Rabu, 6 Julai 2011

Memeliharakan Faraj ( Penawar Bagi Hati ) siri 5

Fasal yang kelima pada menyatakan faraj .

Ketahui olehmu bahawasanya Allah Ta‘ala menjadikan bagi engkau akan faraj kerana kegunaan yang bangsa akhirat iaitu mengadakan anak dengan dia .

Sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

                 ﺍﻟﻘﻴﺎﻤﻪ   ﻴﻮﻡ   ﺍﻻﻤﻡ   ﺑﻛﻡ   ﻤﺑﺎﻩ   ﻓﺈﻧّ   ﺘﻧﺎﺴﻟﻮﺍ   ﺘﻧﺎﻜﺤﻭﺍ
Ertinya : ‘ Berkahwin oleh kamu, nescaya kamu mendapat anak-anak, maka bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala ummat pada hari Qiyaamah ’ .

Dan sabda Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam :

ﺠﺎﺭﻴﺔ   ﺼﺪﻗﺔ   ﺛﻼﺚ   ﻤﻥ   ﺍﻻّ  ﻋﻤﻟﻪ    ﺍﻧﻘﻄﻊ   ﺁﺪﻡ   ﺍﺑﻥ  ﻤﺎﺖ   ﺇﺫﺍ

ﻠﻪ  ﻴﺪﻋﻭ   ﺻﺎﻠﺢ   ﻮﻮﻠﺪ   ﺑﻪ  ﻴﻧﺗﻔﻊ   ﻋﻠﻡ  
Ertinya : ‘ Apabila mati manusia, nescaya putus oleh amalnya melainkan daripadanya tiga perkara : Pertama waqaf, dan kedua ilmu yang diambil manfaat dengan dia, dan ketiga anak yang beriman yang mendoa baginya ’ .
( Diriwayatkan oleh Muslim )

Berkata Ibnu Hajar Rahimahullaahu Ta‘ala : Ditulis baginya seumpama segala amal yang baik yang mengerjakan dia oleh anaknya, tiada segala amalnya yang jahat-jahat . Demikian lagi, menjadikan Allah Ta‘ala bagi engkau akan faraj kerana kegunaan dunia, iaitu bersedap-sedap dengan jima’ dan bersuka-suka dengan sekalian anak yang dapat dengan jima’ itu, yang bermula mereka itu sebesar-besar segala perhiasan dunia kerana firman Allah Ta‘ala :

…. ۖ   ٱﻠﺪّﻧﻴﺎ   ٱﻠﺤﻴٰﻭﺓ    ﺯﻴﻧﺔ   ﻮٱﻠﺑﻧﻭﻦ   ٱﻠﻤﺎﻝ
Ertinya : “ Bermula harta benda dan sekalian anak itu perhiasan hidup dunia… ” .
( Shurah Al Kahfi : Ayat 46 )

Dan firmanNya :

ﻮٱﻠﺑﻧﻴﻦ   ٱﻠﻧّﺴﺂﺀ   ﻤﻦ   ٱﻠﺷﻬﻮٰﺖ   ﺤﺏّ   ﻠﻠﻧّﺎﺱ   ﺯﻴﻦ
Ertinya : “ Dihiasi bagi manusia akan kasih akan segala keinginan daripada perempuan dan anak-anak…”.
( Shurah Ali Imran : Ayat14 )

Bermula mensyukurkan ini anggota memelihara daripada yang diharamkan, seperti zina dan liwath dan mengeluarkan air mani lain daripada tangan isterinya dan jarinya .

Dan memeliharanya daripada yang syubhah, seperti jima’ pada nikah yang bathil, jika taqlid ia akan yang berkata dengan sah nikah itu dan jika tiada, nescaya adalah ia haram, bukan syubhah .

Telah berfirman Allah Ta‘ala ketika memuji orang yang mendapat kemenangan :

  ٥ ﴿  ﺤٰﻔﻅﻮﻦ   ﻠﻔﺮﻮﺠﻬﻡ   ﻫﻡ  ﻮٱﻠّﺬﻴﻦ
Ertinya : “ Dan sekalian yang memelihara mereka itu akan segala faraj mereka itu ( kecuali atas sekalian isteri dan sahaya mereka itu yang perempuan ) ” .
( Shurah Al Mu΄minun : Ayat 5 )

Maka bahawasanya mereka itu tiada dicela, dan ketahui olehmu bahawasanya tiada sempurna memelihara faraj melainkan dengan memelihara mata daripada melihat perempuan yang haram dilihat, dan memelihara hati daripada memikirkan rupa yang elok dan memelihara perut daripada memakan yang syubhat dan daripada bersangatan kenyang kerana yang demikian itu menyeru kepada zina yang adalah ia sebesar-besar segala dosa besar dengan jima’ ‘Ulama΄ kemudian daripada kufur dan membunuh orang .

Telah berfirman Allah Ta‘ala :

ٱﷲ  ﺤﺭّﻡ   ٱﻟﺘﻰ   ٱﻟﻧﻔﺱ   ﻴﻘﺘﻟﻭﻥ   ﻭﻻ  ﺀﺍﺧﺭ  ﺇﻟٰﻬﺎ   ﭐﷲ  ﻤﻊ   ﻴﺪﻋﻭﻦ     ﻮٱﻠّﺬﻴﻦ

ﻠﻪ  ﻴﻀٰﻌﻑ   ٦٨   ﺃﺜﺎﻤﺎ  ﻴﻠﻕ   ﺬٰﻠﻚ   ﻴﻔﻌﻞ   ﻤﻥ     ۚ ﻴﺯﻧﻭﻥ   ﻭﻻ   ﺑﭑﻟﺤﻖّ  ﺇﻻّ

ﺀﺍﻤن    ﺘﺎﺏ  ﻤن  إﻻّ   ٦٩  ﻤﻬﺎﻧﺎ  ے ﻓﻴﻪ   ﻭﻴﺧﻠﺪ   ﭐﻠﻘﻴٰﻤﺔ   ﻴﻭﻡ  ﭐﻠﻌﺬﺍﺏ

Ertinya : “ Dan mereka yang tiada meng‘ibadatkan mereka itu serta Allah Ta‘ala akan Tuhan yang lain yang tiada membunuh mereka itu akan nyawa yang mengharamkan Allah Ta‘ala akan membunuhnya melainkan dengan sebenar-benar dan tiada berzina mereka itu dan barang siapa mengerjakan akan yang demikian itu, nescaya berjumpa ia akan siksa ( atau akan telaga di dalam api Neraka Jahanam ) . Digandakan baginya akan siksa pada hari kiamat dan berkekalan ia padanya dihinakan ia melainkan mereka yang bertaubat
( Shurah Al Furqan : Ayat 68-70 )

Dan firmanNya :

     ٣٢ ﴿  ﺴﺑﻴﻼ   ﺴﺂﺀ    ﻓٰﺤﺷﺔ   ﻜﺎﻦ  ٫ ﺇﻧّ   ۖ  ﭐﻟﺯّﻧﻰ  ﺘﻘﺭﺑﻮﺍ    

Ertinya : “ Dan janganlah menghampiri kamu akan zina, kerana bahawasanya zina itu adalah ia maksiat yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan ( ertinya, sejahat-jahat pekerjaan ) ”.
( Al Isra΄ : 32 )

Dan diceritakan oleh Al Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Mas‘ud Radhiyallaahu ‘anhuma, berkata ia : Bertanya aku akan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam : Apa dosa yang lebih besar di sisi Allah Ta‘ala ?

Bersabda ia :
Bahawasanya engkau jadikan bagi Allah Ta‘ala akan yang menyengutui, dan ia jua menjadikan akan dikau ’ .

Bersembah aku : Bahawasanya demikian itu sesungguhnya dosa yang sangat besar . Bersembah aku : Kemudian apa ?

Bersabda ia :
Bahawa engkau bunuh anak engkau kerana takut engkau bahawa makan ia serta engkau ’.

Bersembah aku : Kemudian apa ?

Bersabda ia :
Bahawa engkau berzina akan perempuan orang yang hampir dengan rumah engkau ’ .

Wallaahu a’lam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan