓﺎﻟﻧّﺎﺭ   ﺴﺤﺖ   ﻤﻦ   ﻧﺑﺖ   ﻟﺤﻡ   ﻜﻝّ  ﴿
Ertinya : ‘ Tiap-tiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api Neraka itu lebih utama dengan dia ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

  ﻋﺭﺿﻪ     ﻟﺪﻴﻧﻪ   ﺍﺴﺗﺑﺭﺃ   ﻓﻘﺪ   ﺍﻟﺸّﺑﻬﺎﺖ   ﺍﺗّﻘﻰ   ﻓﻤﻦ  ﴿  
Ertinya : ‘ Maka barang siapa memelihara dirinya daripada segala yang syubhah, maka sungguhnya telah menuntut bersih ia akan agamanya dan dirinya ’ .
Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan,
Nu’man bin Basyir Radhiyallaahu ‘anhu .

2 : Bahawasanya yang makan akan makanan yang haram dan yang syubhah itu tiada diberi petunjuk akan dia kepada ‘ibadat, kerana tiada patut bagi mengerjakan ‘ibadat itu melainkan yang suci daripada segala kekotoran, sama ada kotoran yang dapat dilihat dengan mata, seperti hadats kecil dan hadats besar dan makan yang haram dan yang syubhah .

3 : Bahawasanya yang memakan akan makanan yang haram dan yang syubhah itu ditegahkan akan dia daripada mengerjakan kebajikan, dan jika mengerjakan ia akan dia, nescaya tiada diterima daripadanya dan tiada ada baginya melainkan penat jua .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :
                     
                     ﺍﻟﺳّﻬﺭ   ّ ﺇﻻ   ﻗﻴﺎﻤﻪ   ﻤﻦ   ﻟﻪ   ﻟﻴﺱ   ﻗﺎﺌﻢ   ﻤﻦ   ﻜﻢ
                         
       ﻭﺍﻟﻅّﻤﺄ    ﺍﻟﺟﻭﻉ   ّ ﺇﻻ    ﺼﻴﺎﻤﻪ   ﻤﻦ   ﻟﻪ   ﻟﻴﺱ  ﺼﺎﺌﻡ   ﻤﻦ   ﻛﻡ   
Ertinya : ‘ Beberapa banyak daripada yang sembahyang malam tiada ada baginya daripada sembahyang melainkan berjaga dan beberapa banyak daripada yang puasa tiada ada baginya daripada puasa melainkan lapar dan dahaga ’ .

Diceritakan daripada Ibnu ‘Abbas Radhiyallaahu ‘anhuma :

ﺤﺭﺍﻢ   ﺠﻮﻓﻪ   ﻓﻲ   ﺍﻤﺭﻯﺀ   ﺻﻼﺓ   ٱﷲ   ﻴﻘﺑﻞ 
Ertinya : ‘ Tiada menerima Allah Ta‘ala akan sembahyang seseorang yang ada di dalam perutnya yang haram ’ .

Adapun bersangatan kenyang, maka hanyasanya dituntut daripada menjauhkannya kerana beberapa perkara :

a.     Kerana bahawasanya banyak makan itu sebab bagi hati keras .

b.     Bahawasanya pada banyak makan itu membangkitkan segala anggota pada yang sia-sia dan pada kejahatan .

c.     Ada membanyakkan makan itu membinasakan kecerdikan dan kepintaran dan sebab bagi sedikit faham dan pengetahuan .

d.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi sedikit ‘ibadat kerana bahawasanya manusia itu apabila membanyakkan ia akan makan, nescaya berat badannya dan mengantuk matanya .

e.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi ketiadaan sedap mengerjakan ‘ibadat .

f.       Bahawasanya pada membanyakkan makan itu ditakuti jatuh kepada yang haram dan yang syubhah .

g.    Bahawasanya padanya menyusahkan hati dan memenatkan badan pada mencarinya, dan menyediakannya dan memakannya dan melepaskan daripada mudharatnya .

h.     Bahawasanya membanyakkan makan itu sebab bagi bersangatan sakit mati, kerana kesakitan dan kesusahan mati itu sekadar kesedapan dunia .

i.       Bahawasanya padanya mengurangkan pahala akhirat .

j.       Bahawasanya padanya dihisab pada hari Qiyaamah .

Telah menyebut akan sepuluh perkara ini oleh Al Imam Ghazali di dalam Minhajul ‘Abidin .

Telah datang beberapa hadith Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam pada mencela akan kenyang, setelah daripadanya :

      ﺍﻤﻌﺎﺀ   ﺴﺑﻌﺔ    ﻓﻲ    ﻴﺄﻜﻝ   ﻮﺍﻟﻜﺎﻓﺭ   ﻮﺍﺤﺩ   ﻤﻌﻲ   ﻓﻲ   ﻴﺄﻜﻝ   ﺍﻟﻤؤﻤن

         ﻓﺤﻘّ  ﺑﺪّ  ﻭﻻ   ﻜﺎﻥ  ﺍﻦ   ﺻﻟﺑﻪ   ﻴﻘﻤﻦ   ﻟﻘﻴﻤﺎﺖ   ﺁﺪﻡ  ﺍﺑﻦ   ﺤﺴﺏ

                  ﻟﻟﻧّﻔﺱ   ﺜﻟﺚ     ﻟﻟﺸّﺮﺍﺏ   ﺜﻟﺚ     ﻟﻟﻁّﻌﺎﻡ   ﺜﻟﺚ

Ertinya : ‘ Bermula orang yang sempurna iman, memakan ia pada satu perut dan orang yang kafir, makan ia pada tujuh perut, memada akan anak cucu Adam beberapa suap yang membetulkan akan tulang belakangnya . Jika ada ia menuntut tambah dan tak dapat tiada daripada menambah, maka sepatutnya sepertiga bagi makanan dan sepertiga bagi minuman, dan sepertiga bagi mengeluarkan nafas ’ . 
Diriwayatkan oleh Asy Syaikhan, dari Ibnu Umar Radhiyallaahu ‘anhu

Wallaahu Ta‘ala a’lam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan